petang itu aku lihat dia..
menikus..
memeluk tubuh disudut bilik paling hujung..
rasionaliti hilang bersepah-sepah..
sebut saja bulan mana yang dia tak jengah?
halusinansi menghuni diri dihantui emosi-emosi bersimpang siur..
petang itu aku lihat dia..
seperti melihat bayangan aku 7 bulan lepas..
memeluk tubuh disudut bilik paling hujung..
rasionaliti hilang bersepah-sepah..
sebut saja bulan mana yang aku tak jengah?
halusinansi menghuni diri dihantui emosi-emosi bersimpang siur..
bertabah-lah!
walau sebusuk mana hari ini, masih ada peluang mandi me-wangi diri hari esok!
Tuesday, March 31, 2009
menangis-lah
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, March 31, 2009 0 komen-komen
Monday, March 30, 2009
kosong
tiba-tiba aku rasa down
aku rasa kosong..
aku rasa nak nangis..
aku rasa hidup takde tujuan
aku rasa aku tidak disengajakan lahir dalam dunia ni
aku rasa malas nak hidup
aku rasa malas nak teruskan hari esok
aku rasa nak patah balik hari semalam
aku rasa kosong
babi!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 30, 2009 4 komen-komen
Thursday, March 26, 2009
akhirnya
aku berjaya meletakkan roh aku didalam manusia yang tidak waras/gila...
dan, ianya menyeronokkan..
memang seronok menjadi gila
gila!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, March 26, 2009 1 komen-komen
Monday, March 23, 2009
maaf
aku tak boleh nak terima lori pasir dengan warna pink!
haih
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 23, 2009 1 komen-komen
Monday, March 02, 2009
dunia
setiap orang ada cerita masing-masing
setiap orang ada pahit manis masing-masing
setiap orang punya perjalanan masing-masing
setiap orang ada cerita masing-masing
masing-masing ada cerita
...
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, March 02, 2009 2 komen-komen
Wednesday, February 18, 2009
DAULAT TUANKU!!!
sultan adalah sebuah lambang kepada kehebatan sejarah melayu
sultan adalah seorang ketua bagi jajahan takluk rakyat malaysia
sultan merupakan ketua bagi segala rakyat malaysia
sultan patut disembah
sultan adalah seorang yang berdaulat
sultan melambangkan kesucian
tanpa sultan, siapa-lah rakyat
tiada tempat bagi penderhaka!!!
nyah kau para penderhaka!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, February 18, 2009 7 komen-komen
Monday, February 09, 2009
saya suka menulis tentang hidup saya di blog ini kerna blog ini blog saya, bukan blog kau... bodoh!
blogging adalah suatu medium untuk menulis
tiada undang-undang yang secara lahiriahnya tercetak bagi para blogger
kau bebas menulis tentang apa saja, politik, falsafah, pendidikan, kehidupan dan diri kau sendiri
tiada yang berhak menghalang kebebasan media ini.
ada orang kata, blogging tentang diri sendiri tidak sesuai kerna ianya disua tanpa apa-apa ilmu dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama
bodoh!
hidup adalah suatu proses pembelajaran melalui pengalaman. dan proses pembelajaran ini sangat mengagumkan
setiap apa yang berlaku dalam hidup ini adalah suatu pelajaran yang sangat berharga.
mungkin bezanya orang bodoh macam kau tak boleh berfikiran secara kritikal dan analitikal untuk menterjemah suatu post blog yang menceritakan tentang hidup manusia kepada suatu bentuk ilmu yang mungkin mampu mengubah cara kau berfikir
mungkin kau lebih nampak sesuatu yang ditulis secara formal itu adalah semata-mata informasi dan pengetahuan
mungkin kau malas untuk melihat kehidupan dari sudut berbeza
kau malas nak bereksplorasi dan hanya tahu menelan segala yang dihadap kepada kau.
mungkin kau cool dan hip.. berpakaian ala-ala mamat brit-pop dan indie pop art yang cool dan digemari gadis
mamat brit-pop dan indie pop art yang cool dan digemari gadis mana boleh blogging tentang diari kehidupan harian.. bapak tak cool-nya
maaf.. aku dah menyerang secara peribadi walaupun aku tak berapa pasti keperibadian kau
aku ignorant.. sama macam kau
p/s: bermain game secara menggila pon suatu proses pembelajaran yang sangat intelek
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, February 09, 2009 9 komen-komen
Sunday, February 08, 2009
slot bersama: individu leftist yang telah tua
tak ramai orang berani melabel diri ke atas mana-mana teori dan filosofi kerna ianya merupakan suatu tanggungjawab membawa 'label' itu kesana ke mari
tapi ini orang bukan calang-calang, 'aku ni sosialis' sua dia
dengan sejarah hidup yang rebel, berontak.. memandang masyarakat dan sosial menggunakan mata belakang kepala
budaya intelektual disumbat menjadi suatu carahidup.. cara hidup yang jarang-jarang masyarakat kita ikut
atau memang apabila terwujud budaya intelektual, akan wujud suatu masyarakat berfahaman kiri?
atau intelektual itu hanya golongan kiri?
atau ilmu itu terwujud untuk dilabel sebagai kiri?
quote: manusia sentiasa melakukan tindakan yang berkonflik!
fal-safah... falsa-fah
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, February 08, 2009 0 komen-komen
slot bersama: mat yang betul-betul orang kl
mana ada orang yang betul-betul kl lagi apabila;
bersekolah rendah di depan Zouk
disaman kerna tidak memakai helmet di depan rumah sendiri
aktiviti malam? menjenguk rakan membuat spin di kelab terkemuka
mempunyai 2 hp, dan satu hp semata-mata sebagai fungsi wi-fi
membalut di taman permainan kawasan rumah sendiri
quote: walaupun kita hisap ganja, tapi kitorang bukannya pergi mencuri ke apa.. kitorang tolong-tolong juga kalau ada kenduri kawin
falsafah falsafah
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, February 08, 2009 0 komen-komen
mari ikut menari di semester baru
kini aku suda di semester 5
permulaan semester yang penuh dengan vibrasi positif mengikut teori law of attraction hahahah
pembukaan semester kali ini bukan lagi dengan air-air pening, malahan pak cik hussein datang menjenguk aku pulang
ditambah pula dengan pakcik koden terus melambungkan aku ke tempat baru
daerah baru yang penuh dengan kekeliruan dan imajinasi tahap tinggi
dan pengalaman penuh ketakutan akibat gagal mengeluarkan urin-urin yang penuh dikocek pundi kencing
haih..
vibrasi positif diteruskan tapi tak lama
kehadiran bidadari palsu menggugat daerah-daerah ketenangan
terperangkap diantara dimensi takut tak terlepas
haih..
hari-hari ditemani daun-daun hijau melekit, membuat hidup melengkapkan pusingannya tanpa aku sedari
dan peduli mungkin..
kehadiran percikan serupa darah didinding bilik membuatkan otak menangkap hantu
rasionaliti gagal ditemui
harap tiada hantu-hantu datang menjengah kehidupan aku yang sudah terbazir
manusia memang senang takutkan sesuatu yang tidak nampak.. uncertain
haih..
mengeluh lagi.. mengeluh tentang ketidakpastian
permulaan semester yang seperti bercahaya.. cumanya kini nampak seperti kelabu
kelabu yang akhirnya puteh atau kelabu yang terus menutup pandangan?
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, February 08, 2009 0 komen-komen
Tuesday, December 09, 2008
malam-malam saya tidur lalu mimpi
Malam tadi aku bermimpi..
“penentangan terhadap norma-norma adalah norma itu sendiri”
bagaimana dengan menentang arus norma itu boleh dipanggil sebagai norma?
Mimpi...mimpi
haih
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, December 09, 2008 1 komen-komen
Saturday, November 29, 2008
kalau jadi burung bole terbang tinggi-tinggi tapi takut kene tembak dengan manusia lak haih
Manusia tertakluk dengan dua daya yang mahu atau tidak, terikat sejak manusia mula mengingati sehingga manusia itu mati
Daya yang pertama apabila manusia itu dibawa terbang dan menyaksikan segalanya tentang kewujudan yang indah didalam awan-awan mimpi
Dan
Daya yang kedua apabila manusia itu, kakinya terikat dibumi, dan pemandangannya diliputi dengan ketidakmampuan, kesedihan, agoni, habuk-habuk keperitan dan penderitaan.
Ketakutan dan kegelapan.
Manusia tidak akan mampu bebas lepas dari dua daya yang berbeza watak ini.
Tapi manusia memerlukan kedua-dua daya ini bagi mengimbangi keperluan manusia itu sendiri.
Tanpa daya yang pertama, manusia akan mati
Tanpa daya yang kedua, manusia mustahil disana
Kesedihan itu, keperitan itu, penderitaan itulah yang akan membawa manusia ke suatu tahap lain. Ke suatu tahap lebih atas dari sebelumnya. Ianya mengajar manusia apa rasanya jatuh, bagaimana rasanya mati, apa perlunya jatuh, apa perlunya mati.
Dan kesedihan itu, keperitan itu, penderitaan itulah yang akan memungkinkan berlakunya penjelmaan semula. Malah lebih hebat lagi, reinkarnasi.
Dan kesedihan itu, keperitan itu, penderitaan itulah yang akan membangunkan manusia dari mimpi-mimpi.
Yang selalunya terlalu tinggi. Mimpi yang terlalu tinggi letaknya. Tidak salah bermimpi tapi jangan letak ia terlalu tinggi, takut apabila jatuh nanti tinggi juga sakitnya.
Tapi lagi tinggi jatuhnya, makin tinggi waspadanya.
Mana satu perlu dipilih?
Kompleks?
Mampukah pecahkan kompleksitinya?
Atau terus saja meletakkan mimpi setinggi langit? Tanpa mempedulikan konsekuensi akhirnya?
Teruslah bermimpi.. tapi jangan lupa untuk kembali memijak bumi ;)
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Saturday, November 29, 2008 0 komen-komen
Monday, November 24, 2008
hari esok siapa yang tahuuuu (hi cik karma..jangan lupa buat kerja ya)
setiap perlumbaan pasti ada penamat..
aku kini baru saja melepasi garis penamat itu
semester ini aku berlari, sama seperti semester lepas. cuma bezanya perlumbaan kali ini bukan perlumbaan biasa.
kaki aku lemah
aku jatuh
luka-luka imajinari tercetak-cetak
terima kaseh kawan-kawan dan 'kawan-kawan'
terima kasih kebenaran dan penipuan
terima kasih kegembiraan dan kesedihan
terima kasih kehidupan dan kematian
terima kasih realiti dan fantasi
terima kasih normaliti dan abnormaliti
terima kasih..
p/s: aku tidak pernah percaya semuanya.. 'semuanya'.. ingat, aku ada sixth sense ;)
p/p/s: walaupun tahi itu membawa baja, tapi masa nak membawa tahi itu pun, tercalit kat orang lain kan? bongok!
p/p/p/s: jangan risau, aku dah maafkan semuanya.. aku kan manusia yang berusaha jadi nabi :)
p/p/p/p/s: FUCK YOU!!!
semuga perlumbaan akan datang membawa warna-warni pelangi weeeeeeeeeeeee
oh another p.s: saya belia benci jom heboh harap.. harap maklum
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 24, 2008 3 komen-komen
Monday, November 17, 2008
atuk-atuk, buatkan ayun kopi o?
aku pening-pening..
naik atas, dapat msg mama..
mama cakap mama da on the way hantar atuk pergi hospital pakar..
mama cakap, atuk nak sangat jumpa mama, sebab tu mama datang jb untuk hantar atuk pergi hospital pakar..
dan mama cakap atuk selalu tanya ayun..
lepas tu mama call dan pass telefon dekat atuk..
suara atuk sayu..
aku pening-pening..
aku tanya atuk ok?
atuk kata mata atuk dah tak nampak..sebelah kanan..
aku sayu..
dan pening-pening..
aku pesan kat atuk, jangan risau, teknologi dah maju, yang penting atuk kena kuatkan semangat..
kuatkan semangat atuk..
atuk mengiyakan..
aku pesan, jangan lupa ikut pesan doktor.. jangan lupa makan ubat..
atuk mengiyakan..
atuk membalas 'mudah-mudahan..'
ayun tau atuk kuat.. ayun tak nak atuk takde.. sape nak buatkan ayun kopi o?
sape nak bebel kat ayun pasal ayun selalu lewat bangun?
sape lagi nak bagi duit rokok lagi kat ayun?
atuk kuat..
