Friday, September 29, 2006



All I ever want is to be part of your heart.
And for us to be together, never be apart.

No one else in the world can even compare,
You are perfect and so this love that we share.

We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.

I promise to give you all I have to give.
I will do anything for you as long as I live.

In your eyes, I can see the present, the past and the future.
The way you look at me, I know that we will last forever.

I hope that one day you will come and realize!
--THANK YOU TO ADIRATNA KERNA MEMBERIKU POEM YANG DIKARANG SENDIRI DAN DITUJU KHAS KEPADA AKU . DAN AKU TERHARU--

(X_X)

Thursday, September 28, 2006

Kawanku kini telah menjadi lelaki metroseksual!

Aku tak tahu apa nak menulis hari ini. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. “Bila kau nak mula menulis balik? Nak tunggu putus chenta lagi ke?”-kata rakanku yang berbulu! Ye lah, aku menulis la ni!

Apa yang mahu diceritakan? Kehidupan seharian cukup membosankan. Sesungguhnya melakukan sesuatu yang berulang-ulang adalah tersangat membosankan!

Hari ini, genap 4 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman. Ah, tiada masalah besar bagi aku untuk menahan lapar dan dahaga. Tapi yang menjadi masalah besar bagi aku adalah untuk melalui kehidupan siangku tanpa Wisnton Light 14 aku. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak berpuasa, aku telah me’minimize’kan tahap konsume terhadap bahan tembakau itu. Secara purata, selepas berbuka sehingga bersahor, aku hanya menghisap 7 batang rokok sahaja. Ini bermakna, 14 batang bertahan sehingga 2 hari. HEbat! Suatu berita baik bagi paru-paruku yang sudah sekain lama menghitam tanpa diberikan sabun pencuci bagi memutihkan dirinya! Berita baik juga bagi kocek-sakuku yang setiap hari makin susut. Namun aku tidak pasti berapa lamakah keadaan hebat ini akan berlanjutan dalam hidup aku.

Hari-hariku juga diisi dengan kelas Bahasa Inggerisku. Aku sudah mula bosan dengan aktiviti yang hampir sama. Tapi, dari aku melangok dirumah tanpa apa-apa income, baik aku belajar dan dapat duit. Tahap Bahasa Inggerisku juga tidak banyak berubah. Aku tidak dapat belajar banyak kata-kata mencarut dalam bahasa inggeris disini, dan aku juga tidak diajar cara untuk mencari kedudukan G-spot. Ilmu-ilmu ini hanya dapat dipelajari atas usaha sendiri. Hah!

Aku juga sedang sibuk menghadiri kelas memandu. Ya, sehingga waktu ini, aku tidak mempunyai apa-apa lesen pun! Looser? Yeah! Opps, baru tersedar. Aku juga ada mempunyai lesen iaitu lesen menghisap rokok dari ayah dan mama. Hebat juga aku ni. Ya, aku sedang mengikuti kelas-kelas memandu dan jika tidak ada aral melintang, aku akan menghadiri ujian percubaan pada ahad ini. Dan dalam masa sebelum raya, aku akan menggenggam segulung lesen dan ini bermakna aku boleh membawa kereta dan bermegah-megah dengan kereta (Baca: simbol status). Doakan aku berjaya ya kawan-kawan!

Err,aku ada sedikit kemusykilan disini dan harap kawan-kawan dapat membantu ya! Perkara ini telah lama bermain dalam kepala otakku yang berserabut dan berselirat. Aku pasti korang selalu menonton TV dan tidak terlepas menonton iklan-iklan yang selalunya kabur. Dan ada satu iklan yang aku langsung tidak memahami motifnya. Bukanlah aku ini tersangat jahil dan bebal, tapi mungkin iklan itu dicipta bagi membengongkan manusia bengong seperti aku. Iklan itu adalah iklan Bank Rakyat. Iklan itu lebih kurang begini jalan ceritanya;
Seorang pekerja bank dikaunter akan menukar uniformnya setiap kali pelanggannya datang ke kaunter. Penukaran uniform ini adalah berdasarkan tatacara pemakaian si pelanggan itu. Kalau pelanggan itu mengenakan pakaian budaya India, maka pekerja ini akan menukar dress-up juga berdasarkan budaya India. Dan apabila pelanggan Cina, pekerja juga menukar pakaian berdasarkan pakaian Cina. Namun babak terakhir itu yang agak mengelirukan dimana seorang pelanggan wanita bertudung, berspek mata dan berumur lingkungan 30-an datang kekaunter, lalu pekerja ini membuat memek muka blur dan terus sahaja iklan ini ditamatkan. Aku keliru dan kabur tentang tindakan pekerja bank ini. Harap kawan-kawan dapat membantu aku memperjelaskan tindakan pekerja ini!

Selepas raya, aku akan menempatkan kehidupanku dibandaraya Johor Bahru bagi menjalani latihan praktikal disana. Aku juga agak gabra, bagaimana aku akan survive dibandaraya itu dengan hanya berbekalkan RM500 sebulan hasil elaunku. Duit sewa rumah adalah lebih-kurang RM100. Mana nak fikir duit makan lagi. Aku juga tidak akan melepakkan diri di Kuala Lumpur dalam jangka-masa terdekat ini. Tak dapat la nak lepak-lepak kat mapley BB sambil mengutuk kawan-kawan. Tak dapat la nak memaki kawan-kawan jika kawan itu tidak memberiku rokok malboro 14, tidak dapat la aku maki kawan-kawan yang menelefon ‘kekaseh-belum-confirm’ dibawah bantal sambil menggaru skrotum telur kirinya. ASS!

Dan tak dapat la aku nak berjumpa kekasehku di Kuala Lumpur (!.!)

Dan aku hanya berharap, selepas praktikal, aku mampu mendapat pekerjaan dan mengumpul duit untuk kahwin! Dan melangsungkan majlis dengan ghilang-gemilang
Bersama hantaran yang berbelas ribu!

P/S: dan aku juga berharap tiada gadis-gadis chomel dan seksi yang cuba untuk mendekati dan meng’ayat’ aku kerna aku ini adalah manusia yang tak tahan dengan dugaan. Beri aku peluang untuk setia!!!!

1 Oktober,maka genaplah 8 bulan perhubunganku dengan kekaseh. Dan sekali lagi aku berharap, hubungan ini akan perpanjangan sehingga tidak wujud lagi bulan dalam cakerawala ini (Terharunya.. Khak ptui!)

Tuesday, September 26, 2006

Antara Perut, Buncit dan Maskulin…

Terdapat sebuah cermin didalam bilik kecilku. Dan seperti kebiasaan, setiap kali selepas mandi, secara dibawah-sedar aku akan melewati cermin didalam bilikku. Dan kemudian berlakulah peristiwa yang berunsur 18SX iaitu kejadian dan babak-babak memakai baju yang agak ekstrim dan penuh unsur-unsur yang tidak boleh diterima moral. Dan semalam aku rasa seperti terpaku apabila melihat dicermin selepas mandi. Aku bukan terperanjat dengan kehodohan atau kehebatan rupa parasku, bukan juga aku naik berahi melihat tubuhku tapi aku agak tergamam dengan peningkatan diameter dan jejari perut chomelku. Ianya seperti mendadaknya harga ayam naik dimusim perayaan ini dan kurang hebat sedikit dari populariti ex-tunang mawi yang mendadak naik. Sepertinya aku sedang mengkendung bola ‘basketball’ diperut tanpa tujuan yang pasti mengapa aku berbuat demikian.

