Monday, August 28, 2006


m0ralis statis

tidak sedarkah kau,
aku tidak sesempurna malaikat,
tidak juga aku seperti bayi yang baru menjengah dunia,
yang maseh terlekat darah merah melekat,
nafsuku tidak akan mungkin dapat disekat tersekat,
matikan otak, biarkan hati terkerat,
jiwa ditampal, pandangan digelap malap,
mulut bungkam dicengkam,
urat sendi dibacok ditikam,
sesungguhnya aku bukan seorang yang mudah ditenang tenteram.

"Sial kau!"- suara suara manusia,
yang teguh memegang adat,
sang moralis kental padat,
mengikat daulat,
sentiasa menginginkan aku,
bajingan yang dilaknat,
berakhir di neraka-neraka yang menggelegak.

carutlah aku!
makilah aku!

sumbatkan aku moral-moral sampahmu!
agar aku terus sebu sebal dengan subjektif normatifmu,
dan biar aku menyelusuri berdogmatik,
dan terus berhenti berdialetik matematik,
berhenti berinsureksi,
minda dienjak-enjak dan akhirnya...
mati berpuisi sendiri... BASI!


berjalan jalan di tepi pantai

perlahan...
merangkak-rangkak aku,
untuk melepasi garisan,
untuk mencari jalan keluar,
yang sengaja dikabur gelap kelam,
agar aku terus berada dilingkaran,
bulatan yang dicanang berwarna warni,
namun sebenarnya hitam pekat menyekat,
sesak dengan bau-bau mual meloyakan,
dipaksa menjilat segala muntahan jijik si celaka,
mencuci kencing-kencing sial dari kemaluan-kemaluan bangsat,
menadah air-air mani hasil onani keparat!
jika untuk terus meneruskan keterlangsungan hidup,

belum...
aku belum ingin mati,
tapi tidak cukup berani untuk meniti,
dan akhirnya terikut tetapi tidak tersangkut,
bersama-sama menjadi,
air najis yang mengalir ke lubang tahi
yang paling jijik..

Wednesday, August 23, 2006

Atukku seorang Marxist?

Sekali lagi,bercerita tentang aku dan kedua atuk dan nenekku…


Aku dan atuk sedang duduk diluar rumah di kampungku,mendengar burung berkicau dan mengagumi keindahan kampung diwaktu pagi. Sambil kedua dua kami menikmati asap asap yang mencemar kesihatan dan udara sekeliling.Lalu, kami didatangi seorang gadis menghantar bubur kacang kepada atukku (bagi memulangkan bekas yang dulu).Aku amati gadis itu seraya berbisik dalam hati “Dah besar dah budak Nor ni”.Sekembalinya gadis itu, aku memulakan dialog pembukaan kepada atukku.

Aku :Dah besar dah Nor tu kan.
Atuk :Pandai budak tu, belajar kat asrama penuh. Dah besar nanti mesti dia masuk universiti! (aku tahu atuk sengaja memprovok aku kerna atuk sememangnya sudah faham dan jelas bahawa ukuran kepandaian sekarang ini bukan terletak pada ‘jejakan’ kakimu ke universiti kerna pendidikan kini adalah tidak laen hanyalah KOMODITI)

Aku menukar topik;

Aku :Husin depan rumah atuk ni dah kawen?
Atuk :Belum.
Aku :Akak husin, Ita?
Atuk :Belum…Kenapa? Kau nak kawen dengan si Ita tu ke?
Aku :Ish.
Atuk :Kalau kau nak kawen, carik kerja dulu.. lepas tu, duit dah banyak terus beli kereta. Dah ada kereta baru senang. Kawan dengan ramai perempuan. Baru boleh carik bini!
Aku :Errrrr (tanpa dialog)


Terdiam aku mendengar pendapat atuk. Dalam hati aku merespon dari nasehat atuk tadi “Ala, abistu, Atuk takde kereta pun, boleh kawen dengan nenek?”.Aku hanya mampu merespon dalam hati sahaja. Aku bimbang sekiranya aku melebarkan soalan soalan aku itu, pastinya atuk akan mula menerangkan analisisnya tentang budaya/mentaliti dalam cakupan masyarakat yang berbeza generasi (yang tak pernah aku fahami) dan lebih parah lagi apabila terdapat kemungkinan atuk,dengan muka berkedut, bercerita tentang teori Dialetik Materialisme mengenai pergerakan sejarah dan perubahan moraliti dan masyarakat adalah sesungguhnya berbasiskan material/ekonomi…



Seraya berkata; “Betuk kata kata Marx! Atuk memang dah tau dah”


Malaysiaku Demokrasi!

