Friday, November 30, 2007

Maaf, tiada perkataan 'mungkin' dalam bahasa bangsa manusia!

Sesekali tunduk aku, bersembunyi dibalik kotak-kotak yang entah apa ada didalamnya. Sambil mengisi peluru senjata RPGku, aku mengintai semula raksasa bermuka hodoh- yang bilangannya bukan sedikit- dihadapanku. Yang sudah sedia mematah-matah tulangku.Mati,bergelimpangan, terpancut darah-darah merah yang tiada bau. Lalu terus aku ketangga, mencari-cari jalan bagi menemukan jalan keluar dari makmal yang telah rosak teruk, terbakar dan menjadi gila. Aku buntu, namun tidak pula berputus asa.

Patah balek ke 3 hari kebelakang..

Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, didalam laci bilik abangku. Mungkin kebosanan sekali lagi melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.

Hah, aku terjumpa cakera padat permainan maya yang bertajuk Half-Life. Suatu permainan maya yang berorientasikan perang, perang melawan raksasa yang-memang sejak azalinya-di susun atur oleh manusia sendiri. Manusia yang gilakan kuasa untuk mendobrak peradaban manusia, yang gilakan kuasa, yang gila akan dominasi, yang gilakan kematian, yang gilakan.. huh, penat!

Level pertama, berjaya aku tamatkan. Level dua sedikit complicated, namun dengan rasionaliti dan sedikit moraliti, berjaya aku ke level tiga. Dan seterusnya, namun bak kata pepatah yang aku distorsikan-hidup ini umpama hubungan seks- aku terus tersekat dilevel yang sama. Buntu mencari jalan untuk menamatkan pengembaraan maya aku.

Monolog sebentar aku, apa gunanya teknologi pasca moden yang menghuni ruang-ruang kosong dibumi ini? Terus aku google, mencari cheat code bagi mengakhiri kebuntuan fikrah akalku. Dengan satu klik, aku terus mencopy-paste dan yay! Aku seperti tuhan didalam permainan maya ini. Hah, kau raksasa, gigitlah aku, tembaklah aku! Aku kebal seperti badang yang telah memakan muntah hantu di sungai ketika menangkap ikan. Cadangnya nak makan ikan, tapi terpaksa makan muntah hantu! Aktiviti mengoogle aku, boleh diangkat sebagai satu ritual memakan muntah hantu juga sebenarnya. Namun dengan cara yang lebih bersih,senang dan tidak memualkan! Ya, aku kebal dan aku boleh terbang! Habis segenap penjuru, semua ceruk aku lalui, dan dengan tak sampai satu jam, aku berjaya ke dua level berikutnya. Malahan, aku boleh terus menamatkan permainan mayaku ini dengan muntahan raksasa (baca:cheat-code) ini!

Namun,sekali lagi kebosanan melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.

Aku bosan kerna tiada apa lagi yang perlu kulalui tatkala meletakkan diriku menjadi watak utama dalam permainan maya ini. Bosan! Ya bosan menjadi watak yang sudah tau pengakhirannya! Watak yang sudah tau dimana ini dan dimana itu. Watak yang sudah pasti melalui perjalanan maya dengan rasa tak kesah. Watak yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan, malahan mungkin tiada langsung kemungkinan-kemungkinan mendatang. Padam saja ’mungkin’ itu dari perkataan semua bahasa bangsa manusia. Tiada yang mungkin lagi, yang ada hanyalah pasti! Perjalanan menjadi lurus, selurus trek lumba lari 100 meter, dan ianya tak mungkin menjadi bengkok, bengkok seperti keris yang dihunus hisham ataupun KJ. Bosan, jalan yang tiada apa, yang kosong dan pasti adalah suatu kebosanan yang paling mapan!

Kucabut cakera padat itu, lalu terus sign-up diakaun YM. Terdapat lebih banyak kemungkinan-kemungkinan bertemu kawan yang chantek! (dan seksi)

sigh!

Monday, November 05, 2007

Dunia lagi satu

Ingin aku,
Menjelajah hutan yang entah mana-mana,
Seringkali tersekat pada akar-akar kayu menjalar.

Saket,Luka,Perit,

Mengoyak-ngoyat isi kulit,
Mendobrak kuatnya semangat,
Terkoyak, tercarit,
Memaki aku dalam diam.
Seranah paling jijik kulontar tanda amarah!
Bangun lalu meludah penuh dendam.

Lalu menyanyi,
Berlagu aku tanpa lirik,
Seringkali tanpa jiwa,
Seringkali tanpa nyawa.

Bebaskan aku!
Dari tempat yang tak pernah mungkin terbebas!

Lepaskan aku!
Dari tawanan yang tak pernah mungkin terlepas!

Bunuh aku!
Dari hidup yang tak pernah mungkin terbunuh!

Ludahi jiwaku,
Rungkai seliratnya mindaku,
Agar terus terusan sesat didunia lagi satu.

The Art Of Seducing Your Mother In Law


Logik akal

Peka terhadap persekitaran

Hormat

Tahu apa nak buat bila datang rumah orang!






Friday, October 19, 2007

Selamat Ulang Tahun!

kepada ruang blog saya!

:)

Wednesday, September 12, 2007

Segar seperti lepas mandi di waktu pagi!

Aku kembali, tidak lagi terpelesuk dibawah

Persoalan emosi yang cacat dan tercalar-balar aku ungkapkan dalam tiga post aku yang lepas dan aku tidak ingin lagi berada dalam keadaan itu, dalam keadaan yang lumpuh dan sepertinya jatuh dihempap batu-batu api dari neraka yang dilepas burung-burung ababil

Aku telah kembali dalam mood normal dan segar!

Akhirnya berjaya lepas dari ludahan yang pernah aku keluarkan dulu. Ludahan yang seringkali aku ludah sebelum ini. Ludahan yang akhirnya tertampar ke muka aku sendiri. Aku takut dan aku takkan ludah ia kembali.

Malahan berjaya meragut kembali apa yang telah diragut hasil dari kebodohan dan kelalaian yang aku sendiri cipta.

Karma! Karma ada dimana-mana. Ianya seperti lumut-lumut yang bersangkut ditepi-tepi longkang yang tak mampu dielak. Seperti oksigen-oksigen yang hendak atau tidak, perlu saja dikonsum oleh hidupan. Aku terkena karma! Karma datang bertimpa-timpa! Apa yang telah aku berakkan dulu, kini datang menjengah dengan berakan yang mungkin lebih busuk dan hina dari apa yang pernah diberakkan. Penuh dengan warna-warna jijik yang tidak pernah terlintas oleh memori-memori episodik yang bakal aku kutip dan disimpan dalam stor memoriku yang kecil dan sarat. Karma yang telah menunggang aku seperti kuda bodoh dan menunggang-langgangkan hari-hariku tanpa dia. Aku pasrah, aku berusaha, dan aku kembali berjaya!

Hidup memang seperti ini. Hidup memang penuh dengan gelap, terang, mendung dan hujan! Ya, aku berhujan tanpa dia. Aku terduduk tanpa dia. Aku tempang tanpa dia. Aku tidak hidup tanpa dia. Aku bukan ditempat aku berdiri, aku bukan ditempat aku duduk dan aku juga bukan ditempat aku gagahi. Aku gagahi namun aku kembali ditawan. Ditawan dan dijadikan tawanan yang aku sendiri mahu! Aku tidak mahu bebas dari tawanan kerna aku tahu aku lebih indah dalam tawanan,aku lebih segar dalam tawanan dan aku ingin dalam tawanan! Jangan kau lepas-bebas aku! Jangan kau hilang-sembunyi kerna aku ingin kewujudan kau berada dikewujudan aku!

Terus-terang aku katakan, aku tidak pernah seperti ini sebelum ini. Aku tidak pernah terlalu kecewa seperti ini dan aku tidak pernah merasa apa yang aku rasa seperti ini. Seperti kataku tadi, it’s all about karma. What goes around comes around!

Aku kembali berjaya,berjaya berada disuatu tempat yang tak pernah terlintas lalu di minda imajinasi tanpa batasku, kini aku terbang bersama mimpi-mimpi yang aku ciptakan bersama dia. Mimpi-mimpi yang tanpa memijak bumi, tanpa melepas rasa dan menjangkau luasnya alam semesta. Aku tahu, mungkin aku terlalu berada diawangan namun jangan bunuh keindahan ini kerna aku ingin nikmatinya sebagai galang-ganti kesengsaraan yang telah aku lalui.

Kewujudanmu adalah selari dengan kewujudanku!

Tuesday, July 31, 2007

Mati Terbunuh!

Tersentap,
Roh terhumban ditempat yang paling jauh,
Jauh yang tak mungkin terjangkau logika,
Logika yang seringnya dimati realiti,
Realiti yang seringnya menyakiti.

Mana? Hilang? Terbang?

Aku tak tahu,
Aku tak mampu,
Untuk bertahan menghadap hari semalam,
Hari ini adalah cebisan hari semalam,
Semalam adalah ludahan hari ini.

Pecahlah, koyaklah, musnahlah kau janji-janji sial!

Menyalaklah anjing,
Merayu meminta-minta tulang-tulang yang kau janjikan dulu.

Sepertinya tiada lagi hari esok,
Sepertinya akan turun Nabi Isa menandakan Kiamat

Kiamat? Pengakhiran?

Pengakhiran sebuah ceritera yang kononnya,
Mahu menandingi sebuah cerita agung.
Mati jua

Mati?
Atau dimati?
Sengaja dimati?
Dibunuh?
Direjam?
Disentap?

Durjana kau janji!

Aku mati
Terbunuh?!

Wednesday, July 25, 2007

-END-

Hari tu aku ke kl.. Berhenti di masjed jamek
aku lalui tempat yang biasa aku pergi,tempat yang aku biasa lepak minum dengan dia, tempat yang aku biasa tunggu dia pulang dari sekolah,tempat yang aku biasa tunggu train untuk temani dia pulang ke rumah, temani dia makan dimamak bersama kawan-kawan sekolah dia,tempat yang aku biasa pimpin tangan dia berjalan ke central market, pimpin tangan dia ke perpustakaan kl, temani dia belajar, baca buku.

Hari tu aku ke kl. Berhenti di masjed jamek
aku lalui peniaga-peniaga tepi jalan yang selalu aku beli karipap panas bersama dia, beli seringgit dapat 3, makan di star masjed jamek sambil pak guard memarahi aku kerna disitu tak boleh makan

Hari tu aku ke kl. Berjalan ke Bukit Bintang
aku lalui suatu kawasan yang biasa aku lalui sambil tangan memimpin tangannya. Aku lalui penjara pudu yang selalu aku beritahu dia yang kawasan lapang sebelah penjara pudu adalah padang bola untuk banduan, aku lalui mamak belakang BB yang selalu aku makan nasi lemak kari dengan dia,aku lalui kedai nature art di BB plaza yang aku sering jengah dulu bersama dia,mencuba-cuba didgridoo bersama dia

Hari tu aku ke kl. Aku singgah disekumpulan remaja yang sedang busking di depan dataran Maybank BB. Tempat yang dulunya aku lepak bersama dia,lalu kutemani dia sehingga ke stesyen hang tuah untuk dia pulang ke ampang.

tapi...
itu dulu,bukan sekarang. Sekarang aku hanya melalui tempat-tempat itu dengan hanya ditemani memori-memori dan kenangan-kenangan yang berselirat dalam kotak fikiran aku. Bayang-bayang yang mustahil aku hidupkan semula dan bayang-bayang yang mustahil aku beri nyawanya kembali. Sekarang aku hanya melalui tempat-tempat itu bukan dengan memimpin tangannya lagi tapi hanyalah memimpin tanganku sendiri dan aku harap aku tidak dihantui bayang-bayang yang mustahil aku hidupkan semula dan bayang-bayang yang mustahil aku beri nyawanya kembali.

bukan salah kau. Aku faham. Hidup memang macam ni. Terpulang



-in memory of us-


Monday, July 02, 2007

Stuck in emotion lak!

Manusia suatu spesis makhluk yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Perkembangan manusia adalah suatu yang kompleks dan memeningkan untuk difahami sehingga wujudnya sains antropologi dan pelbagai lagi cabang sains yang mengkaji tentang perilaku manusia.

Manusia itu berkembang. Ya, people do evolve! Aku tidak mempercayai teori evolusi Darwin, tentang manusia itu asalnya dari beruk, ungka, monyet dan apalagi unta! Juga aku tidak setuju dengan teorinya tentang manusia yang superior dan hebat akan terus dapat meneruskan kelangsungan untuk hidup dimukabumi ini, dan manusia yang kononya inferior akan mati dalam ’perang hebat’ untuk terus hidup. Tiada manusia hebat dan manusia yang kurang hebat! Ianya hanyalah suatu justifikasi dan legitimasi bagi membernarkan unsur-unsur prejudis perkauman yang berkepentingan! Tidak perlu wujud kategori-kategori manusia kerna manusia itu tetap manusia. Bersama menyedut oksigen dan bersama membuang tahi.