Nampaknya semua rakan-rakanku tidak berdusta kepada aku kerna beberapa minggu lalu, aku melontarkan diriku ke bandaraya Kuala Lumpur untuk lepak dan minum bersama kawan-kawan dan kekaseh. Dan hasil kehidupanku sepanjang 3 hari disana, aku mampu mengeluarkan suatu statistik dengan purata seramai 6.5 kawan yang berjumpaku akan menegur tentang ‘perubahan’ dan evolusi mendadak yang melanda perutku. Seterusnya membuat pelbagai andaian dan spekulasi tentang status perutku. Seperti terwujud suatu konspirasi untuk menjatuhkan imej aku. Namun, kini aku sedar bahawa aku hanyalah bersifat prejudis terhadap kawan-kawanku atau mungkin aku tidak mampu menerima kenyataan bahawa kini aku telah membuncit-dengan-ekstrim?

Hurm..aku tidak mahu perasaan insecure menguasai mental dan nafsuku. Aku tidak mahu tersumbat di dalam kotak-kotak ketakutan yang sengaja dicipta. Ketakutan adalah suatu keuntungan! Dan mereka sesungguhnya bijak memanipulasi ketakutan kita!

“Anda sudah gemuk! Dapatkan produk melansingkan badan dari kami!”
“Kulit anda akan lebih putih dengan produk kami!”
“Produk ini akan melambatkan proses penuaan!”
“Gunakan produk kami, maka akan anda menikmati pengalaman seks yang memberahikan!”

Aku juga sedang mengalami ketakutan tentang situasi perutku. Kelihatan buncit adalah sungguh bersifat ‘uncool’. Aku penat! Aku sudah penat melakukan penyamaran bagi menyorokkan keterhadapanan perutku, aku terpaksa mengambil langkah menahan nafas ketika melalui sekumpulan gadis-gadis trendy di ibukota dan bagi menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang memerlukan aku nampak sasa.Menyembunyikan fakta dan realiti bahawa aku seorang yang buncit! Aku takut menghadapi realiti dan akhirnya menipu diri sendiri! Dan hasil dari teknik penyamaran dengan menahan nafas, aku kini kekurangan oksigen dibahagian otakku,dan ekoran dari itu, aku juga telah menjadi bebal dan penat!

Kalau aku buncit, biarlah. Aku juga tidak mahu menjadikan sesuatu yang jelas subjektif berubah sebagai sesuatu yang objektif. Biarlah orang mengkritik aku dengan kritikan yang bersifat destructive kerna aku masih lagi memahami dan menghormati hak asasi anda sebagai manusia dan bukan sebagai seorang yang tongong! (tongong juga masih manusia)

Kecantikan selalunya digarisi dengan standard yang mengarut. Badan yang langsing, kulit yang putih, ukuran pinggang yang seperti semut, payudara yang berdiameter montok, ketulan-ketulan six-packs yang mengancam (aku hanya ada a-pack sahaja!) dan pelbagai lagi kriteria-kriteria yang perlu bagi menjadi manusia yang dilabel chantek dan hebat! Subjektif-normatif ini diterima-pakai oleh masyarakat kita dan masyarakat sedunia. Dan para oppurtunis begitu bijak mengeksploitasi bagi mempapa-kedanakan manusia. Dan masyarakat terus menganuti budaya konsumerisme buta yang sia-sia. Aku juga adalah salah satu dari berjuta manusia yang melalui pembudayaan budaya konsumerisme ini ,namun aku bernasib baik kerna aku seorang yang tidak berduit!


Biarlah perutku sepeti zeezam dan bukan semaskulin hakim yang tough lagi metroseksual! Hahahahahah

Playlist
Artist: Butterfinger
Song: Ugly Stomach

Friday, September 22, 2006

Latihan Industri dan kaitannya dengan Thaksin

2 hari lepas, akhirnya aku telah disahkan tempat bagi penempatan tempat praktikal/latihan industri. Seumur hidup aku, aku tak pernah menjalani latihan praktikal. Ironisnya, ketika aku menjalani pembelajaran di UTMkl, skop pembelajaran aku adalah lebih kepada teknikal tetapi tiada latihan praktikal. Para pelajar sentiasa menjadi bahan eksperiment dan uji kaji. Dan teka siapa akan menjadi mangsa keatas kegagalan ujikaji tersebut? Sudah tentu bukan Makcik Senah anak Pak Dollah.

Aku disahkan akan menjalani praktikal disebuah syarikat yang berbasiskan tentang networking,komputer dan software. Agak menarik dan aku agak teruja untuk memulakan latihan praktikalku disana. Syarikat ini terletak di Skudai. Dan berharap aku dapat pergi ke gig-gig yang selalu dianjurkan di Countache Studio di Skudai. Harap-harapnya…

Dan 2 hari lepas juga aku dikejutkan dengan berita bahawa berlaku rampasan kuasa di Thailand. Sedikit gembira kerna rakyat Thailand akhirnya terbebas dari cengkaman pemerintahan regim Thaksin yang diktator, korup, dan pelbagai lagi perkara yang menjijikkan.Dengan menangani konflik di selatan Thailand yang berdarah (yang tak pernah selesai!), mencuri harta-harta rakyat dan bertindak sebagai MAHA kapitalis di Thailand cukup untuk membuatkan rakyat menyimpan dendam kesumat dan menyemai benci yang amat! Perkembangan yang bagus, kita tunggu sahaja siapa ‘bakal diktator’ baru yang akan memimpin dan menikam rakyat Thailand! Dari insiden rampasan kuasa ini, ternyata ramai masyarakat Thailand bergumbira dan seperti ingin meludah muka Thaksin sekembalinya beliau ke Thailand sebagai penganggur (seperti aku!) dan aku juga agak ceria dengan lucutnya jawatan penting itu dari kerantung telur Thaksin.

Rampasan kuasa berlaku melalui tindakan ketenteraan yang tidak mustahil aku katakan, mungkin terdapat ‘kepentingan’ dalam rampasan kuasa ini. Rampasan kuasa nampaknya seperti membela rakyat dan ingin menghukum jenayah regim Thaksin terhadap rakyat Thailand, namun siapa yang tahu, mungkin terselit kepentingan peribadi disitu. Bukan prajudis atau bersifat pessimis, namun sejarah sentiasa berulang-ulang dan sentiasa diulang-pakai.

Namun, sekali lagi jelas terlihat disini bahawa rakyat dan suara rakyat masih tidak mampu lagi menjatuhkan Thaksin apabila rampasan kuasa hanya berlaku melalui tindakan ketenteraan. Lihat sahaja berjuta-juta demonstrasi, rapat umum, penentangan dan desakan rakyat untuk Thaksin melepaskan jawatan sebelum ini, namun ianya berakhir dengan gelak ketawa sinis dari sang diktator. Alat-alat penguasa dikerah bagi menutup mulut-mulut yang menghambur imej-imej demokrasi dan mengekang segala tindakan menghapus penindasan. Segala bentuk ‘state apparatus’ digunakan, dari badan kepolisian, kehakiman dan Thaksin tidak akan teragak-agak menggunakan Jabatan Pembersihan Tandas jika perlu!