Di dalam kelas bahasa inggeris apabila sedang membincangkan isu-isu semasa dalam dan luar negara

(Semua dialog telah dialihbahasa kepada bahasa malaysia sebagai langkah menyahut cabaran kerajaan mendaulatkan bangsa melayu. Bak kata pepatah, ‘biar mati anak,jangan mati adat’. Dan bak kata Hang Tuah ‘Takkan melayu hilang didunia!,)

Sir :Apa perkembangan politik didalam negara dalam 2 3 hari ni?
Aku :Semalam saya ada terlihat suatu berita politik di TV3.
Sir :Ya,sila beritahu rakan rakan laen.
Aku :Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kerajaan pusat (Baca: Barisan nasional) telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan bagi melaksanakan pembangunan di Kelantan. Rakyat Kelantan perlu menyatakan sokongan dan mengundi Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan peruntukan itu disalurkan untuk pembangunan.
Sir :Ya,Kerajaan berhak buat begitu.
Aku :Tapi rakyat kelantan telah memilih selain dari BN untuk menerajui pemerintahan di Kelantan. Memang sudah menjadi tanggungjawab dan obligasi Kerajaan Pusat memberi peruntukan kepada Kerajaan Negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah.
Sir :Tidak,Kerajaan berhak berbuat demikian!
Aku :Ini Bukan demokrasi!
Sir :Ini adalah DEMOKRASI!

Aku tersentak dengan pendapat dan pendirian politik Sir. Lantas aku terus berfikir tentang teori demokrasi berbasiskan pengetahuan polotikku yang cetek (kerna aku seorang yang mementingkan diri ,apatis dan buta politik). Dan tanpa disedari, perlahan-lahan aku turut ikut bersependapat dengan Sir. Pandangan politikku dan Sir bergerak selari menyatakan negara ini adalah sesungguhnya DEMOKRASI.

Mari mengupas teori demokrasi berdasarkan kebodohan dan kejahilan aku:

Demokrasi adalah suatu teori politik yang paling ‘chantek’, moralis, paling ‘benar’ dan paling bersifat kerakyatan. Bak kata omputeh “government of people, by the people and for the people” (chewah,sudah pandai menstrukturkan ayat dlam bahasa inggeris sejak belajar dalam kelas bahasa inggers, kononnya!)

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar tentang sejarah dan konsep konsep demokrasi yang berjela jela dan berdiversiti, serta, tidak juga aku ingin membebel tentang variasi teori demokrasi yang mencapah capah (kerna sekali lagi, aku seorang yang jahil dan malas membaca), aku Cuma mahu bercerita tentang konsep minimal demokrasi itu sendiri. Robert Dahl,(salah seorang pemerhati dan pemikir demokrasi) pernah mengarut bahawa terdapat dua dimensi dasar/asas demokrasi yang saling berpelukan dan bercumbuan. Pertama, perlu tersedianya ruang persaingan terbuka untuk ‘mencuri’ semua kedudukan dan kekuasaan politik. Dan kedua, pada masa yang sama tersedia juga ruang aktifitas yang cukup dengan jaminan yang memadai bagi partisipasi politik seluruh negara. Suka aku menyatakan disini bahawa ruang ruang persaingan terbuka, ruang aktifitas dan ruang ruang bagi men’curi’ kekuasaan ini boleh diberi nama sebagai ruang demokrasi.Ruang ruang inilah yang menyumbang kearah pembentukan demokrasi.

Ya, seperti penyataan Sir aku tadi “Inilah DEMOKRASI”. Setelah berfikir dan menimbang (lambang BN-neraca tuas), akhirnya aku bersetuju bahawa negara ini adalah negara DEMOKRASI apabila;
Media telah dikontrol dan dinafikan autonomi
Akta media chetak dan akta penerbitan yang menyekat
Penafian Hak Asasi manusia
Kebebasan memberi pendapat yang disekat dan,
Pelbagai lagi ruang demokrasi yang tercabul!