'mudah-mudahan'
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 17, 2008 5 komen-komen
Saturday, November 15, 2008
walaupun atukku perempuan, aku tetap panggil dia atuk walaupun sepatutnya aku panggil dia nenek
mama kata atuk makin lemah.
sebelah mata atuk dah tak nampak.
darah atuk dah beracun.
doktor cakap dia tak boleh bertahan lama.
doktor cakap yang atuk kene kanser mata.
kau bukan tuhanlah doktor!
setakat kau ada phd dalam bidang kedoktoran, kau tak berhak tentukan hidup mati seseorang!
mama sedih..
benda yang aku paling benci sekali ialah apabila mama sedih!
aku harap atuk akan baik-baik saja.
aku panggil dia 'atuk betina' sebab dari kecil memang itulah panggilan dia.
atuk selalu buatkan aku kopi o masa aku teman dia kat kampung masa cuti.
atuk selalu bebel kat aku bilamana aku lewat bangun dan lewat tidur.
atuk selalu bebel bila bil telefon dia melambung masa aku curi-curi guna untuk telefon kekasih lama.
gigi atuk kelakar.
muka atuk macam muka zaiton sameon.
atuk cantek waktu muda.
atuk orang kuat UMNO cawangan Punggor.
aku sayang atuk!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Saturday, November 15, 2008 3 komen-komen
Wednesday, November 12, 2008
kau ada band hardcore? kalau takde sila diam!
ya..
semalam aku dan ahli band lain (yucks!) telah melakukan persembahan gig yang pertama!
tidak..
aku bukan seorang pemain gitar bass yang hebat.. malahan aku-lah pemain gitar bass yang paling banyak salah kod semalam!
musik jatuh tempat yang entah ke berapa.. idea, fun, friendship, sensasi, kegugupan, kawan baru.. tu yang seronok!
petang itu, kami ke taiping dengan dua kereta. keterujaan tidak sangat mampu ditonjolkan.. mungkin gementar.. buat pengetahuan, ini adalah kali pertama aku seumur usia hidup aku, untuk berdepan dengan orang ramai dan bermain gitar elektrik yang tak berapa aku kuasai. bukan aku merendah diri dan berusaha menjadi nabi, cuma memang aku tak pandai bermain gitar seperti yang lain!
kata orang, bermain di gig adalah sangat indie! dan indie adalah suatu yang sangat trend sekarang.. oleh itu, aku bertekad untuk turut serta hanyut mengikuti arus-arus trend muda-muda kini!
kami sampai ke taiping dalam pukul 8 malam. bontot masih lagi belum mencapai tahap kejang kerna perasaan gugup, gementar, pemalu-malu kucing telah mengambil alih perasaan dan sakit-sakit lain.
ye aku gementar!
sementara menunggu untuk naik ke acara gig, kami minum di mamak bawah. aku cuba untuk berbual namun tak mampu. kegementaran menguasai aku.
namun keadaan menjadi sebaliknya apabila aku sekali lagi bertemu dengan cik beruang dan bru istimewa.
kepala suda pening, perasaan malu telah ditinggalkan jauh, keterujaan mengambil tempat paling atas dalam diri!
naik ke tempat acara gig berlangsung.
ianya hanya sebuah tempat jamming biasa yang dinamakan rainhouse. orang kata, rainhouse ni cool. dan aku dengan tiba-tiba berasa aku tergolong dalam golongon-golongan cool.
haih, tengah pening-pening terpandang pula seorang awek ni.
rilex, cool...
sempat juga aku bertentang mata dengannya walaupun hanya dengan menggunakan ekor-ekor mata yang tak berapa jelas.
tapi awek ni sombong.. muka muncung macam paruh burung undan. terus aku tolak dia keluar dalam list bakal-bakal awek aku akan datang. rambut da la berkarat, ko ingat ko da cukup chantek? (ayat-ayat tipikal bila cinta atau lebih tepat bakal-cinta ditolak. mentah-mentah!)
band kami akan bermain selepas band yang ke-5. oh, gig ini adalah gig tour untuk band dari chicago iaitu 97-shiki. wah, main dengan omputeh siot! boleh citer kat mama nanti masa balik kampung (tolak la pening-pening)
perasaan gugup, gementar hilang. kini tiba giliran kami bertandang. pantun? yeah yeah yeah
ya, kini giliran kami mengambil tempat di pentas!
agak ramai, namun seperti aku katakan tadi, pening sudah menguasai kepala. aku mencapai gitar bass dan terus buat-buat terer main.
kami persembahkan 5 lagu kami dan satu lagu cover dari band marjinal yang bertajuk 'negeri ngeri'
crowd sporting.. maaf kerna aku marah korang suruh menari bersama.. ye la, kalau setakat nak berdiri je baik duduk rumah sambil pegang secawan kopi..
lagu satu aku pening.. harap faham kondisi aku hahahaha
terima kasih taiping.. terima kasih cik beruang dan cik bru istimewa..
oh tak lupa pakcik hussein!
p/s: lebih informasi ---> http://fakyufakmi.blogspot.com
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, November 12, 2008 3 komen-komen
Monday, November 10, 2008
oh kueh tat!
aku tak pernah sukakan kuih tat..
tat nenas!
ianya seringkali menjadi kuih pilihan terakhir yang aku capai ketika raya dan ketika bukan raya..
aku tak pernah sukakan kuih tat.. mungkin kerana ianya tidak garing dan susah nak makan.. berdebu, terlalu manis, susah nak makan, senang mengotorkan tempat sekeliling..
sepanjang hidup aku, aku tidak pernah merasa teruja dan tidak pernah menghargai nikmat kuih tat..
tapi..
malam tadi semua persepsi dan pandangan aku terhadap kuih tat berubah..
berubah sama sekali!
kuih tat semalam adalah kuih tat yang paling sedap, enak dan teruja pernah aku makan!
ianya sangat indah, suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui verbal mahupun non-verbal.. suatu nikmat dan perasaan yang diluar batas-batas rasionaliti yang aku sendiri tak pernah jangkau
dari gigitan pertama, hinggalah gigitan penamat.. ianya seperti aku memiliki kembali hidup aku.. seperti makanan dari syurga..
seperti indahnya susu-susu berbentuk sungai yang mengalir di firdausi..
seperti permulaan sebuah kisah cinta..
selayaknya seperti nikmat dunia yang mengatasi nikmat seksual..
diatas perasaan dimana klimaks dicapai!
oh kuih tat! kau umpama makanan istimewa golongan raja-raja..
oh kueh tat!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 10, 2008 0 komen-komen
selamat hari raya!
setelah hampir dua bulan aku berpuasa, harapan untuk berhari raya kini didepan mata...
15 minit lagi..
tolong roy, persembahkan aku hari raya!
update: roy suda sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 10, 2008 0 komen-komen
Sunday, November 09, 2008
kejadian pergaduhan dan bunuh-membunuh
malam tadi...
aku nak pergi menumbuk orang!
dan..
malam tadi...
ada orang nak merodok aku dengan gunting!
dan..
aku buat orang luka jari kanan
dan..
ketiga-tiga orang itu adalah kawan aku!
kawan serumah aku!
babi punya bir beruang!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, November 09, 2008 0 komen-komen
Glory Glory Man United!
petang itu, aku bangun, bersiap dan menyarung jersey the champion 'Manchester United'
hari itu aku dat yeen akan ke kolumpo kosa nostra untuk menonton perlawanan besar antara Man U dan ASSernal
susah untuk aku jelmakan sensasi dan perasaan ketika itu. buat pengetahuan, aku tidak pernah menonton perlawanan besar di suatu kawasan yang dat cakap sangat happening dan akan berlaku aktiviti boo memboo antara satu sama lain. ala, tengok bola kat mamak memang selalu la.
aku bukanlah seorang kaki bola dan aku tidak mempunyai suatu pasukan yang aku gilai, maksud aku terlalu gilai
sejak zaman sekolah, ramai kawan rapatku meminati Man U, dan mereka selalu bercerita tentang itu. Sedikit aku terpengaruh namun tidak sampai ke tahap menonton setiap perlawanan mereka
masuk ke zaman diploma, kawan rapatku juga seorang peminat fanatik Man U, sekali lagi perasaan 'Man U' itu disembur sekali lagi. Mungkin lebih tepat aku dipanggigl Man U simpati.
Dan kini di zaman degree, kawan rapatku adalah seorang yang super fanatik dan sanggup bergaduh demi Man U hahahah. Dan kini aku seperti bertekad berhenti menjadi 'Man U Simpati' dan bergerak ke suatu tahap yang mungkin dipanggil Man U Fans!
Indoktrinasi!
Sampai ke KL, yeen terus pergi ke saloon semata-mata ingin memotong rambutnya yang sudah seperti binatang mamalia. Aku tidak pernah mempunyai pengalaman menemani kekasih membuat rambut di saloon yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Kekasih dulu pun hanya bergunting rambut di kedai 12minit-siap je. Masa menunggu digunakan aku dan dat mengusya awek-awek kosa nostra. Berpinar juga la mata kerna persekitaran tangjung malim menghadkan definisi cantek aku.
Selepas yeen selesai memotong rambut, yeen nampak cantek dengan rambut baru tapi dia masih tak berpuas hati dan kami ke BB untuk meng-alter rambutnya. gile ar
Di BB, pemandangannya sangat penuh! Penuh dengan minah-minah dan mamat-mamat indie bergelimpangan di depan Maybank sambil bercerita tentang gig terkini dan band-band indie terkini. Mungkin! Aku semak
Selesai je yeen memotong rambut yang jumlah kos rambut dia untuk hari itu adalah RM90, kami terus saja bergegas ke destinasi kami iaitu Hartamas Square!
Dan kami bertiga telah secara bersama memakai jersey Man U! suatu perasaan dan sensasi yang sukar aku ungkap sebenarnya. Ianya seperti suatu keterujaan yang tak pernah langsung singgah. Tak pernah!
Perlawanan masih belum bermula, keadaan Hartamas Square penuh dengan peminat-peminat ManU yang berjersey, ada juga ternampak beberapa cebis peminat ASSernal, namun mereka bukan majoriti. Kami mengambil tempat, makan dan minum.
Aku tak mampu bendung perasaan apabila melihat hampir separuh pelanggan adalah awek-awek yang sangat chomel dan chantek berbaju ManU. Dan aku bertekad untuk mencari kekasih yang kelak bersama-sama menonton perlawanan ManU dan bersama-sama berjersey ManU! Dan yang penting dianya chantek, cute, setia dan tidak menipu!
Perlawanan bermula, keadaan menjadi kecoh. Aktiviti booo memboo hangat! ManU bermula garang, aku berdebar bercampur sensasi baru yang mengujakan.
eh, tapi kenapa Garry Nevile macam tu?
ManU kene sebijik!
fucker!
Separuh masa pertama diakhiri dengan ASSernal 1 dan ManU 0.. aiseh
separuh masa kedua.. Pertahanan sangat barai, finishing pon tak nampak. Bola da bole shoot, ko bole lepak-lepak dulu. Ape barang? badan macam badang main belakang acah parang?
ManU kene lagi sebijik! 2-0!
harapan da macam tinggal harapan je
Garry Nevile dibawa keluar dan rafael dibawa masuk.
Dan dalam masa-masa hujung perlawanan, rafael yang sejak awal tadi main bersungguh berjaya menyumbat gol yang sangat chantek!