Itulah yang berlaku di sebuah negara yang kedudukan demokrasinya diantara ‘paling demokrasi’ di Asia. Suara rakyat masih tidak mampu menggugat. Bagaimana pula di Malaysia? Jauh sekali di Singapura!


Mari tunggu dan lihat.. Kerna itu sahajalah yang mampu kita buat. Bersimpati dan mengkritik tanpa mampu mengubah..

Wednesday, September 20, 2006

Aku sungguh sial!!

“Aku rasa menyesal sangat masuk kelas ni. Aku rasa malang sangat dapat kenal orang macam kau!”

“Aku tak pernah jumpa orang macam kau sebelum ni!”

Ya, aku adalah kesialan paling sial pernah menjenguk kehidupan singkat kau!
Dan aku tahu, sesungguhnya bagi kau, kehadiran aku di mukabumi ini adalah suatu kesilapan yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia!

Namun, aku adalah aku. Dan aku percaya, setiap manusia terwujud bersama fungsi-fungsi yang telah tersedia terbeban dibahu masing-masing. Oleh itu, jangan kau salahkan tuhan atas kewujudan aku, malah salahkan sahaja diri kau yang semestinya tidak mampu untuk menangani manusia jahanam seperti aku. Ketahuilah, terdapat lebih banyak ‘kesialan’ yang tak pernah terlintas dalam kotak fikiran kau, yang mungkin akan menjatuhkan kau dan mencacatkan kehidupan kau sebagai seorang manusia. Tanganilah aku sebagai bukti kemampuan kau menjalani kehidupan yang lebih penuh kesialan dari aku! Aku hanyalah seperti syaitan yang paling bermoral jika nak dibandingkan dengan syaitan-syaitan yang lebih kejam dan tanpa kemanusiaan. (sudah semestinya tanpa kemanusiaan kerna syaitan itu hanya mempunya sifat kesyaitanan!)

Seperti ungkapan Sir, “Again, its how you look at it!”

P/S: Usah risau dan meletakkan diri kau dalam keadaan kekalutan kerna selepas bulan 10, aku pasti kau tidak akan ingin sesekali berjumpa denganku, malah sudah pastinya bau-bauan badanku juga adalah bersifat HARAM bagi hidungmu. Tapi aku yakin bahawa setelah tamat kursus bahasa inggeris ini, kau akan merindui kejahatan aku semasa mengacau kau!
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahh!

Monday, September 18, 2006

i not STUPID!
Kebosanan membawa aku untuk menonton televisyen malam ini. Saluran NTV7 menjadi pilihanku sambil menyuap-nyuap murtabak yang entah dari mana asalnya. Dan dengan tidak semena-mena suatu rancangan drama berbahasa cina terus ke udara. Aku mengagak bahawa drama ini adalah drama yang bersifat sekual. Drama ini adalah tentang kanak-kanak kecil menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang mungkin, pada tanggapanku adalah sekitar umur 10 tahun. Drama ini bertajuk “I not stupid”. Drama ini mengambil tempat di Singapura. Jalan cerita yang agak kelakar tapi penuh sarat dengan mesej yang bersifat direct dan straight to the point. Suatu kritik terhadap ‘high expectation’ dari para ibu bapa.

Kisah bermula apabila terdapat calar-balar dibadan Guo Bin akibat dipukul ibunya. Guo Bin sangat minat melukis, tapi minatnya dibataskan oleh ibunya.Ibunya memukul Guo Bin kerna beliau tidak rajin untuk mengulangkaji pelajaran. Sedikit dialog antara Guo Bin dan ibunya;

Ibu:Ibu bukan sengaja nak pukul kau. Ibu tak marah kalau kau nak melukis, tapi fokus dulu untuk peperiksaan SPLE (peperiksaan besar kat Singapura kot. SPLE atau SCLE, aku pun tak pasti). Selepas peperiksaan ni, kau nak melukis pun, ibu tak kisah!
Guo Bin: (Monolog dalam hati)Ala, ibu cakap je. Lepas ni mesti kena ambil O Level la, pastu kena ambil A Level pulak!

Dan semasa peperiksaan matematik, kerna terlalu takut untuk gagal, maka Guo Bin telah mengambil langkah untuk meniru rakannya. Nasib tidak menyebelahi apabila beliau terkantoi dengan gurunya. Lalu gurunya terpaksa memberitahu kepada ibu bapa Guo Bin. Terus on the spot skrotum Guo Bin mengecut respon daripada ketakutan yang amat. Lalu beliau mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah. Sedang Guo Bin berjalan-jalan sambil menghilangkan rungsing dan takut, tiba-tiba Guo Bin terasa seperti kehidupan tidak bererti lagi. Lalu beliau mengambi keputusan untuk membunuh diri. Beliau pergi ke atas sebuah rumah pangsa dan berhajat untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan melompat ke bawah. Guo Bin mengoyakkan artworknya lalu dibuang ke bawah. Namun dalam perjalanan untuk membunuh diri, beliau telah terlanggar oleh polis, Lalu polis pun bertanya, apa yang dibuat olehnya malam-malam disitu. Lalu dengan jujur dan rendah diri, beliau memberitahu “Saya ingin membunuh diri!” Lalu polis tu pun dengan bodohnya meminta rasuah (eh, silap jalan cerita pulak). Lalu polis itu pun membawa Guo Bin ke hospital sementara menunggu ibu bapanya datang. Dan akhirnya ibunya menyesal dan dengan tidak semena-mena cerita ini dihabiskan dengan babak ibu Guo Bin pengsan. Pelik dan marah dengan ending yang pelik, aku lalu pergi ke bilik air lalu terus kencing untuk menunjukkan rasa protes dan tidakpuashati.

Expectation atau harapan yang terlalu tinggi menyebabkan anak-anak menjadi sangat tertekan sehingga dalam kes ini, Guo Bin ingin membunuh diri. Aku tidak terkejut dengan cerita ini kerna banyak kes yang aku telah dengar di Singapura tentang pelajar sekolah membunuh diri kerna akur dengan tekanan yang menghempap diri dan kehidupan mereka dan kerna berdukacita terhadap keputusan peperiksaan yang buruk.Kebolehan dan kecenderungan manusia itu beragam dan pelbagai.Kenapa perlu membataskan minat anak-anak hanya kerana ingin menjadikan anak-anak mengikut acuan ibu bapa? Jangan cantas kebolehan semulajadi dan minat anak-anak hanya kerana ingin mencapai standard yang telah ditetapkan masyarakat yang kononnya jika masuk universiti, ibubapa telah berjaya mengasuh anak-anak? Dapat pangkat besar-besar adalah bukti kejayaan? Mangsanya ialah anak-anak itu sendiri. Maka terbantutlah bakat dan cita-cita anak-anak itu sendiri demi mencapai standard yang kadang-kadang terlalu tinggi. Dan akhirnya, anak-anak hanya dilahirkan untuk menjalani kehidupan ini sebagai robot yang hanya tahu mengikut dan membontot bontot orang lain. Cukuplah segala alat-alat penguasa yang terwujud bagi mengawal dan memenjarakan minda dan hati rakyat! Jangan persoal! Kerana tanpa mereka, jalan raya tidak akan wujud di negara kita! Hahahaha…

Sebagai ibubapa, mereka perlulah memainkan peranan sebagai ‘guidance’ dan pemberi semangat terhadap apa jua minat dan bakat yang dilakukan anak-anak. Kritik secara konstruktif dan perlihatkan bahawa anda sangat menghargai anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya (Cheh, aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa. Walaupun aku masih belum bergelar bapa/ibu. Silakan maki aku!)

