Wednesday, August 23, 2006

Atukku seorang Marxist?

Sekali lagi,bercerita tentang aku dan kedua atuk dan nenekku…


Aku dan atuk sedang duduk diluar rumah di kampungku,mendengar burung berkicau dan mengagumi keindahan kampung diwaktu pagi. Sambil kedua dua kami menikmati asap asap yang mencemar kesihatan dan udara sekeliling.Lalu, kami didatangi seorang gadis menghantar bubur kacang kepada atukku (bagi memulangkan bekas yang dulu).Aku amati gadis itu seraya berbisik dalam hati “Dah besar dah budak Nor ni”.Sekembalinya gadis itu, aku memulakan dialog pembukaan kepada atukku.

Aku :Dah besar dah Nor tu kan.
Atuk :Pandai budak tu, belajar kat asrama penuh. Dah besar nanti mesti dia masuk universiti! (aku tahu atuk sengaja memprovok aku kerna atuk sememangnya sudah faham dan jelas bahawa ukuran kepandaian sekarang ini bukan terletak pada ‘jejakan’ kakimu ke universiti kerna pendidikan kini adalah tidak laen hanyalah KOMODITI)

Aku menukar topik;

Aku :Husin depan rumah atuk ni dah kawen?
Atuk :Belum.
Aku :Akak husin, Ita?
Atuk :Belum…Kenapa? Kau nak kawen dengan si Ita tu ke?
Aku :Ish.
Atuk :Kalau kau nak kawen, carik kerja dulu.. lepas tu, duit dah banyak terus beli kereta. Dah ada kereta baru senang. Kawan dengan ramai perempuan. Baru boleh carik bini!
Aku :Errrrr (tanpa dialog)


Terdiam aku mendengar pendapat atuk. Dalam hati aku merespon dari nasehat atuk tadi “Ala, abistu, Atuk takde kereta pun, boleh kawen dengan nenek?”.Aku hanya mampu merespon dalam hati sahaja. Aku bimbang sekiranya aku melebarkan soalan soalan aku itu, pastinya atuk akan mula menerangkan analisisnya tentang budaya/mentaliti dalam cakupan masyarakat yang berbeza generasi (yang tak pernah aku fahami) dan lebih parah lagi apabila terdapat kemungkinan atuk,dengan muka berkedut, bercerita tentang teori Dialetik Materialisme mengenai pergerakan sejarah dan perubahan moraliti dan masyarakat adalah sesungguhnya berbasiskan material/ekonomi…



Seraya berkata; “Betuk kata kata Marx! Atuk memang dah tau dah”

10 komen-komen:

pemusnah makna said...

atuk ko mmg kool... tapi kan aku rasa mahu jugak berbual ngan atuk ko.. tapi takut plak aku nnt dia tak leh terima rupa aku... dialetek.. :P

Anonymous said...

saya anti-sosialis.
kehekehe..

::i'm a dreamer:: said...

jangan risau,atuk aku adalah seorang prochoice hahaha

anda anti sosialis? saya anti kepada so-SIAL-is... errr

Anonymous said...

oh silap.
saya anti kepada sosial je.
sbb saya tak bijak bersosial.
kalau sialan yer lah.
kuikui

::i'm a dreamer:: said...

err.. anda tidak bijak bersosial?
yeah right!

CONNA said...

marxisme..
ayunisme..
connaisme...

the last one is 'COOL'..
bleh jadi ikutan anak2 muda remaja.. hehhehe

::i'm a dreamer:: said...

hahahha...
'isme' always seems to be cool
but it always turn people to be cruel...

Anonymous said...

-SIAL-

S-SETAN
I-ITU
A-ADALAH
L-LELAKI

ini di tujukan pada yg tahu....not all of u...

Anonymous said...

hr nie aku bengang tol dlm klas...time aku tengah menongkatkan daguku kat papan keyboard yg boleh scrol tue sambil mendengar cik aniza beceloteh..tetiber lak papan keyboard tue jatuh...satu klas gelak...dengan aku2 skali nak jatuh..perghh..bengang...

-citiez-

::i'm a dreamer:: said...

eh... sial itu adalah lelaki?
seksis sungguh anda..

sian citiez, key board jatuh eh? nasib baek diri sendiri tak jatuh ahahaheheheheh