Thursday, December 23, 2010

SpongeBong HempPants

i would love to share a bong with spongeBong

Monday, December 13, 2010

sepatutnya begini

Memori dulu sedikit demi sedikit dikorek-gali. Tapi masih lagi tak berani sentuh yang itu. Masih tak berani, bukan bermaksud tidak langsung berani.

Masa belum sampai. Pasti akan sampai. Seisi perbualan kami belum tamat, malah baru saja bermula. Bersama menyelak helaian zaman kanak-kanak yang sampai sekarang masih belum dikongsi walaupun ada kemungkinan dulu bahawa cerita ini tidak bakal diselak dan dibiar mati kelak ketika kematian

Kehidupan memang sangat ironi dan boleh menggerak-gerak suatu titik yang dulunya tetap, tak bergerak dan membisu pekak kini menjadi garisan-garisan panjang yang membentuk segi, bujur, bulat, petak, dan trapezium bersudut, tiada sudut. Kadang-kadang ianya mengambil masa, kadang-kadang masa yang dikejar. Walaupun kehidupan sangat lucu tapi pengisi kehidupan sangat menakutkan dan penakut. Dan juga ego. Selalu prejudis tak pernah berselisih dengan kemungkinan. Semuanya tetap tak teralih tak berganjak.
Optimis! Ianya tak lah sesusah mana sebenarnya

Semoga seisi ini dapat terus diisi slotnya. Bersama-sama mentertawakan semuanya.