Sunday, January 20, 2008

Mati adalah suatu kemusnahan?

Selalunya, sesuatu itu tertinggal tidak tercakap..

Aku berani saja berikan nyawaku secara percuma
hanya untuk membiarkan kau sentiasa bermain-main dihalamanku
Tak perlu kau pergi jauh untuk dapatkan bahagia
Kerna aku rela tukar nafasku dengan bahagia,
hanya untukmu lalui.

Kerna bahagiamu adalah syurga aku
dan syurgaku adalah bahagia kamu!

Ya,manusia tetap sahaja begitu,
Tak selalu syurga aku itu seperti syurga kamu,
Syurga itu juga amat fleksibel,
dari kiri mampu sahaja ke kanan,
dari atas berkuasa saja untuk ke bawah,
Syurga bagiku,
mungkin
Neraka bagi kamu.

Tapi yang pasti,
Jika neraka bagi kamu,
maka sepanas-panas neraka pula bagiku.

Jangan kau rungkai sesuatu yang telah pun menjadi suatu kekuatan
Kekuatan yang kini aku genggam,
Jangan kau rasuki jiwaku dengan amarahmu,
Kerna aku tau akhirnya ianya akan musnah jua.

Kemusnahan adalah pasti,
namun tidak sekarang.
Kemusnahan adalah sesuatu yang dijanji,
Namun yang pasti ianya bukan kini,
dan harap ianya sampai mati.

Sedangkan mati adalah suatu kemusnahan?

Monday, January 07, 2008

Tidak semua Proletariat tinggal di rumah yang kecik, oke!

Cepat betul masa berlalu. Sepertinya baru semalam aku menangis merengek-rengek meminta ibu menyuakan susu natural kemulutku, namun hari ini aku lantas bisa saja beronani berimajinasikan gadis-gadis syurga yang suci dan tulus.

Introduksi yang masih lagi lucah tetapi tetap metafora.

Pejam celik, aku kini ditahun 2 pengajianku di UPSI. Dan aku telah mengucapkan ’tata’ kepada hostel 9 tingkatku dan kini aku telah bermaustatin di sebuah rumah 3 tingkat!

3 tingkat adalah sebuah rumah yang besar oke!

Bukan, aku bukan berkongsi rumah yang besar itu dengan 15 rakanku yang lain, bukan juga 20 rakan lain kerna bulatan rakanku di upsi adalah sama seperti spesis penyu belimbing yang sudah hampir pupus (sila gunakan nisbah yang sesuai). Rumah sebesar istana ini hanya diduduki oleh 6 orang manusia sahaja. Dan aku dilokasikan di tingkat 3, berseorangan!

Tiada apa-apa tema ingin kutetapkan bagi bilikku. Memandangkan aku sentiasa kedekut untuk membeli meja baru di IKEA, aku nekad untuk mentemakan bilikku dengan tema bilik-yang-kurang-perabot-tapi –nampak-punk! Ya, suatu tema yang mengarut dan jauh tersasar dari landasan moraliti masyarakat setempat, namun aku tiada pilihan. Kadang-kadang kita tiada pilihan selain menentang arus dan normaliti kehidupan itu sendiri. Contohnya, tema bilikku! (pembaca, sila jangan menentang arus dan normaliti ya! Iya SANGAT tidak-bermoral!)

Ianya sebuah rumah yang chantek, besar dan menawan. Kami berjiran dengan pasangan yang sudah haji dan aku berharap para haji ini berfikiran liberal. Maksud aku sangat liberal (aku hanya mampu berharap, harapan akan sentiasa selari dengan cita-cita. Bezanya, adakah cita-cita itu sendiri akan tetap disitu?). Kerana pemikiran liberallah satu-satu fahaman yang mampu meletakkan kami terisolasi dari cercaan dan pandangan-serong seorang jiran. Aku tidak menidakkan kepentingan berjiran, namun ’kerukunan’ dan ’semangat’ kejiranan yang utuh oleh masyarakat konservatif telah membuatkan aku sendiri bersifat bias dan menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan. Ah, manusia serta undang-undang pun acapkali berbuat demikian. Mahu contoh? Cari sendiri, pemalas!