Bertindaklah dengan memimpin, bukan menolak dengan keras sehingga terjatuh dan tersembam kebumi.

Sistem pendidikan diwujud bagi memenuhi pasaran kerja dan bukan bertindak sebagai lokasi untuk menimba ilmu. Pelajar adalah produk-produk bagi memenuhi permintaan kapitalis. Selain pendidikan itu sendiri telah menjadi komoditi. Pendidikan hanya untuk yang berduit. Lihat sahaja di Indonesia. Seramai 11.7 juta rakyatnya dinafikan hak untuk belajar kerna kos untuk belajar adalah terlalu tinggi! Semuanya hasil dari Neo-liberalism (Baca:kapitalis) yang mendesak kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan awam (pendidikan, kesihatan dan tenaga) hanya untuk membayar segala hutang-hutang kepada institusi kewangan dan negara industri. Err…dah lari tajuk la pulak. Baru sebentar tadi aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa, namun sekarang telah berubah menjadi ahli politik yang menabur janji-janji manis kepada rakyatnya pulak!

So, sebelum aku bertindak sebagai ahli kaji cuaca, baek aku berhenti dari menulis.
Sebelum aku mengakhiri tulisan aku kali ini, aku sarankan anda mendengar lagu ‘Girl Friday’ dari Butterfinger!

Piss

Friday, September 15, 2006

Mari bercerita tentang Rage Against The Machine!

Aku seorang yang amat meminati musik. Dan salah satu band yang aku minati ialah band yang amat terkenal dan sangat establish dan sesungguhnya sangatlah mainstream iaitu Rage Against The Machine (RATM). Apa? Aku sungguh tidak punk? Persetankan! Kalau hanya dengar mendengar dan meminati RATM, aku dikelaskan sebagai ‘bukan punk’, malah aku lebih rela diperkatakan sebegitu. (malah aku sungguh jelak dengan perlabelan!). Lirikal RATM sangat puitis dan politikal. Dan ini menyebabkan aku lebih tertarik dan sangat menikmati melodi hardrock dari RATM.Mari kita bercerita sedikit tentang RATM.

Dibentuk di Los Angeles pada awal tahun 90-an dengan formasi Zack de la Rocha (vokalis), Tom Morello (gitaris) dan Brad Wilk (drummer). Dan apabila Tim Bob (bassis) bergabung, maka RATM meriliskan album pertama buatan sendiri dengan lagu Bullet in the Head sebagai single pertama. Lalu, rilisan ini dihantar kepada Epic Records dan mereka membuat keputusan untuk terus menempalkan diri kepada major label (fuck major label!).Berikut adalah diskografi RATM ;

Rage Against The Machine (1992), Evil Empire (1996), The Battle Of Los Angeles (1999, Battle of Mexico Citi DVD (2001)

RATM pernah mendapat double platinum bagi album The Battle of Los Angeles dan sesugguhnya melanggar etika sebagai seorang punk yang melarang sama sekali penglibatan dengan major label. Sungguh tidak punk. Tapi aku tetap meminati RATM kerna berjaya menyampaikan mesej-mesej politik kepada cakupan masyarakat yang lebih luas (walaupun kebanyakan mereka telah dibutakan!)
Namun,bagi aku mereka ini adalah sebuah band yang sangat punk! Apabila keuntungan dari konsertnya telah disalurkan kepada gerakan dan organisasi yang mendukung Mumia Abu Jamal (aktivis kulit hitam yang dihukum mati kerna tuduhan membunuh). Zack de la .
Rocha pernah bersama Krist Novoselic (ex gitaris nirvana) mengadakan tour bersama bagi menyokong gerakan Zapatista di Mexico. Zack sungguh komited terhadap perjuangan petani dan suku kaum indian di Chiapas. Beliau selalu mengunjungi Chiapas dan terus melakukan komunikasi terus dengan EZLYN (Tentera pempebasan internasional zapatista) yang dipimpin oleh Subcomandante Marcos.

Tom Morello sendiri pernah ditangkap apabila mengadakan protes terhadap sistem kerja dalam kilang-kilang Guess. “Kami lebih bergumbira apabila dapat mengubah sesuatu
Ianya lebih mendatangkan kepuasan berbanding lagu RATM memasuki carta atau mengadakan tour!” Dan RATM pernah menyewa papan-papan iklan bagi menyampaikan mesej-mesej politik mereka. “Kami memang ditangkap, namun pada akhirnya sesuatu pun berubah”

“Kita harus melawan sistem yang ada. Setiap orang perlu untuk melakukan kritik dan analisis kepada sistem yang digunapakai diseluruh dunia.Dan terus menyerang ketidakadilan yang berlangsung didepan mata. Semua orang harus menentang sistem yang menindas fikiran dan semangat kita. Mabuk saja tidak cukup, kita harus menentang kekuasaan yang terus-menerus menyebar kebohongan kaum imperialis selama 50 tahun. Kalian adalah sebahagian dari penyelesaian atas masalah yang ada. Mari bangun!”
–Zack De La Rocha-


Namun akhirnya pada tahun 2000, Zack menyatakan pengunduran dari RATM. Agak tidak
best dengan perkuburan RATM ini. Namun sehingga kini aku masih meminati RATM walaupun ianya adalah sebuah band mainstream.

Melalui RATM, mesej-mesej politik dan sosial disampaikan terus kepada masyarakat arus perdana. Mesej-mesej RATM tidak hanya berlegar didalam komuniti underground, malah kepada masyarakat yang mungkin tidak pernah tahu akan wujudnya scene musik yang radikal didunia ini (radikal?)
Dan aku mengakhiri penulisan aku kali ini sambil mendengar lagu Bullet in the head! Selamat berhibur!

Bullet In The Head

This time the bullet cold rocked ya
A yellow ribbon instead of a swastikaNothin' proper about ya propaganda
Fools follow rules when the set commands ya
Said it was blue
When ya blood was red
That's how ya got a bullet blasted through ya head

Blasted through ya head

I give a shout out to the living dead
Who stood and watched as the feds cold centralized?
So serene on the screen
You was mesmerized
Cellular phones sounding' a death tone
Corporations’ cold
Turn ya to stone before ya realize

They load the clip in omnicolour
Said they pack the 9, they fire it at prime time
The sleeping gas, every home was like Alcatraz
And mutha fuckas lost their minds

Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high
Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high
Run it!

