Tuesday, October 14, 2008

ceritera sebuah manusia dan hantu-hantu karma

Terdapat sebuah hikayat.Bukan hikayat siapa-siapa, cuma hanya hikayat biasa-biasa.

Bukan hikayat hang tuah, bukan hikayat maling kundang atau hikayat apa-apa, Cuma ianya mengisahkan sebuah manusia yang baru belajar apa erti kehidupan yang tidak mungkin dapat dikhatamkan dalam seusia manusia itu sendiri

Manusia takkan mungkin dapat memahami kehidupan, malahan tidak mungkin dapat memahami diri mereka sendiri. Kerna itu manusia sentiasa saja melakukan perkara-perkara bodoh, perkara-perkara yang hanya dapat diterima akal seorang bodoh!

Dan semestinya ini bukan hikayat dan tak layak dipanggil hikayat kerna ianya hanyalah cerita tentang sebuah manusia yang tidak langsung memahami erti sebuah manusia dan seperjalanan kehidupan.

Kerana sebuah manusia ini melakukan perkara bodoh yang tak boleh diterima akal!

Sebuah manusia, tanpa mengira apa, tanpa ada warna-warna kemanusiaan, kau jalani ia dengan berakkan-berakkan mual. Kau genggam ia, lalu kau lepas ia seperti ia tak punyai perasaan.

Walau setitis perasaan!

Bukan sebuah ia seorang, malahan berpuluh-puluh ia kau jilati lalu kau muntah keluar ia

Apa yang kau cuba buktikan? Kau hebatkah? Atau kau sendiri mahu menutup kemaluan yang tercalit didahi kau?

Atau mudah saja kau katakan yang alasannya datang dari ia sendiri?


Manusia sentiasa mencipta alasan, alasan dicipta hanya untuk menutup tahi-tahi yang telah kau berakkan.


Ia tak salah, kau lakukan hanya untuk kepuasan kau, hanya untuk nafsu kau kerna kau hanyalah sebahagian daripada cebis-cebis dosa yang tercipta untuk memalit warna-warna hitam keatas bahu orang lain!

Jangan lupa wahai sebuah manusia! Hantu-hantu karma telah siap sedia bersembunyi dibalik mimpi-mimpi indah kau!

Namun dengan tidak semena-mena, kau menjumpai permata sedang kau sedang mencari-cari jamban baru untuk kau berakkan. Kau takut untuk mengutipnya, takut ianya hanya kaca atau ianya seperti permata yang hanya hadir bagi membuka topeng-topeng kehinaan atas kau.


Kau takut!


Namun kau kutip ia..Kau simpan ia ditempat yang paling mulia, di tempat yang tak pernah terlintas dalam imajinasi sebuah manusia yang selalunya memalit warna hitam itu

Semasa bumi terhenti, semasa semua kehidupan terhenti, kau cepat-cepat kembali kebelakang. Bukan untuk memadam segala kejahatan-kejahatan kau, tetapi menyerakkan pasir-pasir itu agar jejak-jejak lepas, jejak-jejak tahi yang kau berakkan itu hilang. Kau cuba hilangkan ia agar hantu-hantu karma tidak mengekori kau, menghantui kau dan mengganggu-gugat kau dan permata baru kau!


Kau takut!


Hahahahah.. sebuah manusia kini takut atas tahi-tahi yang telah kau keluarkan dari lubang najis kau sendiri!


Mengapa takut? Bukankah manusia itu bertanggungjawab atas segala tindakan yang telah dilakukan?

Mengapa takut? Sedangkan kau tidak pernah memikir tentang konsekuensi hadapan? Yang bakal kau lalui?

Sebuah manusia mudah saja mempersetankan karma. Dan cuba mencipta sebuah cerita cinta yang paling hebat, lebih hebat dari hikayat taj mahal dan romeo dan juliet. Kerna sebuah manusia yakin yang tiada perasaan yang paling tinggi tahapnya seperti yang dirasai olehnya, oleh kau!


Namun, hantu karma yang paling lemah menjengah sekejap ke dalam cerita cinta sebuah manusia.

Kau terduduk! Terduduk dan mengenangi apa yang telah kau buat dulu. Mengenangi semula ia-ia yang telah basah kau kencingi dulu!


Hah! Baru sekarang kau ingin menoleh kebelakang dan menyesali?

Tidak semudah itu! Karma sememangnya sangat kejam.


Kau terduduk, kau bangun lalu kau kejar ia! Kau kejar kembali permata itu!

---

KARMA

masanya kini
hadapilah
kerna tanpa ia, kau kosong
kerna tanpa ia kau telah membunuhnya
mati

rampas nafasku
rentap rohku
musnah jasadku
jika itu bisa memadamkan visualisasi hitammu
jika itu bisa memutih-jernihkan warna-warna gelapmu
yang kutancap dulu
yang kuwarnakan dulu
dikanvas kehidupanmu
dikanvas memori epidosikmu

andai saja dapat kuputar masa

ingin saja kupaksa
malaikat memadam segala ingatan cacatmu
agar aku terus tetap menjadi rajamu
tetap saja aku berdiri teguh sebagai putera kehebatanmu

namun kemampuan membatasi aku

rampas nafasku
rentap rohku
musnah jasadku

jika itu bisa menghidupkanmu
kembali

---

Akhirnya, kau genggam kembali permata itu. Kau lega. Dan kau berdoa kepada entah siapa-siapa agar tamatkan apa saja yang menghantui kau dibelakang.

