Friday, November 30, 2007

Maaf, tiada perkataan 'mungkin' dalam bahasa bangsa manusia!

Sesekali tunduk aku, bersembunyi dibalik kotak-kotak yang entah apa ada didalamnya. Sambil mengisi peluru senjata RPGku, aku mengintai semula raksasa bermuka hodoh- yang bilangannya bukan sedikit- dihadapanku. Yang sudah sedia mematah-matah tulangku.Mati,bergelimpangan, terpancut darah-darah merah yang tiada bau. Lalu terus aku ketangga, mencari-cari jalan bagi menemukan jalan keluar dari makmal yang telah rosak teruk, terbakar dan menjadi gila. Aku buntu, namun tidak pula berputus asa.

Patah balek ke 3 hari kebelakang..

Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, didalam laci bilik abangku. Mungkin kebosanan sekali lagi melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.

Hah, aku terjumpa cakera padat permainan maya yang bertajuk Half-Life. Suatu permainan maya yang berorientasikan perang, perang melawan raksasa yang-memang sejak azalinya-di susun atur oleh manusia sendiri. Manusia yang gilakan kuasa untuk mendobrak peradaban manusia, yang gilakan kuasa, yang gila akan dominasi, yang gilakan kematian, yang gilakan.. huh, penat!

Level pertama, berjaya aku tamatkan. Level dua sedikit complicated, namun dengan rasionaliti dan sedikit moraliti, berjaya aku ke level tiga. Dan seterusnya, namun bak kata pepatah yang aku distorsikan-hidup ini umpama hubungan seks- aku terus tersekat dilevel yang sama. Buntu mencari jalan untuk menamatkan pengembaraan maya aku.

Monolog sebentar aku, apa gunanya teknologi pasca moden yang menghuni ruang-ruang kosong dibumi ini? Terus aku google, mencari cheat code bagi mengakhiri kebuntuan fikrah akalku. Dengan satu klik, aku terus mencopy-paste dan yay! Aku seperti tuhan didalam permainan maya ini. Hah, kau raksasa, gigitlah aku, tembaklah aku! Aku kebal seperti badang yang telah memakan muntah hantu di sungai ketika menangkap ikan. Cadangnya nak makan ikan, tapi terpaksa makan muntah hantu! Aktiviti mengoogle aku, boleh diangkat sebagai satu ritual memakan muntah hantu juga sebenarnya. Namun dengan cara yang lebih bersih,senang dan tidak memualkan! Ya, aku kebal dan aku boleh terbang! Habis segenap penjuru, semua ceruk aku lalui, dan dengan tak sampai satu jam, aku berjaya ke dua level berikutnya. Malahan, aku boleh terus menamatkan permainan mayaku ini dengan muntahan raksasa (baca:cheat-code) ini!

Namun,sekali lagi kebosanan melumpuhkan aku. Kebosanan meruntuhkan aku, lalu segera mencari sesuatu untuk menggantikannya. Sama seperti runtuhnya Tembok Berlin, dan seperti lajunya air-air mata para romantis apabila mendapat khabaran chenta mereka ditolak.

Aku bosan kerna tiada apa lagi yang perlu kulalui tatkala meletakkan diriku menjadi watak utama dalam permainan maya ini. Bosan! Ya bosan menjadi watak yang sudah tau pengakhirannya! Watak yang sudah tau dimana ini dan dimana itu. Watak yang sudah pasti melalui perjalanan maya dengan rasa tak kesah. Watak yang sudah bersedia dengan segala kemungkinan, malahan mungkin tiada langsung kemungkinan-kemungkinan mendatang. Padam saja ’mungkin’ itu dari perkataan semua bahasa bangsa manusia. Tiada yang mungkin lagi, yang ada hanyalah pasti! Perjalanan menjadi lurus, selurus trek lumba lari 100 meter, dan ianya tak mungkin menjadi bengkok, bengkok seperti keris yang dihunus hisham ataupun KJ. Bosan, jalan yang tiada apa, yang kosong dan pasti adalah suatu kebosanan yang paling mapan!

Kucabut cakera padat itu, lalu terus sign-up diakaun YM. Terdapat lebih banyak kemungkinan-kemungkinan bertemu kawan yang chantek! (dan seksi)

sigh!

7 komen-komen:

Anonymous said...

lerrrrrr....
baru main Half-life?

orang dah main
1. Half Life 2.0
2. Doom-3
3. Call of Duty 4
4. Counterstrike Source or CS1.6
5. Quake 4 and Quake-3

apala brader ketinggalan zaman laa..
heh.heh..heh..

::i'm a dreamer:: said...

hahah.. aku memang bukan hantu game.. coz if aku maen game, sure melekat je kat game tu..

memang ketinggalan zaman half life ni, sebab tu cd tu tersorok dalam laci kat uluuu..

ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

hai sedare...
nih saya nak bagi pendapat ni...

sy rasa la kan...
elok saja sedara terus-terusan bermain dengan komputer dan game-game maya tersebut dari terus-terusan tertipu semasa chatting dengan awek dalam YM.

Awek yang bermain dengan YM kadang2 bukan awek. Kdg2 jantan menyamar. Kadang2 anak dara tua. kdg2 yang bermuka hodoh dan berbadan debab sedebab tong-gas.

Aper kejadahnya awekcun seksi-meksi bermain di alam cyber spt YM, myspace mahupun Friendster ? Sudah tiada laku di dunia luarkah ?

Tapi tak tahulah kalau itu satu-satunya pilihan saudara.

heh.heh..

::i'm a dreamer:: said...

terima kasih atas pendapat sedara diatas.

aku tau bahwa ramai penipu2 diluar sana yang bersembunyi dibalik watak perempuan seksi di ym myspace dan frenster. Namun sekurang2nya ketika berchatting dengan mereka, mood itu tetap ada kerna merek-para penipu- itu akan berusaha untuk menjadi penipu terbaik, lantas akan berlakon sebaik mungkin sebagai permpuan yang seksi. Dan aku melihatnya dari sudut aku, hanya untuk mendapatkan mood tersebut. Still, aku berjaya dapatkan mood itu.

ya, aku sudah sedia sedar dan jelas tentang politik alam cyber ini, ianya sebagai langkah mudah untuk memecah kebosanan yang aku sendiri cipta.

tenkiu

farahfatihah said...

hmm bosan rupanya cikgu ni huhuhu g la baca bhn2 ilmiah bagi memantapkan lg ilmu di dada tu untuk persediaan menghadapi murid2 yg semakin kurg dgr cakap hahaha

Anonymous said...

cheh!

biaq kena tipu dek awek cun.
dia nk kena tipu dek si-buruk dr. gua hantu.

kahkah..!

Elhakim said...

Yeop! ooo Yeoppp!

mana kome pergi Yeoppp ??!!