No escape from the mass mind rape
Play it again jack and then rewind the tape
And then play it again and again and again
Until ya mind is locked in
Believin' all the lies that they're tellin' ya
Buyin' all the products that they're sellin' ya
They say jump and ya say how high
Ya brain-dead
Ya gotta fuckin' bullet in ya head

Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high?!

Thursday, September 14, 2006

Wednesday, September 13, 2006

Kehidupan Yang Menakutkan

Kehidupan ini sesungguhnya sangat menakutkan. Penuh dengan perangkap-perangkap samar yang sudah tentunya menyakitkan. Tersilap langkah,maka padah yang menanti. Kehidupan yang sepatutnya indah dan berwarna-warni kini hanya tinggal seperti sebuah pokok yang telah tiada daunnya, semuanya gugur kebumi menanti tumbangnya diri sendiri. Aku suka bermimpi walaupun ianya hanya fantasi sementara. Aku suka terbang bersama imajinasi sehingga kadang-kadang malah selalunya aku dapati diriku seperti sedang melalui keadaan yang langsung tiada ketakutan. Membuat keputusan yang semestinya sangat tepat bagi menjalani kehidupan fantasiku. Tanpa perlu memikirkan sebarang kecelakaan dan kebiadapan manusia yang bakal mengotori dan mencalitkan tahi keatas warna-warni kehidupan fantasi imajinasiku. Ya, labelkan aku sebagai seorang eskapis yang hanya mampu berhalusinasi
dengan kehidupan indah rekaan kotak imajinasiku! Labelkan aku sebagai seorang bacul yang takut menghadapi kenyataan bahawa dunia ini adalah sebenarnya sesuatu yang penuh kesialan! Labelkan aku sebagai seorang pelancap kehidupan yang hanya menikmati nikmat sementara dikamar mandi! Dan labelkan aku sebagai manusia yang secara malang lahir kedunia ini dan anggaplah aku adalah sebagai sperma yang tidak layak sama sekali untuk menduduki ovari! Aku tidak peduli sama sekali. Kerna kau juga adalah salah satu kesialan yang pernah menjengah dalam kehidupan sekalian manusia yang penuh kebiadapan dan kesialan! Sial!

Baru-baru ini aku ada berjumpa dengan seorang rakan. Kami bercerita dan bercerita. Rakanku bercerita tentang lelahnya untuk menjalani kehidupan. Kehidupannya kini tidak ubah seperti kotak kosong yang tidak pernah terisi. Menjalani kehidupan yang dulunya beliau anggap sebuah stereotype namun akhirnya terluntur bersama dalam bulatan kehidupan yang pernah dikritik suatu masa dahulu. Aku jadi takut menikus. Aku ingin menikmati manisnya kehidupan. Aku takut untuk terjatuh dan dipijak. Aku tidak ingin merasa bahawa mati adalah jalan terakhir bagi menamatkan ketakutan dan perasaan yang sentiasa dihantui. Kerna itu, aku hanya mampu menyelusuri kehidupan fantasi ciptanku berulang-ulang agar dapat kukecap nikmatnya kehidupan (walaupun ianya hanya fantasi!)

Kenapa seringkali manusia menemui jalan buntu sebegini? Adakah memang telah ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kekecewaan? Atau mungkin kecelakaan itu hanyalah ciptaan manusia? Yang bersifat selfish dan tanpa kepedulian?

Selalunya, manusia itu sendiri yang menjadikan kehidupan seorang manusia lain berakhir dengan kekecewaan. Dan selalunya manusia itu sering menekan manusia yang lain itu hanya untuk kepentingan diri sendiri sehingga kehidupan menjadi suatu mimpi ngeri. Kehidupan adalah seperti melakukan hubungan seks, kadang-kadang kita dibawah, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita ditepi dan selalunya kita tak pernah puas!
Maka, lalui pengalaman seks bukan hanya untuk nafsu, tetapi untuk meluahkan rasa cinta dan mewujud rasa kebersamaan!

Aku masih takut, hanya mampu berkira-kira tentang hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Aku masih keliru dengan laluan yang perlu aku tempuhi untuk hari mendatang. Dan aku masih lagi seorang pemimpi yang mengidam menjalani kehidupan tanpa ketakutan! Dan aku meyakini bahawa aku bukanlah berseorangan dalam dunia ini yang hanya tahu melepaskan diri dari kenyataan dengan hanya bermimpi!


“Aku ingin terus hidup,
Tanpa ketakutan yang menakutkan,
Seperti aku inginkan,
Si bisu untuk bersuara,
Dan…
Si buta untuk terus melihat”


“No matter how long the night, the day will come!” (yeah! Hope so)

Playlist:
Artist- Lead II Nitrate
Song- If I Fall (our friendship anthem)

Monday, September 11, 2006

Pelacur keringat

Kaku.
Terbujur jasad hidup,
Menghela nafas membebas penat,
Melengkapi hidup adalah seperti mimpi buruk,
Belum masa mengundur, menghadapi terus kecur.

Kau terus melacur,
Untuk terus hidup.

puisi termuntah setelah melihat si bulu (nama sebenar) terlentang kepenatan setelah pulang kerja.. Teruskan berusaha hanya untuk hidup!

Thursday, September 07, 2006


Rasis lagi!
Seorang rakan meluah rasa tidak puashati kepada seorang rakanku, “Kalau ada accident, Cina yang langgar Melayu, aku memang bengang!”

Dialog diteruskan “Aku mesti pukul cina tu. Aku tak boleh la kalau cina langgar melayu. Aku memang RACIST!”

Aku terfikir pula “Kalau melayu yang langgar cina, macam mane plak?”

Mengapa maseh wujud pemikiran konservative yang sempit dan memualkan? Siapa yang patut disalahkan? British ketika melaksanakan cara pecah-dan-perintah dulu? Atau persekitaran dan budaya yang menanam-timbus prasangka-prasangka prejudis ini dalam benak fikiran manusia? Aku percaya, manusia itu terlahir tanpa prejudis, tanpa sifat dengki dan apatah lagi sifat perkauman. Seperti kain yang puteh, namun sekali lagi, mengapa boleh terjadi unsur-unsur benci? Siapa yang mencorakkan kain puteh tadi menjadi hitam, penuh kebencian dan buruk sangka? Pernahkah wujud manusia superior dan inferior? Wujudkah perbezaan sesama manusia? Adakah seoarang mausia itu mempunyai kelebihan dari segi kentut yang wangi? Atau memang terdapat filter yang dipasang dipunggung bagi menapis kentut-kentut jahanam mereka?

Mari berceita tentang rasisme melampaui konteks lokal. Aku pernah bermimpi tentang isu rasisme ini. Ceritanya lebih kurang begini;

Rasisme mempunyai sejarah yang panjang, dari pembudakan bangsa yang ditunjangi prejudis bangsa oleh Adolf Hitler, kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Polpot, penjustifikasian teori Darwin yang mengarut dan Imperialisme yang jijik seperti tahik! (Banyak lagi contoh rasisme dalam sejarah. Sila cari sendiri. Pemalas!) Mengapa keadaan ini berlanjutan?