Namun aku percaya manusia berubah dari segi tingkah laku, atitud, cara berfikir, cara melihat dunia dan kehidupan dan selalunya berubah perasaan.

Aku bukan disini untuk menulis dan merungkai persoalan manusia secara spesifik, dan juga tidak aku ingin berhujah tentang kejadian manusia dan perilaku kompleksnya, kerana aku bukanlah orang yang penuh ilmu pengetahuan tentang itu, tapi aku disini hanyalah untuk menulis tentang apa yang aku rasa, aku lihat dan aku rasai sekarang.

Persekitaran banyak mempengaruhi manusia. Dari cara berfikir dan cara melihat sesuatu itu. Emosi juga selalu berubah-ubah. Perasaan juga bukan sesuatu yang pasti. Aku takut, dia juga akan berubah, tidak seperti dulu.

Aku hanya mampu untuk bersedia menghadapi perkara yang tidak aku inginkan. Perubahan sentiasa berlaku, dan aku faham tentang itu.

Atau aku hanya berperasangka?

p/s: Aku sedang dalam keadaan yang emosi dan bercelaru juga berperasangka

Berceritalah!

“PRESS WORLD ALERT!
Today hearing witness saw a picture of Najib, Razak Baginda and Altantuya having dinner in Paris. Follow the story. Tq”

Begitulah bentuk pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan pada hari Jumaat lepas. Aku teruja dan maklumat ini adalah selari dengan desus-desus cerita yang disampaikan oleh pakcik dan makcik saudaraku. Dua hari selepas itu, berita tentang Najib terlibat dalam kes Altantuya mula tersebar di akhbar harian. Seperti kataku, kalau tiada angin, masakan pokok boleh menari?

Adakah kerana secara kebetulan Najib secara tidak sengaja telah mengambil tempat semeja dengan Altantuya kerna Altantuya adalah seorang gadis jelita? Atau ada pihak-pihak tertentu yang telah menggunakan teknologi adobe photoshop CS bagi menkonstrak gambar itu sebegitu rupa? Atau memang Najib tiada disitu? Ataupun mungkin pelanduk dua serupa mahupun tiga rupa? Atau ianya berkaitan dengan kontrak senjata bernilai ratusan juta?

Ini semua hanyalah anggapan dan biarlah mahkamah (sebagai simbul keadilan) yang menentukan.

Tuesday, June 26, 2007

Mari pulang ke kampung!



Ada la dalam 5 hari aku duduk dikampung, berjumpa atuk yang baru lepas pembedahan. Atuk juga merancang untuk melakukan kenduri doa selamat dan kesyukuran diatas pulihnya penyakit atuk.Hempedu atuk dah dibuang oleh doktor disebabkan terdapat berbiji-biji batu dalam perut. Sebelum pembedahan, doktor mengatakan yang peluang atuk tipis untuk meneruskan menyedut udara-udara namun selepas menjalani pembedahan, atuk sihat! Semangat atuk kuat, maklumlah, atuk jenis orang yang kuat berpesatuan. Malahan dia juga orang kuat UMNO dikampung. Apa ada hal!

Aku pulang dengan menaiki bas dari Muar memandangkan kereta masih lagi belum diperbaharui cukai jalan. Dan dengan tidak semena-mena aku berkhayal yang kampungku seperti di Thailand (cukai jalan mana ada kat thailand!). Tapi aku seronok menaiki kenderaan awam. Aku dapat memerhatikan gelagat manusia, gelagat budak-budak sekolah, pasangan kekasih, nenek tua, driver bas, konduktor bas malahan anjing yang secara kurang sopan membuang air kumbahan di tepi tiang. Aku perlu menaiki dua bas untuk sampai ke kampung. Kampungku terletak di hulu batu pahat dan ianya suatu perjalanan yang mengasyikkan dengan diiringi oleh lagu-lagu seven collar t-shirt.

Hari pertama, aku membantu atuk membersihkan halaman rumah yang ditinggalkannya hampir 2 bulan. Habis tanganku bergarit-garit mengangkat timbunan daun-daun berduri. Aku juga dijadikan sarapan pagi oleh nyamuk-nyamuk disekitar rumah atuk. Takpe lah nyamuk, hari tu hari kau, esok lusa sape yang tau?

Hari kedua,aku perlu memberus lantai rumah atuk yang telah berlumut. Terpaksalah aku mencangkung dan membuang lumut-lumut dilantai. Walaupun aku telah menjalani latihan insentif di UPSI, namun pinggangku masih belum boleh mengadaptasi rintangan ini. Mungkin aku banyak ponteng kelas kot.

Ramai saudara-saudaraku turut pulang.Ini membuatkan suasana menjadi tidak sunyi seperti selalu. Mereka akan bercerita dan terus bercerita diselang-seli dengan pecahan ketawa yang mengerikan juga.

Mereka juga bercerita tentang kes yang paling hangat sekali diperkatakan kini iaitu tentang perbicaraan pembunuhan Altantuya yang cute mute itu. Mereka berkata, Razak Baginda pastinya terlepas dari hukuman. ”ye la,orang cakap Razak Baginda ni ade kaitan dengan Menteri, Najib tun Razak!” mereka terus berhujah. Aku terlopong. Berani sungguh mereka mengeluarkan kata seperti itu di suatu kubu kuat kerajaan? Aku sekali berdiam diri. Jika tiada angin, masakan pokok boleh menari-nari?

Dan hari itu, aku pulang ke rumah tidak dengan menaiki kenderaan awam, tetapi dengan menaiki kenderaan ayah.

yay!

Saturday, May 26, 2007

Errr..


5 bulan lebih sejak aku menulis penulisan terakhir aku. Mungkin aku agak sibuk dengan sekolah atau mungkin sibuk melepak dengan rakan-rakan baru di UPSI. UPSI tersangatlah membosankan! Jadual waktu harianku juga seperti telah ditetapkan. Pagi sampai petang, aku ke kuliah. 10 malam, keluar makan dan pulang sekitar pukul 12. Jam 12 terus lepak dibilik rakan sehingga jam sekitar 3 dan seterusnya tidur. Tiada tempat-tempat menarik selain sungai kalumpang yang baru 3 kali aku pergi. Aku tidak berseorangan dalam menghadapi kebosananku disana, syukurlah ada segelintir rakan yang juga berkongsi pengalaman perasaan bersama.

Disana, aku mungkin dipandang serong oleh UPSI-mate yang lain. Ini kerana aku akan lepak bersama dengan lingkaran rakan yang agak kecoh (mungkin ini salah satu cara menidakkan kebosanan di UPSI). Tapi apakan daya, mereka memang kecoh hahaha

Macam-macam yang aku lalui sepanjang semester pertama aku di UPSI dan aku teruja untuk melalui semeseter kedua pula. UPSI sebenarnya tidak bosan, tapi mindset aku yang telah menjatuhkan hukuman tanpa bicara kepada UPSI.

Jumpa di semeseter baru ye kawan-kawan!

Wednesday, January 24, 2007

Kejang punggung lagi???

Sudah hampir 4 minggu aku melalui kehidupan di UPSI. Dan sudah agak lama blog ini berada dalam kondisi terbelangkai ekoran dari kesibukan dan kekurangan alatan untuk memungkinkan aku menulis. Dan sesungguhnya aku tau korang semua tak peduli. Aku pun tak peduli!

Mari bercerita tentang kehidupanku yang masih singkat di UPSI!

Sememangnya dari posting blog yang lepas, aku sudah menyatakan bahawa aku mengambil kursus sains sukan. Kehidupanku dikelilingi oleh peluh-peluh dan ketegangan otot yang ekstrim. Dalam masa seminggu, aku perlu menghadiri kelas ‘Larian’ sebanyak 3 kali. Disebabkan keadaan perut dan kemalasan otot-ototku untuk berkerja, maka kini aku mengalami sindrom ‘berjalan seperti seekor king kong’. Terdapat suatu kejadian ngeri yang berlaku ketika aku sedang mengikuti kelas larian apabila punggung kiriku mengalami ketegangan otot. AKu hanya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan rakan dan pensyarah kerna aku tahu bahawa ketegangan otot dibahagian punggung amatlah tidak cool untuk diperkatakan.

Aku sungguh teruja apabila mendengar cerita-cerita dari senior yang mengatakan kursusku ini banyak melibatkan aktiviti luar. Dan fakta ini dikuatkan lagi apabila aku diberitahu sendiri oleh pensyarah bahawa kami perlu menghadiri 3 kali perkhemahan pada semester ini. Dan pada perkhemahan terakhir, kami perlu menghabiskan 2 minggu di sebuah pulau! Wah, aku sungguh teruja kerna aku sememangnya seorang yang sangat suka menikmati alam semulajadi. Namun terdapat juga risiko yang perlu aku hadapi iaitu aku perlu bersedia untuk mentransformasikan kulitku menjadi lebih gelap!

Aku juga kini disumbatkan dengan term-term yang langsung tidak kufahami! Tentang sistem-sistem dalam badan, bagaimana ianya berfungsi, tindakbalas sistem dalam badan dan pelbagai lagi. Aku hanya mampu ternganga dan membiarkan kadar bukaan mulutku membesar secara konsisten.

Tatacara pemakaian disini adalah sangat pelik! Sungguh pelik apabila semua pelajar UPSI perlu memakai kemeja, tali leher, seluar slack dan kasut berkilat-kilat untuk menghadiri kelas! Aku ter’kejutan budaya’ tapi aku sedar bahawa aku perlu mengadaptasikan kehidupan disini memandangkan aku perlu menghabiskan 4 tahun di pekan ini!

Makanan adalah suatu hak yang paling asas sekali bagi seorang manusia seperti aku. Dan sesungguhnya aku ini adalah seorang yang sangat gemar untuk makan. Tapi, nafsu makanku dibantutkan dengan kadar harga yang tinggi dan mengarut! Adakah aku sedang belajar di Bandar New York atau di pekan tanjung malim? Pekan koboi? Duhh!!

Namun suatu keajaiban telah berlaku disini selama 4 minggu aku disini. Namun keajaiban ini telah mengguris sedikit emosi aku. Rakan rapatku iaitu saudara PERUT sedang mengambil langkah meninggalkan diriku. Aku sedang mengalami proses ‘lihat perutku, rampingkan!!!’. AKu sedih namun aku pasrah dan berdoa agar lemak-lemak yang meninggalkan perutku tadi berjaya dalam mencari penempatan baru. Gud luck ya!
Aku penat dan mahu berhenti menulis disini. Aku akhiri penulisan aku kali ini dengan sepatah kata-kata pujangga seorang yang terkenal

“kehidupan adalah seperti tahi, apabila kita ingin berak, selalunya kita tak dapat nak berak. Tapi jika sedang menahan berak, seringkali kita terberak!”.. Renung-renungkan lah…

Thursday, December 28, 2006

UPSI, Here i come!!!

Seminggu sebelum aku tamat menjalani latihan praktikal, aku disahkan diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di tanjung malim dan ditawarkan mengikuti kursus sains sukan peringkat Ijazah Sarjana Muda tapi tak muda sangat. Aku bingung. Aku perlu menghabiskan 4 tahun disana. AKu buntu, namun atas desakan mama dan pujukan yang meyakinkan, aku dengan ini membuat keputusan untuk menjadi CHEKGU SUKAN!

MAcam-macam benda perlu aku sediakan untuk ke UPSI. PErlu menyiapkan salinan sijil-sijil dan membuat medical chek-up. Dan perkara yang paling aku benci dari dulu sampai sekarang ialah MENGISI BORANG! Tanganku menjadi lenguh dan hampir pitam lantaran perlu mengisi borang-borang mengarut dan mencarut. Dan akhirnya aku berjaya mengisi semua borang dengan kesalahan tatabahasa diperingkat maksima.

Sebelum ke UPSI, mama dengan tenangnya telah melakukan langkah mem'brainwash' aku
"Dah masuk upsi nanti, jangan nak ke kiri je. Datang sana nak belajar.FAHAM!" Err.. Mana ada aku kiri je. Ish.

