Wednesday, September 24, 2008

1...2...3...GO u fuk!

Aku perlu berhenti disini..

Aku perlu menerima keputusannya yang masih lagi aku gagal untuk menerimanya..

Aku percaya tentang konsensus, namun ini bukan dipanggil konsensus, ini dipanggil keputusan fasis yang tanpa tidak aku perlu juga terima..

bukan dengan hati yang terbuka, malah tertutup rapat..

Tapi aku sedar, dua entiti tidak boleh dipanggil satu..

Mungkin dia sudah menjadi satu entiti bersama separuh yang lain dan sangat gembira dengan apa yang telah ditinggalkan..

mungkin.. dan aku berharap..

Manunsia berfikir.. manusia membuat keputusan dan manusia juga menerima keputusan..

Segala apa yang dilalui mungkin tidak langsung sesuai..

seperti puzzle yang dipaksakan masuk..

dan kini akhirnya pecah..

buat apa pecahkan ia sedangkan ada kerangka puzzle lain yang lebih sesuai?


Aku akui dan aku sedar dan sekali lagi aku pasrah..

Sudah la ayun.. hadapilah kenyataan hidup yang tak pernah menyebelahi kau.

Aku harap, episod ini hanyalah seperti gula-gula sweet sour yang aku suka dulu.. Namun dulu aku langkah rasa masam gula-gula itu dengan membasuh ianya terlebih dahulu dengan air semata-mata ingin merasa manisnya saja..

Kini aku akan gagahi ia tanpa melangkah rasa masam itu kerna aku tau akhirnya rasa manis sajalah yang akan aku rasa..

Aku harap dia happy dan tidak menyesali apa yang telah ditinggal..

Dan aku harap aku boleh saja lalui mmimpi-mimpi semalam dan cuba mencipta mimpi-mimpi baru esok..

Terima kasih kerna mengajar aku apa erti hidup..

dan terima kasih juga kerna mengajar aku apa erti mati dalam kehidupan..

Ok, sekarang aku perlu pergi dan hidup kembali selepas mati..


1...2...3... GO!!!

p/s:oh..patutla.. aku ni mamat tak reti gi clubbing..asyik pegi gig ntah pape..mmg bosan..mane la aku tau ko mmg suke pegi club menari-nari.. n aku tak pakai spek mata besar bulat sambil tangan sebelah pegang stereng, sebelah lagi pelok awek hahahahahahahahahhahahahahah

Monday, September 22, 2008

Halusinasi itu suatu konstruksi situasi

Escapist!

Itulah suatu perkataan yang dilabelkan kepada aku oleh kakak angkatku apabila aku menyatakan bahawa kini aku seringkali pergi kedunia yang satu lagi..

Ke dunia yang penuh dengan warna-warna berbeza, warna-warna yang tidak selalunya gelap dan seringkalinya berwarna-warna...

Dunia yang penuh dengan imajinasi, ilusi, halusinasi

Dengan dunia satu lagi itu, aku bisa saja terbang, terbang ke suatu tempat yang jauh dari sakit-sakit hati, terbang jauh dari realiti yang sakit sedang aku hadapi ini. Aku mampu saja membunuh memori-memori pahit aku disini, didunia yang penuh dengan ilusi ciptaan kami.

Aku gembira dan mampu lupakan ia..

walaupun seketika..

walaupun untuk waktu yang seketika..

Walaupun apa jua terma serupa escapist kau labelkan, aku rela asalkan jalan singkat ini mampu membawa aku jauh dari memori itu.

Aku bencikan memori itu, aku ingin bunuh memori itu!

Namun aku tak mampu.. Kerna ianya suatu perasaan yang paling indah sepanjang hidupku.

"kau ni makin kuat hisap dadah lepas putus cinta ni kan"

Kawan se'pendadahan' aku tiba-tiba menyua kata-kata itu walaupun aku tau dia juga muungkin sedikit terkejut. Namun dia jugalah satu-satunya kawan aku yg tanpa dia, mungkin aku telah mati.

Aku lagi ingin pergi dari realiti ini, meninggalkan sisa-sisa yang masih lagi hidup dalam aku,yang masih lagi duduk menikus di suatu sudut diri aku tanpa aku mampu menyahkan ia yang telah menjadi sebahagian dari hidup aku, dari aku dan dari roh aku.

Pergi ke alam halusinasi adalah suatu langkah pendek untuk aku melupakan ia pada masa ini dan aku harap ianya pergi jauh dari ku..

sedarlah, aku tidak ingin kau huni diri aku lagi.

Friday, September 19, 2008

Tidak selalu yang kecil dianggap sebagai pemenang

Kematian adalah suatu pengakhiran dari sebuah kehidupan pendek tapi penuh dengan macam-macam masalah. Kematian adalah suatu yang sangat pasti namun ianya juga sangat pasti mengundang kesedihan. Kerna sejahat-jahat manusia, masih juga tersorok susuk makhluk menyorok yang tetap sayang. Lagikan manusia yang berpekerti Nabi!

Itu pasti.

Berita itu diterima. 75 % peluang tidak disitu, yang tinggal hanyalah 15%.

Ya, 75 tetap saja bakal menang jika digaduhkan dengan 15. Namun ianya tetap suatu peluang, walau tipis namun ianya tetap dinamai dengan nama PELUANG.

Pelbagai perasaan, ketakutan, kebimbangan, ketidakpastian, kejatuhan dan pelbagai lagi rasa hati yang menyucuk-nyucuk sakit tapi tak terluah. Aku faham, walaupun tidak sefaham apa yang kau faham.

Aku kaget, buntu tanpa apa-apa kata-kata yang mungkin boleh membuang segala macam rasa-hati yang terus-terusan menyucuk. Tapi aku tetap disitu, walau reaksi verbalku bisu, aksi non-verbal aku sua, aku suap dan aku paksakan suap.

Aku, dia terduduk ditemani 3 botol air yang bakal memecah kebuntuan oral aku, dia, masing-masing.

Aku tau ianya suatu keputusan yang pusing-pusing akan kembalik ke titik asal. Antara diri sendiri atau dirinya. Antara kepentingan diri atau kepentingan dirinya. Antara kehidupan masa datang atau kehidupan diakhir cerita.

2 jam berlalu..

datang tiba-tiba suara-suara cahaya membisik harapan dan kepastian

"Percayalah.. ianya tidak akan apa-apa. Dianya dan ianya akan terus tetap disitu, menanti dan menyambut kau rohani dan jasmani"

Cliché!

Persetankan!

Anggap saja ianya suara-suara pengharapan yang boleh saja menghidupkan suatu kehidupan yang hampir tanpa kehidupan.

Tenang.. Ianya dan dianya selamat, cuma belum sedarkan diri..

Nah... Siapa kata 75 tetap saja menang jika digaduhkan dengan 15?

Siapa kata?

KEmatian semalam dihidupkan dengan kehidupan baru hari ini..

dan kematian semalam akan kuhumban disuatu kehidupan yang penuh dengan kematian tanpa ingin aku gagahkan untuk menghidupkan kematian itu.

Siapa kata majoriti kerap saja menang???







Thursday, September 04, 2008

aku tau ko tengah baca kan!!

tengah dengar-dengar lagu, terkeluar dua lagu babi
lagu pertama dari sheila on 7-berhenti berharap..

pastu dengar lak lagu dari james blunt-goodbye my lover


BABI!