Wednesday, November 15, 2006

Kononnya, nak jadi chekgu sukan

Sakit satu badan..
Otot-otot seperti ditarik, dipulas dan dipintal-pintal.

Selasa lepas, aku menghadiri interview untuk melanjutkan pelajaran di UPSI, di tanjung Malim Perak dalam bidang Sains Sukan. Jangan tanya kenapa aku apply kursus ini!

Aku bersama mama, ayah dan adek menyewa sebuah hotel di Tanjung Malim memandangkan temuduga berlangsung pada pukul 8 pagi, hari Selasa. Kami tiba di sana pada hari isnin.

Aku bimbang, emosi diselubungi kebimbangan yang amat sangat. Adakah aku mampu melepasi temuduga ini? Aku dikehendaki memakai pakaian sukan dan ini bermakna akan terdapat seisi 'mengeluarkan peluh yang hebat!'. Aku pasrah dan mampu berdoa agar aku tidak pengsan atau digegaskan ke Unit Kawalan Rapi di Hospital Tanjung Malim apabila tamat seisi temuduga.

Memandangkan sudah hampir 5tahun aku tidak bersukan secara serious, maka aku terpaksa gagahkan diri untuk menghadiri temuduga ini dengan membawa beban yang membebankan iaitu 'perut-chomelku'. Aku tak mampu untuk menghilangkan perutku yang gebu ini secara spontan kerna ini akan memakan masa yang panjang. Lagipun, aku tidak lagi mampu untuk berjauhan dengan perut buncitku (alasan seorang pemalas bersukan!)

Pagi itu, aku bangun sekitar jam 7 pagi. Mandi selaju mungkin dan terus ke UPSI. Agak besar juga UPSI ini, dengan padang yang luas, pemandangan yang indah dan tidak keterlaluan kiranya aku katakan bahawa pekan Tanjung Malim ini masih kurang dicemari udaranya dan udara paginya sungguh menyegarkan. Namun aku lebih suka untuk memilih asap rokok dari udara segar pagi itu bagi menghilangkan rasa debaran untuk temuduga. Errr

Ketika proses pendaftaran, mataku terpandang para AJK menyusun kon-kon didalam gymnesium. Aku sekali lagi terus berdoa agar aku tidak pengsan atau berbuih-buih mulut bagi melepasi temuduga ini!

Setelah pendaftaran, kami diterangkan tentang proses dan level-level dalam seisi temuduga kali ini. Setiap calon dikehendaki melalui 5 proses dalam temuduga ini. Peringkat pertama ialah temuduga lisan, peringkat kedua, ketiga,keempat dan kelima adalah temuduga praktikal dimana kami akan diuji tahap kecergasan kami. Temuduga praktikal adalah seperti berikut;

Kemahiran manipulatif-melantunkan bola keranjang mengelilingi kon-kon yang telah disiapkan.
Skipping- Skipping sebanyak mungkin dalam masa 30 saat

Balancing-Mengimbang badan dengan gaya superman (tangan depa dan kaki hanya sebelah)
Bleep Test- larian sejauh 20meter, namun secara berperingkat.

Setelah mengambil tinggi dan berat badanku, aku perlu menunggu giliran untuk ditemuduga secara lisan. Tak perlu bertanya berapa badanku kerna aku tidak mahu menambah dosa kalian yang ingin mengutuk tahap kechomelan perutku.

Sampai sahaja giliranku, aku terus menuju ke meja temuduga. Aku agak gubra namun hanya cuba menunjukkan muka jantanku.

Semasa temuduga lisan ini berlangsung, aku disumbatkan dengan pelbagai persoalan yang agak mencabar, dan membingungkan! Namun, aku dengan lagak 'innocent' menggunakan skill-skill dan kemahiran untuk menipu secara maya agar penemuduga seakan-akan percaya dengan segala fakta yang aku fatwakan!

Proses pertama selesai...

Habis sahaja temuduga lisan, aku terus diarah untuk melakukan proses temuduga praktikal pertama iaitu;

Skipping-Kurang masalah bagiku untuk berskipping kerna aku memang selalu berskipping dulu. So, dalam level ini, aku masih lagi sasa dan memiliki tahap kecergasan yang average. Namun, disebabkan kurang senaman regangan, aku dapati bahawa otot dibahagian betisku sudah mengeras (mengeras?). Mungkin aku perlu berehat sebentar untuk meregangkannya. Namun, aku tidak sempat untuk berehat kerna selepas peringkat ini, aku terus sahaja ke peringkat..

