i would love to share a bong with spongeBong
Thursday, December 23, 2010
SpongeBong HempPants
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, December 23, 2010 14 komen-komen
Monday, December 13, 2010
sepatutnya begini
Memori dulu sedikit demi sedikit dikorek-gali. Tapi masih lagi tak berani sentuh yang itu. Masih tak berani, bukan bermaksud tidak langsung berani.
Masa belum sampai. Pasti akan sampai. Seisi perbualan kami belum tamat, malah baru saja bermula. Bersama menyelak helaian zaman kanak-kanak yang sampai sekarang masih belum dikongsi walaupun ada kemungkinan dulu bahawa cerita ini tidak bakal diselak dan dibiar mati kelak ketika kematian
Kehidupan memang sangat ironi dan boleh menggerak-gerak suatu titik yang dulunya tetap, tak bergerak dan membisu pekak kini menjadi garisan-garisan panjang yang membentuk segi, bujur, bulat, petak, dan trapezium bersudut, tiada sudut. Kadang-kadang ianya mengambil masa, kadang-kadang masa yang dikejar. Walaupun kehidupan sangat lucu tapi pengisi kehidupan sangat menakutkan dan penakut. Dan juga ego. Selalu prejudis tak pernah berselisih dengan kemungkinan. Semuanya tetap tak teralih tak berganjak.
Optimis! Ianya tak lah sesusah mana sebenarnya
Semoga seisi ini dapat terus diisi slotnya. Bersama-sama mentertawakan semuanya.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, December 13, 2010 1 komen-komen
Friday, October 08, 2010
Pandang permasalahan sebagai sesuatu yang indah
Sedang aku berselingkuh dengan risik-risik riuh mimpi neraka
Datang sunyi-sunyi dosa-dosa dia menjadi yang didosai
Duduk terduduk diantara matinya jalan dan tangisan seorang ibu
Kencing-kencing dia sekarang membasahi setiap ruang atas bawah kiri kanan jalan kehadapan berselisih jalan kebelakang terserempak
Hadapi karma dengan menyuakan rai muka bukan dengan membelakangkan badan meungunjuk takdir
Kali ini saja…
Harap kali ini saja..
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, October 08, 2010 0 komen-komen
Tuesday, August 03, 2010
hari di kota sriwijaya
Benar kata orang, jauh perjalanan maka lebih luas pandangan
Cerita aku disini adalah pengalaman hebat untuk aku. Pelbagai manusia maka pelbagailah watak dan perinya
Hari ini terwujud hasil dari gabungan sejarah semalam. Keluarlah dari kelompok bagi menjamah kitaran lain agar hidup tidak terhabis secara sia-sia.
Hidup masih sekali, jalani sepertinya ia diberi sehingga kali kedua
Untuk menterjemah kegilaan, perlulah menjamah kegilaan
Untuk mendefinisi kegilaan, terlibatlah dalam lingkaran kegilaan
Disetiap tanah dimana kaki dienjak, jilatlah segenap penjuru agar lidah itu bervariasi kosa-rasanya..
Agar lidah bisa mentafsir manis itu seperti ini, masam itu seperti itu, jelek itu bagaimana, masin itu seperti apa ..
Walau apa kota sekalipun, jika yang masih terliar kelibat manusia, maka namanya masih tetap manusia
Walau cuaca iklim apa sekalipun, jika yang masih disitu adanya manusia, maka masih tetap saja ianya manusia
Manusia masih manusia.
Tunduk itu bukan bererti menunduk. Ikut resam padi, makin menunduk makin berisi
Yang diam tidak bermakna tolol, yang heboh bercakap tak semestinya sehebat ahli falsafah
Pecahkan mentaliti stagnan, biar ia berserak ke ceruk-ceruk yang sulit dicapai
Biar mudah nanti, mana tahu kita ke sana berteduh langit memijak tanah yang terlalu asing buat kita
Untuk mendapat kehormatan, perlu diberi dahulu kehormatan. Kehormatan tidak boleh diragut, itu bukan caranya..
Itu tolol namanya..
Jika kita benci diludah, maka jangan sesekali meludah. Ukur diri sendiri sebelum timbang orang lain
Jangan terlalu lama menyalahkan hari semalam. Hari semalam bukan tiket untuk bertindak hari ini. Jangan sandarkan hari semalam bagi membenarkan hari ini.
Manusia berubah, Cuma apa ianya berubah ke arah kiri atau kanan?