Tak kira, walaupun kalah, ManU tetap menang!
Da banyak sangat kot piala ManU! rilex-rilex suda
Glory Glory Man United!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, November 09, 2008 1 komen-komen
Sunday, October 19, 2008
dam dam dum bunyik dam
orang berpuasa sebulan juga mesti ada hari raya untuk meraikan pengorbanan berpuasa!
So aku dan kami perlukan ganjaran itu!
Ganjaran dari berpuasa dam selama lebih sebulan!
tanpa masih lagi belom beraya!
Kalau puasa betul ni, sah sah dapat masuk syurga..
bile nak raya?
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, October 19, 2008 1 komen-komen
blue hypo? hipokrit? hipokritos? ah peduli ape!
Awak awak..
tolong jangan bercerita tentang sesuatu yang awak sendiri tak pernah tahu apa yang sebenarnya ada didalam
awak awak..
Kalau awak dengar suatu hikayat dari satu sumber sahaja, awak akan jadi bias
Kerana itulah, kepelbagaian selalunya seperti lampu suluh..
Jangan jatuhkan hukuman atas ignorant dan kebodohan diri sendiri..
kan malu...
Malu melihat kebodohan orang tak sama dengan malu tentang kebodohan sendiri kawan
hipokrit?
awak awak..
mahkamah pun ada banyak juri..
dan ada peguam bela dan peguam pendakwa..
kerna satu sumber hanya menimbulkan berat sebelah dan bias
mungkin kalau aku bercerita tentang babi yang boleh terbang dan tanpa kau merujuk mane2 sumber lain, kau pasti percaya!
aku faham..
jangan membuat kesimpulan dangkal atas hanya sebelah pihak..
kelak akan banyak ketawa-ketawa mengelilingi kau..
ketawa atas kebodohan kau
dan ketawa
atas kejahilan kau..
maluuuuuuuuuuuuuuuuuuu
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, October 19, 2008 2 komen-komen
Tuesday, October 14, 2008
thanx dat!
if try fails u, then hire must
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, October 14, 2008 3 komen-komen
ceritera sebuah manusia dan hantu-hantu karma
Terdapat sebuah hikayat.Bukan hikayat siapa-siapa, cuma hanya hikayat biasa-biasa.
Bukan hikayat hang tuah, bukan hikayat maling kundang atau hikayat apa-apa, Cuma ianya mengisahkan sebuah manusia yang baru belajar apa erti kehidupan yang tidak mungkin dapat dikhatamkan dalam seusia manusia itu sendiri
Manusia takkan mungkin dapat memahami kehidupan, malahan tidak mungkin dapat memahami diri mereka sendiri. Kerna itu manusia sentiasa saja melakukan perkara-perkara bodoh, perkara-perkara yang hanya dapat diterima akal seorang bodoh!
Dan semestinya ini bukan hikayat dan tak layak dipanggil hikayat kerna ianya hanyalah cerita tentang sebuah manusia yang tidak langsung memahami erti sebuah manusia dan seperjalanan kehidupan.
Kerana sebuah manusia ini melakukan perkara bodoh yang tak boleh diterima akal!
Sebuah manusia, tanpa mengira apa, tanpa ada warna-warna kemanusiaan, kau jalani ia dengan berakkan-berakkan mual. Kau genggam ia, lalu kau lepas ia seperti ia tak punyai perasaan.
Walau setitis perasaan!
Bukan sebuah ia seorang, malahan berpuluh-puluh ia kau jilati lalu kau muntah keluar ia
Apa yang kau cuba buktikan? Kau hebatkah? Atau kau sendiri mahu menutup kemaluan yang tercalit didahi kau?
Atau mudah saja kau katakan yang alasannya datang dari ia sendiri?
Manusia sentiasa mencipta alasan, alasan dicipta hanya untuk menutup tahi-tahi yang telah kau berakkan.
Ia tak salah, kau lakukan hanya untuk kepuasan kau, hanya untuk nafsu kau kerna kau hanyalah sebahagian daripada cebis-cebis dosa yang tercipta untuk memalit warna-warna hitam keatas bahu orang lain!
Jangan lupa wahai sebuah manusia! Hantu-hantu karma telah siap sedia bersembunyi dibalik mimpi-mimpi indah kau!
Namun dengan tidak semena-mena, kau menjumpai permata sedang kau sedang mencari-cari jamban baru untuk kau berakkan. Kau takut untuk mengutipnya, takut ianya hanya kaca atau ianya seperti permata yang hanya hadir bagi membuka topeng-topeng kehinaan atas kau.
Kau takut!
Namun kau kutip ia..Kau simpan ia ditempat yang paling mulia, di tempat yang tak pernah terlintas dalam imajinasi sebuah manusia yang selalunya memalit warna hitam itu
Semasa bumi terhenti, semasa semua kehidupan terhenti, kau cepat-cepat kembali kebelakang. Bukan untuk memadam segala kejahatan-kejahatan kau, tetapi menyerakkan pasir-pasir itu agar jejak-jejak lepas, jejak-jejak tahi yang kau berakkan itu hilang. Kau cuba hilangkan ia agar hantu-hantu karma tidak mengekori kau, menghantui kau dan mengganggu-gugat kau dan permata baru kau!
Kau takut!
Hahahahah.. sebuah manusia kini takut atas tahi-tahi yang telah kau keluarkan dari lubang najis kau sendiri!
Mengapa takut? Bukankah manusia itu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah dilakukan?
Mengapa takut? Sedangkan kau tidak pernah memikir tentang konsekuensi hadapan? Yang bakal kau lalui?
Sebuah manusia mudah saja mempersetankan karma. Dan cuba mencipta sebuah cerita cinta yang paling hebat, lebih hebat dari hikayat taj mahal dan romeo dan juliet. Kerna sebuah manusia yakin yang tiada perasaan yang paling tinggi tahapnya seperti yang dirasai olehnya, oleh kau!
Namun, hantu karma yang paling lemah menjengah sekejap ke dalam cerita cinta sebuah manusia.
Kau terduduk! Terduduk dan mengenangi apa yang telah kau buat dulu. Mengenangi semula ia-ia yang telah basah kau kencingi dulu!
Hah! Baru sekarang kau ingin menoleh kebelakang dan menyesali?
Tidak semudah itu! Karma sememangnya sangat kejam.
Kau terduduk, kau bangun lalu kau kejar ia! Kau kejar kembali permata itu!
---
KARMA
masanya kini
hadapilah
kerna tanpa ia, kau kosong
kerna tanpa ia kau telah membunuhnya
mati
rampas nafasku
rentap rohku
musnah jasadku
jika itu bisa memadamkan visualisasi hitammu
jika itu bisa memutih-jernihkan warna-warna gelapmu
yang kutancap dulu
yang kuwarnakan dulu
dikanvas kehidupanmu
dikanvas memori epidosikmu
andai saja dapat kuputar masa
ingin saja kupaksa
malaikat memadam segala ingatan cacatmu
agar aku terus tetap menjadi rajamu
tetap saja aku berdiri teguh sebagai putera kehebatanmu
namun kemampuan membatasi aku
rampas nafasku
rentap rohku
musnah jasadku
jika itu bisa menghidupkanmu
kembali
---
Akhirnya, kau genggam kembali permata itu. Kau lega. Dan kau berdoa kepada entah siapa-siapa agar tamatkan apa saja yang menghantui kau dibelakang.
Kau benci karma dan berharap karma yang baru menjengah sudah mampu menutup segala benda yang kau pijaki dulu
Kau lega, kau mengarang puisi-puisi indah yang menggambarkan keindahan perasaan dan kehidupan yang kau lalui bersama permata itu. Kau gilap ia, kau jaga ia, kau lindungi ia dari segala macam kesakitan
Kau samakan ia seperti bidadari syurga, kau samakan ia dengan bulan yang menerangi malam, bintang yang menjadi lanskap keindahan kau.
Magikal, estetik, keindahan, terbang bersama sayap-sayap imaji ciptaan bersama!
Kau seperti menjalani hidup dalam sebuah cerita cinta dongeng ciptaan imajinasi kau dan ia, yang tersangat tinggi tahapnya. Dan kau berharap, ianya kekal. Kekal bersama realiti dan imajinasi yang bercampur menjadi satu.
Magikal, estetik, keindahan, terbang bersama sayap-sayap imaji ciptaan bersama!
Sedarlah, pengharapan adalah pembohongan!
Karma itu kejam! Ianya tidak pernah puas! Ataupun segala yang kau lalui tidak lagi menemui titik kesamaan, titik dimana segala dosa yang telah kau lakukan masih lagi tidak mampu membersihkan dosa-dosa lepas yang kau lakukan?
Sedang kau enak diulit mimpi-mimpi indah, kau seperti direjam dengan suatu bentuk kemalangan yang tidak mungkin pernah terlintas dalam minda kau!
Ianya adalah sebuah karma yang sangat menakutkan! Yang penuh dengan darah-darah dan bau-bau busuk yang memualkan! Matanya menjengkel seperti ingin keluar, ianya menenung tepat ke mata kau seraya berkata;
”Bersiap sedialah wahai sebuah manusia, aku datang untuk merampas segala keindahan kau kini!”
”Mengapa sekarang? Mengapa tidak lama dulu? Bukankah kau pernah hadir dulu?”
Karma tergelak panjang mendengar jawapan yang keluar dari mulut sebuah manusia
”Tidakkah kau sedar, apa yang kau lakukan dulu tidak mungkin dapat menebus apa yang kini aku bawa?”
”Tolonglah...Aku sudah berubah! Aku sangat sayangkan ia! Aku akan mati tanpa ia!”
”Ya, kau sudah berubah namun sejarah kau tidak mungkin dapat aku ubah! Bersedialah!”
Kau menangis, kau terduduk, kau lumpuh, kau terbisu, terpekak, buntu, mati, terjatuh, terhempap, terdarah, terluka, terlemas, terjerut, mati!
Permata itu tiada lagi disitu!
”Ah Sial! Kau sial... Kau kesialan paling sial!”
Kau kaget, terkejut, dan tak mungkin percaya yang ia kini hilang. Hilang dari pandangan kau dan kini dipaksakan memori itu hilang dan lenyap selamanya
”Ini adalah suatu kesilapan! Tuhan, ini bukan seperti takdir yang kau karang untuk aku hidupi!”
”Tidak! Katakan ini hanya sebuah mimpi buruk! Ini tidak berlaku! Ini adalah suatu kesilapan yang secara tak sengaja terisi dalam plot-plot keindahan aku!”
Pasrah...
Jatuh dan tak mungkin bisa bangun.
Lalu kau maki permata itu, kau anggap yang ianya bukan permata malahan kaca-kaca hina yang kau kutip lalu kau bersihkan. Dan kau jalani kehidupan indah bersama kaca itu, bukan permata!
Kau sekali lagi silap!
Manusia takkan mungkin dapat memahami kehidupan, malahan tidak mungkin dapat memahami diri mereka sendiri. Kerna itu manusia sentiasa saja melakukan perkara-perkara bodoh, perkara-perkara yang hanya dapat diterima akal seorang bodoh!
Manusia tidak mungkin mengkhatamkan maksud sebuah kehidupan selama seusia kehidupan manusia.
Kau silap!
Ianya sememangnya sebuah permata, permata yang hadir hanya sebagai sebuah proses untuk kau lebih mengenali kehidupan.
Ia menjengah lalu hilang.
Ia bukan kaca, ianya memang sebuah permata!
Cuba kau cerminkan diri kau, siapa kau? Semestinya kau bukan permata bagi siapa-siapa malahan kau adalah cebis-cebis kaca bagi setiap ia.
Hadapilah karma itu kerna ianya bakal menghidupan kehidupan baru kau wahai sebuah manusia.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, October 14, 2008 1 komen-komen
Friday, October 10, 2008
Tragedi Gila Talak (cerita baru selapas KAMI the movie)
ye.. aku seorang gila.. seorang yang kurang waras..
insane..nonsense...absurd...illogical...ridiculous!
