Monday, September 18, 2006

i not STUPID!
Kebosanan membawa aku untuk menonton televisyen malam ini. Saluran NTV7 menjadi pilihanku sambil menyuap-nyuap murtabak yang entah dari mana asalnya. Dan dengan tidak semena-mena suatu rancangan drama berbahasa cina terus ke udara. Aku mengagak bahawa drama ini adalah drama yang bersifat sekual. Drama ini adalah tentang kanak-kanak kecil menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang mungkin, pada tanggapanku adalah sekitar umur 10 tahun. Drama ini bertajuk “I not stupid”. Drama ini mengambil tempat di Singapura. Jalan cerita yang agak kelakar tapi penuh sarat dengan mesej yang bersifat direct dan straight to the point. Suatu kritik terhadap ‘high expectation’ dari para ibu bapa.

Kisah bermula apabila terdapat calar-balar dibadan Guo Bin akibat dipukul ibunya. Guo Bin sangat minat melukis, tapi minatnya dibataskan oleh ibunya.Ibunya memukul Guo Bin kerna beliau tidak rajin untuk mengulangkaji pelajaran. Sedikit dialog antara Guo Bin dan ibunya;

Ibu:Ibu bukan sengaja nak pukul kau. Ibu tak marah kalau kau nak melukis, tapi fokus dulu untuk peperiksaan SPLE (peperiksaan besar kat Singapura kot. SPLE atau SCLE, aku pun tak pasti). Selepas peperiksaan ni, kau nak melukis pun, ibu tak kisah!
Guo Bin: (Monolog dalam hati)Ala, ibu cakap je. Lepas ni mesti kena ambil O Level la, pastu kena ambil A Level pulak!

Dan semasa peperiksaan matematik, kerna terlalu takut untuk gagal, maka Guo Bin telah mengambil langkah untuk meniru rakannya. Nasib tidak menyebelahi apabila beliau terkantoi dengan gurunya. Lalu gurunya terpaksa memberitahu kepada ibu bapa Guo Bin. Terus on the spot skrotum Guo Bin mengecut respon daripada ketakutan yang amat. Lalu beliau mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah. Sedang Guo Bin berjalan-jalan sambil menghilangkan rungsing dan takut, tiba-tiba Guo Bin terasa seperti kehidupan tidak bererti lagi. Lalu beliau mengambi keputusan untuk membunuh diri. Beliau pergi ke atas sebuah rumah pangsa dan berhajat untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan melompat ke bawah. Guo Bin mengoyakkan artworknya lalu dibuang ke bawah. Namun dalam perjalanan untuk membunuh diri, beliau telah terlanggar oleh polis, Lalu polis pun bertanya, apa yang dibuat olehnya malam-malam disitu. Lalu dengan jujur dan rendah diri, beliau memberitahu “Saya ingin membunuh diri!” Lalu polis tu pun dengan bodohnya meminta rasuah (eh, silap jalan cerita pulak). Lalu polis itu pun membawa Guo Bin ke hospital sementara menunggu ibu bapanya datang. Dan akhirnya ibunya menyesal dan dengan tidak semena-mena cerita ini dihabiskan dengan babak ibu Guo Bin pengsan. Pelik dan marah dengan ending yang pelik, aku lalu pergi ke bilik air lalu terus kencing untuk menunjukkan rasa protes dan tidakpuashati.

Expectation atau harapan yang terlalu tinggi menyebabkan anak-anak menjadi sangat tertekan sehingga dalam kes ini, Guo Bin ingin membunuh diri. Aku tidak terkejut dengan cerita ini kerna banyak kes yang aku telah dengar di Singapura tentang pelajar sekolah membunuh diri kerna akur dengan tekanan yang menghempap diri dan kehidupan mereka dan kerna berdukacita terhadap keputusan peperiksaan yang buruk.Kebolehan dan kecenderungan manusia itu beragam dan pelbagai.Kenapa perlu membataskan minat anak-anak hanya kerana ingin menjadikan anak-anak mengikut acuan ibu bapa? Jangan cantas kebolehan semulajadi dan minat anak-anak hanya kerana ingin mencapai standard yang telah ditetapkan masyarakat yang kononnya jika masuk universiti, ibubapa telah berjaya mengasuh anak-anak? Dapat pangkat besar-besar adalah bukti kejayaan? Mangsanya ialah anak-anak itu sendiri. Maka terbantutlah bakat dan cita-cita anak-anak itu sendiri demi mencapai standard yang kadang-kadang terlalu tinggi. Dan akhirnya, anak-anak hanya dilahirkan untuk menjalani kehidupan ini sebagai robot yang hanya tahu mengikut dan membontot bontot orang lain. Cukuplah segala alat-alat penguasa yang terwujud bagi mengawal dan memenjarakan minda dan hati rakyat! Jangan persoal! Kerana tanpa mereka, jalan raya tidak akan wujud di negara kita! Hahahaha…

Sebagai ibubapa, mereka perlulah memainkan peranan sebagai ‘guidance’ dan pemberi semangat terhadap apa jua minat dan bakat yang dilakukan anak-anak. Kritik secara konstruktif dan perlihatkan bahawa anda sangat menghargai anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya (Cheh, aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa. Walaupun aku masih belum bergelar bapa/ibu. Silakan maki aku!)