Aku perlu menjalani minggu suai kenal selama seminggu. Dan aku berazam untuk tidak mengbocorkan rahsia identiti sebenar aku hahaha (Padahal takde ape yang rahsia pon)

Hari kedua orientasi, sekali lagi aku di'brainwash' oleh MPP UPSI. Aku dipanggil ke suatu tempat dan dibrainwash tentang UPSI, tentang politik kampus dan macam-macam benda yang dipaksa-relakan menyusup masuk kedalam kepala hotak aku. Ini semua hanya gara-gara aku melontarkan sedikit pandangan politik aku kepada seorang ExcoMPP. Ah, biar la.. aku diam je, kerna aku masih ingat nasihat MPP tu "Baik-baik sikit,kat sini banyak spy". Aku hanya mampu mengucapkan dua patah perkataan sahaja "FUCK YOU"

Roomate aku orang Perak, sudah berkahwin. Rata-rata kawanku disini sudah berkahwin dan aku bersimpati kepada mereka kerna terpaksa meninggalkan isteri masing2. Sabar je k heheheheh

Dan hari terakhir orientasi, aku dengan tiada pengalaman, dipaksa berlakon untuk malam persembahan. Mungkin dengan mukaku yang seperti perogol bersiri, maka mereka memberi watak Gangster kepadaku. Dan akhirnya kumpulanku berjaya merangkul tempat kedua malam tu. Hebat dan meyakinkan!

Dan bermula 2Jan2007 ini, dengan rasminya aku memulakan kehidupan baruku di UPSI.

P/S: Maaf.Penulisan aku kali ini agak mendatar dan seperti ekor babi yang direndam didalam loji tahik. Sudah lama tak menulis dan persekitaran menulis agak menyesakkan. Harap keadaan ini akan dibaiki. Sila MAKI aku diruang komen. PLEASE!

Wednesday, November 15, 2006

Kononnya, nak jadi chekgu sukan

Sakit satu badan..
Otot-otot seperti ditarik, dipulas dan dipintal-pintal.

Selasa lepas, aku menghadiri interview untuk melanjutkan pelajaran di UPSI, di tanjung Malim Perak dalam bidang Sains Sukan. Jangan tanya kenapa aku apply kursus ini!

Aku bersama mama, ayah dan adek menyewa sebuah hotel di Tanjung Malim memandangkan temuduga berlangsung pada pukul 8 pagi, hari Selasa. Kami tiba di sana pada hari isnin.

Aku bimbang, emosi diselubungi kebimbangan yang amat sangat. Adakah aku mampu melepasi temuduga ini? Aku dikehendaki memakai pakaian sukan dan ini bermakna akan terdapat seisi 'mengeluarkan peluh yang hebat!'. Aku pasrah dan mampu berdoa agar aku tidak pengsan atau digegaskan ke Unit Kawalan Rapi di Hospital Tanjung Malim apabila tamat seisi temuduga.

Memandangkan sudah hampir 5tahun aku tidak bersukan secara serious, maka aku terpaksa gagahkan diri untuk menghadiri temuduga ini dengan membawa beban yang membebankan iaitu 'perut-chomelku'. Aku tak mampu untuk menghilangkan perutku yang gebu ini secara spontan kerna ini akan memakan masa yang panjang. Lagipun, aku tidak lagi mampu untuk berjauhan dengan perut buncitku (alasan seorang pemalas bersukan!)

Pagi itu, aku bangun sekitar jam 7 pagi. Mandi selaju mungkin dan terus ke UPSI. Agak besar juga UPSI ini, dengan padang yang luas, pemandangan yang indah dan tidak keterlaluan kiranya aku katakan bahawa pekan Tanjung Malim ini masih kurang dicemari udaranya dan udara paginya sungguh menyegarkan. Namun aku lebih suka untuk memilih asap rokok dari udara segar pagi itu bagi menghilangkan rasa debaran untuk temuduga. Errr

Ketika proses pendaftaran, mataku terpandang para AJK menyusun kon-kon didalam gymnesium. Aku sekali lagi terus berdoa agar aku tidak pengsan atau berbuih-buih mulut bagi melepasi temuduga ini!

Setelah pendaftaran, kami diterangkan tentang proses dan level-level dalam seisi temuduga kali ini. Setiap calon dikehendaki melalui 5 proses dalam temuduga ini. Peringkat pertama ialah temuduga lisan, peringkat kedua, ketiga,keempat dan kelima adalah temuduga praktikal dimana kami akan diuji tahap kecergasan kami. Temuduga praktikal adalah seperti berikut;

Kemahiran manipulatif-melantunkan bola keranjang mengelilingi kon-kon yang telah disiapkan.
Skipping- Skipping sebanyak mungkin dalam masa 30 saat

Balancing-Mengimbang badan dengan gaya superman (tangan depa dan kaki hanya sebelah)
Bleep Test- larian sejauh 20meter, namun secara berperingkat.

Setelah mengambil tinggi dan berat badanku, aku perlu menunggu giliran untuk ditemuduga secara lisan. Tak perlu bertanya berapa badanku kerna aku tidak mahu menambah dosa kalian yang ingin mengutuk tahap kechomelan perutku.

Sampai sahaja giliranku, aku terus menuju ke meja temuduga. Aku agak gubra namun hanya cuba menunjukkan muka jantanku.

Semasa temuduga lisan ini berlangsung, aku disumbatkan dengan pelbagai persoalan yang agak mencabar, dan membingungkan! Namun, aku dengan lagak 'innocent' menggunakan skill-skill dan kemahiran untuk menipu secara maya agar penemuduga seakan-akan percaya dengan segala fakta yang aku fatwakan!

Proses pertama selesai...

Habis sahaja temuduga lisan, aku terus diarah untuk melakukan proses temuduga praktikal pertama iaitu;

Skipping-Kurang masalah bagiku untuk berskipping kerna aku memang selalu berskipping dulu. So, dalam level ini, aku masih lagi sasa dan memiliki tahap kecergasan yang average. Namun, disebabkan kurang senaman regangan, aku dapati bahawa otot dibahagian betisku sudah mengeras (mengeras?). Mungkin aku perlu berehat sebentar untuk meregangkannya. Namun, aku tidak sempat untuk berehat kerna selepas peringkat ini, aku terus sahaja ke peringkat..

Balancing-Setelah lenguh kaki akibat skipping, aku dikehendaki untuk mengimbang badan dengan sebelah kaki. Dengan kepala yang masih lagi berpusing-pusing, aku gagahi jua.AKu seperti ingin terbang, namun bukan terbang keatas seperti superman, tapi terbang tersembam kelantai seperti seorang tolol! Nasib menyebelahiku apabila aku tidak berjaya terbang seperti superman mahupun seperti tolol! Masa terbaik dicatat adalah 1minit 9 saat.

Kemahiran manipulatif- Aku tiada pengalaman yang meluas dalam kemahiran melanun-lantun bola keranjang. Namun akhirnya aku berjaya juga melaluinya tanpa dugaan yang melampau.
Situasi serta keadaan badan dan formasi saraf-saraf otak kian terumbang-ambing...
dan ahirnya, ujian terakhir iaitu..

Bleep Test- Ujian yang paling memenatkan dan yang paling mencabar otot-otot serta urat-urat kentutku. Aku dikehendaki berlari sejauh 20meter untuk setiap level. Dan untuk level pertama, terdapat 7 peringkat, dan untuk level kedua, 8 peringkat dan seterusnya samnpai level ke 20. Aku tak pernah tahu langsung tentang ujian ini, namun hanya melihatnya dalam pemilihan MyTeam dulu. Secara amnya, pemain bola sepak antarabangsa hanya mampu sampai ke level yang ke 15. Ermm aku hanya mampu sampai mencecah ke level yang ke 5.7. Kira hebat la tu. Ini juga menunjukkan kardiovaskularku tidak mampu menampung kandungan oksigen yang tinggi kerna ruang-ruang dalam jantungku penuh dengan asap-asap dari rokok-rokok yang tiada faedah!

Dan akhirnya tamat sudah temudugaku di Tanjung Malim Perak.
Dan keesokan paginya, seluruh otot dan urat diseluruh tubuhku menjadi tegang dan bernafsu!

Saturday, November 04, 2006

Seminggu menjalani praktikal

Sudah seminggu aku jalani praktikal di sebuah company, di skudai.

Ahad lalu, aku sudah sampai di johor bahru untuk memasuki rumah sewa. Pada anggapanku, tuan rumah agak alim orangnya, dengan isterinya bertudung labuh seakan-akan menyekat niatku untuk menjadikan rumah itu sebagai sarang maksiat.Aku menyewa disebuah flat yang agak baru di Sri Pulai Perdana. Duduk ditingkat paling atas iaitu tingkat 5. Masih tidak ramai orang menduduki flat itu menyebabkan keadaan sekililing agak sunyi. Kalau ditakdirkan seorang manusia kentut ditingkat 1, maka akan terdengarlah bunyi dengungan kentut itu sampai ketingkat 5. Begitulah gambaran kesunyian di flat itu. Dibelakang flat itu adalah ladang kelapa sawit dan ini menyebabkan keadaan sekeliling agak suram dan seram. Keadaan bertukar gelap malap gelita apabila menjelang malam, ini kerana tiada lagi lampu ditangga flat serta masih lagi kekurangan jiran.

Rumahku masih lagi kosong! Hanya dibekalkan sebuah TOTO dan bantal untuk kegunaan 2 orang. Itu pun dah kira oke la. Mempunyai 3 bilik, namun kami membuat keputusan untuk hanya tidur diruang tamu memandangkan terpaksa berkongsi TOTO dan sebiji kipas angin kecil.

Malam pertama, tidurku kurang nyenyak. Mungkin disebabkan masih terbayang-bayang kisah Jin Tanah sial yang menganggu ibuku tempoh hari.

Hari pertama ke tempat praktikal, kami datang awal bagi menunjukkan sifat-sifat komited dan dedikasi bagi memikat hati majikan. Kami diperkenalkan kepada Kak Ina sebagai people-in-charge kami. Beliau berjawatan Ketua Bahagian Teknikal dan sebarang arahan adalah dibawah telunjuk beliau. Waktu bekerja adalah dari jam830 hingga jam1730 dan bercuti pada sabtu dan ahad.Aku seperti teruja untuk memulakan praktikal disitu. Aku ingin untuk belajar lebih lanjut tentang computer,software,networking dan pelbagai lagi (Kerna sebelum ini aku belajar bahagian elektrik). Dan cuba kalian meneka, apa ‘task’ pertama aku? Task pertama adalah ‘menguji kebolehan membuat air teh o’. SANGAT TERUJA!

Aku diarahkan oleh Bos untuk memakai kemeja apabila bekerja. Nasib aku baik kerna aku membawa hanya 2 helai kemeja. Oleh itu, setiap 2 hari, aku akan memakai baju yang sama! Kagum dengan diri sendiri, aku bertekad untuk pulang ke Muar akhir minggu untuk mengutip lebih banyak kemeja.

Sepanjang 5 hari bekerja, masih terlalu sedikit tugasan yang diberikan kepadaku. Selain membuat teh o dan mencuci cawan, aku dikehendaki google di internet mencari produk-produk software, mengedit katalog-katalog company serta me’reload’ ink printer.Dan tugasan paling mencabar buat masa ini adalah MENOLAK LORI! Bayangkan, aku dengan memakai pakaian office-yang-diseterika menolak lori company! Sungguh UNCOOL! Kanina!

Kebanyakan staff di office adalah sebaya denganku. Mempunyai hanya 3 orang staff perempuan dan nasibku agak baik kerna seorang staff perempuan berpakaian agak seksi! Moga-moga beliau berkeinginan buas sepertiku!

Kehidupanku disana juga adalah tersangat bosan. Tanpa apa-apa hiburan, hanya berbekalkan 2 buah buku yang aku bawa. Balik kerja, terus je melelapkan mata. Bangun pagi, terus bergerak ketempat kerja. Bosan! Namun kugagahi jua kehidupanku. Tak lama pun, 2 bulan je!

Habis je kerja pada hari jumaat, kami terus bergerak pulang ke Muar untuk mengambi beberapa barang. Aku membonceng motor 125Z rakanku. Perjalanan dari Johor Bahru ke Muar memakan masa selama 4 jam! Sungguh memenatkan. Sesekali ditemani hujan di lebuhraya, dan lintasan lori-lori yang mengerikan! Tapi itu tidak mematahkan kekuatan jantanku. Namun, yang membuatkan aku takut adalah tentang punggungku. Ya, PUNGGUNG! Anda tidak salah lihat! Aku cuma risau tentang kemungkinan urat kemutan dipunggungku akan termandul disebabkan duduk diatas motor terlalu lama. Kekejangan punggung sesekali menyerang. Aku pasrah dan berdoa agar cepat sampai dirumah. 4 jam kemudian, aku tiba dirumah. Aku berusaha untuk melakukan sedikit senaman ringkas bagi mengendurkan urat-urat punggungku. Aku takut urat kemutan-punggungku akan berada dalam ‘disable mode’ dan keadaan ini akan menyebabkan kesukaran untuk memotong najis apabila berlaku proses penyahtinjaan. Aku kalut dan terus berdoa.

