Thursday, September 28, 2006

Kawanku kini telah menjadi lelaki metroseksual!

Aku tak tahu apa nak menulis hari ini. Tapi nampaknya seperti ada perasaan yang melonjak-lonjak memaksa aku untuk menulis. “Bila kau nak mula menulis balik? Nak tunggu putus chenta lagi ke?”-kata rakanku yang berbulu! Ye lah, aku menulis la ni!

Apa yang mahu diceritakan? Kehidupan seharian cukup membosankan. Sesungguhnya melakukan sesuatu yang berulang-ulang adalah tersangat membosankan!

Hari ini, genap 4 hari aku berpuasa. Waktu-waktu siang dilalui tanpa makanan dan minuman. Ah, tiada masalah besar bagi aku untuk menahan lapar dan dahaga. Tapi yang menjadi masalah besar bagi aku adalah untuk melalui kehidupan siangku tanpa Wisnton Light 14 aku. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak berpuasa, aku telah me’minimize’kan tahap konsume terhadap bahan tembakau itu. Secara purata, selepas berbuka sehingga bersahor, aku hanya menghisap 7 batang rokok sahaja. Ini bermakna, 14 batang bertahan sehingga 2 hari. HEbat! Suatu berita baik bagi paru-paruku yang sudah sekain lama menghitam tanpa diberikan sabun pencuci bagi memutihkan dirinya! Berita baik juga bagi kocek-sakuku yang setiap hari makin susut. Namun aku tidak pasti berapa lamakah keadaan hebat ini akan berlanjutan dalam hidup aku.

Hari-hariku juga diisi dengan kelas Bahasa Inggerisku. Aku sudah mula bosan dengan aktiviti yang hampir sama. Tapi, dari aku melangok dirumah tanpa apa-apa income, baik aku belajar dan dapat duit. Tahap Bahasa Inggerisku juga tidak banyak berubah. Aku tidak dapat belajar banyak kata-kata mencarut dalam bahasa inggeris disini, dan aku juga tidak diajar cara untuk mencari kedudukan G-spot. Ilmu-ilmu ini hanya dapat dipelajari atas usaha sendiri. Hah!

Aku juga sedang sibuk menghadiri kelas memandu. Ya, sehingga waktu ini, aku tidak mempunyai apa-apa lesen pun! Looser? Yeah! Opps, baru tersedar. Aku juga ada mempunyai lesen iaitu lesen menghisap rokok dari ayah dan mama. Hebat juga aku ni. Ya, aku sedang mengikuti kelas-kelas memandu dan jika tidak ada aral melintang, aku akan menghadiri ujian percubaan pada ahad ini. Dan dalam masa sebelum raya, aku akan menggenggam segulung lesen dan ini bermakna aku boleh membawa kereta dan bermegah-megah dengan kereta (Baca: simbol status). Doakan aku berjaya ya kawan-kawan!

Err,aku ada sedikit kemusykilan disini dan harap kawan-kawan dapat membantu ya! Perkara ini telah lama bermain dalam kepala otakku yang berserabut dan berselirat. Aku pasti korang selalu menonton TV dan tidak terlepas menonton iklan-iklan yang selalunya kabur. Dan ada satu iklan yang aku langsung tidak memahami motifnya. Bukanlah aku ini tersangat jahil dan bebal, tapi mungkin iklan itu dicipta bagi membengongkan manusia bengong seperti aku. Iklan itu adalah iklan Bank Rakyat. Iklan itu lebih kurang begini jalan ceritanya;
Seorang pekerja bank dikaunter akan menukar uniformnya setiap kali pelanggannya datang ke kaunter. Penukaran uniform ini adalah berdasarkan tatacara pemakaian si pelanggan itu. Kalau pelanggan itu mengenakan pakaian budaya India, maka pekerja ini akan menukar dress-up juga berdasarkan budaya India. Dan apabila pelanggan Cina, pekerja juga menukar pakaian berdasarkan pakaian Cina. Namun babak terakhir itu yang agak mengelirukan dimana seorang pelanggan wanita bertudung, berspek mata dan berumur lingkungan 30-an datang kekaunter, lalu pekerja ini membuat memek muka blur dan terus sahaja iklan ini ditamatkan. Aku keliru dan kabur tentang tindakan pekerja bank ini. Harap kawan-kawan dapat membantu aku memperjelaskan tindakan pekerja ini!

Selepas raya, aku akan menempatkan kehidupanku dibandaraya Johor Bahru bagi menjalani latihan praktikal disana. Aku juga agak gabra, bagaimana aku akan survive dibandaraya itu dengan hanya berbekalkan RM500 sebulan hasil elaunku. Duit sewa rumah adalah lebih-kurang RM100. Mana nak fikir duit makan lagi. Aku juga tidak akan melepakkan diri di Kuala Lumpur dalam jangka-masa terdekat ini. Tak dapat la nak lepak-lepak kat mapley BB sambil mengutuk kawan-kawan. Tak dapat la nak memaki kawan-kawan jika kawan itu tidak memberiku rokok malboro 14, tidak dapat la aku maki kawan-kawan yang menelefon ‘kekaseh-belum-confirm’ dibawah bantal sambil menggaru skrotum telur kirinya. ASS!

Dan tak dapat la aku nak berjumpa kekasehku di Kuala Lumpur (!.!)

Dan aku hanya berharap, selepas praktikal, aku mampu mendapat pekerjaan dan mengumpul duit untuk kahwin! Dan melangsungkan majlis dengan ghilang-gemilang
Bersama hantaran yang berbelas ribu!

P/S: dan aku juga berharap tiada gadis-gadis chomel dan seksi yang cuba untuk mendekati dan meng’ayat’ aku kerna aku ini adalah manusia yang tak tahan dengan dugaan. Beri aku peluang untuk setia!!!!

1 Oktober,maka genaplah 8 bulan perhubunganku dengan kekaseh. Dan sekali lagi aku berharap, hubungan ini akan perpanjangan sehingga tidak wujud lagi bulan dalam cakerawala ini (Terharunya.. Khak ptui!)

5 komen-komen:

citiez_freakfraulin said...

meh sini aku jelaskan tang iklan tue..kenapa mamat tue blurr jerk bila mak cik tue datang kaunter dier??? de answer is......xkanlah mamat tue nak kene tukar dress up dier pakai tudung cam mak cik tuh..dah melampau2 la tuh...

wah jgn lupa jemput majlis kawen nanti yerk..ahax100x....

Anonymous said...

kekaseh-belom-confirm?

kahkahkahakah!

well, atleast dia ada.

aku?

loser!

::i'm a dreamer:: said...

ala zeezam...
aku tau ko ramai kawan2 yg berpotensi jadik kekaseh konfirm atau blom konfirm kau.. tapi bak kata kau sendiri "aku dah macam takde hati la nak berchenta2 ni"
see.. ko sendiri yang taknak..hati kau dah tolak.. mind ko dah set bahawa aku tak mahu chenta..
so, takde la..
faham? aku malas nak terangkan tentang konsep best-man-win coz akem lebih arif tentang ini hahahhaha

sekali lagi aku nasehat, PERGI AR CUKUR BULU TU BUANG SIAL!

Anonymous said...

maklumat tentang g spot bleh didapati dlm wikipedia beb.. yg lain2 tu, ko kene cari pengalaman amali ah... hehe

pemusnah makna said...

dude... lari tajuk.. and go fuck ur sef. wakakakka demit... kekasih belom comform ku... lalala...

nnt aku trun tgu kehadiran aku.. ass