Saturday, October 14, 2006

Tolong bagi aku kad raya!!!

Aku masih belum lupa, pada waktu-waktu menjelang perayaan hari raya ketika aku masih kecil, aku merasa sedikit marah apabila melihat selonggok kad raya dikirim kepada ayah. Manakan tidak, kad-kad ini sebilangannya datang dari wanita. Aku curiga bahawa ayah bermain kayu tiga, dan mungkin lebih banyak kayu lagi! Aku memang tidak boleh kompromi tentang isu ini. Kad-kad ini tertera bersama nama dan cop-cop syarikat dan dari jabatan. Ketika itu, aku masih tidak lagi dapat memastikan dan terfikir langsung tentang sebarang politik disebalik budaya kad-kad raya ini. Lalu aku hanya mampu mencarut perlahan dari dalam hati.

Mungkin persepsiku tentang kad-kad raya ini ditunjangi dengan perasaan iri-hati dan cemburu buta. Ya, cemburu disebabkan aku bukanlah seorang yang dapat mengumpul kad raya yang berlonggok-longgok pada musim perayaan.

Budaya mengirim kad raya ini boleh aku simpulkan sebagai suatu budaya yang cantik, dan bermoral. Hubungan silaturrahim dapat dikukuhkan dan dapat menjaga keharmonian hubungan sesama manusia.Budaya bermaafan menjelang perayaan disampaikan melalui pengiriman kad raya. Walaupun ianya hanyalah mengikut musim dan dirayakan setahun sekali. Namun, nilai-nilai asal budaya kirim-mengirim kad raya ini telah tersasar jauh. Kad-kad raya tidak lagi menjadi sebuah medium bagi mengerat hubungan, namun hanyalah tatktik dan strategi berniaga yang paling nampak suci dan bermoral!

Minggu lepas, aku terlihat dikaunter kolej, berpuluh malah beratus-ratus kad raya yang sedang dipersiapkan bagi diedar oleh dua orang staff. Apakah isi tulisan kad raya itu? Hanyalah dipenuhi cop-cop rasmi kolej. Dan ianya akan dihantar kepada pengetua sekolah-sekolah disekitar daerah dan mungkin diluar daerah. Adakah ikhlas? Atau bertindak sebagai oppurtunis yang sudah terbayang peluang-peluang perniagaan?

Nilai-nilai moral telah dipengaruhi oleh ekonomi dan materialism. Segalanya adalah didasarkan kepada kepentingan ekonomi.

Dan yang pasti, tahun ini juga, aku tidak akan dilonggokkan dengan limpahan kad-kad raya dari sesiapa. Aku sedih dan berharap agar sesiapa ber’empati’ dengan sugulnya hati dan perasaanku.

P/S: Disini, aku merayu. Aku masih lagi berharap agar kawan-kawan dapat mengirim kad raya kepada aku. Sesiapa yang ingin mengetahui alamatku bagi proses pengiriman kad raya, email aku untuk mengetahui alamat rumahku! Aku serius ni!!


Tolong bagi aku kad raya!!!

6 komen-komen:

citiez_freakfraulin said...

aik mintak kad raya ek..hehe aku baru dapat kad raya semalam..br 2keping jer yunn...

::i'm a dreamer:: said...

ala.. aku lagi la tak dapat langsung tahun ni.. tu yg merayu menagih simpati kat blog ni.. sudilah kiranya bagi sekeping dua kad raya

hahahahhaha

::i'm a dreamer:: said...

eh..

pertama2nya: aku takde betting pon ngan sape2

Keduanya: memang dia tak bagik aku kad raya coz aku tak bagik dia kad raya kot

Ketiganya: maybe kad raya tu on the way, tapi aku tak pula diberitahu

keempat:apa kata ko je yg bagik aku kad raya?

kelima: abis!

Anonymous said...

selamatkan pokok!
hantar sms je!

Anonymous said...

menate beghuk mung...orang tak pakai kad dah la,sms lg senang,cepat,berkesan...menyusahkan posmen jer,nak antar kad raye ko...byk lg keje lain .......huhu...

-galang rambu anarki-

Anonymous said...

haha..meh la aku bg kad raya kat ko..ssh betul org lain nih..bg alamat kat aku k..aku bg kad christmas leh tak?huhu..tak pon poskad sbg pengirim berita..ok la kan??betul gak tuh,skrg nih,org main anta jer kad raya..kdg2 tuh diorg tak tau pon anta kat sape..maklumla,yg anta bknnyer diorg..pekerja2 diorg kan..ish2..tak patut2..huhu..jgn risau,kalo aku bg,aku tau aku bg kat sape n sumer kandungannyer adalah dtg dr hati yg tulus suci...

me,
-jun-
:)