GILA TALAK!
mungkin aku masih lagi tak mampu hadapi kenyataan atau mungkin aku masih lagi percaya ini semua hanya mimpi pengisi malam?
itu semua tak penting, yang penting aku sendiri perlu gagahi untuk mendepani realiti yang aku tak mungkin menggenggam apa yang aku genggam semalam dan hari-hari semalamnya..
Aku perlu hidup. Aku perlu lari. Mungkin bersembunyi. Dari segala bentuk yang menghantui.
Pengharapan adalah suatu bentuk pembohongan. Makin tinggi kau dongak untuk mengait harapan, makin tinggi jugalah penipuan disumbat dalam rohani kau.
Keluarkan harapan itu dari kerangka pemikiran dan harap ia mati di tengah jalan.
Pengharapan itu terkutuk!
AKu bukan berharap, cuma mahu lagi hidup dengan memori-memori..
Walau tak mampu hidup bersama segala yang pernah menjadi milik aku, milik kami dan milik kita.
Kenapa semasa kau tinggalkan aku, tidak saja kau rampas segala memori itu? Mungkin keadaan menjadi lebih mudah tanpa memori tersangkut dalam aku?
hey, ini bukan masalah dia, kawan! Ini masalah kau ayun! Permasalahan yang kau sendiri tak mampu hadapi dan mungkin kau tak berani hadapi kerna kau masih lagi terus hidup dalam bayang-bayang, terus menjalani hidup yang kau sendiri takut untuk meninggalkannya. Kau sendiri tersangkut diantara keinginan diri dan prinsip diri.
Kau perlu melepas diri, sumpah!
Siapa kau untuk menentukan hidupnya? Siapa kau untuk mengarang skrip kehidupan untuknya? Siapa kau untuk menidakkan dan mengiyakan? Siapa kau untuk meludahi mimpi yang baru ingin dibentuknya?
Siapa kau?
kau sendiri tau jawapannya..
Kau bukan siapa-siapa. Kau bukan apa-apa. Kau bukan lagi siapa-siapa dan kau bukan lagi apa-apa.
Kau takkan menjadi seperti manusia yang merampas anak dari ibunya bukan? Kau takkan menjadi syaitan yang merampas manusia dari hidup disyurga bukan? Kau takkan menjadi babi-babi sialan yang memakan buahan manis orang lain bukan?
So, tolonglah pergi! Berhentilah berusaha untuk menjadi watak utama.
Hadapilah, kau bukan lagi watak utama dalam hidupnya. Watak kau telah dimatikan, watak utama baru telah diwujudkan.
Bukankah kau maseh boleh berwatak utama dalam cerita lain?
Tolonglah ayun...please, -dia merayu- tolonglah faham.. tolonglah keluar dari hidup dia, tolong jangan ganggu dia..
Tolong lah berhenti menjadi tahi-tahi yang menjadi penghalang dia menjadi lebih wangi!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, October 10, 2008 5 komen-komen
Tuesday, October 07, 2008
kenapa kau tinggalkan aku liyana jasmay?? bukan ke semalam baru kau ajak aku minum di mamak belakang bb?
ya, aku telah dikecewakan..
tapi aku dalam proses melupakan..
dan aku sedang mencuba mengayat awek dibawah..
TAPI
sekali lagi aku dikecewakan..
pabila kawanku mengatakan yang liyana jasmay telah berpunya dan akan kawen dalam masa empat tahun..
ahhh.. apadahal...
aku kapel pon baru nak sampai tiga tahun dah putus..
ni kan pula empat tahun..
oh liyana jasmay!!!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, October 07, 2008 0 komen-komen
Monday, October 06, 2008
aku sudah gila..tapi nak buat macam mana..
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, October 06, 2008 0 komen-komen
aku sudah gila..tapi nak buat macam mana..
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, October 06, 2008 0 komen-komen
liayana jasmay i love u (u love me too?)
aku sekali lagi menggunakan seni untuk mengurat perempuan..
yang lame aku tak asah..lama dulu..
dan kini orang yang paling bertuah untuk menerima kata-kata manis aku adalah
jeng jeng jeng dia!!!LIAYANA JASMAY! cute bangsat!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, October 06, 2008 0 komen-komen
Wednesday, September 24, 2008
1...2...3...GO u fuk!
Aku perlu berhenti disini..
Aku perlu menerima keputusannya yang masih lagi aku gagal untuk menerimanya..
Aku percaya tentang konsensus, namun ini bukan dipanggil konsensus, ini dipanggil keputusan fasis yang tanpa tidak aku perlu juga terima..
bukan dengan hati yang terbuka, malah tertutup rapat..
Tapi aku sedar, dua entiti tidak boleh dipanggil satu..
Mungkin dia sudah menjadi satu entiti bersama separuh yang lain dan sangat gembira dengan apa yang telah ditinggalkan..
mungkin.. dan aku berharap..
Manunsia berfikir.. manusia membuat keputusan dan manusia juga menerima keputusan..
Segala apa yang dilalui mungkin tidak langsung sesuai..
seperti puzzle yang dipaksakan masuk..
dan kini akhirnya pecah..
buat apa pecahkan ia sedangkan ada kerangka puzzle lain yang lebih sesuai?
Aku akui dan aku sedar dan sekali lagi aku pasrah..
Sudah la ayun.. hadapilah kenyataan hidup yang tak pernah menyebelahi kau.
Aku harap, episod ini hanyalah seperti gula-gula sweet sour yang aku suka dulu.. Namun dulu aku langkah rasa masam gula-gula itu dengan membasuh ianya terlebih dahulu dengan air semata-mata ingin merasa manisnya saja..
Kini aku akan gagahi ia tanpa melangkah rasa masam itu kerna aku tau akhirnya rasa manis sajalah yang akan aku rasa..
Aku harap dia happy dan tidak menyesali apa yang telah ditinggal..
Dan aku harap aku boleh saja lalui mmimpi-mimpi semalam dan cuba mencipta mimpi-mimpi baru esok..
Terima kasih kerna mengajar aku apa erti hidup..
dan terima kasih juga kerna mengajar aku apa erti mati dalam kehidupan..
Ok, sekarang aku perlu pergi dan hidup kembali selepas mati..
1...2...3... GO!!!
p/s:oh..patutla.. aku ni mamat tak reti gi clubbing..asyik pegi gig ntah pape..mmg bosan..mane la aku tau ko mmg suke pegi club menari-nari.. n aku tak pakai spek mata besar bulat sambil tangan sebelah pegang stereng, sebelah lagi pelok awek hahahahahahahahahhahahahahah
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, September 24, 2008 3 komen-komen
Monday, September 22, 2008
Halusinasi itu suatu konstruksi situasi
Escapist!
Itulah suatu perkataan yang dilabelkan kepada aku oleh kakak angkatku apabila aku menyatakan bahawa kini aku seringkali pergi kedunia yang satu lagi..
Ke dunia yang penuh dengan warna-warna berbeza, warna-warna yang tidak selalunya gelap dan seringkalinya berwarna-warna...
Dunia yang penuh dengan imajinasi, ilusi, halusinasi
Dengan dunia satu lagi itu, aku bisa saja terbang, terbang ke suatu tempat yang jauh dari sakit-sakit hati, terbang jauh dari realiti yang sakit sedang aku hadapi ini. Aku mampu saja membunuh memori-memori pahit aku disini, didunia yang penuh dengan ilusi ciptaan kami.
Aku gembira dan mampu lupakan ia..
walaupun seketika..
walaupun untuk waktu yang seketika..
Walaupun apa jua terma serupa escapist kau labelkan, aku rela asalkan jalan singkat ini mampu membawa aku jauh dari memori itu.
Aku bencikan memori itu, aku ingin bunuh memori itu!
Namun aku tak mampu.. Kerna ianya suatu perasaan yang paling indah sepanjang hidupku.
"kau ni makin kuat hisap dadah lepas putus cinta ni kan"
Kawan se'pendadahan' aku tiba-tiba menyua kata-kata itu walaupun aku tau dia juga muungkin sedikit terkejut. Namun dia jugalah satu-satunya kawan aku yg tanpa dia, mungkin aku telah mati.
Aku lagi ingin pergi dari realiti ini, meninggalkan sisa-sisa yang masih lagi hidup dalam aku,yang masih lagi duduk menikus di suatu sudut diri aku tanpa aku mampu menyahkan ia yang telah menjadi sebahagian dari hidup aku, dari aku dan dari roh aku.
Pergi ke alam halusinasi adalah suatu langkah pendek untuk aku melupakan ia pada masa ini dan aku harap ianya pergi jauh dari ku..
sedarlah, aku tidak ingin kau huni diri aku lagi.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, September 22, 2008 1 komen-komen
Friday, September 19, 2008
Tidak selalu yang kecil dianggap sebagai pemenang
Kematian adalah suatu pengakhiran dari sebuah kehidupan pendek tapi penuh dengan macam-macam masalah. Kematian adalah suatu yang sangat pasti namun ianya juga sangat pasti mengundang kesedihan. Kerna sejahat-jahat manusia, masih juga tersorok susuk makhluk menyorok yang tetap sayang. Lagikan manusia yang berpekerti Nabi!
Itu pasti.
Berita itu diterima. 75 % peluang tidak disitu, yang tinggal hanyalah 15%.
Ya, 75 tetap saja bakal menang jika digaduhkan dengan 15. Namun ianya tetap suatu peluang, walau tipis namun ianya tetap dinamai dengan nama PELUANG.
Pelbagai perasaan, ketakutan, kebimbangan, ketidakpastian, kejatuhan dan pelbagai lagi rasa hati yang menyucuk-nyucuk sakit tapi tak terluah. Aku faham, walaupun tidak sefaham apa yang kau faham.
Aku kaget, buntu tanpa apa-apa kata-kata yang mungkin boleh membuang segala macam rasa-hati yang terus-terusan menyucuk. Tapi aku tetap disitu, walau reaksi verbalku bisu, aksi non-verbal aku sua, aku suap dan aku paksakan suap.
Aku, dia terduduk ditemani 3 botol air yang bakal memecah kebuntuan oral aku, dia, masing-masing.
Aku tau ianya suatu keputusan yang pusing-pusing akan kembalik ke titik asal. Antara diri sendiri atau dirinya. Antara kepentingan diri atau kepentingan dirinya. Antara kehidupan masa datang atau kehidupan diakhir cerita.
2 jam berlalu..
datang tiba-tiba suara-suara cahaya membisik harapan dan kepastian
"Percayalah.. ianya tidak akan apa-apa. Dianya dan ianya akan terus tetap disitu, menanti dan menyambut kau rohani dan jasmani"
Cliché!
Persetankan!
Anggap saja ianya suara-suara pengharapan yang boleh saja menghidupkan suatu kehidupan yang hampir tanpa kehidupan.
Tenang.. Ianya dan dianya selamat, cuma belum sedarkan diri..
Nah... Siapa kata 75 tetap saja menang jika digaduhkan dengan 15?
Siapa kata?
KEmatian semalam dihidupkan dengan kehidupan baru hari ini..
dan kematian semalam akan kuhumban disuatu kehidupan yang penuh dengan kematian tanpa ingin aku gagahkan untuk menghidupkan kematian itu.
Siapa kata majoriti kerap saja menang???
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, September 19, 2008 0 komen-komen
Thursday, September 04, 2008
aku tau ko tengah baca kan!!
tengah dengar-dengar lagu, terkeluar dua lagu babi
lagu pertama dari sheila on 7-berhenti berharap..
pastu dengar lak lagu dari james blunt-goodbye my lover
BABI!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, September 04, 2008 0 komen-komen
Sunday, August 24, 2008
Denial is a form of BULLSHIT!
chenta itu ibarat anjing dari neraka!
