Wednesday, August 26, 2009

kait bulan itu biar aku pelok

tengahari ini terik, seperti semalam, dan seperti semalamnya.

aku termanggu, bukan kerna apa cuma teringat betapa tingginya aku 2-3 hari lepas. sebuk mendaki tinggi, menari-nari meraikan keagungan hijau-lekit itu. merapat mata menikmati mimpi-mimpi realiti. bersama-sama mengait bintang, bertemu bulan, berenang diruang vakum

tengahari ini mungkin tidak seterik ini andainya dia ada..


---


kenapa perlu tunjal kepala aku? walau aku tau garis-garis moraliti atas logik akal, namun aku terkadang muak. muak disumbat moraliti itu dan ini, begitu dan begini, yang sini dan sana.

betul, mungkin aku sedikit bukan diatas landasan, namun landasan syaitan jarang-jarang memberi laluan cahaya. jarang-jarang bukan bermakna tiada. mungkin saja cahaya bercahaya malap namun tetap saja namanya cahaya kan?

tinggalkan aku sekejap disini.. sekejap sahaja

walau aku cuba untuk menjadi malaikat yang jatuh dari langit, sesekali menghuni tubuh-tubuh syaitan direjam mungkin seronok

seronok mungkin hanya untuk aku..



mungkin

2 komen-komen:

Antara Bandar said...

kalau dah petak dunia ni yon..

:)

emotion device said...

Cahaya tidak boleh memperlihatkan terangnya dalam keadaan yang benderang. Mungkin berada di ruang gelap akan membolehkan kita menghargai cahaya walaupun sebesar cahaya lilin yang malap.