Para kolonial (Baca: kapitalis) sering menggunakan pendekatan rasis ini bagi memudahkan mereka untuk mengaut segala sumber-sumber alam demi keuntungan yang maksimum! Agar rakyat tidak boleh bersatu menentang mereka, rakyat lebih sibuk dengan perasaan kebencian antara kaum dan kapitalis dengan senang hati mengaut keuntungan dari sumber alam dan membiarkan rasisme terbudaya dalam kehidupan masyarakat. Pecah dan perintah! Terima kaseh kepada kapitalis kerna mewujudkan budaya perkauman ini! Zaman kolonial telah menemui kegagalan, namun kini kapitalis lebih bijak dengan melakukan pendekatan yang lebih demokratik dan diplomasi dengan termeterainya perjanjian-perjanjian mengarut WTO, AFTA, FTA dan pelbagai benda mengarut untuk mengeksploitasi dan memerah keuntungan hingga ke titisan yang paling akhir! Cara pemerasan kolonialisme untuk mengaut keuntungan telah menyebabkan perasaan perkauman yang meluap-luap, namun apakah kesan yang bakal didepani apabila WTO, AFTA, FTA dan ect termeterai dengan lebih meluas? Mari tunggu dan lihat (Jangan pergi suarakan pendapat tidak puashati anda di demonstrasi kerna nanti kena tangkap!)

Aku hanya mengunjurkan sedikit sebab dan alasan tentang perkauman kerna aku maseh cetek ilmu pengetahuan.


Mari berfikir dan beronani!


Najib kata..

Najib kata “Latihan pendedahan pengendalian senjata pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak seharusnya dijadikan isu atau dipertikaikan kerana ia mendapat sambutan baik serta berjaya!”

Ayun kata “Berjaya? Dari segi dan sudut apa? Berjaya membazir duit rakyat dengan pembelian peluru untuk ditembak?”

Najib kata lagi “Untuk 85,000 peserta setahun, ia (RM9 juta untuk pembelian peluru) bukannya sejumlah wang yang besar.”

Ayun lagi kata “Lagi best kalau RM9 juta itu diperuntukkan kepada rakyat miskin yang masih terkial-kial untuk meneruskan keterlangsungan hidup (Maseh ingat kes keluarga yang makan siput babi goreng?)”

Kata penutup “Tapi kalau peluru yang dibeli itu boleh dimasak ‘peluru masak asam pedas’ pasti lagi enak dan berfaedah!”


Aku peminatnya!

Dua tiga minggu kebelakangan ini, kecoh tentang perkahwinan penyanyi Nombor 1 Malaysia (ye lah!) iaitu Siti Nurhaliza. Aku bukan peminat fanatik Siti, jarang juga aku meminati lagu-lagu Siti, Cuma aku tak nafikan bahawa Siti mempunyai suara yang merdu dan mampu membuatkan aku tercengang kalau Siti nyanyi live depan aku (kaku kerna kecantikan dan kelunakan suara). Namun sekali lagi aku katakan bahawa aku bukan peminat fanatik SIti, aku tidak akan membuang duit dan masa aku untuk ke konsertnya, juga tidak aku akan membazirkan peluh-peluh jantanku berhimit-himpit dikalangan ribuan manusia yang berebut-rebut untuk melihat Siti bersanding (kalau dapat dimobilasi ribuan orang ini pergi ke demonstrasi, pasti enak heheheh). Aku agak hairan, pelik dan tertanya-tanya kenapa seseorang itu boleh tendensi dan cenderung untuk terlalu fanatik terhadap seseorang itu (dalam kes ini: seorang penyanyi). Adakah dengan berpusu-pusu dalam ribuan manusia untuk melihat Siti kawen itu, maka hidup anda akan diberkati? Atau ianya akan memudahkan tahi-tahi anda keluar dengan lancar? Atau adakah anda berjaya mengurangkan harga minyak yang sudah pastinya akan naek lagi tahun depan? Atau adakah anda berharap dengan kehadiran anda ke majlis juta-juta itu akan menamatkan pembunuhan manusia di Lebanon dan pembunuhan yang merata dipelosok dunia?, atau pembantaian hak asasi terhapus? Atau sekurang-kurangnya pembasmian kemiskinan secara total di Malaysia ini? Ya! Teruskan bermimpi!! (Aku juga gemar bermimpi!)

Sedang aku menaip tulisan ini, tiba-tiba datang satu suara yang sepertinya suara itu suara aku. Oh, rupa-rupanya suara itu adalah suara ‘the-other-side-of-me’ dan suara itu terus memaki aku “Cheh. Dusta akan kau wahai ayun!!! Kau juga seperti mereka yang fanatik kepada penyanyi” Lalu aku nafikan dengan berkata, “Eh, aku tak pernah fanatik pada Siti dan sesiapa penyanyi pon la ASSHOLE!” Suara itu terkedu, mungkin terperanjat dengan kata makian yang bagi aku hanyalah intro kepada kata-kata makian yag lebih keji dan menghinakan. Lalu kembali berkata suara itu, “Ah.. cuba kau ingat kembali pada tahun 1992. Tidakkah kau fanatik kepada penyanyi yang seorang ini? Kau telah berlaku dusta ayun!!!! Berikan mereka kebenaran dan jangan kau sorok kebenaran itu seperti mereka-mereka yang melindungi kebenaran demi kepentingan!!” Aku cuba bertanya kepada suara itu, namun akhirnya suara itu pergi, diam,tanpa suara dan ini membuatkan aku keliru, adakah aku pernah fanatik terhadap penyanyi? Ah,terpaksa lagi aku berfikir.(aku kan malas berfikir!)

Kembali aku mencari, pernahkah aku meminati secara separa atau fanatik seseorang artis itu? Tahun 1992? Erm.. Oh, tiba-tiba ingatan aku terus menangkap memori ketika aku maseh lagi berumur 8 tahun atau dalam bahasa saintifiknya dalam darjah dua. Aku juga tergolong dalam ribuan malahan jutaan manusia yang mempunyai artis kesayangan dan tidak keterlaluan juga aku khabarkan bahawa aku agak fanatik dengan seorang artis dari sebuah kumpulan remaja tanah air ketika itu. Kumpulan itu adalah kumpulan Exist dan aku terlalu meminati vokalis kumpulan itu iaitu Mamat. Dengan bibir yang sepsi*, berkulit hitam manis dan muka yang ala-ala baby face terus mencuri perhatianku disamping vokalnya yang sengau-sengau-sedap itu. Aku cukup meminati lagu ‘Oh Ibu’ dan lagu ’Rahsia pohon cemara’ dari kumpulan ini. Aku maseh ingat lagi, kumpulan Exist ini berjaya mara ke pertandingan akhir sebuah rancangan hiburan iaitu rancangan Muzik-muzik. Dan maseh lagi aku ingat, Mamat, pada malam itu memakai jaket yang bersinar-sinar. Aku kagum dan bercita-cita untuk memiliki dan memakai jaket yang seperti itu. Kefanatikan aku terhadap kumpulan Exist ini juga turut dikongsi oleh rakan persekolahanku waktu itu dan atas dasar minat yang sama, kami berlima telah menubuhkan sebuah kumpulan juga ketika itu. Dan cuba teka, apakah nama kumulan kami? Ya! Exist! Tetapi,dalam usia yang agak muda ketika itu, aku telah berdepan dengan konflik yang agak mencabar dengan seorang rakanku. Kenapa? Kerna aku dan seorang rakanku berebut-rebut untuk menjadi vokalisnya iaitu Mamat. Lalu aku mempelawa rakanku ini untuk ‘settle’ konflik yang melanda ini dibelakang stor kayu yang kosong di belakang sekolah. Lalu aku dan rakanku membuat mini karaoke untuk menentukan siapa yang lebih layak menjadi ‘Mamat’ dalam kumpulan kami itu. Cuba teka,siapa yang berjaya menjadi ‘Mamat’ selepas acara itu berakhir? Ya,maaf.. Aku sudah lupa siapa yang menang.

