Tuesday, March 18, 2008

Tsunami itu bukannya sentiasa tidak politik

Malaysia kini dilanda tsunami politik yang hebat. Kemenangan besar pembangkang terus menghantui kerjaan. Rakyat sudah muak dengan pelbagai topeng-topeng nabi kerajaan. Rakyat bukan bodoh kawan!

Setelah kerajaan melakukan post-moterm terhadap kekalahan mereka, maka dapat disimpulkan akibat utamanya adalah kerana blog-blog poltik yang merata di internet. Apa lagi yang mampu dibuat? Setelah segala media arus perdana dipunyai kerajaan? Setelah segala media massa dibawah telunjuk mereka? Demokrasikah? Demokrasi apakah yang padangnya tidak rata? Demokrasi apakah yang mungkin wujud di negara yang kononnya demokrasi sedangkan unsur-unsur demokrasi itu sendiri dicantas? Ruang demokrasi ditutup rapat seluas lubang bontot?

Teknologi digunakan sepenuhnya lalu membentuk gelombang perubahan.

Ambil perhatian bahawa segala kebebasan berkarya diinternet kelak akan digari, dipenjara, dibunuh dan terus dikubur.

Apakah senjata terakhir mereka? Setelah kekalahan teruk mereka pada pilihanraya baru-baru ini?

Jawapannya sama seperti pilihanraya umum 1969! Perkauman!

Perkauman adalah isu sensitif yang sangat gerun disentuh pelbagai pihak dinegara yang berbilang kaum ini. Prejudis perkauman telah lama dan masih tertanam dalam hati mereka. Sekali disentuh bakal mencetus ketegangan. Lihat saja tragedi 13Mei1969, ianya juga berpunca dari kekalahan besar kerajaan pada pilihanraya umum 1969.

Api perkauman terus dimainkan. Rakyat terus dimomokkan dengan ketuanan melayu, perasaan insecured terus-terusan disuntik dalam pemikiran rakyat. Cina bakal menhapuskan keistimewaan melayu, melayu yang mengundi pembangkang adalah pengkhianat bangsa melayu dan pelbagai lagi momokan bodoh!

Rakyat terus takut, perasaan prejudis terus meluap-luap dan jika tidak dikawal maka akan meletus menjadi satu lagi tragedi 13mei1969.

Senjata terakhir dan yang paling ampuh telah digunakan dan ianya senjata yang berbetuk PERKAUMAN!

Sepertinya kau lempar minyak ke api yang sedang marak!

Dan api itu bakal saja menghancur seluruhnya!