Ro-kokku na-ek harga
Sehari sebelum pengumuman perbelanjaan atau lebih glamour dengan nama bajet bagi tahun 2007, aku sudah dapat mengagak tentang suatu kenaikan yang sepertinya tahun lalu dan akan berterusan sampai kiamat. Sebagai seorang yang mengkonsumsi bahan tembakau secara berterusan, aku agak yakin dengan trend bahawa harga rokok akan naek lagi! Dan pagi tadi,setelah mandi secara ala kadar, aku duduk bersarapan berseorangan. Dan tiba-tiba, mama aku datang lalu menegurku “Harga rokok naek lagi!”, dengan intonasi yang aku sendiri tak berapa pasti, seperti menyindir atau memaksaku untuk berhenti dari terus menyedut asap-asap likat yang menjerat itu. Aku hanya terdiam membisu. Tepat jangkaanku,sepertinya aku memiliki kebolehan untuk menilik naseb yang membolehkan aku menceburi bidang perbomohan lalu dengan selamba sahaja aku bagi Bush makan nasik kangkangku!
Lalu bergegas aku mencari akhbar yang kononnya sebagai sumber informasi. (kerna peranan akhbar sebagai sumber penyampaian informasi telah diberakkan!). Lalu pandanganku menangkap suatu perenggan menyatakan “Duti eksais rokok naik 20 peratus manakala produk tembakau dan minuman keras yang kandungan alkoholnya melebihi 40 peratus pula naik 15 peratus.” 20 peratus?? Berdasarkan ilmu hisabku, 20 peratus dari RM4 (winston light 14) adalah bersamaan dengan kenaikan RM0.80! Adakah selepas 5 tahun dari sekarang, aku akan dijumpai dengan hanya menghisap ibu jari kaki kerna aku tidak mampu membeli rokok? Adakah aku berjaya berhenti merokok dalam masa 5 tahun dari sekarang? (Kita tunggu dan bersedia untuk memaki hamun!)
Apa rasionalnya kerajaan menaikkan harga rokok? Biar aku bagi jawapan tipikal-dari-zaman-jepun-menyerang-malaya, “Untuk menggalakkan para perokok untuk berhenti merokok. Kerajaan telah membelanjakan berjuta untuk menjayakan kempen TAK NAK! Dengan kenaikan ini,diharap para perokok dapat berhenti.” Aku jadi keliru dan terharu (kerna rokok dah naek lagi!). Praktikalkah langkah menaikkan harga rokok untuk menyuruh-paksa perokok berhenti merokok?
Sebagai seorang perokok, aku yakin bahawa ianya bukan suatu langkah mudah,semudah menubuhkan band hardcore-lompat,juga semudah membuat moshing-kung fu-helikopter yang aku benci,ianya langkah yang tidak pernah mudah bagi seorang perokok untuk memberhentikan tabiat menghisap asap-asap yang tidak pernah memulangkan kebaikan! Setinggi mana pun harga rokok, para perokok tegar ini akan sentiasa berusaha untuk membeli tanpa mengira berapa peratuskah duti rokok melambung naek. Kembali kepada persoalan tadi, adakah sangat praktikal menaikkan harga rokok dengan alasan untuk mengurangkan penggunaan rokok dikalangan rakyat jelata???
Aku bersendirian bermonolog untuk mencari kerelevenan kenaikan harga kekaseh temporariku ini. Bukankah langkah menyekat terus penjualan rokok adalah langkah yang paling praktikal untuk menafikan kewujudan perokok? Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah pengharaman terus penjualan rokok? Adakah aku seorang yang genius dan maha bijaksana kerna mampu memikirkan langkah yang lebih praktikal bagi mengurangkan perokok-perokok? Atau adakah kerajaan memang tidak mahu rakyatnya menjalani kehidupan sehat tanpa rokok? Sambil meneruskan permonologan terhadap diri sendiri,buat sekelian kalinya aku membakar lagi rokok yang tak lama lagi makin mahal (sial!)
