Wednesday, August 23, 2006


Malaysiaku Demokrasi!

Di dalam kelas bahasa inggeris apabila sedang membincangkan isu-isu semasa dalam dan luar negara

(Semua dialog telah dialihbahasa kepada bahasa malaysia sebagai langkah menyahut cabaran kerajaan mendaulatkan bangsa melayu. Bak kata pepatah, ‘biar mati anak,jangan mati adat’. Dan bak kata Hang Tuah ‘Takkan melayu hilang didunia!,)

Sir :Apa perkembangan politik didalam negara dalam 2 3 hari ni?
Aku :Semalam saya ada terlihat suatu berita politik di TV3.
Sir :Ya,sila beritahu rakan rakan laen.
Aku :Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kerajaan pusat (Baca: Barisan nasional) telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan bagi melaksanakan pembangunan di Kelantan. Rakyat Kelantan perlu menyatakan sokongan dan mengundi Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan peruntukan itu disalurkan untuk pembangunan.
Sir :Ya,Kerajaan berhak buat begitu.
Aku :Tapi rakyat kelantan telah memilih selain dari BN untuk menerajui pemerintahan di Kelantan. Memang sudah menjadi tanggungjawab dan obligasi Kerajaan Pusat memberi peruntukan kepada Kerajaan Negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah.
Sir :Tidak,Kerajaan berhak berbuat demikian!
Aku :Ini Bukan demokrasi!
Sir :Ini adalah DEMOKRASI!

Aku tersentak dengan pendapat dan pendirian politik Sir. Lantas aku terus berfikir tentang teori demokrasi berbasiskan pengetahuan polotikku yang cetek (kerna aku seorang yang mementingkan diri ,apatis dan buta politik). Dan tanpa disedari, perlahan-lahan aku turut ikut bersependapat dengan Sir. Pandangan politikku dan Sir bergerak selari menyatakan negara ini adalah sesungguhnya DEMOKRASI.

Mari mengupas teori demokrasi berdasarkan kebodohan dan kejahilan aku:

Demokrasi adalah suatu teori politik yang paling ‘chantek’, moralis, paling ‘benar’ dan paling bersifat kerakyatan. Bak kata omputeh “government of people, by the people and for the people” (chewah,sudah pandai menstrukturkan ayat dlam bahasa inggeris sejak belajar dalam kelas bahasa inggers, kononnya!)

Aku tidak mahu bercerita panjang lebar tentang sejarah dan konsep konsep demokrasi yang berjela jela dan berdiversiti, serta, tidak juga aku ingin membebel tentang variasi teori demokrasi yang mencapah capah (kerna sekali lagi, aku seorang yang jahil dan malas membaca), aku Cuma mahu bercerita tentang konsep minimal demokrasi itu sendiri. Robert Dahl,(salah seorang pemerhati dan pemikir demokrasi) pernah mengarut bahawa terdapat dua dimensi dasar/asas demokrasi yang saling berpelukan dan bercumbuan. Pertama, perlu tersedianya ruang persaingan terbuka untuk ‘mencuri’ semua kedudukan dan kekuasaan politik. Dan kedua, pada masa yang sama tersedia juga ruang aktifitas yang cukup dengan jaminan yang memadai bagi partisipasi politik seluruh negara. Suka aku menyatakan disini bahawa ruang ruang persaingan terbuka, ruang aktifitas dan ruang ruang bagi men’curi’ kekuasaan ini boleh diberi nama sebagai ruang demokrasi.Ruang ruang inilah yang menyumbang kearah pembentukan demokrasi.

Ya, seperti penyataan Sir aku tadi “Inilah DEMOKRASI”. Setelah berfikir dan menimbang (lambang BN-neraca tuas), akhirnya aku bersetuju bahawa negara ini adalah negara DEMOKRASI apabila;
Media telah dikontrol dan dinafikan autonomi
Akta media chetak dan akta penerbitan yang menyekat
Penafian Hak Asasi manusia
Kebebasan memberi pendapat yang disekat dan,
Pelbagai lagi ruang demokrasi yang tercabul!

Bagaimana boleh wujud demokrasi sedangkan ruang ruang demokrasi tidak pernah dapat membuat eksistensinya di bumi demokrasi? Ironis? Believe it or not!

Ya, sekali lagi aku nyatakan di sini bahwa aku sangat bersependapat dengan Sir bahawa;


Negara ini adalah negara DEMOKRASI!

11 komen-komen:

Anonymous said...

Negara ini adalah negara DEMOKRASI!

pemusnah makna said...

bagai mana jika demokrasinya.. kehidupan harian seseorang di tentukan oleh sesuatu kuasa.. negara ini negara dikraktor... di mana cara makan.. cara berak.. cara tido mesti mengikuti piawaian yg telah di tetapkan.. negara ini tidak liberal... demokrasi dari suara sekelompok... bagai mana mahu mendengar suara sekelompok jika benteng kuasa tidak bersetujui suara2 sekelompok...

contoh negara ini tidak ada kebebasan bersuara...

aku tidak setuju atas demokrasinya malaysia..

Anonymous said...

malaysia mmg "demokrasi" !

::i'm a dreamer:: said...

naseb baek cara melancap blum dapat distandardize.. klau tidak,mesti cara aku akem n zeezam adalah selari dan sama..
harap2 cara memilih modal untuk melancap tidak ditentukan buat masa terdekat

Anonymous said...

hehe.

::i'm a dreamer:: said...

ape hehe hehe?

buang sial dulu la!(cara membuang sial ialah dengan membeli pisau cukur gilet!)

citiez_freakfraulin said...

x sesuai !!!!!

::i'm a dreamer:: said...

hah?
ape yang tak sesuainya?

citiez_freakfraulin said...

korang nie memangler....pk r sendirik..

citiez_freakfraulin said...

korang nie memangler....pk r sendirik..

::i'm a dreamer:: said...

penulisan aku diatas adalah hasil pemikiran aku la... so, ape plak yang ko fikir?