Ahad ini, sekali lagi aku perlu meredah lebuhraya untuk pulang ke Johor Bahru. Dan sekali lagi menaiki motor selama 4 jam. Bagi meletakkan keadaan punggungku ditahap yang sentiasa normal, aku perlu google untuk mengetahui senaman ringkas pada bahagian punggung bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot punggung. Anda ada cadangan?

P/S: Komen post ini bagi memberi langkah-langkah atau petua orang-tua bagi mengelakkan kekejangan otot dan mengelakkan kerosakan urat kemutan. Bantu aku!!!

Friday, October 27, 2006

Pengalaman berhari raya bersama Jin Tanah!
Aku keliru, malah menampar diri sendiri bagi memastikan adakah aku bermimpi atau ianya adalah realiti. Sepertinya aku merayakan Halloween di Malaysia! Aku mencarut sendirian, ini Hari Raya Aidilfitri ke atau Hari Raya Hantu???

Kejadian berlaku pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini…

Malam itu, pada Hari Raya Ke-2, sekitar 11.30 malam, dikampungku di Batu Pahat. Suasana tenang, masing-masing sudah berada dalam mode ‘tidur’ bagi menghilangkan penat beraya disiang hari. Aku juga sedang baring sambil berangan-angan tentang perempuan-perempuan seksi yang berebut-rebut untuk cuba memperkosa aku. Namun, kami dikejutkan apabila Makcikku pengsan. Namun keadaan itu tidak cukup untuk memandulkan tenaga batin semua ahli keluargaku dan sanak saudara dikampung kerna Makcik memang selalu pengsan. Semua sudah tahu benar tentang kondisi Makcik.

Mama (Heroin dalam cerita ini) keluar dari bilik melihat keadaan Makcik. Semua cousin-cousin sudah bangun untuk melihat Makcik.Tiba-tiba anak Makcik merenung tepat ke suatu arah. Dengan mata yang betukar seperti jelingan yang paling tajam. Pakcik cuba bertanya kepada anaknya namun anaknya hanya terdiam. Lalu Pakcik cuba menampar anaknya sendiri. Aku kalut, Mama lagi serabut!

Dalam keadaan yang penuh tekanan, emosi seringkali menguasai diri. Mama tanpa berlengah, diiringi dengan emosi marah yang meluap-luap, dan rasional yang terderai, menjerit. “Sepatutnya dibacakan ayat kursi, jangan tambahkan lagi tekanan tu!!!”

Lalu Mama terus seperti histeria, keadaan jadi tidak terkawal. Aku dan semua adik beradik dan sanak saudara lain menenangkan Mama. Mama menangis! Sial! Energiku seperti tersurut bila melihat Mama menangis. Ianya senjata paling ampuh Mama. Aku tidak ingin lagi melihat Mama menangis! Tak sanggup!

Serentak dengan itu juga, Mak Uda tiba-tiba menjerit. Histeria. Mengatakan Mama dengan muka yang hitam sedang menerkam lalu mengejar Mak Uda. Aku tersentak. Kini, 3 orang dalam rumah ini seperti separa sedar. Halusinasi!

Mama terus menjerit, semua ahli keluarga terus menenangkan Mama. Mama terduduk lalu mengarahkan semua ahli rumah membaca yassin dan ayat qursi. Keadaan menjadi seperti lawak senario apabila masing-masing gelabah kebilik air untuk mengambil wuduk. Aku? Aku hanya mampu berpura-pura kerna aku masih tidak mandi wajib! Sial!

Seketika, mama menjadi tenang. Sementara Makcik masih belum sedar dan Mak Uda masih terpejam matanya. Dalam keadaan yang tenang itu dan masih lagi seperti bermimpi, Mama mula bercerita tentang sesuatu yang Mama rasa dan nampak. Bercerita tentang syaitan dan jin dalam rumah itu. Semua sanak saudara mengelilingi Mama, dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh, mereka mendengar Mama bercerita. Menurut Mama, terdapat 3 orang dalam rumah itu yang berniat jahat terhadap keluarga kami. Sementara Mama bercerita, aku mula terfikir. Mama, dalam keadaan yang seperti ini, mampu untuk mengeksploitasi keadaan ini bagi mempengaruhi pemikiran sesiapa yang mendengar setiap tutur butir perkataan Mama. Ini kerana, cakup pemikiran dan mentaliti masyarakat melayu masih lagi dibelenggu oleh taksubnya terhadap hantu syaitan. Aku bukan seorang yang skeptikal dan menidakkan kewujudan alam ghaib, syaitan dan jin, namun ketaksuban itu yang membuatkan pemikiran masyarakat melayu masih terkebelakang. Aku juga berniat untuk bertanya kepada Mama, apakah nombor ekor yang akan naik 1st prize. Dan ingin juga aku bertanyakan kepada Mama yang dalam separa sedar itu, tentang cara-cara untuk membuatkan telur Bush tinggal sebelah!

Tiba-tiba ketenangan tersentak apabila mama mula sekali lagi menjerit dan membaca ayat qursi berkali-kali. Lalu didatangkan seorang yang alim tentang ilmu perubatan tradisional. Orang yang mengubat ini pun membacakan ayat dan diberikan air untuk diminum. Mama dengan lagak gangster terus sound tukang ubat tadi, “Buat apa datang umah ni malam-malam? Abang balik la!”. Aku pun agak kurang yakin dengan orang yang datang mengubat ini. Dengan cara tukang ubat ini yang agak kelakar dan gelabah. Sungguh uncool! Tapi, bagus jugak, sekurang-kurangnya Mama boleh tenang dan tidak menjerit lagi.

Setelah tukang ubat itu pulang, keadaan menjadi tenang. Makcik sudah sedar, Mak Uda masih lagi lemah dan Mama tidak lagi menjerit. Menganggap semuanya sudah selesai, semua sanak saudara bersiap untuk tidur. Mama pergi ke bilik ditemani Ayah. Aku cuba lelap. Tiba-tiba Mama menjerit didalam bilik. Aku bergegas untuk melihat. Mama tidak ingin tidur. Mama mahu membaca yassin.Namun Ayah berulangkali menasihati Mama agar bertenang.Mama tertekan dengan nasihat Ayah. Ayah dimarahi. Aku dan adikku perlahan-lahan menenangkan Mama. Mama sekali lagi bercerita kepada kami adik beradik. Dengan tidak semena-mena mama ke dapur untuk mencari garam kasar yang digunakan ‘orang’ itu dalam masakan. Kami bergegas ke dapur, keadaan menjadi kecoh apabila garam yang diacri sudah hilang! Mama dengan lagak fasis Adolf Hitler, mengarahkan semua mencari garam itu. Maka, terkedek-kedek sanak saudara termasuk aku menyelongkar kabinet dan dapur untuk mencari garam itu. Lesap dan hilang terus. Mama masih tidak puashati. Sekali lagi menangis. Aku buntu dan sedih melihat Mama menangis. Aku tahu dan percaya seratus peratus yang Mama tidak dirasuk! Cuma Mama berkelakuan seperti anak kecil, dan sesekali seperti orang tua nyanyuk. Seperti sudah hilang kewarasan. Aku sedih dan ingin menangis. Namun sebagai jantan hebat, aku masih lagi cuba mengawal emosi. Cheh!

Mama katakan kepadaku bahawa Mama dapat rasakan tentang kehadiran seseorang sebentar lagi. Hatiku menjerit “Apa nombor ekor yang akan kena 1st prize ni mama!!!”

15 minit kemudian, datang seorang Tok Haji. Lagaknya seperti seorang yang hebat.Sanak saudara terus mengerumuni Tok Haji ini untuk bersalaman. Ditangannya, dibimbit sebuah beg seperti ingin menghadiri interview kerja la pulak! Tok Haji itu terus bertanya nama Mama. Seorang saudara memberitahu nama Mama. Dicatatkan dalam sebuah buku oleh Tuk Haji. Kemudiannya, Tok Haji ini bertanya umur Mama. Ayah yang masih terkial-kial mengira umur Mama terdiam apabila Mama menjawab dengan nada mengejek, “15 tahun”. Seraya itu, Mak Usu tiba-tiba terkekeh-kekeh ketawa dengan jawapan sinis Mama. Mak Usu ni, dalam keadaan macam ni pun nak gelak kaw-kaw. Bukan reti nak cover.Aku hanya tergelak dalam hati je. Hahahahaha

Lalu diubati Makcik. Makcik stabil dan tiada apa. Tiba giliran mama, Mama muntah darah namun masih sedarkan diri. Dan akhir sekali Mak Uda. Dan diakhir seisi mengubat Mak Uda, Tok Haji ini berdialog dengan Mak Uda;

Tok Haji:Siapa nama kau?
Mak Uda:Tak Tau
Tok Haji:Siapa nama kau?!!
Mak Uda:Jin Tanah
Tok Haji:Mana asal kau?!
Mak Uda:Utara… Pulau!
Tok Haji:Siapa hantar kau?!
Mak Uda:Tak ada
Tok Haji:Apa agama kau?
Mak Uda:Islam
Tok Haji:Bersumpah lah kau dengan nama Allah yang Kau tak akan mengganggu keluarga, ect..

Jin pun ikut bersumpah lalu keluar.

Setelah semuanya selesai, Tok Haji ini mengeluarkan fail dari beg bimbitnya. Seperti resume kerja, Tok Haji menceritakan kehebatannya mengubat orang. Ye la tok Haji, Tok Haji hebat!

Dan akhirnya semua sanak saudara tidur pada pukul 7 pagi.

Namun, disebalik kejadian ini, aku adalah orang yang pertama menyedari kehadiran Jin Tanah Lahanat ini. Ceritanya begini…

Sehari sebelum kejadian,aku merasakan sedikit lenguh-lenguh dibahu kiriku. Aku memaki lenganku dengan kata carutan yang sungguh menghinakan dan sempat bergurau dengan Mama, “Rasa rasanya, ada hantu Ju On kat atas bahu ni, mama!” Kalau betul telahan dan agakanku bahawa ada hantu Ju On dibahuku, maka memang sungguh sial la kau Ju On kerna mengganggu nikmat hari raya pertamaku. Namun lenganku beransur sihat selepas diurut keesokan harinya. Selepas kejadian rasuk-merasuk malam itu, Aku dapat rumuskan bahawa Jin tanah Lahanat itu telah hinggap dibahuku dan cuba untuk merasuk aku namun tidak berjaya. Jin tanah itu bermonolog sendiri “Aku ingat nak rasuk budak chomel ni, tapi aku rasa dia ni hantu Ju On macam yang aku tengok kat wayang tahun lepas! Perangai pun macam sial, aku yang jin tanah ni pun baik sikit dari dia. Baik aku rasuk Mama dia lah!”

Walaupun kau kata aku jahat dari kau, tapi kau tetap sial wahai JIN TANAH!!!

Friday, October 20, 2006

Tamatnya Kelas Bahasa Inggeris!



Aku tau yang aku selalu kacau korang... Hope tak amek hati la k..



Kepada sir..sorry la kalau saya selalu argue with u.. kepada

student-student cosmopoint yang aku selalu kacau, actually

budak2 pempuan je yg aku kacau heheh.. maaf ye.. gurau2 je..


Take care ya!






FINISH!

Saturday, October 14, 2006

Tolong bagi aku kad raya!!!

Aku masih belum lupa, pada waktu-waktu menjelang perayaan hari raya ketika aku masih kecil, aku merasa sedikit marah apabila melihat selonggok kad raya dikirim kepada ayah. Manakan tidak, kad-kad ini sebilangannya datang dari wanita. Aku curiga bahawa ayah bermain kayu tiga, dan mungkin lebih banyak kayu lagi! Aku memang tidak boleh kompromi tentang isu ini. Kad-kad ini tertera bersama nama dan cop-cop syarikat dan dari jabatan. Ketika itu, aku masih tidak lagi dapat memastikan dan terfikir langsung tentang sebarang politik disebalik budaya kad-kad raya ini. Lalu aku hanya mampu mencarut perlahan dari dalam hati.

Mungkin persepsiku tentang kad-kad raya ini ditunjangi dengan perasaan iri-hati dan cemburu buta. Ya, cemburu disebabkan aku bukanlah seorang yang dapat mengumpul kad raya yang berlonggok-longgok pada musim perayaan.

