Tuesday, August 03, 2010

hari di kota sriwijaya

Benar kata orang, jauh perjalanan maka lebih luas pandangan

Cerita aku disini adalah pengalaman hebat untuk aku. Pelbagai manusia maka pelbagailah watak dan perinya

Hari ini terwujud hasil dari gabungan sejarah semalam. Keluarlah dari kelompok bagi menjamah kitaran lain agar hidup tidak terhabis secara sia-sia.

Hidup masih sekali, jalani sepertinya ia diberi sehingga kali kedua


Untuk menterjemah kegilaan, perlulah menjamah kegilaan
Untuk mendefinisi kegilaan, terlibatlah dalam lingkaran kegilaan


Disetiap tanah dimana kaki dienjak, jilatlah segenap penjuru agar lidah itu bervariasi kosa-rasanya..
Agar lidah bisa mentafsir manis itu seperti ini, masam itu seperti itu, jelek itu bagaimana, masin itu seperti apa ..

Walau apa kota sekalipun, jika yang masih terliar kelibat manusia, maka namanya masih tetap manusia

Walau cuaca iklim apa sekalipun, jika yang masih disitu adanya manusia, maka masih tetap saja ianya manusia


Manusia masih manusia.


Tunduk itu bukan bererti menunduk. Ikut resam padi, makin menunduk makin berisi
Yang diam tidak bermakna tolol, yang heboh bercakap tak semestinya sehebat ahli falsafah

Pecahkan mentaliti stagnan, biar ia berserak ke ceruk-ceruk yang sulit dicapai
Biar mudah nanti, mana tahu kita ke sana berteduh langit memijak tanah yang terlalu asing buat kita

Untuk mendapat kehormatan, perlu diberi dahulu kehormatan. Kehormatan tidak boleh diragut, itu bukan caranya..

Itu tolol namanya..


Jika kita benci diludah, maka jangan sesekali meludah. Ukur diri sendiri sebelum timbang orang lain


Jangan terlalu lama menyalahkan hari semalam. Hari semalam bukan tiket untuk bertindak hari ini. Jangan sandarkan hari semalam bagi membenarkan hari ini.

Manusia berubah, Cuma apa ianya berubah ke arah kiri atau kanan?

Pandang hari esok, jengah hari semalam
Jengah hari semalam bukan untuk disesali, Cuma kutip sedikit bagi persediaan hari esok

Walaupun lebatnya hujan sedang matahari tercacak dilangit menerikkan cahaya, pastinya bilamana hujan berhenti pelangi pasti muncul

2 komen-komen:

syafiqah said...

manusia berubah. and now di indonesia? yes perubahan. :)

Anonymous said...

manusia memang berubah.. bezanya ke kiri atau bengkok kanan sikit :P

thanx syafiqah.. lama tak bual :)