Namun, selepas mamat didapati merogol seorang gadis bawah umur, minat aku terhadap kumpulan Exist ini berkurangan. Aku masih mengikuti perjalanan seni kumpulan ini selepas kehadiran vokalis barunya, namun tidak sefanatik semasa vokalisnya adalah Mamat. Aku pun tak pasti, kenapa minat aku telah menyusut ekoran kejadian itu. Adakah aku seorang yang prejudis terhadap perogol? (tapi sesungguhnya aku amat bencikan perogol!) Aku tak pasti tetapi aku yakin Mamat tidak bersalah! Ah… Biarlah..

Kini, aku menyelusuri kehidupanku tanpa meminati secara fanatik seseorang artis itu. Patutkah aku menggunakan perkataan ‘minat’? Atau aku sekadar ‘kagum’?

Yang paling penting, aku SANGAT mengkagumi media-media yang bijak mengeksploitasi mawi-ina dan majlis persandingan siti nurhaliza. Tahniah!
nota kaki: *sepsi = seksi

Tuesday, September 05, 2006



Errr...

Rupa lecturerku (Sir) yang selama ini seperti diceritakan oleh penulis (gambar disebelah kanan bukan gambar penulis)


Ro-kokku na-ek harga

Sehari sebelum pengumuman perbelanjaan atau lebih glamour dengan nama bajet bagi tahun 2007, aku sudah dapat mengagak tentang suatu kenaikan yang sepertinya tahun lalu dan akan berterusan sampai kiamat. Sebagai seorang yang mengkonsumsi bahan tembakau secara berterusan, aku agak yakin dengan trend bahawa harga rokok akan naek lagi! Dan pagi tadi,setelah mandi secara ala kadar, aku duduk bersarapan berseorangan. Dan tiba-tiba, mama aku datang lalu menegurku “Harga rokok naek lagi!”, dengan intonasi yang aku sendiri tak berapa pasti, seperti menyindir atau memaksaku untuk berhenti dari terus menyedut asap-asap likat yang menjerat itu. Aku hanya terdiam membisu. Tepat jangkaanku,sepertinya aku memiliki kebolehan untuk menilik naseb yang membolehkan aku menceburi bidang perbomohan lalu dengan selamba sahaja aku bagi Bush makan nasik kangkangku!

Lalu bergegas aku mencari akhbar yang kononnya sebagai sumber informasi. (kerna peranan akhbar sebagai sumber penyampaian informasi telah diberakkan!). Lalu pandanganku menangkap suatu perenggan menyatakan “Duti eksais rokok naik 20 peratus manakala produk tembakau dan minuman keras yang kandungan alkoholnya melebihi 40 peratus pula naik 15 peratus.” 20 peratus?? Berdasarkan ilmu hisabku, 20 peratus dari RM4 (winston light 14) adalah bersamaan dengan kenaikan RM0.80! Adakah selepas 5 tahun dari sekarang, aku akan dijumpai dengan hanya menghisap ibu jari kaki kerna aku tidak mampu membeli rokok? Adakah aku berjaya berhenti merokok dalam masa 5 tahun dari sekarang? (Kita tunggu dan bersedia untuk memaki hamun!)

Apa rasionalnya kerajaan menaikkan harga rokok? Biar aku bagi jawapan tipikal-dari-zaman-jepun-menyerang-malaya, “Untuk menggalakkan para perokok untuk berhenti merokok. Kerajaan telah membelanjakan berjuta untuk menjayakan kempen TAK NAK! Dengan kenaikan ini,diharap para perokok dapat berhenti.” Aku jadi keliru dan terharu (kerna rokok dah naek lagi!). Praktikalkah langkah menaikkan harga rokok untuk menyuruh-paksa perokok berhenti merokok?

Sebagai seorang perokok, aku yakin bahawa ianya bukan suatu langkah mudah,semudah menubuhkan band hardcore-lompat,juga semudah membuat moshing-kung fu-helikopter yang aku benci,ianya langkah yang tidak pernah mudah bagi seorang perokok untuk memberhentikan tabiat menghisap asap-asap yang tidak pernah memulangkan kebaikan! Setinggi mana pun harga rokok, para perokok tegar ini akan sentiasa berusaha untuk membeli tanpa mengira berapa peratuskah duti rokok melambung naek. Kembali kepada persoalan tadi, adakah sangat praktikal menaikkan harga rokok dengan alasan untuk mengurangkan penggunaan rokok dikalangan rakyat jelata???

Aku bersendirian bermonolog untuk mencari kerelevenan kenaikan harga kekaseh temporariku ini. Bukankah langkah menyekat terus penjualan rokok adalah langkah yang paling praktikal untuk menafikan kewujudan perokok? Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah pengharaman terus penjualan rokok? Adakah aku seorang yang genius dan maha bijaksana kerna mampu memikirkan langkah yang lebih praktikal bagi mengurangkan perokok-perokok? Atau adakah kerajaan memang tidak mahu rakyatnya menjalani kehidupan sehat tanpa rokok? Sambil meneruskan permonologan terhadap diri sendiri,buat sekelian kalinya aku membakar lagi rokok yang tak lama lagi makin mahal (sial!)

Oh,baru aku sedar yang cukai rokok adalah antara cukai tertinggi yang menyumbang kepada pendapatan negara! Maknanya, pendapatan negara adalah sebahagian besarnya dari barang yang menyebabkan badan tidak sehat! (aku sedar,tapi masih lagi merokok. Aku mempunyai nafsu yang sukar disekat!). Jika penjualan rokok dihentikan, akan ramailah pihak yang bermuram durja. Pendapatan negara akan menyurut dan para doktor kekurangan pesakit dan kekurangan pesakit bermakna berkuranglah pendapatan! (kerna harga ubat dah mahal disebabkan penswastaan) Jadi, apakah signifikasi dari kempen TAK NAK! yang menelan belanja berjuta-juta? Oh, kempen itu hanyalah sebagai langkah ‘cover-line’ agar nampak mereka ini menjaga dan mengambil berat kemaslahatan kesihatan rakyat.Yeah!!!