Bagaimana boleh wujud demokrasi sedangkan ruang ruang demokrasi tidak pernah dapat membuat eksistensinya di bumi demokrasi? Ironis? Believe it or not!

Ya, sekali lagi aku nyatakan di sini bahwa aku sangat bersependapat dengan Sir bahawa;


Negara ini adalah negara DEMOKRASI!


"Tu orang KL!", kata nenekku

Di suatu pagi yang hening, di sebuah pekan dihulu batu pahat….

Aku bersama abang,adik,mama dan nenek sedang menikmati sarapan pagi di sebuah gerai roti canai. Tiba tiba nenekku perlahan menegurku;

Nenek :Cuba tengok tu (sambil menjuihkan bibirnya merujuk kepada sebuah keluarga yang juga sedang bersarapan)
Aku :Hah, nampak… Kenapa?
Nenek :(dengan nada berbisik) Diaorang tu orang KL!
Aku :(agak pelik dan ingin tahu) Dah tu,kenapa kalau diaorang tu orang KL?
Nenek :Ish,KL tu kuala la! Diaorang tu orang kuala!
Aku :Lalu? (dalam bahasa inggerisnya-so)
Nenek :Kan boeh nampak tu, orang kuala ni lain…Lain dari kita.
Aku :Lain??
Nenek :Lain la! Cuba tengok tu!
Aku : (Melihat sambil mengagguk)


Aku kehairanan.. Apa yang laen eh? Ape bezanya?

Tuesday, August 22, 2006


Kembali semula ke kelas!

Setelah 3 bulan aku menganggur, akhirnya aku telah mendaftarkan diri di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Muar iaitu di Cosmopoint. Aku mendaftar bukan sebagai pelajar Cosmopoint, tetapi sebagai pelajar yang mengambil kursus disitu (lebih kurang pelajar la) iaitu Skim Latihan Graduan (SLG) dalam kursus Bahasa Inggeris. SLG adalah satu skim untuk para graduan yang masih menganggur seperti aku. SLG ini mengambil masa selama enam (6) bulan, dimana empat (4) bulan mengikuti pembelajaran didalam kelas manakala dua (2) bulan lagi mengikuti praktikal. Setiap bulan pula, satu badan (ehemm) kerajaan iaitu Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan menganugerahkan elaun sebanyak RM500 kepada peserta SLG ini. Hmmm, dari tak melakukan sesuatu, baek aku belajar sambil dapat elaun (baca: duit rakyat). Dalam masa yang sama juga, aku berusaha memohon kerja. Agak susah bagi aku untuk memohon kerja disebabkan Diploma aku masih lagi dalam tahanan UTM disebabkan kegagalan aku melangsaikan hutang yang maseh tertunggak. Aku perlu bayar-dan-dapat-balik-diploma aku tu untuk memudahkan pencarian kerja yang lebih effisyen dan terjamin chewah! Baru-baru ini juga aku telah melakukan satu langkah yang boleh diklasifikasikan sebagai langkah-berharap (kerna aku sangat berharap) iaitu dengan mengisi borang permohonan melanjutkan pelajaran aku kepada Ijazah Sarjana Muda di UITM secara online sementara maseh terdapat sedikit semangat untuk belajar. Lepas tu dapat kerja, berharap untuk kawen, ber-anak, makan duit pencen dan akhirnya MATI (dalam tak sedar aku adalah salah seorang yang bercita-cita untuk meneruskan kesinambungan streotaip/tipikal perjalanan hidup manusia yang telah dibentuk)

Berbalek kepada kisah kursus bahasa inggeris, dalam seminggu, aku perlu menghadiri 5 kelas, dari isnin hingga jumaat. Rutin kelas pula bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang. Rehat diperuntukkan untuk makan tengahari selama satu jam. Dari observasi aku yang cetek ini, aku dapati bahawa kami akan melakukan ‘ritual’ yang agak sama setiap hari. Berikut adalah jadual harian kelas;


0900-0945- Bercerita tentang isu-isu semasa domestik dan luar negara

0945-1015-Lecturer (selepas ini dibaca Sir) memberi input tentang keindahan proverb