Oh,baru aku sedar yang cukai rokok adalah antara cukai tertinggi yang menyumbang kepada pendapatan negara! Maknanya, pendapatan negara adalah sebahagian besarnya dari barang yang menyebabkan badan tidak sehat! (aku sedar,tapi masih lagi merokok. Aku mempunyai nafsu yang sukar disekat!). Jika penjualan rokok dihentikan, akan ramailah pihak yang bermuram durja. Pendapatan negara akan menyurut dan para doktor kekurangan pesakit dan kekurangan pesakit bermakna berkuranglah pendapatan! (kerna harga ubat dah mahal disebabkan penswastaan) Jadi, apakah signifikasi dari kempen TAK NAK! yang menelan belanja berjuta-juta? Oh, kempen itu hanyalah sebagai langkah ‘cover-line’ agar nampak mereka ini menjaga dan mengambil berat kemaslahatan kesihatan rakyat.Yeah!!!
Tahun lepas, aku berpeluang ke Jakarta kerna menghadiri konfrens di sana. Harga rokok disana tersangatlah murah! Hanya sekitar RM3.50 bagi sekotak malboro light yang berisi 20 batang. Bukan perbandingan harga ingin aku utarakan disini,tapi kadar kandungan nikotinnya. Kandungan nikotin rokok di Indonesia adalah lebih tinggi dari rokok yang dijual di Malaysia. Adakah kerajaan sungguh baik hati kerna menetapkan kandungan nikotin yang rendah untuk para pengguna rokok? Entahlah, mungkin juga! Tapi setelah berfikir tak berapa dalam, terlahir suatu lawak jenaka dari pemikiran aku bahawa kerajaan Indonesia nak rakyatnya mati cepat (kandungan nikotin tinggi), tetapi kerajaan Malaysia telah nampak kebodohan Indonesia dengan kandungan nikotin yang tinggi lalu merendahkan kandungan nikotin bagi pengguna di malaysia sambil berkata “kalau rakyat mati cepat, tak dapatlah aku memerah keuntungan dari rakyat!” Hehehehe.. Ini sekadar lawak hasil pemikiran singkat aku terhadap kandungan nikotin itu. Sila jangan ambil serious!!
Makin panjang aku menulis, makin panjanglah cerita-cerita mengarut aku ni. Jumpa lagi dilain penulisan. Aku ingin pergi membeli 20 katon rokok sebagai bekalan dimasa hadapan! (bak kata orang tua lama-lama “sediakan payung sebelum hujan! Tapi dalam kes ni, sediakan stok rokok sebelom ianya jadi mahal!”)
P/S: AKu dah berumur 22 tahun dan aku kini boleh mengundi! Dan aku akan mengundi Kerajaan Barisan Nasional kerna aku tau yang penjualan rokok akan diteruskan hingga kiamat!
Selamat menik-MATI kenaikan harga rokok!
P/P/S: pagi semalam aku beli rokok,harga rokok 14 aku ialah RM4.30. Syukur!! Hanya 30sen jek naek! yeah! yeah! yeah!

4 komen-komen:
sangat babi kan kerajaan tade duet nak budget... pada kita pelancap rokok nie juga dia tekan.. sangat babi...
Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah pengharaman terus penjualan rokok?
semua sebab keuntungan yg melampau dan dapat kaber balek hutang2 yg di buat oleh para org kaya giler..
lepas nie aku nak potong bulu zeezam buat tembakau...
hutang kerajaan di bayar dgn wang org miskin.. bagus kan..
ya, aku juga akan mengambil langkah sama dengan mencukur bulu zeezam untuk dibuat tembakau flavour strawberry..
ya,mari kita amek segala harta yang ada pada orang miskin walaupon orang miskin dah takde harta pon! yeah!
sori.
aku akan jual bulu bulu aku ni.
kalau nak sila beli.
mcm mcm perisa ada aa.
harganya lebih murh daripada tembakau kerajaan tu.
hehe
zeezam.. kau juga menjadikan sumber sumber di perut dan seluruh tubuhmu sebagai komoditi?! ye ar.. nanti aku beli!
Post a Comment