Tuesday, July 31, 2007

Mati Terbunuh!

Tersentap,
Roh terhumban ditempat yang paling jauh,
Jauh yang tak mungkin terjangkau logika,
Logika yang seringnya dimati realiti,
Realiti yang seringnya menyakiti.

Mana? Hilang? Terbang?

Aku tak tahu,
Aku tak mampu,
Untuk bertahan menghadap hari semalam,
Hari ini adalah cebisan hari semalam,
Semalam adalah ludahan hari ini.

Pecahlah, koyaklah, musnahlah kau janji-janji sial!

Menyalaklah anjing,
Merayu meminta-minta tulang-tulang yang kau janjikan dulu.

Sepertinya tiada lagi hari esok,
Sepertinya akan turun Nabi Isa menandakan Kiamat

Kiamat? Pengakhiran?

Pengakhiran sebuah ceritera yang kononnya,
Mahu menandingi sebuah cerita agung.
Mati jua

Mati?
Atau dimati?
Sengaja dimati?
Dibunuh?
Direjam?
Disentap?

Durjana kau janji!

Aku mati
Terbunuh?!

4 komen-komen:

Anonymous said...

naper ea..... im feel sorry for ur gurl

Perempuan Petak said...

sakit kerana janji ya ? =) saya pernah merasa sakit sebab teringatkan janji tp bila dah lama cuma rasa geli hati =)

p/: tulisan yang bagus!

Anonymous said...

ayunn.............cepat ar update blog

Anonymous said...

pembunuh yang kejam.........