Friday, October 13, 2006

England!

Semalam, aku menghabisi masa-masaku di sebuah negara penjajah iaitu negara England. Terkejut? Aku juga seakan-akan tidak percaya bahawa aku berada disana!

Aku ke sebuah daerah terpencil di England dan aku juga tidak pasti dimanakah kedudukan dan lokasi aktualku namun satu yang pasti, aku di England!

Aku menziarahi seorang rakan wanitaku disana. Keluarganya menetap disana. Suatu pengalaman baru bagi aku ke sebuah negara eropah. Aku kagum dengan daerah ini. Manakan tidak, dalam kepesatan dan kemajuan negara England ini, masih lagi terdapat sebuah daerah kecil yang terpelihara dari segala macam pembangunan yang menghancurkan. Udara disini masih lagi segar dan tidak tercemar. Juga tiada jerebu disini! Aku terkesima. Dan dalam masa yang sama-Kagum!

Rumah rakan wanitaku ini adalah sebuah rumah yang agak sederhana besar. Sebuah rumah tradisional sangkaanku. Rakanku ini menetap disana bersama neneknya. Aku sempat berjalan-jalan diperkarangan rumahnya. Indah! Tersusun pohon-pohon (seperti pohon ru) yang menghijau. Udara yang segar, cuaca yang tidak panas seperti diMalaysia. Sungguh selesa!

Kemudian, rakanku mengajak aku untuk menikmati makan malam bersama keluarganya. Aku sungguh teruja. Dan terus terlintas dalam kotak imajinasiku tentang makanan-makanan barat yang mungkin bakal disediakan kepadaku – spaghetti, lamp chop, chicken chop, atau mungkin chop stick! (maaf, aku masih tidak familiar dengan makan barat, so hanya beberapa jenis menu tipikal masyarakat barat dapat aku listkan.)

Baunya sungguh semerbak. Aku duduk berhadapan nenek rakanku di meja makan. Aku seperti tidak sabar untuk menikmati juadah barat dinegara barat. Namun, aku sungguh terkejut. Hidangannya bukanlah sepeti apa yang terimajinasi olehku. Aku jadi bingung kerna menu untuk makan malam hari itu adalah ikan selar kuning! Bersama kari pekat! Errr.. Dimana pula nenek ajaib ini dapat memancing ikan selar kuning di England? Aku keliru, namun tetap berlagak seperti biasa. Sungguh bingung!

Tiada dialog dapat diungkap semasa seisi makan malam ini. Mungkin aku masih lagi bengong dengan kepelikan keluarga ini. Yang penting, rakan wanitaku ini tersangatlah chomel…

Tiba-tiba kedengaran satu suara memanggilku. Sepertinya suara itu aku kenal. Sekali lagi aku berada dalam keadaan bingung dan mencurigakan.

“Ayun, bangun sahur! Dah dekat pukul lima ni!!”

Cheh!

5 komen-komen:

Elhakim said...

dah agak dah...

;)

::i'm a dreamer:: said...

eh.. ntah le.. memang camtu..
sejak2 puasa ni, mimpi macam2...

termasuk la mimpi gi england.. whut to do.. :P

at least dapat gak pegi england hehehehhe

citiez_freakfraulin said...

hahax..first2 aku bacer jerk aku dah agak dah...sengalll...

::i'm a dreamer:: said...

haha..

sesekali post blog yang tak mencabar dan senang meng'agak' ending jalan cerita..

tapi memang...aku pon dah agak dah..

LOOSER!

Anonymous said...

sebuah mimpi mmg indah utk dibayangkan..tak semua dpt rasakan apa yg kita mimpi.maklumla,mainan tdo nih tak semuanya sama..bersyukurla dgn apa yg dikurniakan..mungkin esok kita tak dpt lg rasakan ape yg kita mimpikan hr sebelumnyer..

hmm..ape la yg aku merepek nih..huhu..dah ngntuk tp,mau baca gak blog ko nih..

me,
-jun-
:)