Tahun lepas, aku berpeluang ke Jakarta kerna menghadiri konfrens di sana. Harga rokok disana tersangatlah murah! Hanya sekitar RM3.50 bagi sekotak malboro light yang berisi 20 batang. Bukan perbandingan harga ingin aku utarakan disini,tapi kadar kandungan nikotinnya. Kandungan nikotin rokok di Indonesia adalah lebih tinggi dari rokok yang dijual di Malaysia. Adakah kerajaan sungguh baik hati kerna menetapkan kandungan nikotin yang rendah untuk para pengguna rokok? Entahlah, mungkin juga! Tapi setelah berfikir tak berapa dalam, terlahir suatu lawak jenaka dari pemikiran aku bahawa kerajaan Indonesia nak rakyatnya mati cepat (kandungan nikotin tinggi), tetapi kerajaan Malaysia telah nampak kebodohan Indonesia dengan kandungan nikotin yang tinggi lalu merendahkan kandungan nikotin bagi pengguna di malaysia sambil berkata “kalau rakyat mati cepat, tak dapatlah aku memerah keuntungan dari rakyat!” Hehehehe.. Ini sekadar lawak hasil pemikiran singkat aku terhadap kandungan nikotin itu. Sila jangan ambil serious!!

Makin panjang aku menulis, makin panjanglah cerita-cerita mengarut aku ni. Jumpa lagi dilain penulisan. Aku ingin pergi membeli 20 katon rokok sebagai bekalan dimasa hadapan! (bak kata orang tua lama-lama “sediakan payung sebelum hujan! Tapi dalam kes ni, sediakan stok rokok sebelom ianya jadi mahal!”)


P/S: AKu dah berumur 22 tahun dan aku kini boleh mengundi! Dan aku akan mengundi Kerajaan Barisan Nasional kerna aku tau yang penjualan rokok akan diteruskan hingga kiamat!


Selamat menik-MATI kenaikan harga rokok!

P/P/S: pagi semalam aku beli rokok,harga rokok 14 aku ialah RM4.30. Syukur!! Hanya 30sen jek naek! yeah! yeah! yeah!

Friday, September 01, 2006



Kenapakah lembu dibelakang itu beratur sambil menguntum senyuman???



Malam Merdeka Yang Bosan!

Dua jam setengah lagi anak anak muda diseluruh negara akan bergumbira dan meraikan hari kemerdekaan.Sambil countdown,ditemani rakan/kekaseh beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan bunga-bunga api(baca:pembaziran) yang selalunya mahal-mahal belaka.Dan aku sebagai salah seorang anak muda yang anti sosial(baca:takde kawan) hanya duduk dirumah sambil berkhalwat dan bersetubuh dengan kekaseh ‘touch n go’ aku iaitu winston light berwarna biru-puteh yang hanya tinggal separuh.Hanya mampu menghadap komputer dan mentafsirkan cerita-cerita yang melintas-lalu diminda yang berkarat dan jarang diasah.Hujan! Hujan mula jatuh berderu-deru dan aku hanya ketawakan mereka-mereka yang meraikan merdeka diluar sana bertemankan air-air langit! Padan muka! Hahaha (Sebenarnya aku berhasad dengki kerna tak mampu keluar kerna maklumlah,aku anti kepada sosial).

Pada pemerhatian aku yang cetek ini, aku dapati ramai anak muda (termasuklah aku) yang sekonyong-konyong keluar meng”countdown” kemerdekaan diluar sana itu bukanlah sebenar-benarnya faham amende itu merdeka dan aku pasti pengisian merdeka dan maksud kemerdekaan bagi mereka juga hanyalah ditafsirkan dari kedangkalan-tafsir mereka, juga bersama makna-makna merdeka yang telah disumbatkan dalam otak dan diri mereka oleh para-para sakura yang mempunyai kepentingan. Sejarah sebenar disorok dan didistorsi agar rakyat senang diperintah dan terus PATUH dan menjadi konfirmist yang tepu dan sebal. Argh..Berat kepala aku nak fikir benda-benda berat camni (maklumlah,aku ni malas berfikir.Aku hanya anak muda yang selalunya ingin yang ringan-ringan sahaja)

Sambil menaip benda-benda mengarut ni, aku juga ditemani dengan pesanan-pesanan mesej ringkas dari kekaseh. Sesekali gelombang-gelombang mesej ini mengganggu speaker komputerku.Tapi ianya tak mampu membuatku marah seperti keadaan dimana waktu aku melakukan proses penyahtinjaan tapi tak mampu mengeluarkan makanan-makanan yang tidak boleh dicerna ke lubang jamban! Sesekali tersenyum membaca mesej-mesej sambil terkenang semula detik-detik perkenalan aku dan si dia. Bagaimana aku menggunakan pendekatan dan ‘art of seducing’ terhadap kekaseh aku dulu. Ah,kalau aku ada remote control,aku akan rewind situasi dan keadaan indah aku dulu berulang-kali. Segala memori manis aku bersama kekaseh, bersama rakan rakan..dan bersama diri aku! Berjalan kaki dari bukit bintang ke jalan genting klang mengikut signboard (patutlah pagi tadi aku lulus ujian undang-undang dengan jayanya) dan berkaki ayam, memakan maggi berpinggankan helmet bersama akem, keadaan dimana aku secara bergu mengutuk saudara zeezam yang muka penuh berlobang, lepak busking,bergurau senda dengan may bersama kekasehnya zarm,dicium dan dipelik prop(:P),bila ant membantu aku mengusya awek di CM (sebelom ant ada kekaseh), minum kat mapley,terlibat dalam Food not Bomb,mengurat awek-awek junior dikampus,ehem ehem bersama ehem dan ehem,to0t to0t dengan to0t to0t,pegi gig ramai-ramai,lepak ramai-ramai ngan kawan-kawan ‘palang punk’ dikluang,meniru keputusan makmal bersama konna sebagai ejen meniru, dan macam macam lagi la. Kalau aku diberi pilihan antara onani atau kembali menikmati keindahan/memori bersama rakan, aku akan pilih pilihan kedua!(err..bukan suatu keputusan yang susah untuk dibuat!). Harap rakan dan aku tidak melupakan episod-episod indah yang pernah mengisi plot dalam filem kehidupan kita!

Sebatang lagi kekasehku aku bakar untuk menyedut nikmat-nikmat sementara yang berbayar (dah macam perkhidmatan seks pulak!). Lagu don’t speak dari no doubt plak termelodi dicorong speaker komputer aku ni. Terus, sekali lagi memori menerjah ke alam persekolahan. Aku maseh ingat lagi,lagu ni popular mase aku tingkatan satu/dua.Aku agak gila jugak dengan lagu ni hehehe.Dan baru benjinak-jinak untuk memetik gitar. Objektif aku belajar maen gitar kerna aku ingin memainkan lagu ‘gerimis mengundang’ dan dengan harapan aku dapat mempunyai kekaseh dan apaila putus dengan kekaseh itu,maka aku dapat bermaen lagu ‘gerimis mengundang’ ini ditepi tembok rumahku dan meratapi kesedihan putus chenta! Pelik? Ya,aku memang pelik dan terencat!

Ermm..dada aku dah mula rasa dicucuk-cucuk.Mungkin kerna terlalu banyak berkhalwat dengan kekaseh temporariku. Aku rasa,baek aku berhenti menulis disini. Lagipun aku ingin menghayati erti dan makna kemerdekaan ini dibilik tidurku sambil pejam mata dan membayangkan perempuan-perempuan chantek berpakaian seksi!

Selamat Hari Merdeka dan selamat menjadi lembu dicucuk hidung!


Soalan teka-teki: dalam banyak-banyak kuda, kuda ape yang telurnya diatas tengkuknya?