Pandang hari esok, jengah hari semalam
Jengah hari semalam bukan untuk disesali, Cuma kutip sedikit bagi persediaan hari esok
Walaupun lebatnya hujan sedang matahari tercacak dilangit menerikkan cahaya, pastinya bilamana hujan berhenti pelangi pasti muncul
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, August 03, 2010 2 komen-komen
Friday, May 21, 2010
35900, Tanjong Malim, Perak
A part of chapter just end and yet a new chapter is about to begin
Pahit pahit
Manis manis
Masam masam
Seperti sepinggan rojak yang dicampur-campur lalu dihadam
Pahit pahit itu
Manis manis itu
Masam masam itu
Menelanjangi kehidupan yang, selalunya
Kelakar, perit, sukar
Untuk sesetengah manusia, watak, pengatur-cara hidup, badut
Tangis itu
gelak itu
semangat itu
menjadikan sesetengah manusia, watak, pengatur-cara hidup, badut
terus berdiri atas
ludah-ludah caci maki
lebatnya air-air mata
senyum hilai kepuasan
mentertawakan hari-hari semalam dan mungkin hari esok
terus berlari atas jalur-jalur kehidupan yang, selalunya
kelakar, perit, sukar
untuk sesetengah manusia, watak, pengatur-cara hidup, badut...
Gerak dulu kawan-kawan.
Jangan pernah lupa apa yang tak mungkin kita lupa
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, May 21, 2010 6 komen-komen
Thursday, April 01, 2010
*sigh
penat mengeluh..
tolong diam...
walau sedetik dua untuk telinga aku hadam..
telinga mana mampu perangkap sejelek bunyi sejijik melodi hah?
keluar segala tahi-tahi... kuning... perang dan sesekali hijau
yucks!
geli.. tapi tetap mahu jugak cuit, letak di hidung.. sedut sedikit, hembus.... biar jijik, walau tak banyak tapi tetap dapat kenal itu bau busuk tahi
buang-lah tahi-tahi... bukan kah rasanya busuk? baunya busuk? nampaknya pun busuk?
tapi bau tadi, bau yang walau tak banyak tapi ada di segenap bulu-bulu rongga hidung kau? aku? kita?
maaf... minta izin pergi ya...
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, April 01, 2010 0 komen-komen
Wednesday, March 03, 2010
helaian mukasurat itu jauh lagi yang perlu diselak
tapi mukasurat kali ini, seperti diulang cetak
lenggok bahasa, perenggan-perenggan, cerita-ceritera, nahu-nahu
mukasurat memang sepertinya namun pada helaian mukasurat lain dalam buku yang sama
buku peradaban manusia
perjalanan seorang manusia
jalan cerita yang diulang idea, masih sama.. tetap sakit
pandang ke hadapan, jalan mana yang berhak dipilih
jalan mana yang perlu dipilih
jalan mana yang tak perlu dipih
walau apa jalan sekalipun, jangan lupa untuk bertahan
bertahan dari sakit-sakit kerna
walau apa jalan pun, sakit tetap sakit
tirai itu terlondeh sedikit
sebelah mata mungkin boleh saja terus menangkap apa disebalik tabir itu
lalu terbeban dengan segala kusut
pelihara atau biar ia mati?
tirai ini masih kukuh
mata celik masih lagi gagal untuk menangkap
lalu terbeban menjadi rahasia dalam lipatan mukasurat
tersembunyi antara deretan-deretan buku buku
terdiam dalam perpustakaan yang mengumpul segala genap cerita
cerita yang masih lagi tentang manusia
harap kedua-dua mampu bertahan atas alasan masing-masing
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, March 03, 2010 0 komen-komen
Monday, February 01, 2010
bilamana aku bercerita tentang ini, aku bukan main-main walau tampak ada sedikit kecil hati namun prediksi aku memang sedang berlaku ke arah itu.
ke arah menafikan kebebasan menulis di ruang blog
mungkin ada kebodohan kerna terlalu ekstrem memaki hamun mencarut lalu kau disusun menjadi awan hitam momokkan bagi kaum blogger lain agar......
shhhh... DIAM!
selain isu-isu keagamaan dan rasis berlegar-legar diruang bumi malaysia..
yang memualkan..
berhenti.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, February 01, 2010 2 komen-komen
Thursday, September 03, 2009
dulu mama nak kerja kilang tapi atuk tak bagi
ramai orang kata, aku seorang yang mudah risau..
risau yang bukan biasa-biasa, cuma selalunya sampai buat orang lain jadi rimas dengan perangai risau aku..
baru-baru ni mama cerita pasal adik-adik. mama risau pasal adik-adik yang perangai macam-macam.