Budaya mengirim kad raya ini boleh aku simpulkan sebagai suatu budaya yang cantik, dan bermoral. Hubungan silaturrahim dapat dikukuhkan dan dapat menjaga keharmonian hubungan sesama manusia.Budaya bermaafan menjelang perayaan disampaikan melalui pengiriman kad raya. Walaupun ianya hanyalah mengikut musim dan dirayakan setahun sekali. Namun, nilai-nilai asal budaya kirim-mengirim kad raya ini telah tersasar jauh. Kad-kad raya tidak lagi menjadi sebuah medium bagi mengerat hubungan, namun hanyalah tatktik dan strategi berniaga yang paling nampak suci dan bermoral!

Minggu lepas, aku terlihat dikaunter kolej, berpuluh malah beratus-ratus kad raya yang sedang dipersiapkan bagi diedar oleh dua orang staff. Apakah isi tulisan kad raya itu? Hanyalah dipenuhi cop-cop rasmi kolej. Dan ianya akan dihantar kepada pengetua sekolah-sekolah disekitar daerah dan mungkin diluar daerah. Adakah ikhlas? Atau bertindak sebagai oppurtunis yang sudah terbayang peluang-peluang perniagaan?

Nilai-nilai moral telah dipengaruhi oleh ekonomi dan materialism. Segalanya adalah didasarkan kepada kepentingan ekonomi.

Dan yang pasti, tahun ini juga, aku tidak akan dilonggokkan dengan limpahan kad-kad raya dari sesiapa. Aku sedih dan berharap agar sesiapa ber’empati’ dengan sugulnya hati dan perasaanku.

P/S: Disini, aku merayu. Aku masih lagi berharap agar kawan-kawan dapat mengirim kad raya kepada aku. Sesiapa yang ingin mengetahui alamatku bagi proses pengiriman kad raya, email aku untuk mengetahui alamat rumahku! Aku serius ni!!


Tolong bagi aku kad raya!!!

Friday, October 13, 2006

England!

Semalam, aku menghabisi masa-masaku di sebuah negara penjajah iaitu negara England. Terkejut? Aku juga seakan-akan tidak percaya bahawa aku berada disana!

Aku ke sebuah daerah terpencil di England dan aku juga tidak pasti dimanakah kedudukan dan lokasi aktualku namun satu yang pasti, aku di England!

Aku menziarahi seorang rakan wanitaku disana. Keluarganya menetap disana. Suatu pengalaman baru bagi aku ke sebuah negara eropah. Aku kagum dengan daerah ini. Manakan tidak, dalam kepesatan dan kemajuan negara England ini, masih lagi terdapat sebuah daerah kecil yang terpelihara dari segala macam pembangunan yang menghancurkan. Udara disini masih lagi segar dan tidak tercemar. Juga tiada jerebu disini! Aku terkesima. Dan dalam masa yang sama-Kagum!

Rumah rakan wanitaku ini adalah sebuah rumah yang agak sederhana besar. Sebuah rumah tradisional sangkaanku. Rakanku ini menetap disana bersama neneknya. Aku sempat berjalan-jalan diperkarangan rumahnya. Indah! Tersusun pohon-pohon (seperti pohon ru) yang menghijau. Udara yang segar, cuaca yang tidak panas seperti diMalaysia. Sungguh selesa!

Kemudian, rakanku mengajak aku untuk menikmati makan malam bersama keluarganya. Aku sungguh teruja. Dan terus terlintas dalam kotak imajinasiku tentang makanan-makanan barat yang mungkin bakal disediakan kepadaku – spaghetti, lamp chop, chicken chop, atau mungkin chop stick! (maaf, aku masih tidak familiar dengan makan barat, so hanya beberapa jenis menu tipikal masyarakat barat dapat aku listkan.)

Baunya sungguh semerbak. Aku duduk berhadapan nenek rakanku di meja makan. Aku seperti tidak sabar untuk menikmati juadah barat dinegara barat. Namun, aku sungguh terkejut. Hidangannya bukanlah sepeti apa yang terimajinasi olehku. Aku jadi bingung kerna menu untuk makan malam hari itu adalah ikan selar kuning! Bersama kari pekat! Errr.. Dimana pula nenek ajaib ini dapat memancing ikan selar kuning di England? Aku keliru, namun tetap berlagak seperti biasa. Sungguh bingung!

Tiada dialog dapat diungkap semasa seisi makan malam ini. Mungkin aku masih lagi bengong dengan kepelikan keluarga ini. Yang penting, rakan wanitaku ini tersangatlah chomel…

Tiba-tiba kedengaran satu suara memanggilku. Sepertinya suara itu aku kenal. Sekali lagi aku berada dalam keadaan bingung dan mencurigakan.

“Ayun, bangun sahur! Dah dekat pukul lima ni!!”

Cheh!

Saturday, October 07, 2006

Batuk, sakit tekak dan berhingus…

Sudah dua hari aku mencarut tentang keadaan kesihatanku. Dah lama aku tak berkhalwat dengan demam. Namun, aku tahu bahawa keadaanku ini bukan disebabkan demam, tapi disebabkan jerebu yang melanda negara kita. Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di Indonesia dan akhirnya terkesan juga dimalaysia. Dan aku telah menjadi mangsa yang ke entah berapa. Disebabkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam, maka akhirnya manusia juga yang menerima kesannya. Dan aku, akhirnya terpaksa membazirkan duitku yang tak berapa ada untuk membeli ubat batuk! Sial!

Apabila batuk, terus sakit menusuk ke dada. Aduh, nak hisap rokok pun sudah hilang nikmat untuk dikecap. Apa lagi yang dapatku hisap untuk mengecap nikmat? Argh..

Dan dalam keadaan kesihatanku yang buruk, aku ditimpa oleh kerja-kerja yang perlu disiapkan bagi kursus bahasa inggerisku. Memenatkan dan membosankan. Kehidupanku kini hanyalah pergi kelas dan balik kelas, membaca dan berimaginasi dan terus tidur bagi persediaan menghadapi kehidupan yang berulang-ulang. Namun, aku cuba untuk terus optimis dengan kemungkinan dalam hidupku. Masih banyak lagi perkara-perkara indah dan mengujakan bagi aku untuk lalui. Dan aku masih tidak ingin menamatkan riwayatku. Tak mahu!

Aku juga kurang bersosial dan menghampiri keadaan dimana minatku untuk bersosial hilang! Mungkinkah kini aku dalam keadaan anti sosial? Adakah aku sudah jelak dengan perangai manusia yang membosankan? Atau mungkin perangaiku yang membuatkan manusia lain bosan denganku? Aku biarkan saja persoalan itu tergantung. Aku kini lebih suka menyendiri dan bermonolog sendirian. Bersoal-jawab dengan diri sendiri dan akhirnya mentertawakan diri hasil kebodohan diri.

Dan akhirnya berharap kehidupanku akan lebih menyeronokkan esok…



Friday, September 29, 2006



All I ever want is to be part of your heart.
And for us to be together, never be apart.

No one else in the world can even compare,
You are perfect and so this love that we share.

We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.

I promise to give you all I have to give.
I will do anything for you as long as I live.

In your eyes, I can see the present, the past and the future.
The way you look at me, I know that we will last forever.

I hope that one day you will come and realize!
--THANK YOU TO ADIRATNA KERNA MEMBERIKU POEM YANG DIKARANG SENDIRI DAN DITUJU KHAS KEPADA AKU . DAN AKU TERHARU--

(X_X)

Thursday, September 28, 2006

Kawanku kini telah menjadi lelaki metroseksual!

Aku tak tahu apa nak menulis hari ini. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. “Bila kau nak mula menulis balik? Nak tunggu putus chenta lagi ke?”-kata rakanku yang berbulu! Ye lah, aku menulis la ni!

Apa yang mahu diceritakan? Kehidupan seharian cukup membosankan. Sesungguhnya melakukan sesuatu yang berulang-ulang adalah tersangat membosankan!

Hari ini, genap 4 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman. Ah, tiada masalah besar bagi aku untuk menahan lapar dan dahaga. Tapi yang menjadi masalah besar bagi aku adalah untuk melalui kehidupan siangku tanpa Wisnton Light 14 aku. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak berpuasa, aku telah me’minimize’kan tahap konsume terhadap bahan tembakau itu. Secara purata, selepas berbuka sehingga bersahor, aku hanya menghisap 7 batang rokok sahaja. Ini bermakna, 14 batang bertahan sehingga 2 hari. HEbat! Suatu berita baik bagi paru-paruku yang sudah sekain lama menghitam tanpa diberikan sabun pencuci bagi memutihkan dirinya! Berita baik juga bagi kocek-sakuku yang setiap hari makin susut. Namun aku tidak pasti berapa lamakah keadaan hebat ini akan berlanjutan dalam hidup aku.

Hari-hariku juga diisi dengan kelas Bahasa Inggerisku. Aku sudah mula bosan dengan aktiviti yang hampir sama. Tapi, dari aku melangok dirumah tanpa apa-apa income, baik aku belajar dan dapat duit. Tahap Bahasa Inggerisku juga tidak banyak berubah. Aku tidak dapat belajar banyak kata-kata mencarut dalam bahasa inggeris disini, dan aku juga tidak diajar cara untuk mencari kedudukan G-spot. Ilmu-ilmu ini hanya dapat dipelajari atas usaha sendiri. Hah!

Aku juga sedang sibuk menghadiri kelas memandu. Ya, sehingga waktu ini, aku tidak mempunyai apa-apa lesen pun! Looser? Yeah! Opps, baru tersedar. Aku juga ada mempunyai lesen iaitu lesen menghisap rokok dari ayah dan mama. Hebat juga aku ni. Ya, aku sedang mengikuti kelas-kelas memandu dan jika tidak ada aral melintang, aku akan menghadiri ujian percubaan pada ahad ini. Dan dalam masa sebelum raya, aku akan menggenggam segulung lesen dan ini bermakna aku boleh membawa kereta dan bermegah-megah dengan kereta (Baca: simbol status). Doakan aku berjaya ya kawan-kawan!

Err,aku ada sedikit kemusykilan disini dan harap kawan-kawan dapat membantu ya! Perkara ini telah lama bermain dalam kepala otakku yang berserabut dan berselirat. Aku pasti korang selalu menonton TV dan tidak terlepas menonton iklan-iklan yang selalunya kabur. Dan ada satu iklan yang aku langsung tidak memahami motifnya. Bukanlah aku ini tersangat jahil dan bebal, tapi mungkin iklan itu dicipta bagi membengongkan manusia bengong seperti aku. Iklan itu adalah iklan Bank Rakyat. Iklan itu lebih kurang begini jalan ceritanya;
Seorang pekerja bank dikaunter akan menukar uniformnya setiap kali pelanggannya datang ke kaunter. Penukaran uniform ini adalah berdasarkan tatacara pemakaian si pelanggan itu. Kalau pelanggan itu mengenakan pakaian budaya India, maka pekerja ini akan menukar dress-up juga berdasarkan budaya India. Dan apabila pelanggan Cina, pekerja juga menukar pakaian berdasarkan pakaian Cina. Namun babak terakhir itu yang agak mengelirukan dimana seorang pelanggan wanita bertudung, berspek mata dan berumur lingkungan 30-an datang kekaunter, lalu pekerja ini membuat memek muka blur dan terus sahaja iklan ini ditamatkan. Aku keliru dan kabur tentang tindakan pekerja bank ini. Harap kawan-kawan dapat membantu aku memperjelaskan tindakan pekerja ini!

Selepas raya, aku akan menempatkan kehidupanku dibandaraya Johor Bahru bagi menjalani latihan praktikal disana. Aku juga agak gabra, bagaimana aku akan survive dibandaraya itu dengan hanya berbekalkan RM500 sebulan hasil elaunku. Duit sewa rumah adalah lebih-kurang RM100. Mana nak fikir duit makan lagi. Aku juga tidak akan melepakkan diri di Kuala Lumpur dalam jangka-masa terdekat ini. Tak dapat la nak lepak-lepak kat mapley BB sambil mengutuk kawan-kawan. Tak dapat la nak memaki kawan-kawan jika kawan itu tidak memberiku rokok malboro 14, tidak dapat la aku maki kawan-kawan yang menelefon ‘kekaseh-belum-confirm’ dibawah bantal sambil menggaru skrotum telur kirinya. ASS!

Dan tak dapat la aku nak berjumpa kekasehku di Kuala Lumpur (!.!)

Dan aku hanya berharap, selepas praktikal, aku mampu mendapat pekerjaan dan mengumpul duit untuk kahwin! Dan melangsungkan majlis dengan ghilang-gemilang
Bersama hantaran yang berbelas ribu!

P/S: dan aku juga berharap tiada gadis-gadis chomel dan seksi yang cuba untuk mendekati dan meng’ayat’ aku kerna aku ini adalah manusia yang tak tahan dengan dugaan. Beri aku peluang untuk setia!!!!