-
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, August 24, 2008 2 komen-komen
Monday, June 23, 2008
Nabil:Fenomena industri lawak masa kini
Kini aku tak perlu lagi menukar kawalan jauh astro hanya untuk melihat cerita-cerita lawak bagi mengaktifkan urat-urat ketawaku. Tak perlu! Aku hanya perlu membaca surat khabar harian tempatan bagi menghiburkan hati
Senario politik Malaysia kini adalah lebih kelakar dari Raja Lawak musim ke-dua lalu iaitu Bang Bil, Lu pikir la sendiri..asamekommmm
Baru-baru ni, Presiden SAPP iaitu Parti Maju Sabah telah menyatakan pendirian parti bahawa beliau akan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kesayangan kita.
Dan selang beberapa hari, Badan Pencegah Rasuah telah membuka kembali kes lama tentang skandal rasuah Yong iaitu presiden SAPP.
Budaya rasuah telah lama selesa dan telah lama terbudaya dalam BN sendiri, itu memang tidak boleh dinafikan.
Dan pembukaan kembali fail rasuah presiden SAPP yang berlaku 5 tahun lalu mengundang persoalan
Kenapa sekarang? Selepas beliau sendiri menyatakan kontradiksi dengan Perdana Menteri kesayangan kita?
Jawapannya mudah;
Sekat segala bentuk yang menentang pucuk pimpinan PM kesayangan kita.
Budaya menyekat demokrasi telah lama wujud, malah ianya menjadi budaya kerja BN sejak zaman mantan PM kesayangan kita
Segala aparatus daulah digunakan bagi melumpuhkan agen-agen demokrasi di bumi Malaysia. Semuanya politik berkepentingan.
Menentang, bermakna bersiap sedia untuk dijatuhkan.
Ketakutan telah lama dicipta, malahan rakyat juga sentiasa ditakut-momokkan dengan pelbagai isu agar kekuasaan sentiasa terpelihara
Mau contoh?
Cari sendiri.
Apabila ketakutan telah menguasai emosi, maka secara semulajadinya manusia itu akan berusaha untuk mencari perlindungan. Dari siapa mereka akan dapatkan perlindungan?
Dari pemerintah!
Seni berpolitik sentiasa nampak bersih, tapi sebenarnyya kotor!
Politik adalah untuk kepentingan individu, bukan untuk kepentingan rakyat.
Dan ketakutan sentiasa dicipta, bagi melindungi kepentingan
Tapi saat ini bukan saat untuk ketakutan meng’hijack’ minda aku, namun saat ini adalah untuk aku dan kamu sama-sama bergelak melihat jenaka politik yang dipentaskan di pentas politik berkepentingan!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, June 23, 2008 2 komen-komen
Sasa itu badanku
satu…
dua…
tiga..
empat..
sambil aku meneruskan kiraan, aku bernyanyi-nyanyi sebagai langkah memberi motivasi utuh pada diriku
“Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampiri kejayaan,
jika kau fikirkan kekalahan,
kau hampiri kegagalan”
Aku teruskan kiraan…
sepuluh…
sebe….
errr… aku tak mampu teruskan kiraan, malahan aku juga tak mampu teruskan senaman sit-up yang sejak dari semalam aku lakukan sebelum menonton bola. Ianya adalah sebahagian usaha dan tekadku sendiri bagi membuang lemak-lemak yang telah sarat diakumulasi pada dasar perutku.
Pagi itu semasa di kantin, ketika sedang menghirup mee kari ala-ala lauk semalam
”Kenapa kamu tak jadi polis?”
Makcik kantin menunjukkan sifat ramah-mesra bersopan santun amalan mulianya kepadaku
Belum sempat aku menjawab, dia memintas:
”Kamu kalau jadi polis, bagus. Badan kamu tu elok jadi polis!”
Aku senyum
”Betul makcik cakap, badan macam kamu tu elok jadi polis. Sasa!”
”Macam anak sedara makcik tu, badan macam kamu la. Dia jadi polis..bla bla bla”
Dialog makcik seterusnya gagal ditangkap oleh gegendang telingaku, dan neuron-neuron otakku juga gagal memproses dialog seterusnya apabila aku terus-terusan saja mengelamun dan tersengih menganalisis dialog awal makcik kantin.
Harap maklum, makcik kantin itu memuji badanku yang dikatakan sasa!
Dan malam itu aku tidak menonton bola, malahan senaman sit-up terus saja aku humban jauh-jauh.
Maklumlah... aku kan berbadan sasa!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, June 23, 2008 0 komen-komen
Tuesday, June 17, 2008
Aku takut sebenarnya.
Lebih tepat lagi, ’malu’
Ya, aku sedar profesion dan bidang yang aku ’ter’ceburi ini adalah suatu bidang yang memerlukan aku –sebagai seorang guru- berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat, dan dari pelbagai lapisan umur dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza-beza. Oleh itu, ’malu’ adalah sesuatu yang perlu aku letupkan dari dalam perasaan dan emosiku. Jika perlu, letupkan dengan C4 seperti berkecainya badan Altantuya sedikit masa dulu.
Pagi itu –setelah beberapa lama tidak bangun pagi-, aku gagahi diriku untuk bangun dan dengan usaha yang gigih, dapat jua aku lepasi halangan pertama pagi itu iaitu menghadapi kesejukan air dibilik air. Bangga dengan pencapaian pertamaku pagi itu, aku terus optimis akan setiap jam berikutnya.
Dengan sedikit wax di rambut, beberapa semburan minyak wangi, aku langkahi Sekolah Kebangsaan Perempuan Abu Bakar (1) dengan harapan guru besarnya adalah semanis bunga ditaman larangan. Ceh!
Destinasi pertama adalah ke pejabat sekolah berkenaan,menantikan Guru Besar yang sedang menghadiri perhimpunan. Aku disambut dengan semburan nyamuk di pejabat. Terus benakku membuat hipotesis dan telitian empirikal ringkas tentang subsidi ubat nyamuk sekolah telah disalahguna oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab lalu semburan anti-serangga murah digunakan (berdasarkan baunya yang menyesakkan). Terlalu superficial, namun anggap sahaja ianya sebagai hiburan ringan pagi itu.
Sekolah Rendah itu tidak sebesar mana. Hanya terdapat sebuah bangunan tiga tingkat, tanpa dewan.
Terdapat juga seorang pelajar UPSI yang juga memulakan ROSnya disekolah itu. Aku lega kerna keadaan ini memungkinkan aku untuk terus saja mencopy laporan tentang sekolah berkenaan.Tidak, berdasarkan garis standard kecantikan masyarakat kini, dia adalah diperingkat sedikit bawah dari paras pertengahan.
Selesai saja perhimpunan dan selepas puas menyedut udara-udara semburan anti-serangga, aku dipanggil oleh Guru Besar untuk melaporkan diri memandangkan seorang lagi pelajar ROS telah melaporkan diri pada minggu lepas. Optimistik awal pagi tadi berkecai apabila aku diherdik Guru Besar kerna tidak melaporkan diri lebih awal. Aku tidak terus kecewa, lalu bertekad untuk datang seawal kokokan ayam pertama esok!
Keluar saja dari pejabar Guru Besar, aku disapa oleh seorang guru. Rendah, berbadan agak gempal. Sungguh ramah denganku. Bertanya itu dan ini dengan slang manglish. Dari situ aku dapat mengagak yang beliau merupakan guru bahasa inggeris disekolah berkenaan. Apa yang dibualkan? Tentang kes Pulau Batu Putih dimana Malaysia berputih mata. Tapi kini, bukan setakat Malaysia saja yang berputih mata, malahan aku juga telah letih mata melayan bualan cikgu tersebut.
”Singapore bagus, bersih. Rakyat Malaysia mati pada lingkungan umur 60, tetapi singaporean pada umur 80. Singapore menghadkan produksi anak dan melimitkan bilangan anak satu keluarga, singapore chantek, Malaysia tak chantek, bla bla bla, yada yada...” Lalu perbualan kami (lebih tepat lagi -bebelan) terhenti apabila disapa oleh kakak sapu sampah;
”Sudah la cikgu oi..” sambil menunjukkan isyarat jari berpusing di kepala kearahku.
”Tak payah layan, cikgu ni tak betul sikit”
***
Sekolah tersebut hanya memliki 5 kakitangan lelaki. Seorang tukang kebun, seorang juruteknik komputer, dan 3 guru tetap di sekolah ini. Guru-guru lelaki tersebut dengan beraninya mengambil langkah keluar dari bilik guru dan lepak di makmal komputer memandangkan rasa kurang bebas di bilik guru yang secara keseluruhannya ditawan oleh guru perempuan.
Dan aku sebagai guru pelatih lelaki, dengan beraninya saja turut serta lepak di makmal komputer bersama-sama guru lelaki lain (Atas arahan Guru HEP sebenarnya)
Sebelum hadir kesekolah, aku bertekad untuk melupakan seketika Winston Lightku sementara disekolah. Sudah semestinya akan kantoi kalau aku merokok ditandas memandangkan ianya sekolah perempuan, sekolah rendah dan majoritinya perempuan. Lagipun, aku masih lagi kurang pasti tentang siasah guru lelaki disekolah itu. Namun ternyata tekadku tidaklah selama mogok lapar Mahatma Ghandi semasa memprotes tentang stratifikasi sosial masa itu, malahan ianya juga tidak dapat menandingi lamanya kemandulan badan kehakiman di Malaysia apabila juruteknik itu mempelawa aku merokok bersama selepas rehat. Tanpa lebihan soalan diunjur, terus saja kami menyedut asap-asap itu ditandas guru lelaki. Yay!
Seorang guru lelaki tiada hari ini, yang ada cuma juruteknik, seorang guru komputer berbangsa Cina dan seorang Ustaz.
Aku hanya tersenyum dan bergelak dalam hati saja apabila guru komputer tersebut –disertai emosi-emosi ganas- mengutuk dan membuat analisis ringkas tentang kerajaan tercintaku. Ternyata guru itu tersangat marah dengan kondisi semasa masyarakat di Malaysia. Satu kata yang aku ingat;
”Yang kaya bertambah kaya!”
Lalu dengan tenang aku kemuka guru tersebut dan berkata;
”Sir, what do u expect in this capitalist system? Its all about money!. Go study about dialectic materialism and u will understand more”
Oke, tiga baris ayat diatas aku reka sendiri sila jangan ambil serious.
***
”Percintaan kamu ni tak la sukar sangat. Kadang-kadang gaduh, kadang-ladang baik. Tengah-tengah je la”
Ustaz menunjukkan sedikit ilmu tilik-tilik nasibnya kepadaku. Aku hanya menggangguk seperti terkejut, sebagai menghargai penat lelah analisis perhubungan percintaan aku.
”Betul? Hahaha..Ustaz tau la sikit-sikit. Tapi jangan percaya, tak diterima amalan selama 40 hari nanti tau!”
Ustaz tidak berhenti disitu
”Tengok tapak tangan”.
Aku hulur.
”Hah, pelajaran dan ekonomi bersimpang siur, masing-masing naik keatas”
Sekali lagi memek muka terkejut dibentuk olehku.
”Jangan percaya sangat, tapi buat sebagai panduan je”
Ustaz, macam mana saya nak jangan percaya lalu buat panduan? Ustaz suruh saya buat mana satu ini? Kalau tak percaya, macam mana nak jadikan panduan?
***
Sebelum pulang, aku sempat lagi berbual dengan cikgu –bahasa-inggeris-taksub-singapore. Setelah cikgu itu berlalu pergi, tiga orang murid menyapaku
”Bang, cikgu itu wayar hijau dia short sikit. Jangan layan sangat”
Dan perbualan itu diakhiri dengan gelak sinis mereka.