aku cakap,
biar la.. biar mereka belajar. mama jangan risau sangat eh?
rupanya risau ni penyakit keturunan, penyakit yang dibawa temurun melalui kromosom-kromosom dari darah yang sama.
mama seorang yang selalu risau dan rupanya pembawa penyakit utama ini diwarisi dari atuk.
mama cakap lagi;
mama risau dengan ayun ni. tak pernah pun mama tengok ayun sembahyang
aku cakap;
sembahyang jugak la.
mama cakap;
nanti siapa nak doakan mama nanti?
mama jangan risau, bukan setakat doa satu agama aje ayun bagi
doa seluruh agama ayun cantum jadi satu doa yang sangat BESAR
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, September 03, 2009 2 komen-komen
Wednesday, August 26, 2009
kait bulan itu biar aku pelok
tengahari ini terik, seperti semalam, dan seperti semalamnya.
aku termanggu, bukan kerna apa cuma teringat betapa tingginya aku 2-3 hari lepas. sebuk mendaki tinggi, menari-nari meraikan keagungan hijau-lekit itu. merapat mata menikmati mimpi-mimpi realiti. bersama-sama mengait bintang, bertemu bulan, berenang diruang vakum
tengahari ini mungkin tidak seterik ini andainya dia ada..
---
kenapa perlu tunjal kepala aku? walau aku tau garis-garis moraliti atas logik akal, namun aku terkadang muak. muak disumbat moraliti itu dan ini, begitu dan begini, yang sini dan sana.
betul, mungkin aku sedikit bukan diatas landasan, namun landasan syaitan jarang-jarang memberi laluan cahaya. jarang-jarang bukan bermakna tiada. mungkin saja cahaya bercahaya malap namun tetap saja namanya cahaya kan?
tinggalkan aku sekejap disini.. sekejap sahaja
walau aku cuba untuk menjadi malaikat yang jatuh dari langit, sesekali menghuni tubuh-tubuh syaitan direjam mungkin seronok
seronok mungkin hanya untuk aku..
mungkin
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, August 26, 2009 2 komen-komen
Tuesday, August 25, 2009
log-log mono
semalam aku di sebelah batu licin itu. Tak pernah terlintas untuk berdiri tegap diatas.
cahaya-cahaya sesekali masuk menerjah dari alur yang tak dihalang daun-daun
tapi tak selalu apa yang tak berwarna, kita sendiri yang meletakkan warna
jarang-jarang..
tapi pernah jua datang..
kadang-kadang..
terus saja tak mahu pulang..
---
tak perlu hambur maki-maki, belum tentu maki itu tak melekat dimuka sendiri. Kalau ribut-ribut untuk apa? Lagi meriah? atau biar kecoh?
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, August 25, 2009 2 komen-komen
Friday, August 21, 2009
memang aku cemburu
tapi aku tak pernah dengki kat orang!
sumpah
p/s: thanx a lot
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, August 21, 2009 3 komen-komen
Sunday, August 16, 2009
slot bersama: pakcik tua bawa kereta sewa yang dahulunya jahat tapi tuhan sayang dia (pakcik tu yg kata)
"iingat, hidup ni jangan sombong, jangan ada hasad dengki, jangan ada cemburu-cemburu"
"pakcik ni dulu jahat sangat.. minum arak, kaki perempuan, kaki joli.. tapi judi pakcik tak main la"
"tapi tuhan sayang pakcik walau pakcik jahat sangat dulu"
saya tahu pakcik dulu jahat, tuhan sayang pakcik so pakcik dapat jadik baek..
tapi saya yang baek ni boleh jadik jahat dan tuhan tak akan sayang saya lagi bila saya dah sampai rumah, dah bayar 5ringgit tapi pakcik masih nak berbual dengan saya..
saya penat dan sisa-sisa pening semalam tak abis lagi!!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, August 16, 2009 1 komen-komen
Tuesday, May 05, 2009
memo untuk kamu
manusia digari atas kesalahannya sebagai manusia?
manusia digari atas kesalahannya menyalurkan naluri sebagai seorang manusia?