1 Oktober,maka genaplah 8 bulan perhubunganku dengan kekaseh. Dan sekali lagi aku berharap, hubungan ini akan perpanjangan sehingga tidak wujud lagi bulan dalam cakerawala ini (Terharunya.. Khak ptui!)

Tuesday, September 26, 2006

Antara Perut, Buncit dan Maskulin…

Terdapat sebuah cermin didalam bilik kecilku. Dan seperti kebiasaan, setiap kali selepas mandi, secara dibawah-sedar aku akan melewati cermin didalam bilikku. Dan kemudian berlakulah peristiwa yang berunsur 18SX iaitu kejadian dan babak-babak memakai baju yang agak ekstrim dan penuh unsur-unsur yang tidak boleh diterima moral. Dan semalam aku rasa seperti terpaku apabila melihat dicermin selepas mandi. Aku bukan terperanjat dengan kehodohan atau kehebatan rupa parasku, bukan juga aku naik berahi melihat tubuhku tapi aku agak tergamam dengan peningkatan diameter dan jejari perut chomelku. Ianya seperti mendadaknya harga ayam naik dimusim perayaan ini dan kurang hebat sedikit dari populariti ex-tunang mawi yang mendadak naik. Sepertinya aku sedang mengkendung bola ‘basketball’ diperut tanpa tujuan yang pasti mengapa aku berbuat demikian.

Nampaknya semua rakan-rakanku tidak berdusta kepada aku kerna beberapa minggu lalu, aku melontarkan diriku ke bandaraya Kuala Lumpur untuk lepak dan minum bersama kawan-kawan dan kekaseh. Dan hasil kehidupanku sepanjang 3 hari disana, aku mampu mengeluarkan suatu statistik dengan purata seramai 6.5 kawan yang berjumpaku akan menegur tentang ‘perubahan’ dan evolusi mendadak yang melanda perutku. Seterusnya membuat pelbagai andaian dan spekulasi tentang status perutku. Seperti terwujud suatu konspirasi untuk menjatuhkan imej aku. Namun, kini aku sedar bahawa aku hanyalah bersifat prejudis terhadap kawan-kawanku atau mungkin aku tidak mampu menerima kenyataan bahawa kini aku telah membuncit-dengan-ekstrim?

Hurm..aku tidak mahu perasaan insecure menguasai mental dan nafsuku. Aku tidak mahu tersumbat di dalam kotak-kotak ketakutan yang sengaja dicipta. Ketakutan adalah suatu keuntungan! Dan mereka sesungguhnya bijak memanipulasi ketakutan kita!

“Anda sudah gemuk! Dapatkan produk melansingkan badan dari kami!”
“Kulit anda akan lebih putih dengan produk kami!”
“Produk ini akan melambatkan proses penuaan!”
“Gunakan produk kami, maka akan anda menikmati pengalaman seks yang memberahikan!”

Aku juga sedang mengalami ketakutan tentang situasi perutku. Kelihatan buncit adalah sungguh bersifat ‘uncool’. Aku penat! Aku sudah penat melakukan penyamaran bagi menyorokkan keterhadapanan perutku, aku terpaksa mengambil langkah menahan nafas ketika melalui sekumpulan gadis-gadis trendy di ibukota dan bagi menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang memerlukan aku nampak sasa.Menyembunyikan fakta dan realiti bahawa aku seorang yang buncit! Aku takut menghadapi realiti dan akhirnya menipu diri sendiri! Dan hasil dari teknik penyamaran dengan menahan nafas, aku kini kekurangan oksigen dibahagian otakku,dan ekoran dari itu, aku juga telah menjadi bebal dan penat!

Kalau aku buncit, biarlah. Aku juga tidak mahu menjadikan sesuatu yang jelas subjektif berubah sebagai sesuatu yang objektif. Biarlah orang mengkritik aku dengan kritikan yang bersifat destructive kerna aku masih lagi memahami dan menghormati hak asasi anda sebagai manusia dan bukan sebagai seorang yang tongong! (tongong juga masih manusia)

Kecantikan selalunya digarisi dengan standard yang mengarut. Badan yang langsing, kulit yang putih, ukuran pinggang yang seperti semut, payudara yang berdiameter montok, ketulan-ketulan six-packs yang mengancam (aku hanya ada a-pack sahaja!) dan pelbagai lagi kriteria-kriteria yang perlu bagi menjadi manusia yang dilabel chantek dan hebat! Subjektif-normatif ini diterima-pakai oleh masyarakat kita dan masyarakat sedunia. Dan para oppurtunis begitu bijak mengeksploitasi bagi mempapa-kedanakan manusia. Dan masyarakat terus menganuti budaya konsumerisme buta yang sia-sia. Aku juga adalah salah satu dari berjuta manusia yang melalui pembudayaan budaya konsumerisme ini ,namun aku bernasib baik kerna aku seorang yang tidak berduit!


Biarlah perutku sepeti zeezam dan bukan semaskulin hakim yang tough lagi metroseksual! Hahahahahah

Playlist
Artist: Butterfinger
Song: Ugly Stomach

Friday, September 22, 2006

Latihan Industri dan kaitannya dengan Thaksin

2 hari lepas, akhirnya aku telah disahkan tempat bagi penempatan tempat praktikal/latihan industri. Seumur hidup aku, aku tak pernah menjalani latihan praktikal. Ironisnya, ketika aku menjalani pembelajaran di UTMkl, skop pembelajaran aku adalah lebih kepada teknikal tetapi tiada latihan praktikal. Para pelajar sentiasa menjadi bahan eksperiment dan uji kaji. Dan teka siapa akan menjadi mangsa keatas kegagalan ujikaji tersebut? Sudah tentu bukan Makcik Senah anak Pak Dollah.

Aku disahkan akan menjalani praktikal disebuah syarikat yang berbasiskan tentang networking,komputer dan software. Agak menarik dan aku agak teruja untuk memulakan latihan praktikalku disana. Syarikat ini terletak di Skudai. Dan berharap aku dapat pergi ke gig-gig yang selalu dianjurkan di Countache Studio di Skudai. Harap-harapnya…

Dan 2 hari lepas juga aku dikejutkan dengan berita bahawa berlaku rampasan kuasa di Thailand. Sedikit gembira kerna rakyat Thailand akhirnya terbebas dari cengkaman pemerintahan regim Thaksin yang diktator, korup, dan pelbagai lagi perkara yang menjijikkan.Dengan menangani konflik di selatan Thailand yang berdarah (yang tak pernah selesai!), mencuri harta-harta rakyat dan bertindak sebagai MAHA kapitalis di Thailand cukup untuk membuatkan rakyat menyimpan dendam kesumat dan menyemai benci yang amat! Perkembangan yang bagus, kita tunggu sahaja siapa ‘bakal diktator’ baru yang akan memimpin dan menikam rakyat Thailand! Dari insiden rampasan kuasa ini, ternyata ramai masyarakat Thailand bergumbira dan seperti ingin meludah muka Thaksin sekembalinya beliau ke Thailand sebagai penganggur (seperti aku!) dan aku juga agak ceria dengan lucutnya jawatan penting itu dari kerantung telur Thaksin.

Rampasan kuasa berlaku melalui tindakan ketenteraan yang tidak mustahil aku katakan, mungkin terdapat ‘kepentingan’ dalam rampasan kuasa ini. Rampasan kuasa nampaknya seperti membela rakyat dan ingin menghukum jenayah regim Thaksin terhadap rakyat Thailand, namun siapa yang tahu, mungkin terselit kepentingan peribadi disitu. Bukan prajudis atau bersifat pessimis, namun sejarah sentiasa berulang-ulang dan sentiasa diulang-pakai.

Namun, sekali lagi jelas terlihat disini bahawa rakyat dan suara rakyat masih tidak mampu lagi menjatuhkan Thaksin apabila rampasan kuasa hanya berlaku melalui tindakan ketenteraan. Lihat sahaja berjuta-juta demonstrasi, rapat umum, penentangan dan desakan rakyat untuk Thaksin melepaskan jawatan sebelum ini, namun ianya berakhir dengan gelak ketawa sinis dari sang diktator. Alat-alat penguasa dikerah bagi menutup mulut-mulut yang menghambur imej-imej demokrasi dan mengekang segala tindakan menghapus penindasan. Segala bentuk ‘state apparatus’ digunakan, dari badan kepolisian, kehakiman dan Thaksin tidak akan teragak-agak menggunakan Jabatan Pembersihan Tandas jika perlu!

Itulah yang berlaku di sebuah negara yang kedudukan demokrasinya diantara ‘paling demokrasi’ di Asia. Suara rakyat masih tidak mampu menggugat. Bagaimana pula di Malaysia? Jauh sekali di Singapura!


Mari tunggu dan lihat.. Kerna itu sahajalah yang mampu kita buat. Bersimpati dan mengkritik tanpa mampu mengubah..

Wednesday, September 20, 2006

Aku sungguh sial!!

“Aku rasa menyesal sangat masuk kelas ni. Aku rasa malang sangat dapat kenal orang macam kau!”

“Aku tak pernah jumpa orang macam kau sebelum ni!”

Ya, aku adalah kesialan paling sial pernah menjenguk kehidupan singkat kau!
Dan aku tahu, sesungguhnya bagi kau, kehadiran aku di mukabumi ini adalah suatu kesilapan yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia!

Namun, aku adalah aku. Dan aku percaya, setiap manusia terwujud bersama fungsi-fungsi yang telah tersedia terbeban dibahu masing-masing. Oleh itu, jangan kau salahkan tuhan atas kewujudan aku, malah salahkan sahaja diri kau yang semestinya tidak mampu untuk menangani manusia jahanam seperti aku. Ketahuilah, terdapat lebih banyak ‘kesialan’ yang tak pernah terlintas dalam kotak fikiran kau, yang mungkin akan menjatuhkan kau dan mencacatkan kehidupan kau sebagai seorang manusia. Tanganilah aku sebagai bukti kemampuan kau menjalani kehidupan yang lebih penuh kesialan dari aku! Aku hanyalah seperti syaitan yang paling bermoral jika nak dibandingkan dengan syaitan-syaitan yang lebih kejam dan tanpa kemanusiaan. (sudah semestinya tanpa kemanusiaan kerna syaitan itu hanya mempunya sifat kesyaitanan!)

Seperti ungkapan Sir, “Again, its how you look at it!”

P/S: Usah risau dan meletakkan diri kau dalam keadaan kekalutan kerna selepas bulan 10, aku pasti kau tidak akan ingin sesekali berjumpa denganku, malah sudah pastinya bau-bauan badanku juga adalah bersifat HARAM bagi hidungmu. Tapi aku yakin bahawa setelah tamat kursus bahasa inggeris ini, kau akan merindui kejahatan aku semasa mengacau kau!
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahh!

Monday, September 18, 2006

i not STUPID!
Kebosanan membawa aku untuk menonton televisyen malam ini. Saluran NTV7 menjadi pilihanku sambil menyuap-nyuap murtabak yang entah dari mana asalnya. Dan dengan tidak semena-mena suatu rancangan drama berbahasa cina terus ke udara. Aku mengagak bahawa drama ini adalah drama yang bersifat sekual. Drama ini adalah tentang kanak-kanak kecil menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang mungkin, pada tanggapanku adalah sekitar umur 10 tahun. Drama ini bertajuk “I not stupid”. Drama ini mengambil tempat di Singapura. Jalan cerita yang agak kelakar tapi penuh sarat dengan mesej yang bersifat direct dan straight to the point. Suatu kritik terhadap ‘high expectation’ dari para ibu bapa.

Kisah bermula apabila terdapat calar-balar dibadan Guo Bin akibat dipukul ibunya. Guo Bin sangat minat melukis, tapi minatnya dibataskan oleh ibunya.Ibunya memukul Guo Bin kerna beliau tidak rajin untuk mengulangkaji pelajaran. Sedikit dialog antara Guo Bin dan ibunya;

Ibu:Ibu bukan sengaja nak pukul kau. Ibu tak marah kalau kau nak melukis, tapi fokus dulu untuk peperiksaan SPLE (peperiksaan besar kat Singapura kot. SPLE atau SCLE, aku pun tak pasti). Selepas peperiksaan ni, kau nak melukis pun, ibu tak kisah!
Guo Bin: (Monolog dalam hati)Ala, ibu cakap je. Lepas ni mesti kena ambil O Level la, pastu kena ambil A Level pulak!

