Tuesday, August 22, 2006


Kembali semula ke kelas!

Setelah 3 bulan aku menganggur, akhirnya aku telah mendaftarkan diri di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Muar iaitu di Cosmopoint. Aku mendaftar bukan sebagai pelajar Cosmopoint, tetapi sebagai pelajar yang mengambil kursus disitu (lebih kurang pelajar la) iaitu Skim Latihan Graduan (SLG) dalam kursus Bahasa Inggeris. SLG adalah satu skim untuk para graduan yang masih menganggur seperti aku. SLG ini mengambil masa selama enam (6) bulan, dimana empat (4) bulan mengikuti pembelajaran didalam kelas manakala dua (2) bulan lagi mengikuti praktikal. Setiap bulan pula, satu badan (ehemm) kerajaan iaitu Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan menganugerahkan elaun sebanyak RM500 kepada peserta SLG ini. Hmmm, dari tak melakukan sesuatu, baek aku belajar sambil dapat elaun (baca: duit rakyat). Dalam masa yang sama juga, aku berusaha memohon kerja. Agak susah bagi aku untuk memohon kerja disebabkan Diploma aku masih lagi dalam tahanan UTM disebabkan kegagalan aku melangsaikan hutang yang maseh tertunggak. Aku perlu bayar-dan-dapat-balik-diploma aku tu untuk memudahkan pencarian kerja yang lebih effisyen dan terjamin chewah! Baru-baru ini juga aku telah melakukan satu langkah yang boleh diklasifikasikan sebagai langkah-berharap (kerna aku sangat berharap) iaitu dengan mengisi borang permohonan melanjutkan pelajaran aku kepada Ijazah Sarjana Muda di UITM secara online sementara maseh terdapat sedikit semangat untuk belajar. Lepas tu dapat kerja, berharap untuk kawen, ber-anak, makan duit pencen dan akhirnya MATI (dalam tak sedar aku adalah salah seorang yang bercita-cita untuk meneruskan kesinambungan streotaip/tipikal perjalanan hidup manusia yang telah dibentuk)

Berbalek kepada kisah kursus bahasa inggeris, dalam seminggu, aku perlu menghadiri 5 kelas, dari isnin hingga jumaat. Rutin kelas pula bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang. Rehat diperuntukkan untuk makan tengahari selama satu jam. Dari observasi aku yang cetek ini, aku dapati bahawa kami akan melakukan ‘ritual’ yang agak sama setiap hari. Berikut adalah jadual harian kelas;


0900-0945- Bercerita tentang isu-isu semasa domestik dan luar negara

0945-1015-Lecturer (selepas ini dibaca Sir) memberi input tentang keindahan proverb

1015-1045-Grammar (aku paling bosan bab ni la)

1045-1105- Rehat mengambil udara (selalunya aku mengambil nikotin,tar,racun tikus ect dirooftop)

1105-1300-Sir akan memberi tajuk/acara untuk para pelajar membuat pembentangan selepas rehat tengahari

1300-1400-Rehat makan tengahari

1400-1600- pembentangan


Biasanya aku akan makan disebuah gerai bai (biasanya aku panggil mapley,tapi kat sini dah jadik bai). Menu makan tengahari aku adalah sama setiap hari iaitu sebungkus nasi lemak,dua biji karipap dan teh o dan semuanya berharga hanya RM1.70. Agak murah dan berupaya untuk menyelamatkan sedikit duit aku. Mak aku akan senantiasa membebel pada aku kerna hampir setiap hari aku akan bersama nasi lemak. Buat pengetahuan korang, biasanya sarapan aku akan mengambil 2 bungkus nasi lemak, tengahari juga nasi lemak dan kadang kadang malamku juga dipersembahkan nasi lemak (biasanya malam keluarga aku hanya beli makanan). Dan sesekali melihat mukaku dicermin, ada iras-iras nasi lemak pulak (hidung macam hujung pembungkus nasi lemak) dan sedikit merah seperti sambal di pipiku. Tak mengapalah kalau aku mentransformasi diri menjadi nasi lemak, dari aku menjadi Hitler yang tak pernah mungkin makan nasi lemak! (dan tak pernah mempunyai perasaan kemanusiaan!) Dengan kehadiran nasi lemak yang berlemak, dan dengan sendirinya perutku juga telah berupaya untuk membuka akaun lemak dan tanpa disedari (dan gerun sebenarnya) perutku seperti mengandungi janin berusia 2 minggu. Harap aku tidak menjadi lelaki malaysia pertama yang mengandung,tapi siapa ibunya? (time will tell hahahah)

