Monday, January 07, 2008

Peluh, Idea dan Eksplorasi

Kehidupanku disini dipenuhi dengan peluh-peluh hasil dari aktiviti-aktiviti subbjek yang memerlukan aku mengaktifkan kelenjar peluhku. Aku bukan seorang yang rajin untuk mengikuti aktiviti sukan tapi badanku dipaksa untuk berbuat begitu. Aku sepertinya bukan pelajar sains sukan, malahan ramai pelajar disini membuat telahan bahawa aku pelajar yang mengambil jurusan musik. Mungkin dari segi aku berpakaian. Aku tidak kisah selagi ianya tidak mengheret aku kelembah hina.

Kehidupanku disini dikelilingi oleh bulatan rakan yang sama. Bukan aku tidak bercampur dengan rakan sekuliah, namun ianya hanya ketika aku mengikuti kuliah. Aku lebih selesa bergaul dengan rakan yang dalam bulatanku. Bukan aku mendiskriminasi, namun aku lebih selesa. Selesa dari sudut keselarian kami.

Dengan mereka, aku lebih ceria. Hari-hari kami disulami gelak ketawa yang melampau (jika kepala berisi, ketawa kami akan melampaui garisan waras!) Aku boleh bergelak-ketawa, namun aku juga bisa berbicara serious bersama mereka. Mereka mempunyai pandangan yang tidak terbatas oleh tipikal, mereka tidak berfikir secara streotaip dan mereka telah lepas dari acuan yang dibentuk, acuan berfikir yang dibentuk dahulu dan mereka telah memecahkan itu!

Kami seringkali berbicara tentang manusia. Tentang betapa kompleksnya manusia itu.Tentang patern manusia, tentang perilaku, moral dan cara manusia itu. Manusia yang dibentuk bukan dengan tiba-tiba tapi banyak dipengaruhi oleh persekitaran, cara membesar dan cara dibentuk. Walaupun ada rakanku seorang yang agnostik malah lebih kepada atheis, namun ianya tidak membataskan perbualan kami. Banyak perkara baru dan banyak hipotesis yang selalunya mengaktifkan saraf-saraf otakku. Idea adalah sesuatu perkara yang indah untuk diterokai. Tak perlu kau bataskan dan kurung minda kau dalam suatu penjara yang kau sendiri mampu untuk keluar. Tak perlu takut untuk bebas-lepas dari zon keselesaan kau kerna keindahan diluar adalah pada tahap infiniti dan ianya hanya menunggu kau keluar dan merampas ia kembali. Kehidupan itu sendiri adalah pilihan dan pilihan itu bukan terletak kepada masyarakat atau pemerintah, tapi ianya terletak di kekuatan diri kau yang orang kampungku selalu cakap, iaitu keberanian.

Persetankan pandangan normatif masyarakat, idea adalah suatu yang sangat subjektif, dan ianya tidak akan mungkin dipaksa menjadi sesuatu yang objektif. Subjektif bukan hanya ketika kau perlu menjawab soalan ujian secara esei, namun ianya juga melibatkan cara kau membasuh tahi dilubang punggung selepas selesai berak!

Bak kata band Hujan “Hari esok siapa yang tahuuuuu”


0 komen-komen: