Saturday, November 04, 2006

Seminggu menjalani praktikal

Sudah seminggu aku jalani praktikal di sebuah company, di skudai.

Ahad lalu, aku sudah sampai di johor bahru untuk memasuki rumah sewa. Pada anggapanku, tuan rumah agak alim orangnya, dengan isterinya bertudung labuh seakan-akan menyekat niatku untuk menjadikan rumah itu sebagai sarang maksiat.Aku menyewa disebuah flat yang agak baru di Sri Pulai Perdana. Duduk ditingkat paling atas iaitu tingkat 5. Masih tidak ramai orang menduduki flat itu menyebabkan keadaan sekililing agak sunyi. Kalau ditakdirkan seorang manusia kentut ditingkat 1, maka akan terdengarlah bunyi dengungan kentut itu sampai ketingkat 5. Begitulah gambaran kesunyian di flat itu. Dibelakang flat itu adalah ladang kelapa sawit dan ini menyebabkan keadaan sekeliling agak suram dan seram. Keadaan bertukar gelap malap gelita apabila menjelang malam, ini kerana tiada lagi lampu ditangga flat serta masih lagi kekurangan jiran.

Rumahku masih lagi kosong! Hanya dibekalkan sebuah TOTO dan bantal untuk kegunaan 2 orang. Itu pun dah kira oke la. Mempunyai 3 bilik, namun kami membuat keputusan untuk hanya tidur diruang tamu memandangkan terpaksa berkongsi TOTO dan sebiji kipas angin kecil.

Malam pertama, tidurku kurang nyenyak. Mungkin disebabkan masih terbayang-bayang kisah Jin Tanah sial yang menganggu ibuku tempoh hari.

Hari pertama ke tempat praktikal, kami datang awal bagi menunjukkan sifat-sifat komited dan dedikasi bagi memikat hati majikan. Kami diperkenalkan kepada Kak Ina sebagai people-in-charge kami. Beliau berjawatan Ketua Bahagian Teknikal dan sebarang arahan adalah dibawah telunjuk beliau. Waktu bekerja adalah dari jam830 hingga jam1730 dan bercuti pada sabtu dan ahad.Aku seperti teruja untuk memulakan praktikal disitu. Aku ingin untuk belajar lebih lanjut tentang computer,software,networking dan pelbagai lagi (Kerna sebelum ini aku belajar bahagian elektrik). Dan cuba kalian meneka, apa ‘task’ pertama aku? Task pertama adalah ‘menguji kebolehan membuat air teh o’. SANGAT TERUJA!

Aku diarahkan oleh Bos untuk memakai kemeja apabila bekerja. Nasib aku baik kerna aku membawa hanya 2 helai kemeja. Oleh itu, setiap 2 hari, aku akan memakai baju yang sama! Kagum dengan diri sendiri, aku bertekad untuk pulang ke Muar akhir minggu untuk mengutip lebih banyak kemeja.

Sepanjang 5 hari bekerja, masih terlalu sedikit tugasan yang diberikan kepadaku. Selain membuat teh o dan mencuci cawan, aku dikehendaki google di internet mencari produk-produk software, mengedit katalog-katalog company serta me’reload’ ink printer.Dan tugasan paling mencabar buat masa ini adalah MENOLAK LORI! Bayangkan, aku dengan memakai pakaian office-yang-diseterika menolak lori company! Sungguh UNCOOL! Kanina!

Kebanyakan staff di office adalah sebaya denganku. Mempunyai hanya 3 orang staff perempuan dan nasibku agak baik kerna seorang staff perempuan berpakaian agak seksi! Moga-moga beliau berkeinginan buas sepertiku!

Kehidupanku disana juga adalah tersangat bosan. Tanpa apa-apa hiburan, hanya berbekalkan 2 buah buku yang aku bawa. Balik kerja, terus je melelapkan mata. Bangun pagi, terus bergerak ketempat kerja. Bosan! Namun kugagahi jua kehidupanku. Tak lama pun, 2 bulan je!