Bertindaklah dengan memimpin, bukan menolak dengan keras sehingga terjatuh dan tersembam kebumi.

Sistem pendidikan diwujud bagi memenuhi pasaran kerja dan bukan bertindak sebagai lokasi untuk menimba ilmu. Pelajar adalah produk-produk bagi memenuhi permintaan kapitalis. Selain pendidikan itu sendiri telah menjadi komoditi. Pendidikan hanya untuk yang berduit. Lihat sahaja di Indonesia. Seramai 11.7 juta rakyatnya dinafikan hak untuk belajar kerna kos untuk belajar adalah terlalu tinggi! Semuanya hasil dari Neo-liberalism (Baca:kapitalis) yang mendesak kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan awam (pendidikan, kesihatan dan tenaga) hanya untuk membayar segala hutang-hutang kepada institusi kewangan dan negara industri. Err…dah lari tajuk la pulak. Baru sebentar tadi aku bertindak sebagai penjaga moral kepada ibu bapa, namun sekarang telah berubah menjadi ahli politik yang menabur janji-janji manis kepada rakyatnya pulak!

So, sebelum aku bertindak sebagai ahli kaji cuaca, baek aku berhenti dari menulis.
Sebelum aku mengakhiri tulisan aku kali ini, aku sarankan anda mendengar lagu ‘Girl Friday’ dari Butterfinger!

Piss

8 komen-komen:

Anonymous said...

wei ayun, i think i cant agree more la bout ur view, they r just a mirror image of mine.. in fact, view ko ttg sekolah lg hebat & betul.. aku respect beb.. kagum ko de mase tuk buat blog canggih cm ni.. fark gler ah, aku kagum beb.. i can assure 1 thing though, aku kompem visit blog ko slalu lpas ni beb.. cm best jer... fark ah.. ko ni mmg multitalented beb, tapi aku rase aku lg stylish sbb aku pakai spender warne kuning arini.. truskan beb.. seriously sedap..c u later...

Anonymous said...

aku ada gak tgk cite tu aritu tapi tatau lak cite ni cite yg aku penah baca kat majalah dulu. tapi ending dia tak best eh?so takpe kot tak tgk.
hehe.

pemusnah makna said...

hehehe pendidikan telah menjadi gedung tuk para kapitalis mencipta mesin2 beliau..

ko dgr lagu girl friday.. cube la dgr lagu disagree - please.. dan rasanya ia nya lagu yg sesuai..

syukur aku tidak dapat kongkongan minda dari ibubapa ttg pelajaran aku..[walaupon aku tidak belajar dan menjadi kuli selepas abes spm]

akhir kata maju la industri susu negara..

Anonymous said...

aku nah tengok citer nie..tp xsampai abes..ingat xbest rupanya cam best gak erk....

-citiez-

::i'm a dreamer:: said...

thanx dheven..
itu hanyalah pendapat dan kritik aku tentang drama 'i not stupid'..
dan semestinya drama adalah medium untuk menyampaikan mesej dan aku percaya itulah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip drama itu dan ianya tidak mustahil berlaku dalam masyarakat kita. itu hanya pendapat aku.

kepada akemak dan zeezam bulu, anda adalah pencinta yang ditinggalkan cinta hahaha..
KISS MY ASS!!!

::i'm a dreamer:: said...

Untuk pengetahuan, isnin yang lepas, seorang pelajar 17 tahnu telah membunuh diri dengan melompat kedalam sungai muar dari atas jambatan muar kerna kecewa dan tertekan disebabkan tak lulus/tak dpat jawab (aku tak pasti mane satu) subjek kimia bagi peperiksaan percubaan SPM!

sekali lagi, contoh ada bersepah-sepah!

Anonymous said...

"runtuhnya tiang akibat tiada pegangan yg kukuh"

manusia diberikan akal utk berfikir..pegangan hidup sebagai pedoman..tak perlu salah kan sesape..salahkan diri sendiri yg tak reti meggunakan akal sebaiknye..berfikir sebelum bertindak n bertenang sebelum berfikir..

me,
-jun-
:)

Anonymous said...

its PSLE: primary school leaving examination