Wednesday, August 26, 2009

kait bulan itu biar aku pelok

tengahari ini terik, seperti semalam, dan seperti semalamnya.

aku termanggu, bukan kerna apa cuma teringat betapa tingginya aku 2-3 hari lepas. sebuk mendaki tinggi, menari-nari meraikan keagungan hijau-lekit itu. merapat mata menikmati mimpi-mimpi realiti. bersama-sama mengait bintang, bertemu bulan, berenang diruang vakum

tengahari ini mungkin tidak seterik ini andainya dia ada..


---


kenapa perlu tunjal kepala aku? walau aku tau garis-garis moraliti atas logik akal, namun aku terkadang muak. muak disumbat moraliti itu dan ini, begitu dan begini, yang sini dan sana.

betul, mungkin aku sedikit bukan diatas landasan, namun landasan syaitan jarang-jarang memberi laluan cahaya. jarang-jarang bukan bermakna tiada. mungkin saja cahaya bercahaya malap namun tetap saja namanya cahaya kan?

tinggalkan aku sekejap disini.. sekejap sahaja

walau aku cuba untuk menjadi malaikat yang jatuh dari langit, sesekali menghuni tubuh-tubuh syaitan direjam mungkin seronok

seronok mungkin hanya untuk aku..



mungkin

Tuesday, August 25, 2009

log-log mono

semalam aku di sebelah batu licin itu. Tak pernah terlintas untuk berdiri tegap diatas.

cahaya-cahaya sesekali masuk menerjah dari alur yang tak dihalang daun-daun

tapi tak selalu apa yang tak berwarna, kita sendiri yang meletakkan warna

jarang-jarang..

tapi pernah jua datang..

kadang-kadang..

terus saja tak mahu pulang..

---

tak perlu hambur maki-maki, belum tentu maki itu tak melekat dimuka sendiri. Kalau ribut-ribut untuk apa? Lagi meriah? atau biar kecoh?

Friday, August 21, 2009

memang aku cemburu

tapi aku tak pernah dengki kat orang!










sumpah






p/s: thanx a lot

Sunday, August 16, 2009

slot bersama: pakcik tua bawa kereta sewa yang dahulunya jahat tapi tuhan sayang dia (pakcik tu yg kata)

"iingat, hidup ni jangan sombong, jangan ada hasad dengki, jangan ada cemburu-cemburu"

"pakcik ni dulu jahat sangat.. minum arak, kaki perempuan, kaki joli.. tapi judi pakcik tak main la"

"tapi tuhan sayang pakcik walau pakcik jahat sangat dulu"

saya tahu pakcik dulu jahat, tuhan sayang pakcik so pakcik dapat jadik baek..

tapi saya yang baek ni boleh jadik jahat dan tuhan tak akan sayang saya lagi bila saya dah sampai rumah, dah bayar 5ringgit tapi pakcik masih nak berbual dengan saya..

saya penat dan sisa-sisa pening semalam tak abis lagi!!