Monday, September 22, 2008

Halusinasi itu suatu konstruksi situasi

Escapist!

Itulah suatu perkataan yang dilabelkan kepada aku oleh kakak angkatku apabila aku menyatakan bahawa kini aku seringkali pergi kedunia yang satu lagi..

Ke dunia yang penuh dengan warna-warna berbeza, warna-warna yang tidak selalunya gelap dan seringkalinya berwarna-warna...

Dunia yang penuh dengan imajinasi, ilusi, halusinasi

Dengan dunia satu lagi itu, aku bisa saja terbang, terbang ke suatu tempat yang jauh dari sakit-sakit hati, terbang jauh dari realiti yang sakit sedang aku hadapi ini. Aku mampu saja membunuh memori-memori pahit aku disini, didunia yang penuh dengan ilusi ciptaan kami.

Aku gembira dan mampu lupakan ia..

walaupun seketika..

walaupun untuk waktu yang seketika..

Walaupun apa jua terma serupa escapist kau labelkan, aku rela asalkan jalan singkat ini mampu membawa aku jauh dari memori itu.

Aku bencikan memori itu, aku ingin bunuh memori itu!

Namun aku tak mampu.. Kerna ianya suatu perasaan yang paling indah sepanjang hidupku.

"kau ni makin kuat hisap dadah lepas putus cinta ni kan"

Kawan se'pendadahan' aku tiba-tiba menyua kata-kata itu walaupun aku tau dia juga muungkin sedikit terkejut. Namun dia jugalah satu-satunya kawan aku yg tanpa dia, mungkin aku telah mati.

Aku lagi ingin pergi dari realiti ini, meninggalkan sisa-sisa yang masih lagi hidup dalam aku,yang masih lagi duduk menikus di suatu sudut diri aku tanpa aku mampu menyahkan ia yang telah menjadi sebahagian dari hidup aku, dari aku dan dari roh aku.

Pergi ke alam halusinasi adalah suatu langkah pendek untuk aku melupakan ia pada masa ini dan aku harap ianya pergi jauh dari ku..

sedarlah, aku tidak ingin kau huni diri aku lagi.

1 komen-komen:

zeezam said...

the more u ignore her, the closer u get :)

the best, i guess, jangan kenang lagi memori indah waktu bersama tapi pikirkan tentang keburukan dia dan apa yg telah dia lakukan terhadap diri engkau. benci dia, maki dia. semoga berjaya.

aku tau aku pun tak kuat tapi at least, boleh la buat aku lupakan dia. mungkin bukan lupakan tapi ketepikan.