Kau benci karma dan berharap karma yang baru menjengah sudah mampu menutup segala benda yang kau pijaki dulu

Kau lega, kau mengarang puisi-puisi indah yang menggambarkan keindahan perasaan dan kehidupan yang kau lalui bersama permata itu. Kau gilap ia, kau jaga ia, kau lindungi ia dari segala macam kesakitan

Kau samakan ia seperti bidadari syurga, kau samakan ia dengan bulan yang menerangi malam, bintang yang menjadi lanskap keindahan kau.


Magikal, estetik, keindahan, terbang bersama sayap-sayap imaji ciptaan bersama!


Kau seperti menjalani hidup dalam sebuah cerita cinta dongeng ciptaan imajinasi kau dan ia, yang tersangat tinggi tahapnya. Dan kau berharap, ianya kekal. Kekal bersama realiti dan imajinasi yang bercampur menjadi satu.


Magikal, estetik, keindahan, terbang bersama sayap-sayap imaji ciptaan bersama!



Sedarlah, pengharapan adalah pembohongan!



Karma itu kejam! Ianya tidak pernah puas! Ataupun segala yang kau lalui tidak lagi menemui titik kesamaan, titik dimana segala dosa yang telah kau lakukan masih lagi tidak mampu membersihkan dosa-dosa lepas yang kau lakukan?

Sedang kau enak diulit mimpi-mimpi indah, kau seperti direjam dengan suatu bentuk kemalangan yang tidak mungkin pernah terlintas dalam minda kau!

Ianya adalah sebuah karma yang sangat menakutkan! Yang penuh dengan darah-darah dan bau-bau busuk yang memualkan! Matanya menjengkel seperti ingin keluar, ianya menenung tepat ke mata kau seraya berkata;

”Bersiap sedialah wahai sebuah manusia, aku datang untuk merampas segala keindahan kau kini!”

”Mengapa sekarang? Mengapa tidak lama dulu? Bukankah kau pernah hadir dulu?”

Karma tergelak panjang mendengar jawapan yang keluar dari mulut sebuah manusia

”Tidakkah kau sedar, apa yang kau lakukan dulu tidak mungkin dapat menebus apa yang kini aku bawa?”

”Tolonglah...Aku sudah berubah! Aku sangat sayangkan ia! Aku akan mati tanpa ia!”

”Ya, kau sudah berubah namun sejarah kau tidak mungkin dapat aku ubah! Bersedialah!”

Kau menangis, kau terduduk, kau lumpuh, kau terbisu, terpekak, buntu, mati, terjatuh, terhempap, terdarah, terluka, terlemas, terjerut, mati!


Permata itu tiada lagi disitu!


”Ah Sial! Kau sial... Kau kesialan paling sial!”


Kau kaget, terkejut, dan tak mungkin percaya yang ia kini hilang. Hilang dari pandangan kau dan kini dipaksakan memori itu hilang dan lenyap selamanya

”Ini adalah suatu kesilapan! Tuhan, ini bukan seperti takdir yang kau karang untuk aku hidupi!”

”Tidak! Katakan ini hanya sebuah mimpi buruk! Ini tidak berlaku! Ini adalah suatu kesilapan yang secara tak sengaja terisi dalam plot-plot keindahan aku!”


Pasrah...


Jatuh dan tak mungkin bisa bangun.

Lalu kau maki permata itu, kau anggap yang ianya bukan permata malahan kaca-kaca hina yang kau kutip lalu kau bersihkan. Dan kau jalani kehidupan indah bersama kaca itu, bukan permata!


Kau sekali lagi silap!


Manusia takkan mungkin dapat memahami kehidupan, malahan tidak mungkin dapat memahami diri mereka sendiri. Kerna itu manusia sentiasa saja melakukan perkara-perkara bodoh, perkara-perkara yang hanya dapat diterima akal seorang bodoh!

Manusia tidak mungkin mengkhatamkan maksud sebuah kehidupan selama seusia kehidupan manusia.


Kau silap!


Ianya sememangnya sebuah permata, permata yang hadir hanya sebagai sebuah proses untuk kau lebih mengenali kehidupan.


Ia menjengah lalu hilang.

Ia bukan kaca, ianya memang sebuah permata!


Cuba kau cerminkan diri kau, siapa kau? Semestinya kau bukan permata bagi siapa-siapa malahan kau adalah cebis-cebis kaca bagi setiap ia.


Hadapilah karma itu kerna ianya bakal menghidupan kehidupan baru kau wahai sebuah manusia.

1 komen-komen:

Giluor.Kaki.Liquor said...

emm.
karma direka oleh manusia.
manusia yang anda hijabkakn gemar memberakkan nas-nas kerdil yang tak layak bernafas.

karma hadir dari mentaliti asli yang mengatakan segenap perkara pastiada pro dan kontra.

harus anda ingat.
karma boleh bergerak dalam apa jua medium.
dunia ini bulat.
makan sebulat itu jugalah segala persepsi buatan.
yg memebedakan hanyalah songsang ataupun menegak.
dendam ataupun tauladan.
sumpahan mahupun nasihat.
pekikan mahupun bisiskan.
salakan mahupun gurindam.

dan tolonglah, jangan sekali bersalak segempar alam,
namun hasilnya anda juga memuntahkan tahi-tahi meloyakan anda sendri sedar hanyapatot dilunaskan dari lubang yang terkebawah.

selamat berjaya.