Thursday, September 03, 2009

dulu mama nak kerja kilang tapi atuk tak bagi

ramai orang kata, aku seorang yang mudah risau..

risau yang bukan biasa-biasa, cuma selalunya sampai buat orang lain jadi rimas dengan perangai risau aku..

baru-baru ni mama cerita pasal adik-adik. mama risau pasal adik-adik yang perangai macam-macam.

aku cakap,

biar la.. biar mereka belajar. mama jangan risau sangat eh?

rupanya risau ni penyakit keturunan, penyakit yang dibawa temurun melalui kromosom-kromosom dari darah yang sama.

mama seorang yang selalu risau dan rupanya pembawa penyakit utama ini diwarisi dari atuk.

mama cakap lagi;

mama risau dengan ayun ni. tak pernah pun mama tengok ayun sembahyang

aku cakap;

sembahyang jugak la.

mama cakap;

nanti siapa nak doakan mama nanti?



mama jangan risau, bukan setakat doa satu agama aje ayun bagi

doa seluruh agama ayun cantum jadi satu doa yang sangat BESAR