Dan tika itu, baru aku sedari sekolah ini bukan calang-calang sekolah, sekolah ini penuh dengan para-para psycho masyarakat pertengahan yang semakin dihimpit tekanan hidup di Malaysia-ku terchenta. Keterujaan untuk kembali semula esok terus mekar. Perasaan malu terus saja diatasi dan berharap aku dapat belajar dengan lebih lagi semasa aku menjalai ROS disekolah ini. Bukan, aku tidak bermaksud aku dapat belajar tentang struktur sekolah, dan bagaimana sekolah berfungsi, tetapi berharap agar aku dapat belajar tentang apa pendefinisian hidup bagi masyarakat pertengahan yang tertekan dengan kondisi hidup yang memuncak.
Tatkala aku melangkah keluar dari sekolah, seorang guru menyapaku;
”Pukul 2 nanti datang meeting tau. Ada meeting koko. Jangan tak datang tau”
Aku tersenyum dan diakhiri dengan anggukan kepala, diiringi irama grind dalam perutku dan sisa-sisa ngantuk menonton bola semalam!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, June 17, 2008 0 komen-komen
Tuesday, March 18, 2008
Tsunami itu bukannya sentiasa tidak politik
Setelah kerajaan melakukan post-moterm terhadap kekalahan mereka, maka dapat disimpulkan akibat utamanya adalah kerana blog-blog poltik yang merata di internet. Apa lagi yang mampu dibuat? Setelah segala media arus perdana dipunyai kerajaan? Setelah segala media massa dibawah telunjuk mereka? Demokrasikah? Demokrasi apakah yang padangnya tidak rata? Demokrasi apakah yang mungkin wujud di negara yang kononnya demokrasi sedangkan unsur-unsur demokrasi itu sendiri dicantas? Ruang demokrasi ditutup rapat seluas lubang bontot?
Teknologi digunakan sepenuhnya lalu membentuk gelombang perubahan.
Ambil perhatian bahawa segala kebebasan berkarya diinternet kelak akan digari, dipenjara, dibunuh dan terus dikubur.
Apakah senjata terakhir mereka? Setelah kekalahan teruk mereka pada pilihanraya baru-baru ini?
Jawapannya sama seperti pilihanraya umum 1969! Perkauman!
Perkauman adalah isu sensitif yang sangat gerun disentuh pelbagai pihak dinegara yang berbilang kaum ini. Prejudis perkauman telah lama dan masih tertanam dalam hati mereka. Sekali disentuh bakal mencetus ketegangan. Lihat saja tragedi 13Mei1969, ianya juga berpunca dari kekalahan besar kerajaan pada pilihanraya umum 1969.
Api perkauman terus dimainkan. Rakyat terus dimomokkan dengan ketuanan melayu, perasaan insecured terus-terusan disuntik dalam pemikiran rakyat. Cina bakal menhapuskan keistimewaan melayu, melayu yang mengundi pembangkang adalah pengkhianat bangsa melayu dan pelbagai lagi momokan bodoh!
Rakyat terus takut, perasaan prejudis terus meluap-luap dan jika tidak dikawal maka akan meletus menjadi satu lagi tragedi 13mei1969.
Senjata terakhir dan yang paling ampuh telah digunakan dan ianya senjata yang berbetuk PERKAUMAN!
Sepertinya kau lempar minyak ke api yang sedang marak!
Dan api itu bakal saja menghancur seluruhnya!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, March 18, 2008 3 komen-komen
Sunday, January 20, 2008
Mati adalah suatu kemusnahan?
Selalunya, sesuatu itu tertinggal tidak tercakap..
Aku berani saja berikan nyawaku secara percuma
hanya untuk membiarkan kau sentiasa bermain-main dihalamanku
Tak perlu kau pergi jauh untuk dapatkan bahagia
Kerna aku rela tukar nafasku dengan bahagia,
hanya untukmu lalui.
Kerna bahagiamu adalah syurga aku
dan syurgaku adalah bahagia kamu!
Ya,manusia tetap sahaja begitu,
Tak selalu syurga aku itu seperti syurga kamu,
Syurga itu juga amat fleksibel,
dari kiri mampu sahaja ke kanan,
dari atas berkuasa saja untuk ke bawah,
Syurga bagiku,
mungkin
Neraka bagi kamu.
Tapi yang pasti,
Jika neraka bagi kamu,
maka sepanas-panas neraka pula bagiku.
Jangan kau rungkai sesuatu yang telah pun menjadi suatu kekuatan
Kekuatan yang kini aku genggam,
Jangan kau rasuki jiwaku dengan amarahmu,
Kerna aku tau akhirnya ianya akan musnah jua.
Kemusnahan adalah pasti,
namun tidak sekarang.
Kemusnahan adalah sesuatu yang dijanji,
Namun yang pasti ianya bukan kini,
dan harap ianya sampai mati.
Sedangkan mati adalah suatu kemusnahan?
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Sunday, January 20, 2008 0 komen-komen
Monday, January 07, 2008
Cepat betul masa berlalu. Sepertinya baru semalam aku menangis merengek-rengek meminta ibu menyuakan susu natural kemulutku, namun hari ini aku lantas bisa saja beronani berimajinasikan gadis-gadis syurga yang suci dan tulus.
Introduksi yang masih lagi lucah tetapi tetap metafora.
Pejam celik, aku kini ditahun 2 pengajianku di UPSI. Dan aku telah mengucapkan ’tata’ kepada hostel 9 tingkatku dan kini aku telah bermaustatin di sebuah rumah 3 tingkat!
3 tingkat adalah sebuah rumah yang besar oke!
Bukan, aku bukan berkongsi rumah yang besar itu dengan 15 rakanku yang lain, bukan juga 20 rakan lain kerna bulatan rakanku di upsi adalah sama seperti spesis penyu belimbing yang sudah hampir pupus (sila gunakan nisbah yang sesuai). Rumah sebesar istana ini hanya diduduki oleh 6 orang manusia sahaja. Dan aku dilokasikan di tingkat 3, berseorangan!
Tiada apa-apa tema ingin kutetapkan bagi bilikku. Memandangkan aku sentiasa kedekut untuk membeli meja baru di IKEA, aku nekad untuk mentemakan bilikku dengan tema bilik-yang-kurang-perabot-tapi –nampak-punk! Ya, suatu tema yang mengarut dan jauh tersasar dari landasan moraliti masyarakat setempat, namun aku tiada pilihan. Kadang-kadang kita tiada pilihan selain menentang arus dan normaliti kehidupan itu sendiri. Contohnya, tema bilikku! (pembaca, sila jangan menentang arus dan normaliti ya! Iya SANGAT tidak-bermoral!)
Ianya sebuah rumah yang chantek, besar dan menawan. Kami berjiran dengan pasangan yang sudah haji dan aku berharap para haji ini berfikiran liberal. Maksud aku sangat liberal (aku hanya mampu berharap, harapan akan sentiasa selari dengan cita-cita. Bezanya, adakah cita-cita itu sendiri akan tetap disitu?). Kerana pemikiran liberallah satu-satu fahaman yang mampu meletakkan kami terisolasi dari cercaan dan pandangan-serong seorang jiran. Aku tidak menidakkan kepentingan berjiran, namun ’kerukunan’ dan ’semangat’ kejiranan yang utuh oleh masyarakat konservatif telah membuatkan aku sendiri bersifat bias dan menjatuhkan hukuman sebelum dibicarakan. Ah, manusia serta undang-undang pun acapkali berbuat demikian. Mahu contoh? Cari sendiri, pemalas!
Tiada katil, hanya tilam yang bercadarkan rupabentuk zirafah menjadi lullaby setiap kali aku ke alam mimpi. Aku masih lagi dengan konsep suasana punkrock-ku. Aku tak peduli, so aku harap kau pun sama.
Cukup untuk kali ini, tiada outroduksi yang bermetaforakan lucah.
Manusia itu berevolusi-lah kawan! (tapi bukan dari sudut konsep darwinisme oke! Darwin tipu!)
-shhhhhh-
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, January 07, 2008 4 komen-komen
Kehidupanku disini dipenuhi dengan peluh-peluh hasil dari aktiviti-aktiviti subbjek yang memerlukan aku mengaktifkan kelenjar peluhku. Aku bukan seorang yang rajin untuk mengikuti aktiviti sukan tapi badanku dipaksa untuk berbuat begitu. Aku sepertinya bukan pelajar sains sukan, malahan ramai pelajar disini membuat telahan bahawa aku pelajar yang mengambil jurusan musik. Mungkin dari segi aku berpakaian. Aku tidak kisah selagi ianya tidak mengheret aku kelembah hina.
Kehidupanku disini dikelilingi oleh bulatan rakan yang sama. Bukan aku tidak bercampur dengan rakan sekuliah, namun ianya hanya ketika aku mengikuti kuliah. Aku lebih selesa bergaul dengan rakan yang dalam bulatanku. Bukan aku mendiskriminasi, namun aku lebih selesa. Selesa dari sudut keselarian kami.
Dengan mereka, aku lebih ceria. Hari-hari kami disulami gelak ketawa yang melampau (jika kepala berisi, ketawa kami akan melampaui garisan waras!) Aku boleh bergelak-ketawa, namun aku juga bisa berbicara serious bersama mereka. Mereka mempunyai pandangan yang tidak terbatas oleh tipikal, mereka tidak berfikir secara streotaip dan mereka telah lepas dari acuan yang dibentuk, acuan berfikir yang dibentuk dahulu dan mereka telah memecahkan itu!
Kami seringkali berbicara tentang manusia. Tentang betapa kompleksnya manusia itu.Tentang patern manusia, tentang perilaku, moral dan cara manusia itu. Manusia yang dibentuk bukan dengan tiba-tiba tapi banyak dipengaruhi oleh persekitaran, cara membesar dan cara dibentuk. Walaupun ada rakanku seorang yang agnostik malah lebih kepada atheis, namun ianya tidak membataskan perbualan kami. Banyak perkara baru dan banyak hipotesis yang selalunya mengaktifkan saraf-saraf otakku. Idea adalah sesuatu perkara yang indah untuk diterokai. Tak perlu kau bataskan dan kurung minda kau dalam suatu penjara yang kau sendiri mampu untuk keluar. Tak perlu takut untuk bebas-lepas dari zon keselesaan kau kerna keindahan diluar adalah pada tahap infiniti dan ianya hanya menunggu kau keluar dan merampas ia kembali. Kehidupan itu sendiri adalah pilihan dan pilihan itu bukan terletak kepada masyarakat atau pemerintah, tapi ianya terletak di kekuatan diri kau yang orang kampungku selalu cakap, iaitu keberanian.
Persetankan pandangan normatif masyarakat, idea adalah suatu yang sangat subjektif, dan ianya tidak akan mungkin dipaksa menjadi sesuatu yang objektif. Subjektif bukan hanya ketika kau perlu menjawab soalan ujian secara esei, namun ianya juga melibatkan cara kau membasuh tahi dilubang punggung selepas selesai berak!
Bak kata band Hujan “Hari esok siapa yang tahuuuuu”
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, January 07, 2008 0 komen-komen
Friday, November 30, 2007
Maaf, tiada perkataan 'mungkin' dalam bahasa bangsa manusia!
Patah balek ke 3 hari kebelakang..
Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, didalam laci bilik abangku. Mungkin kebosanan sekali lagi melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.
Hah, aku terjumpa cakera padat permainan maya yang bertajuk Half-Life. Suatu permainan maya yang berorientasikan perang, perang melawan raksasa yang-memang sejak azalinya-di susun atur oleh manusia sendiri. Manusia yang gilakan kuasa untuk mendobrak peradaban manusia, yang gilakan kuasa, yang gila akan dominasi, yang gilakan kematian, yang gilakan.. huh, penat!
Level pertama, berjaya aku tamatkan. Level dua sedikit complicated, namun dengan rasionaliti dan sedikit moraliti, berjaya aku ke level tiga. Dan seterusnya, namun bak kata pepatah yang aku distorsikan-hidup ini umpama hubungan seks- aku terus tersekat dilevel yang sama. Buntu mencari jalan untuk menamatkan pengembaraan maya aku.