Tiada katil, hanya tilam yang bercadarkan rupabentuk zirafah menjadi lullaby setiap kali aku ke alam mimpi. Aku masih lagi dengan konsep suasana punkrock-ku. Aku tak peduli, so aku harap kau pun sama.

Cukup untuk kali ini, tiada outroduksi yang bermetaforakan lucah.

Manusia itu berevolusi-lah kawan! (tapi bukan dari sudut konsep darwinisme oke! Darwin tipu!)

-shhhhhh-

Peluh, Idea dan Eksplorasi

Kehidupanku disini dipenuhi dengan peluh-peluh hasil dari aktiviti-aktiviti subbjek yang memerlukan aku mengaktifkan kelenjar peluhku. Aku bukan seorang yang rajin untuk mengikuti aktiviti sukan tapi badanku dipaksa untuk berbuat begitu. Aku sepertinya bukan pelajar sains sukan, malahan ramai pelajar disini membuat telahan bahawa aku pelajar yang mengambil jurusan musik. Mungkin dari segi aku berpakaian. Aku tidak kisah selagi ianya tidak mengheret aku kelembah hina.

Kehidupanku disini dikelilingi oleh bulatan rakan yang sama. Bukan aku tidak bercampur dengan rakan sekuliah, namun ianya hanya ketika aku mengikuti kuliah. Aku lebih selesa bergaul dengan rakan yang dalam bulatanku. Bukan aku mendiskriminasi, namun aku lebih selesa. Selesa dari sudut keselarian kami.

Dengan mereka, aku lebih ceria. Hari-hari kami disulami gelak ketawa yang melampau (jika kepala berisi, ketawa kami akan melampaui garisan waras!) Aku boleh bergelak-ketawa, namun aku juga bisa berbicara serious bersama mereka. Mereka mempunyai pandangan yang tidak terbatas oleh tipikal, mereka tidak berfikir secara streotaip dan mereka telah lepas dari acuan yang dibentuk, acuan berfikir yang dibentuk dahulu dan mereka telah memecahkan itu!

Kami seringkali berbicara tentang manusia. Tentang betapa kompleksnya manusia itu.Tentang patern manusia, tentang perilaku, moral dan cara manusia itu. Manusia yang dibentuk bukan dengan tiba-tiba tapi banyak dipengaruhi oleh persekitaran, cara membesar dan cara dibentuk. Walaupun ada rakanku seorang yang agnostik malah lebih kepada atheis, namun ianya tidak membataskan perbualan kami. Banyak perkara baru dan banyak hipotesis yang selalunya mengaktifkan saraf-saraf otakku. Idea adalah sesuatu perkara yang indah untuk diterokai. Tak perlu kau bataskan dan kurung minda kau dalam suatu penjara yang kau sendiri mampu untuk keluar. Tak perlu takut untuk bebas-lepas dari zon keselesaan kau kerna keindahan diluar adalah pada tahap infiniti dan ianya hanya menunggu kau keluar dan merampas ia kembali. Kehidupan itu sendiri adalah pilihan dan pilihan itu bukan terletak kepada masyarakat atau pemerintah, tapi ianya terletak di kekuatan diri kau yang orang kampungku selalu cakap, iaitu keberanian.

Persetankan pandangan normatif masyarakat, idea adalah suatu yang sangat subjektif, dan ianya tidak akan mungkin dipaksa menjadi sesuatu yang objektif. Subjektif bukan hanya ketika kau perlu menjawab soalan ujian secara esei, namun ianya juga melibatkan cara kau membasuh tahi dilubang punggung selepas selesai berak!

Bak kata band Hujan “Hari esok siapa yang tahuuuuu”