Berbalek pada kursus aku tadi, masa baru baru aku jejak kaki ke cosmopoint, aku berpakaian formal dan kacak (berpakaian je). Namun setelah seminggu disitu, aku pun memakai pakaian rasmi aku iaitu baju t yang penuh warna warni (warna warni dengan tulisan je). Yang seronoknya, kursus bahasa inggeris ini tidak mempunyai peperiksaan dan keadaan ini menyebabkan situasi stress dan tekanan menghampiri nilai zero. Tahap penguasaan bahasa inggeris bagi setiap pelajar dalam kelas aku adalah pada tahap average, so aku tidak berasa segan untuk menuturkan bahasa inggerisku yang agak songsang (problem of mentality J).Para pelajar dalam kelas aku datang dari pelbagai latarbelakang akademik. Ada yang ambil business, fashion designer, journalism dan laen laen. Masa aku pertama kali jejak kaki ke kelas aku,terdapat 14 orang pelajar, namun kini tinggal 10 orang sahaja kerna 3 orang sudah mendapat pekerjaan dan seorang melanjutkan pelajaran. Suausana kelas agak enjoy,happy dan kelakar apabila melihat telatah pelajar (termasuk aku) yang cuba mendistorsi struktur lidah maseng maseng dari jawa kepada omputeh. Didalam kelas, kami tiada pilihan laen kecuali bertutur dalam bahasa penjajah itu. Sir akan berbahasa melayu jika kami berbahasa melayu (sebagai langkah menyindir). Namun tahap penguasaan Sir dalam menuturkan ayat ayat bahasa melayu akan mengaktifkan urat urat ketawa kami kerna cara Sir bercakap melayu tersungguh la kelakar! Lebih kelakar dari lawak senario yang selalunya berbaur lucah.
Dan kini sudah lebih sebulan aku menghadiri kelas bahasa inggeris ini. Dan kelas bahasa inggeris inilah yang berperanan membunuh waktu waktu aku yang selama ini diisi dengan winston light berpanjangan dan menonton tv yang membosankan. Kepada aku, selamat menikmati keindahan bahasa inggeris!



P/S: Sir adalah seorang penyokong kerajaan
Dan aku seorang penyokong kepada kontradiksi ide Sir (Siapa peduli?)


Deeee….Ngomong sama punggong!

10 komen-komen:

farahfatihah said...

hi bro...hm aku dah baca(dipaksa baca)blog ko...aku tak tau la nak komen pe(pura2 tak tau)...nice to talk about our class..very happening n interesting rite?huhuhu sampi aku syg nak leave class ni in case one day aku dpt keja...but i wish i can complete this course...tak gitu?ko pun msti dah syg kitorang kan?trutama aku hahaha juz a joking...k la jgn lupa jenguk2 blog aku ya....

Anonymous said...

eleh.
pastu duduk jauh2.
xjumpe dah org.
hurmm.

pemusnah makna said...

penulisan kali ini tidak ubah seperti zeezam.. hehe

eniway nice blog dude.. aku rasa zeezam pasti jelesi ama penulisan kamu..

kata nak letak poem... maner poem pemecah bangsa.. mari kita minikam kata... meludah kata...

hey korang nie makan duet rakyat.. haih ... fak ah..

Anonymous said...

yer.
aku jeles sama blog ini.
hehe.
tp takperlah.
jeles jeles dpt apa?
ayun, nice writings :)

Anonymous said...

haihaihai...

ayun...bapak aku penah cakap yang nasi lemak nie mengandungi lemak tepu(bapak aku cite2 nak jadi cikgu sains dulu kot...)
pastu, aku tnaye die.."lemak tepu tu camne?"
Bapak aku menjawab jawapannye dengan pangkal sindiran..
"Lemak tepu tue, lemak dlm otak pelajar U yang xtau lemak tepu tue ape..."
Aku terase cam nak hantuk kepale ke dinding...."perghhhhh!!!!"
Pedas jgk jawapan yang bapak aku bagi kat aku....
Then, dengan selambe bapak aku menjawab dengan serious dan confident (harap ko faham coz da amek kursus bahase penjajah =P)
Die kate "lemak tepu tue lemak yang x bole dihadam oleh badan dan akan menjadi lemak kekal dalam badan kite"....
So, bile ko makan byk sangat nasi lemak pun aku rase kurang bagus ar..
Salah satu yang nyate...ko akan selalu rasu mengantuk dan malas...

Bapaku..idolaku...

::i'm a dreamer:: said...

my presence here is not to make others jealous (yes,i can spek english..oopsss, SPEAK english)
duk kat cosmopoint ni,ada internet,tapi takde ym,frenster,mespes ect.. so bosan2,buat la blog...
lagi pon,sorang member aku pernah cakap
"ko nak tunggu putus chenta lagi skali ke baru nak menulis?"(nama dirahsiakan,tapi panggil sahaja dia si bulu)
so,blog ini secara tidak langsung ditujukan pada si bulu dan kawan aku lagi sorang yang bulu juga,tapi separa bulu tapi agak kurus (rakan memakan maggi dalam helmet)
sekian

Anonymous said...

hahaha. dedua loveloser kan?kehekeh

::i'm a dreamer:: said...

eh... tak baek cakap 'dorang' tu loveloser..

bukan macam tu,tapi mungkin kecik2 dorang dah kene sumpah dengan dewa cinta-looser! (aku dengar orang2 tua cakap)

terima hakekat hahahhahahahahha

CONNA said...

hahahahaa...
sian si bulu dan raja meggi helmet tue.. huhuhu.. senang jer nk ilangkan sumpahan tue..mkn muntah aku 2-3 kali sehari selama seminggu.. dijamin mujarab.. aku ada simpan stok nih...

hey ayun keep on writing..
aku pun ex-pemakan duit kerajaan.. aler bukannye duit diorg pun.. hasil dr duit our parents gak..

::i'm a dreamer:: said...

hahaha.. kesian si bulu dicaci dan dimaki diruang yang sempit ini..

aku suka makan duit rakyat pasal aku jahat