Monolog sebentar aku, apa gunanya teknologi pasca moden yang menghuni ruang-ruang kosong dibumi ini? Terus aku google, mencari cheat code bagi mengakhiri kebuntuan fikrah akalku. Dengan satu klik, aku terus mencopy-paste dan yay! Aku seperti tuhan didalam permainan maya ini. Hah, kau raksasa, gigitlah aku, tembaklah aku! Aku kebal seperti badang yang telah memakan muntah hantu di sungai ketika menangkap ikan. Cadangnya nak makan ikan, tapi terpaksa makan muntah hantu! Aktiviti mengoogle aku, boleh diangkat sebagai satu ritual memakan muntah hantu juga sebenarnya. Namun dengan cara yang lebih bersih,senang dan tidak memualkan! Ya, aku kebal dan aku boleh terbang! Habis segenap penjuru, semua ceruk aku lalui, dan dengan tak sampai satu jam, aku berjaya ke dua level berikutnya. Malahan, aku boleh terus menamatkan permainan mayaku ini dengan muntahan raksasa (baca:cheat-code) ini!
Namun,sekali lagi kebosanan melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.
Aku bosan kerna tiada apa lagi yang perlu kulalui tatkala meletakkan diriku menjadi watak utama dalam permainan maya ini. Bosan! Ya bosan menjadi watak yang sudah tau pengakhirannya! Watak yang sudah tau dimana ini dan dimana itu. Watak yang sudah pasti melalui perjalanan maya dengan rasa tak kesah. Watak yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan, malahan mungkin tiada langsung kemungkinan-kemungkinan mendatang. Padam saja ’mungkin’ itu dari perkataan semua bahasa bangsa manusia. Tiada yang mungkin lagi, yang ada hanyalah pasti! Perjalanan menjadi lurus, selurus trek lumba lari 100 meter, dan ianya tak mungkin menjadi bengkok, bengkok seperti keris yang dihunus hisham ataupun KJ. Bosan, jalan yang tiada apa, yang kosong dan pasti adalah suatu kebosanan yang paling mapan!
Kucabut cakera padat itu, lalu terus sign-up diakaun YM. Terdapat lebih banyak kemungkinan-kemungkinan bertemu kawan yang chantek! (dan seksi)
sigh!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, November 30, 2007 7 komen-komen
Monday, November 05, 2007
Dunia lagi satu
Ingin aku,
Menjelajah hutan yang entah mana-mana,
Seringkali tersekat pada akar-akar kayu menjalar.
Saket,Luka,Perit,
Mengoyak-ngoyat isi kulit,
Mendobrak kuatnya semangat,
Terkoyak, tercarit,
Memaki aku dalam diam.
Seranah paling jijik kulontar tanda amarah!
Bangun lalu meludah penuh dendam.
Lalu menyanyi,
Berlagu aku tanpa lirik,
Seringkali tanpa jiwa,
Seringkali tanpa nyawa.
Bebaskan aku!
Dari tempat yang tak pernah mungkin terbebas!
Lepaskan aku!
Dari tawanan yang tak pernah mungkin terlepas!
Bunuh aku!
Dari hidup yang tak pernah mungkin terbunuh!
Ludahi jiwaku,
Rungkai seliratnya mindaku,
Agar terus terusan sesat didunia lagi satu.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 05, 2007 0 komen-komen
The Art Of Seducing Your Mother In Law
Logik akal
Peka terhadap persekitaran
Hormat
Tahu apa nak buat bila datang rumah orang!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, November 05, 2007 0 komen-komen
Friday, October 19, 2007
Selamat Ulang Tahun!
kepada ruang blog saya!
:)
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Friday, October 19, 2007 1 komen-komen
Wednesday, September 12, 2007
Aku kembali, tidak lagi terpelesuk dibawah
Persoalan emosi yang cacat dan tercalar-balar aku ungkapkan dalam tiga post aku yang lepas dan aku tidak ingin lagi berada dalam keadaan itu, dalam keadaan yang lumpuh dan sepertinya jatuh dihempap batu-batu api dari neraka yang dilepas burung-burung ababil
Aku telah kembali dalam mood normal dan segar!
Akhirnya berjaya lepas dari ludahan yang pernah aku keluarkan dulu. Ludahan yang seringkali aku ludah sebelum ini. Ludahan yang akhirnya tertampar ke muka aku sendiri. Aku takut dan aku takkan ludah ia kembali.
Malahan berjaya meragut kembali apa yang telah diragut hasil dari kebodohan dan kelalaian yang aku sendiri cipta.
Karma! Karma ada dimana-mana. Ianya seperti lumut-lumut yang bersangkut ditepi-tepi longkang yang tak mampu dielak. Seperti oksigen-oksigen yang hendak atau tidak, perlu saja dikonsum oleh hidupan. Aku terkena karma! Karma datang bertimpa-timpa! Apa yang telah aku berakkan dulu, kini datang menjengah dengan berakan yang mungkin lebih busuk dan hina dari apa yang pernah diberakkan. Penuh dengan warna-warna jijik yang tidak pernah terlintas oleh memori-memori episodik yang bakal aku kutip dan disimpan dalam stor memoriku yang kecil dan sarat. Karma yang telah menunggang aku seperti kuda bodoh dan menunggang-langgangkan hari-hariku tanpa dia. Aku pasrah, aku berusaha, dan aku kembali berjaya!
Hidup memang seperti ini. Hidup memang penuh dengan gelap, terang, mendung dan hujan! Ya, aku berhujan tanpa dia. Aku terduduk tanpa dia. Aku tempang tanpa dia. Aku tidak hidup tanpa dia. Aku bukan ditempat aku berdiri, aku bukan ditempat aku duduk dan aku juga bukan ditempat aku gagahi. Aku gagahi namun aku kembali ditawan. Ditawan dan dijadikan tawanan yang aku sendiri mahu! Aku tidak mahu bebas dari tawanan kerna aku tahu aku lebih indah dalam tawanan,aku lebih segar dalam tawanan dan aku ingin dalam tawanan! Jangan kau lepas-bebas aku! Jangan kau hilang-sembunyi kerna aku ingin kewujudan kau berada dikewujudan aku!
Terus-terang aku katakan, aku tidak pernah seperti ini sebelum ini. Aku tidak pernah terlalu kecewa seperti ini dan aku tidak pernah merasa apa yang aku rasa seperti ini. Seperti kataku tadi, it’s all about karma. What goes around comes around!
Aku kembali berjaya,berjaya berada disuatu tempat yang tak pernah terlintas lalu di minda imajinasi tanpa batasku, kini aku terbang bersama mimpi-mimpi yang aku ciptakan bersama dia. Mimpi-mimpi yang tanpa memijak bumi, tanpa melepas rasa dan menjangkau luasnya alam semesta. Aku tahu, mungkin aku terlalu berada diawangan namun jangan bunuh keindahan ini kerna aku ingin nikmatinya sebagai galang-ganti kesengsaraan yang telah aku lalui.
Kewujudanmu adalah selari dengan kewujudanku!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, September 12, 2007 4 komen-komen
Tuesday, July 31, 2007
Mati Terbunuh!
Tersentap,
Roh terhumban ditempat yang paling jauh,
Jauh yang tak mungkin terjangkau logika,
Logika yang seringnya dimati realiti,
Realiti yang seringnya menyakiti.
Mana? Hilang? Terbang?
Aku tak tahu,
Aku tak mampu,
Untuk bertahan menghadap hari semalam,
Hari ini adalah cebisan hari semalam,
Semalam adalah ludahan hari ini.
Pecahlah, koyaklah, musnahlah kau janji-janji sial!
Menyalaklah anjing,
Merayu meminta-minta tulang-tulang yang kau janjikan dulu.
Sepertinya tiada lagi hari esok,
Sepertinya akan turun Nabi Isa menandakan Kiamat
Kiamat? Pengakhiran?
Pengakhiran sebuah ceritera yang kononnya,
Mahu menandingi sebuah cerita agung.
Mati jua
Mati?
Atau dimati?
Sengaja dimati?
Dibunuh?
Direjam?
Disentap?
Durjana kau janji!
Aku mati
Terbunuh?!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, July 31, 2007 4 komen-komen
Wednesday, July 25, 2007
-END-
aku lalui tempat yang biasa aku pergi,tempat yang aku biasa lepak minum dengan dia, tempat yang aku biasa tunggu dia pulang dari sekolah,tempat yang aku biasa tunggu train untuk temani dia pulang ke rumah, temani dia makan dimamak bersama kawan-kawan sekolah dia,tempat yang aku biasa pimpin tangan dia berjalan ke central market, pimpin tangan dia ke perpustakaan kl, temani dia belajar, baca buku.
Hari tu aku ke kl. Berhenti di masjed jamek
aku lalui peniaga-peniaga tepi jalan yang selalu aku beli karipap panas bersama dia, beli seringgit dapat 3, makan di star masjed jamek sambil pak guard memarahi aku kerna disitu tak boleh makan
Hari tu aku ke kl. Berjalan ke Bukit Bintang
aku lalui suatu kawasan yang biasa aku lalui sambil tangan memimpin tangannya. Aku lalui penjara pudu yang selalu aku beritahu dia yang kawasan lapang sebelah penjara pudu adalah padang bola untuk banduan, aku lalui mamak belakang BB yang selalu aku makan nasi lemak kari dengan dia,aku lalui kedai nature art di BB plaza yang aku sering jengah dulu bersama dia,mencuba-cuba didgridoo bersama dia
Hari tu aku ke kl. Aku singgah disekumpulan remaja yang sedang busking di depan dataran Maybank BB. Tempat yang dulunya aku lepak bersama dia,lalu kutemani dia sehingga ke stesyen hang tuah untuk dia pulang ke ampang.
tapi...
itu dulu,bukan sekarang. Sekarang aku hanya melalui tempat-tempat itu dengan hanya ditemani memori-memori dan kenangan-kenangan yang berselirat dalam kotak fikiran aku. Bayang-bayang yang mustahil aku hidupkan semula dan bayang-bayang yang mustahil aku beri nyawanya kembali. Sekarang aku hanya melalui tempat-tempat itu bukan dengan memimpin tangannya lagi tapi hanyalah memimpin tanganku sendiri dan aku harap aku tidak dihantui bayang-bayang yang mustahil aku hidupkan semula dan bayang-bayang yang mustahil aku beri nyawanya kembali.
bukan salah kau. Aku faham. Hidup memang macam ni. Terpulang

-in memory of us-
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, July 25, 2007 5 komen-komen
Monday, July 02, 2007
Manusia suatu spesis makhluk yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Perkembangan manusia adalah suatu yang kompleks dan memeningkan untuk difahami sehingga wujudnya sains antropologi dan pelbagai lagi cabang sains yang mengkaji tentang perilaku manusia.
Manusia itu berkembang. Ya, people do evolve! Aku tidak mempercayai teori evolusi Darwin, tentang manusia itu asalnya dari beruk, ungka, monyet dan apalagi unta! Juga aku tidak setuju dengan teorinya tentang manusia yang superior dan hebat akan terus dapat meneruskan kelangsungan untuk hidup dimukabumi ini, dan manusia yang kononya inferior akan mati dalam ’perang hebat’ untuk terus hidup. Tiada manusia hebat dan manusia yang kurang hebat! Ianya hanyalah suatu justifikasi dan legitimasi bagi membernarkan unsur-unsur prejudis perkauman yang berkepentingan! Tidak perlu wujud kategori-kategori manusia kerna manusia itu tetap manusia. Bersama menyedut oksigen dan bersama membuang tahi.
Namun aku percaya manusia berubah dari segi tingkah laku, atitud, cara berfikir, cara melihat dunia dan kehidupan dan selalunya berubah perasaan.
Aku bukan disini untuk menulis dan merungkai persoalan manusia secara spesifik, dan juga tidak aku ingin berhujah tentang kejadian manusia dan perilaku kompleksnya, kerana aku bukanlah orang yang penuh ilmu pengetahuan tentang itu, tapi aku disini hanyalah untuk menulis tentang apa yang aku rasa, aku lihat dan aku rasai sekarang.
