Saturday, October 07, 2006

Batuk, sakit tekak dan berhingus…

Sudah dua hari aku mencarut tentang keadaan kesihatanku. Dah lama aku tak berkhalwat dengan demam. Namun, aku tahu bahawa keadaanku ini bukan disebabkan demam, tapi disebabkan jerebu yang melanda negara kita. Jerebu yang terhasil dari pembakaran terbuka di Indonesia dan akhirnya terkesan juga dimalaysia. Dan aku telah menjadi mangsa yang ke entah berapa. Disebabkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam, maka akhirnya manusia juga yang menerima kesannya. Dan aku, akhirnya terpaksa membazirkan duitku yang tak berapa ada untuk membeli ubat batuk! Sial!

Apabila batuk, terus sakit menusuk ke dada. Aduh, nak hisap rokok pun sudah hilang nikmat untuk dikecap. Apa lagi yang dapatku hisap untuk mengecap nikmat? Argh..

Dan dalam keadaan kesihatanku yang buruk, aku ditimpa oleh kerja-kerja yang perlu disiapkan bagi kursus bahasa inggerisku. Memenatkan dan membosankan. Kehidupanku kini hanyalah pergi kelas dan balik kelas, membaca dan berimaginasi dan terus tidur bagi persediaan menghadapi kehidupan yang berulang-ulang. Namun, aku cuba untuk terus optimis dengan kemungkinan dalam hidupku. Masih banyak lagi perkara-perkara indah dan mengujakan bagi aku untuk lalui. Dan aku masih tidak ingin menamatkan riwayatku. Tak mahu!

Aku juga kurang bersosial dan menghampiri keadaan dimana minatku untuk bersosial hilang! Mungkinkah kini aku dalam keadaan anti sosial? Adakah aku sudah jelak dengan perangai manusia yang membosankan? Atau mungkin perangaiku yang membuatkan manusia lain bosan denganku? Aku biarkan saja persoalan itu tergantung. Aku kini lebih suka menyendiri dan bermonolog sendirian. Bersoal-jawab dengan diri sendiri dan akhirnya mentertawakan diri hasil kebodohan diri.

Dan akhirnya berharap kehidupanku akan lebih menyeronokkan esok…



11 komen-komen:

Anonymous said...

ntahapehapentah...nantikan kemunculan aku..jefry

citiez_freakfraulin said...

hye..lme ek aku xkomen blog ko..sak8 ek..hope be better soon...

pemusnah makna said...

hmmm hidup umpama mayat kering yg di makan jenglot..

aku benci aku

Elhakim said...

har..har..har.. i really x tahan dah..dengan u punya sketsa..
very klakar...

terutama part u nak kawin/
"berilah peluang untuk beri u kesetiaan."

very nice jobs. INDEED. Superb. we all kat sini mmg tergelak besar.

bravo.
i wish jodoh u berkekalan sehingga ker akhir hayat.

-regards.

Elhakim said...

my sisters mmg x faham. I think I terlebih faham pula.

-;)

regards

::i'm a dreamer:: said...

ar.. so u yg mane satu yang faham ni? dan mana satu yg tak faham?

konpius..

anyway, thanx a lot! :P ngeh ngeh ngeh

kem salam sume yg membca hahah

Elhakim said...

mmg ramai yg gunakan ID tu. tapi yg baca u punya blog i x tau. i cuma kawan jer ngan diaorang. Mungkin kakaknya kot.
x tau la kiterr.

::i'm a dreamer:: said...

oh ok.. takpe...

thanx la eh :P

Elhakim said...

hi.. i am lynn.

so u still student?
not work yet?

:)

::i'm a dreamer:: said...

oh.. hye lynn..

not work yet.. jobless.. err.. i skang ni pon tak boleh considered as study kot.. its a scheme actually for jobless graduat-looser like me hehehe...

hye again lynn

Anonymous said...

eh,sempat lg berknl kenalan??
ko nak knl ngn aku tak??hahahaha

me,
-jun-
:)