Habis je kerja pada hari jumaat, kami terus bergerak pulang ke Muar untuk mengambi beberapa barang. Aku membonceng motor 125Z rakanku. Perjalanan dari Johor Bahru ke Muar memakan masa selama 4 jam! Sungguh memenatkan. Sesekali ditemani hujan di lebuhraya, dan lintasan lori-lori yang mengerikan! Tapi itu tidak mematahkan kekuatan jantanku. Namun, yang membuatkan aku takut adalah tentang punggungku. Ya, PUNGGUNG! Anda tidak salah lihat! Aku cuma risau tentang kemungkinan urat kemutan dipunggungku akan termandul disebabkan duduk diatas motor terlalu lama. Kekejangan punggung sesekali menyerang. Aku pasrah dan berdoa agar cepat sampai dirumah. 4 jam kemudian, aku tiba dirumah. Aku berusaha untuk melakukan sedikit senaman ringkas bagi mengendurkan urat-urat punggungku. Aku takut urat kemutan-punggungku akan berada dalam ‘disable mode’ dan keadaan ini akan menyebabkan kesukaran untuk memotong najis apabila berlaku proses penyahtinjaan. Aku kalut dan terus berdoa.

Ahad ini, sekali lagi aku perlu meredah lebuhraya untuk pulang ke Johor Bahru. Dan sekali lagi menaiki motor selama 4 jam. Bagi meletakkan keadaan punggungku ditahap yang sentiasa normal, aku perlu google untuk mengetahui senaman ringkas pada bahagian punggung bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot punggung. Anda ada cadangan?

P/S: Komen post ini bagi memberi langkah-langkah atau petua orang-tua bagi mengelakkan kekejangan otot dan mengelakkan kerosakan urat kemutan. Bantu aku!!!

10 komen-komen:

Anonymous said...

cuba mlm minggu ni kau pinjam baju kurung mama kau dan pegi melacur kat lrg sayang..
moga moga kemutan kau tambah power!

::i'm a dreamer:: said...

terima kasih atas saranan yang bernas...

aku akan cuba..aku tau aku akan laku..tapi kau??

HARAPAN!

pemusnah makna said...

artikel skrang panjang2 aku benar2 kagum dalam cara ko men"visual"kan suasana kepada ayat2 yg sakarstik dan juga mendalam maksud nye...

bangga aku as ur fucking fren dude..

aku tiada petua tuk kekemutan dubur tue.. hmm mungkin ko kena buat senaman lubang jubo kot

farahfatihah said...

hmm aku dah baca blog ko..teruja aku bila baca bab ko kena tolak lori kuikuikui...kitorg ok je beb..1st day biasalah kena susun fail huhuu 2nd day TP dah bagi keja so smpai la ni tak settle lagi sbb byk gler itulah keja PA bosan gak sbb wat benda yg sama je tiap ari...skng ni yg byk kena buli zahrul la slalu sgt d suruh photostat huhuhu dorg tak brani suh aku tkut TP marah heheh selamat skit...kim salam kat hirzan yg sengal gak k n bila elaun nak masuk nih!!!

Elhakim said...

Tidak banyak yang boleh aku bantu. Tetapi aku nasihatkan supaya tidak merokok. Mungkin dapat mengurangkan kerosakan urat kemutan.

atau minta pada ayah untuk dibelikan seekor kancil.

::i'm a dreamer:: said...

tenkiu elhakim...

rasanya memang perlu kancil.. tapi tak mau bebankan ayah nak belikan sebiji kancill..

blog anda menarik.. mempersoalkan sesuatu yng selalunya diterima masyarakat beragama tanpa mempersoal!
thanx 4 the comment

CONNA said...

teruskan berjuang di pentas pembulian.. hehehhe.. mari tolak lori lagi.. hehehe

citiez_freakfraulin said...

mencabar sungguh in 1week ko praktikal ek..TERUJA heh..best tolak lori?? xperlah..bley turun buncit kat perut tuh..

farahfatihah said...

ayun..pe add website yg ko slalu baca tuh?ala blog yg ada tulisan dari hissamuddin rais n etc....

::i'm a dreamer:: said...

err.. www.malaysia-today.net

nape?