1015-1045-Grammar (aku paling bosan bab ni la)

1045-1105- Rehat mengambil udara (selalunya aku mengambil nikotin,tar,racun tikus ect dirooftop)

1105-1300-Sir akan memberi tajuk/acara untuk para pelajar membuat pembentangan selepas rehat tengahari

1300-1400-Rehat makan tengahari

1400-1600- pembentangan


Biasanya aku akan makan disebuah gerai bai (biasanya aku panggil mapley,tapi kat sini dah jadik bai). Menu makan tengahari aku adalah sama setiap hari iaitu sebungkus nasi lemak,dua biji karipap dan teh o dan semuanya berharga hanya RM1.70. Agak murah dan berupaya untuk menyelamatkan sedikit duit aku. Mak aku akan senantiasa membebel pada aku kerna hampir setiap hari aku akan bersama nasi lemak. Buat pengetahuan korang, biasanya sarapan aku akan mengambil 2 bungkus nasi lemak, tengahari juga nasi lemak dan kadang kadang malamku juga dipersembahkan nasi lemak (biasanya malam keluarga aku hanya beli makanan). Dan sesekali melihat mukaku dicermin, ada iras-iras nasi lemak pulak (hidung macam hujung pembungkus nasi lemak) dan sedikit merah seperti sambal di pipiku. Tak mengapalah kalau aku mentransformasi diri menjadi nasi lemak, dari aku menjadi Hitler yang tak pernah mungkin makan nasi lemak! (dan tak pernah mempunyai perasaan kemanusiaan!) Dengan kehadiran nasi lemak yang berlemak, dan dengan sendirinya perutku juga telah berupaya untuk membuka akaun lemak dan tanpa disedari (dan gerun sebenarnya) perutku seperti mengandungi janin berusia 2 minggu. Harap aku tidak menjadi lelaki malaysia pertama yang mengandung,tapi siapa ibunya? (time will tell hahahah)

Berbalek pada kursus aku tadi, masa baru baru aku jejak kaki ke cosmopoint, aku berpakaian formal dan kacak (berpakaian je). Namun setelah seminggu disitu, aku pun memakai pakaian rasmi aku iaitu baju t yang penuh warna warni (warna warni dengan tulisan je). Yang seronoknya, kursus bahasa inggeris ini tidak mempunyai peperiksaan dan keadaan ini menyebabkan situasi stress dan tekanan menghampiri nilai zero. Tahap penguasaan bahasa inggeris bagi setiap pelajar dalam kelas aku adalah pada tahap average, so aku tidak berasa segan untuk menuturkan bahasa inggerisku yang agak songsang (problem of mentality J).Para pelajar dalam kelas aku datang dari pelbagai latarbelakang akademik. Ada yang ambil business, fashion designer, journalism dan laen laen. Masa aku pertama kali jejak kaki ke kelas aku,terdapat 14 orang pelajar, namun kini tinggal 10 orang sahaja kerna 3 orang sudah mendapat pekerjaan dan seorang melanjutkan pelajaran. Suausana kelas agak enjoy,happy dan kelakar apabila melihat telatah pelajar (termasuk aku) yang cuba mendistorsi struktur lidah maseng maseng dari jawa kepada omputeh. Didalam kelas, kami tiada pilihan laen kecuali bertutur dalam bahasa penjajah itu. Sir akan berbahasa melayu jika kami berbahasa melayu (sebagai langkah menyindir). Namun tahap penguasaan Sir dalam menuturkan ayat ayat bahasa melayu akan mengaktifkan urat urat ketawa kami kerna cara Sir bercakap melayu tersungguh la kelakar! Lebih kelakar dari lawak senario yang selalunya berbaur lucah.
Dan kini sudah lebih sebulan aku menghadiri kelas bahasa inggeris ini. Dan kelas bahasa inggeris inilah yang berperanan membunuh waktu waktu aku yang selama ini diisi dengan winston light berpanjangan dan menonton tv yang membosankan. Kepada aku, selamat menikmati keindahan bahasa inggeris!



P/S: Sir adalah seorang penyokong kerajaan
Dan aku seorang penyokong kepada kontradiksi ide Sir (Siapa peduli?)


Deeee….Ngomong sama punggong!