Dan semasa peperiksaan matematik, kerna terlalu takut untuk gagal, maka Guo Bin telah mengambil langkah untuk meniru rakannya. Nasib tidak menyebelahi apabila beliau terkantoi dengan gurunya. Lalu gurunya terpaksa memberitahu kepada ibu bapa Guo Bin. Terus on the spot skrotum Guo Bin mengecut respon daripada ketakutan yang amat. Lalu beliau mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah. Sedang Guo Bin berjalan-jalan sambil menghilangkan rungsing dan takut, tiba-tiba Guo Bin terasa seperti kehidupan tidak bererti lagi. Lalu beliau mengambi keputusan untuk membunuh diri. Beliau pergi ke atas sebuah rumah pangsa dan berhajat untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan melompat ke bawah. Guo Bin mengoyakkan artworknya lalu dibuang ke bawah. Namun dalam perjalanan untuk membunuh diri, beliau telah terlanggar oleh polis, Lalu polis pun bertanya, apa yang dibuat olehnya malam-malam disitu. Lalu dengan jujur dan rendah diri, beliau memberitahu “Saya ingin membunuh diri!” Lalu polis tu pun dengan bodohnya meminta rasuah (eh, silap jalan cerita pulak). Lalu polis itu pun membawa Guo Bin ke hospital sementara menunggu ibu bapanya datang. Dan akhirnya ibunya menyesal dan dengan tidak semena-mena cerita ini dihabiskan dengan babak ibu Guo Bin pengsan. Pelik dan marah dengan ending yang pelik, aku lalu pergi ke bilik air lalu terus kencing untuk menunjukkan rasa protes dan tidakpuashati.

Expectation atau harapan yang terlalu tinggi menyebabkan anak-anak menjadi sangat tertekan sehingga dalam kes ini, Guo Bin ingin membunuh diri. Aku tidak terkejut dengan cerita ini kerna banyak kes yang aku telah dengar di Singapura tentang pelajar sekolah membunuh diri kerna akur dengan tekanan yang menghempap diri dan kehidupan mereka dan kerna berdukacita terhadap keputusan peperiksaan yang buruk.Kebolehan dan kecenderungan manusia itu beragam dan pelbagai.Kenapa perlu membataskan minat anak-anak hanya kerana ingin menjadikan anak-anak mengikut acuan ibu bapa? Jangan cantas kebolehan semulajadi dan minat anak-anak hanya kerana ingin mencapai standard yang telah ditetapkan masyarakat yang kononnya jika masuk universiti, ibubapa telah berjaya mengasuh anak-anak? Dapat pangkat besar-besar adalah bukti kejayaan? Mangsanya ialah anak-anak itu sendiri. Maka terbantutlah bakat dan cita-cita anak-anak itu sendiri demi mencapai standard yang kadang-kadang terlalu tinggi. Dan akhirnya, anak-anak hanya dilahirkan untuk menjalani kehidupan ini sebagai robot yang hanya tahu mengikut dan membontot bontot orang lain. Cukuplah segala alat-alat penguasa yang terwujud bagi mengawal dan memenjarakan minda dan hati rakyat! Jangan persoal! Kerana tanpa mereka, jalan raya tidak akan wujud di negara kita! Hahahaha…

Sebagai ibubapa, mereka perlulah memainkan peranan sebagai ‘guidance’ dan pemberi semangat terhadap apa jua minat dan bakat yang dilakukan anak-anak. Kritik secara konstruktif dan perlihatkan bahawa anda sangat menghargai anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya (Cheh, aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa. Walaupun aku masih belum bergelar bapa/ibu. Silakan maki aku!)

Bertindaklah dengan memimpin, bukan menolak dengan keras sehingga terjatuh dan tersembam kebumi.

Sistem pendidikan diwujud bagi memenuhi pasaran kerja dan bukan bertindak sebagai lokasi untuk menimba ilmu. Pelajar adalah produk-produk bagi memenuhi permintaan kapitalis. Selain pendidikan itu sendiri telah menjadi komoditi. Pendidikan hanya untuk yang berduit. Lihat sahaja di Indonesia. Seramai 11.7 juta rakyatnya dinafikan hak untuk belajar kerna kos untuk belajar adalah terlalu tinggi! Semuanya hasil dari Neo-liberalism (Baca:kapitalis) yang mendesak kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan awam (pendidikan, kesihatan dan tenaga) hanya untuk membayar segala hutang-hutang kepada institusi kewangan dan negara industri. Err…dah lari tajuk la pulak. Baru sebentar tadi aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa, namun sekarang telah berubah menjadi ahli politik yang menabur janji-janji manis kepada rakyatnya pulak!

So, sebelum aku bertindak sebagai ahli kaji cuaca, baek aku berhenti dari menulis.
Sebelum aku mengakhiri tulisan aku kali ini, aku sarankan anda mendengar lagu ‘Girl Friday’ dari Butterfinger!

Piss

Friday, September 15, 2006

Mari bercerita tentang Rage Against The Machine!

Aku seorang yang amat meminati musik. Dan salah satu band yang aku minati ialah band yang amat terkenal dan sangat establish dan sesungguhnya sangatlah mainstream iaitu Rage Against The Machine (RATM). Apa? Aku sungguh tidak punk? Persetankan! Kalau hanya dengar mendengar dan meminati RATM, aku dikelaskan sebagai ‘bukan punk’, malah aku lebih rela diperkatakan sebegitu. (malah aku sungguh jelak dengan perlabelan!). Lirikal RATM sangat puitis dan politikal. Dan ini menyebabkan aku lebih tertarik dan sangat menikmati melodi hardrock dari RATM.Mari kita bercerita sedikit tentang RATM.

Dibentuk di Los Angeles pada awal tahun 90-an dengan formasi Zack de la Rocha (vokalis), Tom Morello (gitaris) dan Brad Wilk (drummer). Dan apabila Tim Bob (bassis) bergabung, maka RATM meriliskan album pertama buatan sendiri dengan lagu Bullet in the Head sebagai single pertama. Lalu, rilisan ini dihantar kepada Epic Records dan mereka membuat keputusan untuk terus menempalkan diri kepada major label (fuck major label!).Berikut adalah diskografi RATM ;

Rage Against The Machine (1992), Evil Empire (1996), The Battle Of Los Angeles (1999, Battle of Mexico Citi DVD (2001)

RATM pernah mendapat double platinum bagi album The Battle of Los Angeles dan sesugguhnya melanggar etika sebagai seorang punk yang melarang sama sekali penglibatan dengan major label. Sungguh tidak punk. Tapi aku tetap meminati RATM kerna berjaya menyampaikan mesej-mesej politik kepada cakupan masyarakat yang lebih luas (walaupun kebanyakan mereka telah dibutakan!)
Namun,bagi aku mereka ini adalah sebuah band yang sangat punk! Apabila keuntungan dari konsertnya telah disalurkan kepada gerakan dan organisasi yang mendukung Mumia Abu Jamal (aktivis kulit hitam yang dihukum mati kerna tuduhan membunuh). Zack de la .
Rocha pernah bersama Krist Novoselic (ex gitaris nirvana) mengadakan tour bersama bagi menyokong gerakan Zapatista di Mexico. Zack sungguh komited terhadap perjuangan petani dan suku kaum indian di Chiapas. Beliau selalu mengunjungi Chiapas dan terus melakukan komunikasi terus dengan EZLYN (Tentera pempebasan internasional zapatista) yang dipimpin oleh Subcomandante Marcos.

Tom Morello sendiri pernah ditangkap apabila mengadakan protes terhadap sistem kerja dalam kilang-kilang Guess. “Kami lebih bergumbira apabila dapat mengubah sesuatu
Ianya lebih mendatangkan kepuasan berbanding lagu RATM memasuki carta atau mengadakan tour!” Dan RATM pernah menyewa papan-papan iklan bagi menyampaikan mesej-mesej politik mereka. “Kami memang ditangkap, namun pada akhirnya sesuatu pun berubah”

“Kita harus melawan sistem yang ada. Setiap orang perlu untuk melakukan kritik dan analisis kepada sistem yang digunapakai diseluruh dunia.Dan terus menyerang ketidakadilan yang berlangsung didepan mata. Semua orang harus menentang sistem yang menindas fikiran dan semangat kita. Mabuk saja tidak cukup, kita harus menentang kekuasaan yang terus-menerus menyebar kebohongan kaum imperialis selama 50 tahun. Kalian adalah sebahagian dari penyelesaian atas masalah yang ada. Mari bangun!”
–Zack De La Rocha-


Namun akhirnya pada tahun 2000, Zack menyatakan pengunduran dari RATM. Agak tidak
best dengan perkuburan RATM ini. Namun sehingga kini aku masih meminati RATM walaupun ianya adalah sebuah band mainstream.

Melalui RATM, mesej-mesej politik dan sosial disampaikan terus kepada masyarakat arus perdana. Mesej-mesej RATM tidak hanya berlegar didalam komuniti underground, malah kepada masyarakat yang mungkin tidak pernah tahu akan wujudnya scene musik yang radikal didunia ini (radikal?)
Dan aku mengakhiri penulisan aku kali ini sambil mendengar lagu Bullet in the head! Selamat berhibur!

Bullet In The Head

This time the bullet cold rocked ya
A yellow ribbon instead of a swastikaNothin' proper about ya propaganda
Fools follow rules when the set commands ya
Said it was blue
When ya blood was red
That's how ya got a bullet blasted through ya head

Blasted through ya head

I give a shout out to the living dead
Who stood and watched as the feds cold centralized?
So serene on the screen
You was mesmerized
Cellular phones sounding' a death tone
Corporations’ cold
Turn ya to stone before ya realize

They load the clip in omnicolour
Said they pack the 9, they fire it at prime time
The sleeping gas, every home was like Alcatraz
And mutha fuckas lost their minds

Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high
Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high
Run it!

No escape from the mass mind rape
Play it again jack and then rewind the tape
And then play it again and again and again
Until ya mind is locked in
Believin' all the lies that they're tellin' ya
Buyin' all the products that they're sellin' ya
They say jump and ya say how high
Ya brain-dead
Ya gotta fuckin' bullet in ya head

Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high?!

Thursday, September 14, 2006

Wednesday, September 13, 2006

Kehidupan Yang Menakutkan

Kehidupan ini sesungguhnya sangat menakutkan. Penuh dengan perangkap-perangkap samar yang sudah tentunya menyakitkan. Tersilap langkah,maka padah yang menanti. Kehidupan yang sepatutnya indah dan berwarna-warni kini hanya tinggal seperti sebuah pokok yang telah tiada daunnya, semuanya gugur kebumi menanti tumbangnya diri sendiri. Aku suka bermimpi walaupun ianya hanya fantasi sementara. Aku suka terbang bersama imajinasi sehingga kadang-kadang malah selalunya aku dapati diriku seperti sedang melalui keadaan yang langsung tiada ketakutan. Membuat keputusan yang semestinya sangat tepat bagi menjalani kehidupan fantasiku. Tanpa perlu memikirkan sebarang kecelakaan dan kebiadapan manusia yang bakal mengotori dan mencalitkan tahi keatas warna-warni kehidupan fantasi imajinasiku. Ya, labelkan aku sebagai seorang eskapis yang hanya mampu berhalusinasi
dengan kehidupan indah rekaan kotak imajinasiku! Labelkan aku sebagai seorang bacul yang takut menghadapi kenyataan bahawa dunia ini adalah sebenarnya sesuatu yang penuh kesialan! Labelkan aku sebagai seorang pelancap kehidupan yang hanya menikmati nikmat sementara dikamar mandi! Dan labelkan aku sebagai manusia yang secara malang lahir kedunia ini dan anggaplah aku adalah sebagai sperma yang tidak layak sama sekali untuk menduduki ovari! Aku tidak peduli sama sekali. Kerna kau juga adalah salah satu kesialan yang pernah menjengah dalam kehidupan sekalian manusia yang penuh kebiadapan dan kesialan! Sial!

Baru-baru ini aku ada berjumpa dengan seorang rakan. Kami bercerita dan bercerita. Rakanku bercerita tentang lelahnya untuk menjalani kehidupan. Kehidupannya kini tidak ubah seperti kotak kosong yang tidak pernah terisi. Menjalani kehidupan yang dulunya beliau anggap sebuah stereotype namun akhirnya terluntur bersama dalam bulatan kehidupan yang pernah dikritik suatu masa dahulu. Aku jadi takut menikus. Aku ingin menikmati manisnya kehidupan. Aku takut untuk terjatuh dan dipijak. Aku tidak ingin merasa bahawa mati adalah jalan terakhir bagi menamatkan ketakutan dan perasaan yang sentiasa dihantui. Kerna itu, aku hanya mampu menyelusuri kehidupan fantasi ciptanku berulang-ulang agar dapat kukecap nikmatnya kehidupan (walaupun ianya hanya fantasi!)

Kenapa seringkali manusia menemui jalan buntu sebegini? Adakah memang telah ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kekecewaan? Atau mungkin kecelakaan itu hanyalah ciptaan manusia? Yang bersifat selfish dan tanpa kepedulian?