DI-GARI?!
maka, hapuskan ia sama sekali dari wujud tergabung sebagai unsur asas dalam manusia...
maka, hapuskan saja nafsu menjadi suatu unsur yang membentuk manusia...
maka campak seluruhnya nafsu agar moral-moral, kod-kod betul-salah, tersedia cantek menelusuri jalan-jalan masa..
bergerak dengan mengatas-namakan sesuatu yang sama sekali tidak boleh disentuh yang dinamai agama?
memakai topeng-topeng moralis keagamaan bagi memenuhi kepentingan diri?
agama sentiasa dijadikan alasan bagi apa saja.. segalanya bermatlamatkan kepentingan..
pembunuhan dilakukan atas nama agama
peperangan dijustifikasi atas nama agama
penghapusan kaum dibenarkan atas nama agama
maka, apa lagi yang tinggal?
agama sebagai suatu institusi?
agama sebagai suatu konsep?
agama sebagai suatu kod moral?
atau agama itu kebenaran?
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, May 05, 2009 3 komen-komen
Friday, April 03, 2009
jumaat malam sabtu
aku pening berpusing-pusing
baru pukul 9 malam
bibir aku kebas...
tekak aku sempit...
pusing....pusing...
pusing..
aku seorang.... sorang-sorang...
melodi musik menghentam aku dari kiri ke sudut kanan
aku tak mampu elak tapi terkena...biar-lah..
jari aku darah
pasal aku hiris guna gunting
nak cantumkan darah dengan jac hahahaha
style2
aku sorang lagi.. hidup ni takut kan? aduh..macam..ermmm macam ape
aduih
ishh
macam nak pasang kereta permainan tamiya? komplikated
susah woo
pening pusing asap
semalam-lah yang menjadikan hari ini
mama msg...aku da reply..mama ckp "tahniah dapat PM baru"
aku jawab "harap2 makin baik la malaysia ni"
aiseh...
aku da pening...
mama kata nak g jb tengok damiya?
tak la..esok la... haih
nescafe o tanpa gula sangat style..
darah kat jari aku dah berenti keluar...
i say man... pusing
ishhhh.... ishhhh.. senang2 je ko guna duet rakyat!! ishhhhhhhhh tu duit rakyat!!!!! bukan guna untuk kau pergi berjoli!!!!!@!!
ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
tu duit rakyat la!!! faham?
alamak....dia nak tanye soalan....errrrrrrrr aiseh bertalu2
hmmmmmm
aku pening..aku tatau nak cakap apa ngan dia...
aku takleh pk rasional...
allaaaaaaaa
jari pedihh...bekas hirisan
adui
potonggggg
jangan la libatkan polis
aduyai
tolong bagitau aku...siapa aku?? hah???
ermmmmmmm
satu badan kebas ni
aku dah mencangkung daaa....
dat mane dat? dat balik kampung
ohhhhh
datttttttt
pusingggggggg kepalaaaaa
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, April 03, 2009 5 komen-komen
Tuesday, March 31, 2009
menangis-lah
petang itu aku lihat dia..
menikus..
memeluk tubuh disudut bilik paling hujung..
rasionaliti hilang bersepah-sepah..
sebut saja bulan mana yang dia tak jengah?
halusinansi menghuni diri dihantui emosi-emosi bersimpang siur..
petang itu aku lihat dia..
seperti melihat bayangan aku 7 bulan lepas..
memeluk tubuh disudut bilik paling hujung..
rasionaliti hilang bersepah-sepah..
sebut saja bulan mana yang aku tak jengah?
halusinansi menghuni diri dihantui emosi-emosi bersimpang siur..
bertabah-lah!
walau sebusuk mana hari ini, masih ada peluang mandi me-wangi diri hari esok!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, March 31, 2009 0 komen-komen
Monday, March 30, 2009
kosong
tiba-tiba aku rasa down
aku rasa kosong..
aku rasa nak nangis..
aku rasa hidup takde tujuan
aku rasa aku tidak disengajakan lahir dalam dunia ni
aku rasa malas nak hidup
aku rasa malas nak teruskan hari esok
aku rasa nak patah balik hari semalam
aku rasa kosong
babi!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 30, 2009 4 komen-komen
Thursday, March 26, 2009
akhirnya
aku berjaya meletakkan roh aku didalam manusia yang tidak waras/gila...
dan, ianya menyeronokkan..
memang seronok menjadi gila
gila!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, March 26, 2009 1 komen-komen
Monday, March 23, 2009
maaf
aku tak boleh nak terima lori pasir dengan warna pink!
haih
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 23, 2009 1 komen-komen
Monday, March 02, 2009
dunia
setiap orang ada cerita masing-masing
setiap orang ada pahit manis masing-masing
setiap orang punya perjalanan masing-masing
setiap orang ada cerita masing-masing
masing-masing ada cerita
...
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 02, 2009 2 komen-komen
Diseño por headsetoptions | A Blogger por Blog and Web