Persekitaran banyak mempengaruhi manusia. Dari cara berfikir dan cara melihat sesuatu itu. Emosi juga selalu berubah-ubah. Perasaan juga bukan sesuatu yang pasti. Aku takut, dia juga akan berubah, tidak seperti dulu.
Aku hanya mampu untuk bersedia menghadapi perkara yang tidak aku inginkan. Perubahan sentiasa berlaku, dan aku faham tentang itu.
Atau aku hanya berperasangka?
p/s: Aku sedang dalam keadaan yang emosi dan bercelaru juga berperasangka
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, July 02, 2007 2 komen-komen
Berceritalah!
Today hearing witness saw a picture of Najib, Razak Baginda and Altantuya having dinner in Paris. Follow the story. Tq”
Begitulah bentuk pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan pada hari Jumaat lepas. Aku teruja dan maklumat ini adalah selari dengan desus-desus cerita yang disampaikan oleh pakcik dan makcik saudaraku. Dua hari selepas itu, berita tentang Najib terlibat dalam kes Altantuya mula tersebar di akhbar harian. Seperti kataku, kalau tiada angin, masakan pokok boleh menari?
Adakah kerana secara kebetulan Najib secara tidak sengaja telah mengambil tempat semeja dengan Altantuya kerna Altantuya adalah seorang gadis jelita? Atau ada pihak-pihak tertentu yang telah menggunakan teknologi adobe photoshop CS bagi menkonstrak gambar itu sebegitu rupa? Atau memang Najib tiada disitu? Ataupun mungkin pelanduk dua serupa mahupun tiga rupa? Atau ianya berkaitan dengan kontrak senjata bernilai ratusan juta?
Ini semua hanyalah anggapan dan biarlah mahkamah (sebagai simbul keadilan) yang menentukan.
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Monday, July 02, 2007 3 komen-komen
Tuesday, June 26, 2007
Mari pulang ke kampung!
Aku pulang dengan menaiki bas dari Muar memandangkan kereta masih lagi belum diperbaharui cukai jalan. Dan dengan tidak semena-mena aku berkhayal yang kampungku seperti di Thailand (cukai jalan mana ada kat thailand!). Tapi aku seronok menaiki kenderaan awam. Aku dapat memerhatikan gelagat manusia, gelagat budak-budak sekolah, pasangan kekasih, nenek tua, driver bas, konduktor bas malahan anjing yang secara kurang sopan membuang air kumbahan di tepi tiang. Aku perlu menaiki dua bas untuk sampai ke kampung. Kampungku terletak di hulu batu pahat dan ianya suatu perjalanan yang mengasyikkan dengan diiringi oleh lagu-lagu seven collar t-shirt.
Hari pertama, aku membantu atuk membersihkan halaman rumah yang ditinggalkannya hampir 2 bulan. Habis tanganku bergarit-garit mengangkat timbunan daun-daun berduri. Aku juga dijadikan sarapan pagi oleh nyamuk-nyamuk disekitar rumah atuk. Takpe lah nyamuk, hari tu hari kau, esok lusa sape yang tau?
Hari kedua,aku perlu memberus lantai rumah atuk yang telah berlumut. Terpaksalah aku mencangkung dan membuang lumut-lumut dilantai. Walaupun aku telah menjalani latihan insentif di UPSI, namun pinggangku masih belum boleh mengadaptasi rintangan ini. Mungkin aku banyak ponteng kelas kot.
Ramai saudara-saudaraku turut pulang.Ini membuatkan suasana menjadi tidak sunyi seperti selalu. Mereka akan bercerita dan terus bercerita diselang-seli dengan pecahan ketawa yang mengerikan juga.
Mereka juga bercerita tentang kes yang paling hangat sekali diperkatakan kini iaitu tentang perbicaraan pembunuhan Altantuya yang cute mute itu. Mereka berkata, Razak Baginda pastinya terlepas dari hukuman. ”ye la,orang cakap Razak Baginda ni ade kaitan dengan Menteri, Najib tun Razak!” mereka terus berhujah. Aku terlopong. Berani sungguh mereka mengeluarkan kata seperti itu di suatu kubu kuat kerajaan? Aku sekali berdiam diri. Jika tiada angin, masakan pokok boleh menari-nari?
Dan hari itu, aku pulang ke rumah tidak dengan menaiki kenderaan awam, tetapi dengan menaiki kenderaan ayah.
yay!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Tuesday, June 26, 2007 2 komen-komen
Saturday, May 26, 2007
Errr..
Disana, aku mungkin dipandang serong oleh UPSI-mate yang lain. Ini kerana aku akan lepak bersama dengan lingkaran rakan yang agak kecoh (mungkin ini salah satu cara menidakkan kebosanan di UPSI). Tapi apakan daya, mereka memang kecoh hahaha
Macam-macam yang aku lalui sepanjang semester pertama aku di UPSI dan aku teruja untuk melalui semeseter kedua pula. UPSI sebenarnya tidak bosan, tapi mindset aku yang telah menjatuhkan hukuman tanpa bicara kepada UPSI.
Jumpa di semeseter baru ye kawan-kawan!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Saturday, May 26, 2007 0 komen-komen
Wednesday, January 24, 2007
Sudah hampir 4 minggu aku melalui kehidupan di UPSI. Dan sudah agak lama blog ini berada dalam kondisi terbelangkai ekoran dari kesibukan dan kekurangan alatan untuk memungkinkan aku menulis. Dan sesungguhnya aku tau korang semua tak peduli. Aku pun tak peduli!
Mari bercerita tentang kehidupanku yang masih singkat di UPSI!
Sememangnya dari posting blog yang lepas, aku sudah menyatakan bahawa aku mengambil kursus sains sukan. Kehidupanku dikelilingi oleh peluh-peluh dan ketegangan otot yang ekstrim. Dalam masa seminggu, aku perlu menghadiri kelas ‘Larian’ sebanyak 3 kali. Disebabkan keadaan perut dan kemalasan otot-ototku untuk berkerja, maka kini aku mengalami sindrom ‘berjalan seperti seekor king kong’. Terdapat suatu kejadian ngeri yang berlaku ketika aku sedang mengikuti kelas larian apabila punggung kiriku mengalami ketegangan otot. AKu hanya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan rakan dan pensyarah kerna aku tahu bahawa ketegangan otot dibahagian punggung amatlah tidak cool untuk diperkatakan.
Aku sungguh teruja apabila mendengar cerita-cerita dari senior yang mengatakan kursusku ini banyak melibatkan aktiviti luar. Dan fakta ini dikuatkan lagi apabila aku diberitahu sendiri oleh pensyarah bahawa kami perlu menghadiri 3 kali perkhemahan pada semester ini. Dan pada perkhemahan terakhir, kami perlu menghabiskan 2 minggu di sebuah pulau! Wah, aku sungguh teruja kerna aku sememangnya seorang yang sangat suka menikmati alam semulajadi. Namun terdapat juga risiko yang perlu aku hadapi iaitu aku perlu bersedia untuk mentransformasikan kulitku menjadi lebih gelap!
Aku juga kini disumbatkan dengan term-term yang langsung tidak kufahami! Tentang sistem-sistem dalam badan, bagaimana ianya berfungsi, tindakbalas sistem dalam badan dan pelbagai lagi. Aku hanya mampu ternganga dan membiarkan kadar bukaan mulutku membesar secara konsisten.
Tatacara pemakaian disini adalah sangat pelik! Sungguh pelik apabila semua pelajar UPSI perlu memakai kemeja, tali leher, seluar slack dan kasut berkilat-kilat untuk menghadiri kelas! Aku ter’kejutan budaya’ tapi aku sedar bahawa aku perlu mengadaptasikan kehidupan disini memandangkan aku perlu menghabiskan 4 tahun di pekan ini!
Makanan adalah suatu hak yang paling asas sekali bagi seorang manusia seperti aku. Dan sesungguhnya aku ini adalah seorang yang sangat gemar untuk makan. Tapi, nafsu makanku dibantutkan dengan kadar harga yang tinggi dan mengarut! Adakah aku sedang belajar di Bandar New York atau di pekan tanjung malim? Pekan koboi? Duhh!!
Namun suatu keajaiban telah berlaku disini selama 4 minggu aku disini. Namun keajaiban ini telah mengguris sedikit emosi aku. Rakan rapatku iaitu saudara PERUT sedang mengambil langkah meninggalkan diriku. Aku sedang mengalami proses ‘lihat perutku, rampingkan!!!’. AKu sedih namun aku pasrah dan berdoa agar lemak-lemak yang meninggalkan perutku tadi berjaya dalam mencari penempatan baru. Gud luck ya!
Aku penat dan mahu berhenti menulis disini. Aku akhiri penulisan aku kali ini dengan sepatah kata-kata pujangga seorang yang terkenal
“kehidupan adalah seperti tahi, apabila kita ingin berak, selalunya kita tak dapat nak berak. Tapi jika sedang menahan berak, seringkali kita terberak!”.. Renung-renungkan lah…
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Wednesday, January 24, 2007 20 komen-komen
Thursday, December 28, 2006
MAcam-macam benda perlu aku sediakan untuk ke UPSI. PErlu menyiapkan salinan sijil-sijil dan membuat medical chek-up. Dan perkara yang paling aku benci dari dulu sampai sekarang ialah MENGISI BORANG! Tanganku menjadi lenguh dan hampir pitam lantaran perlu mengisi borang-borang mengarut dan mencarut. Dan akhirnya aku berjaya mengisi semua borang dengan kesalahan tatabahasa diperingkat maksima.
Sebelum ke UPSI, mama dengan tenangnya telah melakukan langkah mem'brainwash' aku
"Dah masuk upsi nanti, jangan nak ke kiri je. Datang sana nak belajar.FAHAM!" Err.. Mana ada aku kiri je. Ish.
Aku perlu menjalani minggu suai kenal selama seminggu. Dan aku berazam untuk tidak mengbocorkan rahsia identiti sebenar aku hahaha (Padahal takde ape yang rahsia pon)
Hari kedua orientasi, sekali lagi aku di'brainwash' oleh MPP UPSI. Aku dipanggil ke suatu tempat dan dibrainwash tentang UPSI, tentang politik kampus dan macam-macam benda yang dipaksa-relakan menyusup masuk kedalam kepala hotak aku. Ini semua hanya gara-gara aku melontarkan sedikit pandangan politik aku kepada seorang ExcoMPP. Ah, biar la.. aku diam je, kerna aku masih ingat nasihat MPP tu "Baik-baik sikit,kat sini banyak spy". Aku hanya mampu mengucapkan dua patah perkataan sahaja "FUCK YOU"
Roomate aku orang Perak, sudah berkahwin. Rata-rata kawanku disini sudah berkahwin dan aku bersimpati kepada mereka kerna terpaksa meninggalkan isteri masing2. Sabar je k heheheheh
Dan hari terakhir orientasi, aku dengan tiada pengalaman, dipaksa berlakon untuk malam persembahan. Mungkin dengan mukaku yang seperti perogol bersiri, maka mereka memberi watak Gangster kepadaku. Dan akhirnya kumpulanku berjaya merangkul tempat kedua malam tu. Hebat dan meyakinkan!
Dan bermula 2Jan2007 ini, dengan rasminya aku memulakan kehidupan baruku di UPSI.
P/S: Maaf.Penulisan aku kali ini agak mendatar dan seperti ekor babi yang direndam didalam loji tahik. Sudah lama tak menulis dan persekitaran menulis agak menyesakkan. Harap keadaan ini akan dibaiki. Sila MAKI aku diruang komen. PLEASE!
di tulis olih ::i'm a dreamer:: pada Thursday, December 28, 2006 5 komen-komen
Diseño por headsetoptions | A Blogger por Blog and Web