Selalunya, manusia itu sendiri yang menjadikan kehidupan seorang manusia lain berakhir dengan kekecewaan. Dan selalunya manusia itu sering menekan manusia yang lain itu hanya untuk kepentingan diri sendiri sehingga kehidupan menjadi suatu mimpi ngeri. Kehidupan adalah seperti melakukan hubungan seks, kadang-kadang kita dibawah, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita ditepi dan selalunya kita tak pernah puas!
Maka, lalui pengalaman seks bukan hanya untuk nafsu, tetapi untuk meluahkan rasa cinta dan mewujud rasa kebersamaan!

Aku masih takut, hanya mampu berkira-kira tentang hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Aku masih keliru dengan laluan yang perlu aku tempuhi untuk hari mendatang. Dan aku masih lagi seorang pemimpi yang mengidam menjalani kehidupan tanpa ketakutan! Dan aku meyakini bahawa aku bukanlah berseorangan dalam dunia ini yang hanya tahu melepaskan diri dari kenyataan dengan hanya bermimpi!


“Aku ingin terus hidup,
Tanpa ketakutan yang menakutkan,
Seperti aku inginkan,
Si bisu untuk bersuara,
Dan…
Si buta untuk terus melihat”


“No matter how long the night, the day will come!” (yeah! Hope so)

Playlist:
Artist- Lead II Nitrate
Song- If I Fall (our friendship anthem)

Monday, September 11, 2006

Pelacur keringat

Kaku.
Terbujur jasad hidup,
Menghela nafas membebas penat,
Melengkapi hidup adalah seperti mimpi buruk,
Belum masa mengundur, menghadapi terus kecur.

Kau terus melacur,
Untuk terus hidup.

puisi termuntah setelah melihat si bulu (nama sebenar) terlentang kepenatan setelah pulang kerja.. Teruskan berusaha hanya untuk hidup!

Thursday, September 07, 2006


Rasis lagi!
Seorang rakan meluah rasa tidak puashati kepada seorang rakanku, “Kalau ada accident, Cina yang langgar Melayu, aku memang bengang!”

Dialog diteruskan “Aku mesti pukul cina tu. Aku tak boleh la kalau cina langgar melayu. Aku memang RACIST!”

Aku terfikir pula “Kalau melayu yang langgar cina, macam mane plak?”

Mengapa maseh wujud pemikiran konservative yang sempit dan memualkan? Siapa yang patut disalahkan? British ketika melaksanakan cara pecah-dan-perintah dulu? Atau persekitaran dan budaya yang menanam-timbus prasangka-prasangka prejudis ini dalam benak fikiran manusia? Aku percaya, manusia itu terlahir tanpa prejudis, tanpa sifat dengki dan apatah lagi sifat perkauman. Seperti kain yang puteh, namun sekali lagi, mengapa boleh terjadi unsur-unsur benci? Siapa yang mencorakkan kain puteh tadi menjadi hitam, penuh kebencian dan buruk sangka? Pernahkah wujud manusia superior dan inferior? Wujudkah perbezaan sesama manusia? Adakah seoarang mausia itu mempunyai kelebihan dari segi kentut yang wangi? Atau memang terdapat filter yang dipasang dipunggung bagi menapis kentut-kentut jahanam mereka?

Mari berceita tentang rasisme melampaui konteks lokal. Aku pernah bermimpi tentang isu rasisme ini. Ceritanya lebih kurang begini;

Rasisme mempunyai sejarah yang panjang, dari pembudakan bangsa yang ditunjangi prejudis bangsa oleh Adolf Hitler, kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Polpot, penjustifikasian teori Darwin yang mengarut dan Imperialisme yang jijik seperti tahik! (Banyak lagi contoh rasisme dalam sejarah. Sila cari sendiri. Pemalas!) Mengapa keadaan ini berlanjutan?

Para kolonial (Baca: kapitalis) sering menggunakan pendekatan rasis ini bagi memudahkan mereka untuk mengaut segala sumber-sumber alam demi keuntungan yang maksimum! Agar rakyat tidak boleh bersatu menentang mereka, rakyat lebih sibuk dengan perasaan kebencian antara kaum dan kapitalis dengan senang hati mengaut keuntungan dari sumber alam dan membiarkan rasisme terbudaya dalam kehidupan masyarakat. Pecah dan perintah! Terima kaseh kepada kapitalis kerna mewujudkan budaya perkauman ini! Zaman kolonial telah menemui kegagalan, namun kini kapitalis lebih bijak dengan melakukan pendekatan yang lebih demokratik dan diplomasi dengan termeterainya perjanjian-perjanjian mengarut WTO, AFTA, FTA dan pelbagai benda mengarut untuk mengeksploitasi dan memerah keuntungan hingga ke titisan yang paling akhir! Cara pemerasan kolonialisme untuk mengaut keuntungan telah menyebabkan perasaan perkauman yang meluap-luap, namun apakah kesan yang bakal didepani apabila WTO, AFTA, FTA dan ect termeterai dengan lebih meluas? Mari tunggu dan lihat (Jangan pergi suarakan pendapat tidak puashati anda di demonstrasi kerna nanti kena tangkap!)

Aku hanya mengunjurkan sedikit sebab dan alasan tentang perkauman kerna aku maseh cetek ilmu pengetahuan.


Mari berfikir dan beronani!


Najib kata..

Najib kata “Latihan pendedahan pengendalian senjata pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak seharusnya dijadikan isu atau dipertikaikan kerana ia mendapat sambutan baik serta berjaya!”

Ayun kata “Berjaya? Dari segi dan sudut apa? Berjaya membazir duit rakyat dengan pembelian peluru untuk ditembak?”

Najib kata lagi “Untuk 85,000 peserta setahun, ia (RM9 juta untuk pembelian peluru) bukannya sejumlah wang yang besar.”

Ayun lagi kata “Lagi best kalau RM9 juta itu diperuntukkan kepada rakyat miskin yang masih terkial-kial untuk meneruskan keterlangsungan hidup (Maseh ingat kes keluarga yang makan siput babi goreng?)”

Kata penutup “Tapi kalau peluru yang dibeli itu boleh dimasak ‘peluru masak asam pedas’ pasti lagi enak dan berfaedah!”


Aku peminatnya!

Dua tiga minggu kebelakangan ini, kecoh tentang perkahwinan penyanyi Nombor 1 Malaysia (ye lah!) iaitu Siti Nurhaliza. Aku bukan peminat fanatik Siti, jarang juga aku meminati lagu-lagu Siti, Cuma aku tak nafikan bahawa Siti mempunyai suara yang merdu dan mampu membuatkan aku tercengang kalau Siti nyanyi live depan aku (kaku kerna kecantikan dan kelunakan suara). Namun sekali lagi aku katakan bahawa aku bukan peminat fanatik SIti, aku tidak akan membuang duit dan masa aku untuk ke konsertnya, juga tidak aku akan membazirkan peluh-peluh jantanku berhimit-himpit dikalangan ribuan manusia yang berebut-rebut untuk melihat Siti bersanding (kalau dapat dimobilasi ribuan orang ini pergi ke demonstrasi, pasti enak heheheh). Aku agak hairan, pelik dan tertanya-tanya kenapa seseorang itu boleh tendensi dan cenderung untuk terlalu fanatik terhadap seseorang itu (dalam kes ini: seorang penyanyi). Adakah dengan berpusu-pusu dalam ribuan manusia untuk melihat Siti kawen itu, maka hidup anda akan diberkati? Atau ianya akan memudahkan tahi-tahi anda keluar dengan lancar? Atau adakah anda berjaya mengurangkan harga minyak yang sudah pastinya akan naek lagi tahun depan? Atau adakah anda berharap dengan kehadiran anda ke majlis juta-juta itu akan menamatkan pembunuhan manusia di Lebanon dan pembunuhan yang merata dipelosok dunia?, atau pembantaian hak asasi terhapus? Atau sekurang-kurangnya pembasmian kemiskinan secara total di Malaysia ini? Ya! Teruskan bermimpi!! (Aku juga gemar bermimpi!)

Sedang aku menaip tulisan ini, tiba-tiba datang satu suara yang sepertinya suara itu suara aku. Oh, rupa-rupanya suara itu adalah suara ‘the-other-side-of-me’ dan suara itu terus memaki aku “Cheh. Dusta akan kau wahai ayun!!! Kau juga seperti mereka yang fanatik kepada penyanyi” Lalu aku nafikan dengan berkata, “Eh, aku tak pernah fanatik pada Siti dan sesiapa penyanyi pon la ASSHOLE!” Suara itu terkedu, mungkin terperanjat dengan kata makian yang bagi aku hanyalah intro kepada kata-kata makian yag lebih keji dan menghinakan. Lalu kembali berkata suara itu, “Ah.. cuba kau ingat kembali pada tahun 1992. Tidakkah kau fanatik kepada penyanyi yang seorang ini? Kau telah berlaku dusta ayun!!!! Berikan mereka kebenaran dan jangan kau sorok kebenaran itu seperti mereka-mereka yang melindungi kebenaran demi kepentingan!!” Aku cuba bertanya kepada suara itu, namun akhirnya suara itu pergi, diam,tanpa suara dan ini membuatkan aku keliru, adakah aku pernah fanatik terhadap penyanyi? Ah,terpaksa lagi aku berfikir.(aku kan malas berfikir!)

Kembali aku mencari, pernahkah aku meminati secara separa atau fanatik seseorang artis itu? Tahun 1992? Erm.. Oh, tiba-tiba ingatan aku terus menangkap memori ketika aku maseh lagi berumur 8 tahun atau dalam bahasa saintifiknya dalam darjah dua. Aku juga tergolong dalam ribuan malahan jutaan manusia yang mempunyai artis kesayangan dan tidak keterlaluan juga aku khabarkan bahawa aku agak fanatik dengan seorang artis dari sebuah kumpulan remaja tanah air ketika itu. Kumpulan itu adalah kumpulan Exist dan aku terlalu meminati vokalis kumpulan itu iaitu Mamat. Dengan bibir yang sepsi*, berkulit hitam manis dan muka yang ala-ala baby face terus mencuri perhatianku disamping vokalnya yang sengau-sengau-sedap itu. Aku cukup meminati lagu ‘Oh Ibu’ dan lagu ’Rahsia pohon cemara’ dari kumpulan ini. Aku maseh ingat lagi, kumpulan Exist ini berjaya mara ke pertandingan akhir sebuah rancangan hiburan iaitu rancangan Muzik-muzik. Dan maseh lagi aku ingat, Mamat, pada malam itu memakai jaket yang bersinar-sinar. Aku kagum dan bercita-cita untuk memiliki dan memakai jaket yang seperti itu. Kefanatikan aku terhadap kumpulan Exist ini juga turut dikongsi oleh rakan persekolahanku waktu itu dan atas dasar minat yang sama, kami berlima telah menubuhkan sebuah kumpulan juga ketika itu. Dan cuba teka, apakah nama kumulan kami? Ya! Exist! Tetapi,dalam usia yang agak muda ketika itu, aku telah berdepan dengan konflik yang agak mencabar dengan seorang rakanku. Kenapa? Kerna aku dan seorang rakanku berebut-rebut untuk menjadi vokalisnya iaitu Mamat. Lalu aku mempelawa rakanku ini untuk ‘settle’ konflik yang melanda ini dibelakang stor kayu yang kosong di belakang sekolah. Lalu aku dan rakanku membuat mini karaoke untuk menentukan siapa yang lebih layak menjadi ‘Mamat’ dalam kumpulan kami itu. Cuba teka,siapa yang berjaya menjadi ‘Mamat’ selepas acara itu berakhir? Ya,maaf.. Aku sudah lupa siapa yang menang.

Namun, selepas mamat didapati merogol seorang gadis bawah umur, minat aku terhadap kumpulan Exist ini berkurangan. Aku masih mengikuti perjalanan seni kumpulan ini selepas kehadiran vokalis barunya, namun tidak sefanatik semasa vokalisnya adalah Mamat. Aku pun tak pasti, kenapa minat aku telah menyusut ekoran kejadian itu. Adakah aku seorang yang prejudis terhadap perogol? (tapi sesungguhnya aku amat bencikan perogol!) Aku tak pasti tetapi aku yakin Mamat tidak bersalah! Ah… Biarlah..

Kini, aku menyelusuri kehidupanku tanpa meminati secara fanatik seseorang artis itu. Patutkah aku menggunakan perkataan ‘minat’? Atau aku sekadar ‘kagum’?

Yang paling penting, aku SANGAT mengkagumi media-media yang bijak mengeksploitasi mawi-ina dan majlis persandingan siti nurhaliza. Tahniah!
nota kaki: *sepsi = seksi