Balancing-Setelah lenguh kaki akibat skipping, aku dikehendaki untuk mengimbang badan dengan sebelah kaki. Dengan kepala yang masih lagi berpusing-pusing, aku gagahi jua.AKu seperti ingin terbang, namun bukan terbang keatas seperti superman, tapi terbang tersembam kelantai seperti seorang tolol! Nasib menyebelahiku apabila aku tidak berjaya terbang seperti superman mahupun seperti tolol! Masa terbaik dicatat adalah 1minit 9 saat.

Kemahiran manipulatif- Aku tiada pengalaman yang meluas dalam kemahiran melanun-lantun bola keranjang. Namun akhirnya aku berjaya juga melaluinya tanpa dugaan yang melampau.
Situasi serta keadaan badan dan formasi saraf-saraf otak kian terumbang-ambing...
dan ahirnya, ujian terakhir iaitu..

Bleep Test- Ujian yang paling memenatkan dan yang paling mencabar otot-otot serta urat-urat kentutku. Aku dikehendaki berlari sejauh 20meter untuk setiap level. Dan untuk level pertama, terdapat 7 peringkat, dan untuk level kedua, 8 peringkat dan seterusnya samnpai level ke 20. Aku tak pernah tahu langsung tentang ujian ini, namun hanya melihatnya dalam pemilihan MyTeam dulu. Secara amnya, pemain bola sepak antarabangsa hanya mampu sampai ke level yang ke 15. Ermm aku hanya mampu sampai mencecah ke level yang ke 5.7. Kira hebat la tu. Ini juga menunjukkan kardiovaskularku tidak mampu menampung kandungan oksigen yang tinggi kerna ruang-ruang dalam jantungku penuh dengan asap-asap dari rokok-rokok yang tiada faedah!

Dan akhirnya tamat sudah temudugaku di Tanjung Malim Perak.
Dan keesokan paginya, seluruh otot dan urat diseluruh tubuhku menjadi tegang dan bernafsu!

12 komen-komen:

Elhakim said...

ha.ha..ha.
kelakarnya.

beshnya citerr....

ha.ha..ha.

citiez_freakfraulin said...

amacam..?? ader turun berat badan x?? errmmm jap agi jadi coach pakar senaman tegangkan urat2 kentut...

pemusnah makna said...

dem... tak sangka rupa nya temuduga ini ko pegi.. wakaka buduh, perut tue dah boyot nak lari2..

Anonymous said...

so, bila result dia dpt?

haha..nih kalo jd cikgu, students dok tgk muka cikgu yg jambu jer la..tak dpt nak bersukan..hahahahaaaa

:)

Anonymous said...

nasib baik kau tak melancap mlm sebelum tu. kalau tak sure lutut longgar. hehehe..

::i'm a dreamer:: said...

laugh..
err..jgn gelak banyak2, nanti urat ketawa kejang hehehe

citiez..
aku tak tau samada berat badan turun ke tak, tapi yg pasti lepas puasa ni, perut dah makin susut.. bagus untuk kemachoan aku hahaha

pemusnah makna..
boyot tak semstinya tak mampu lari dan ada-six-packs tu tak semestinya kuat lari. harap maklum

jun..
result tak tau bile dapat, tapi maybe akhir bulan dec.. dan aku memang berharap bukan student je dok tengok muke aku, bahkan mak2 dorang serta akak2 cleaner indon juga bernafsu terhadap aku :P

zeezam..
buat pengetahuan ko, aku melancap sebelom temuduga ini.. dan ini menunjukkan kehebatan sendi lutut aku.. bukan macam kau!

farahfatihah said...

hmm ayun2 tahniah sbb ko dah melepasi 1st step utuk ke upsi...buat pengetahuan ko slah sorg ajk tu mmber aku...huhuhu mgkin ko da jumpa dia...

farahfatihah said...

hmm ayun2 tahniah sbb ko dah melepasi 1st step utuk ke upsi...buat pengetahuan ko slah sorg ajk tu mmber aku...huhuhu mgkin ko da jumpa dia...

::i'm a dreamer:: said...

errr..ye ke?

cheh..nape tak inform awal2..

duh...

tape2..tak perlu pon
hhuahuahua

Anonymous said...

weh,kata nak update..bile?

ish2 ko nih..aku aderla no ko..kalo takde,camne aku leh cntc ko..haha

:)
june

::i'm a dreamer:: said...

june..
aku memang tak sempat2 sejak praktikal ni..

tapi harini aku last day praktikal coz aku dah kene buat medical checkup+ mesra2 ngan family seblom aku gi perak..

boring2, call ar aku k.. kita borak pasal tempat ko, borak pasal gadis2 eropah hehehe..

jaga diri ditempat orang..

lalallalalala

Anonymous said...

ye la tuh..tggu ko beli battery baru la..hahahaha

kalo ader charger ngn ko and kalo ko free, miss call aku k..hahaha..barula best nak sembang..

jgn marah..hihi

p/s: slamat bergumbira di tempat baru!!

;)

June