Wednesday, January 24, 2007

Kejang punggung lagi???

Sudah hampir 4 minggu aku melalui kehidupan di UPSI. Dan sudah agak lama blog ini berada dalam kondisi terbelangkai ekoran dari kesibukan dan kekurangan alatan untuk memungkinkan aku menulis. Dan sesungguhnya aku tau korang semua tak peduli. Aku pun tak peduli!

Mari bercerita tentang kehidupanku yang masih singkat di UPSI!

Sememangnya dari posting blog yang lepas, aku sudah menyatakan bahawa aku mengambil kursus sains sukan. Kehidupanku dikelilingi oleh peluh-peluh dan ketegangan otot yang ekstrim. Dalam masa seminggu, aku perlu menghadiri kelas ‘Larian’ sebanyak 3 kali. Disebabkan keadaan perut dan kemalasan otot-ototku untuk berkerja, maka kini aku mengalami sindrom ‘berjalan seperti seekor king kong’. Terdapat suatu kejadian ngeri yang berlaku ketika aku sedang mengikuti kelas larian apabila punggung kiriku mengalami ketegangan otot. AKu hanya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan rakan dan pensyarah kerna aku tahu bahawa ketegangan otot dibahagian punggung amatlah tidak cool untuk diperkatakan.

Aku sungguh teruja apabila mendengar cerita-cerita dari senior yang mengatakan kursusku ini banyak melibatkan aktiviti luar. Dan fakta ini dikuatkan lagi apabila aku diberitahu sendiri oleh pensyarah bahawa kami perlu menghadiri 3 kali perkhemahan pada semester ini. Dan pada perkhemahan terakhir, kami perlu menghabiskan 2 minggu di sebuah pulau! Wah, aku sungguh teruja kerna aku sememangnya seorang yang sangat suka menikmati alam semulajadi. Namun terdapat juga risiko yang perlu aku hadapi iaitu aku perlu bersedia untuk mentransformasikan kulitku menjadi lebih gelap!

Aku juga kini disumbatkan dengan term-term yang langsung tidak kufahami! Tentang sistem-sistem dalam badan, bagaimana ianya berfungsi, tindakbalas sistem dalam badan dan pelbagai lagi. Aku hanya mampu ternganga dan membiarkan kadar bukaan mulutku membesar secara konsisten.

Tatacara pemakaian disini adalah sangat pelik! Sungguh pelik apabila semua pelajar UPSI perlu memakai kemeja, tali leher, seluar slack dan kasut berkilat-kilat untuk menghadiri kelas! Aku ter’kejutan budaya’ tapi aku sedar bahawa aku perlu mengadaptasikan kehidupan disini memandangkan aku perlu menghabiskan 4 tahun di pekan ini!

Makanan adalah suatu hak yang paling asas sekali bagi seorang manusia seperti aku. Dan sesungguhnya aku ini adalah seorang yang sangat gemar untuk makan. Tapi, nafsu makanku dibantutkan dengan kadar harga yang tinggi dan mengarut! Adakah aku sedang belajar di Bandar New York atau di pekan tanjung malim? Pekan koboi? Duhh!!

Namun suatu keajaiban telah berlaku disini selama 4 minggu aku disini. Namun keajaiban ini telah mengguris sedikit emosi aku. Rakan rapatku iaitu saudara PERUT sedang mengambil langkah meninggalkan diriku. Aku sedang mengalami proses ‘lihat perutku, rampingkan!!!’. AKu sedih namun aku pasrah dan berdoa agar lemak-lemak yang meninggalkan perutku tadi berjaya dalam mencari penempatan baru. Gud luck ya!
Aku penat dan mahu berhenti menulis disini. Aku akhiri penulisan aku kali ini dengan sepatah kata-kata pujangga seorang yang terkenal

“kehidupan adalah seperti tahi, apabila kita ingin berak, selalunya kita tak dapat nak berak. Tapi jika sedang menahan berak, seringkali kita terberak!”.. Renung-renungkan lah…

20 komen-komen:

Anonymous said...

lawak la ko ni ayun..ape2 aje la

Anonymous said...

haahhahahahahahha....
kobondonyo kehidupan sama ngan berak nieh...
sakit perut aku gelak ayun..
ko ni buat aku rindu masa dulu kala kat lab UTM lah..

`partner lab ko yang skema- sharina`

CONNA said...

hehehehe... mengong..
wah ko dh ramping..
bleh lar nie aku masuk line..
hahahah...
tapi aku kena ramping gak.. jeles !!

Anonymous said...

siak!

Anonymous said...

mane ade.
bile nk berak bole je berak.
bagos la jd cekgu sukan.
kecikkan perot tu.

Elhakim said...

ya. wanita yang menggayakan iklan
lihat perutku...rampingkan..
memang gadis favorite.

gadis itu berada di sini. Dekat dengan aku.

Dalam jangkauan gitu-gitu.

Anonymous said...

how 2 build a blog....? can u teach me..? plezz,jeles arr asyik read blog owg len jerk...teruja gak nk wat blog sndirik...ajar ye chekgu...oppss bakai chekgu
as soon as posibble....orait?
letak jerk 'skill' wat blog cmner kat blog chekgu naT cek ikut step2nyer...okay

::i'm a dreamer:: said...

laku juga tak berapa pandai dalam membuat blog.. aku cuma explore web blogspot, sign up, dan ikut tutorial yg disediakan..
cuba kau explore, ala macam buat email dan friendster gak.. dan dengan itu, anda akan lebih faham lagi tentang blog..

sebenarnya aku tak pandai untuk menerangkan haeheheheh.. satu je saranan aku, cuba sign up dan anda pasti berjaya..

chaiyok!

Anonymous said...

tenQ 4 ur suggestion........i really appreciate it...

Anonymous said...

hasil karangan saudara ayun berjaya mengisi masa lapang sy yg sungguh buhsan d cni..taram gelak ja sepanjang baca haha!

::i'm a dreamer:: said...

thanx anonymous..
sape ek name ko?

if ko dah berjaya buat blog, promote2 la kat sini k

tekker
hahahhahahaahah

JuNe said...

la..la..la....

JuNe said...

Bila mau sembang? Huh

JuNe said...

hepi besday my fren..

:)

farahfatihah said...

ayun give me ur email add,phone numb..i've lost all that..sorry...

citiez_freakfraulin said...

Lama aku xkomen.. coz i have no komen..huhuu.. so long.. aku menyepi.. anyway, stay cheerful jer walaupon paznie kene kejang perut plak.. hehehehe..

Anonymous said...

“kehidupan adalah seperti tahi, apabila kita ingin berak, selalunya kita tak dapat nak berak. Tapi jika sedang menahan berak, seringkali kita terberak!”.. Renung-renungkan lah…

huhuhu...macam leh paham..tapi kene berak dulu baru paham..

Anonymous said...

“kehidupan adalah seperti tahi, apabila kita ingin berak, selalunya kita tak dapat nak berak. Tapi jika sedang menahan berak, seringkali kita terberak!”.. Renung-renungkan lah…

huhuhu...macam leh paham..tapi kene berak dulu baru paham..

arifabdull said...

alapak!!~!!
dah lebih 4 bulan aku baca entry yang sama, bila nak update citer yun?

apakaba sekarang?
ciao

Anonymous said...

tak sabo rasanya aku nak jmpa ayun yg "baru" hehehe - fara