Wednesday, September 13, 2006

Kehidupan Yang Menakutkan

Kehidupan ini sesungguhnya sangat menakutkan. Penuh dengan perangkap-perangkap samar yang sudah tentunya menyakitkan. Tersilap langkah,maka padah yang menanti. Kehidupan yang sepatutnya indah dan berwarna-warni kini hanya tinggal seperti sebuah pokok yang telah tiada daunnya, semuanya gugur kebumi menanti tumbangnya diri sendiri. Aku suka bermimpi walaupun ianya hanya fantasi sementara. Aku suka terbang bersama imajinasi sehingga kadang-kadang malah selalunya aku dapati diriku seperti sedang melalui keadaan yang langsung tiada ketakutan. Membuat keputusan yang semestinya sangat tepat bagi menjalani kehidupan fantasiku. Tanpa perlu memikirkan sebarang kecelakaan dan kebiadapan manusia yang bakal mengotori dan mencalitkan tahi keatas warna-warni kehidupan fantasi imajinasiku. Ya, labelkan aku sebagai seorang eskapis yang hanya mampu berhalusinasi
dengan kehidupan indah rekaan kotak imajinasiku! Labelkan aku sebagai seorang bacul yang takut menghadapi kenyataan bahawa dunia ini adalah sebenarnya sesuatu yang penuh kesialan! Labelkan aku sebagai seorang pelancap kehidupan yang hanya menikmati nikmat sementara dikamar mandi! Dan labelkan aku sebagai manusia yang secara malang lahir kedunia ini dan anggaplah aku adalah sebagai sperma yang tidak layak sama sekali untuk menduduki ovari! Aku tidak peduli sama sekali. Kerna kau juga adalah salah satu kesialan yang pernah menjengah dalam kehidupan sekalian manusia yang penuh kebiadapan dan kesialan! Sial!

Baru-baru ini aku ada berjumpa dengan seorang rakan. Kami bercerita dan bercerita. Rakanku bercerita tentang lelahnya untuk menjalani kehidupan. Kehidupannya kini tidak ubah seperti kotak kosong yang tidak pernah terisi. Menjalani kehidupan yang dulunya beliau anggap sebuah stereotype namun akhirnya terluntur bersama dalam bulatan kehidupan yang pernah dikritik suatu masa dahulu. Aku jadi takut menikus. Aku ingin menikmati manisnya kehidupan. Aku takut untuk terjatuh dan dipijak. Aku tidak ingin merasa bahawa mati adalah jalan terakhir bagi menamatkan ketakutan dan perasaan yang sentiasa dihantui. Kerna itu, aku hanya mampu menyelusuri kehidupan fantasi ciptanku berulang-ulang agar dapat kukecap nikmatnya kehidupan (walaupun ianya hanya fantasi!)

Kenapa seringkali manusia menemui jalan buntu sebegini? Adakah memang telah ditakdirkan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kekecewaan? Atau mungkin kecelakaan itu hanyalah ciptaan manusia? Yang bersifat selfish dan tanpa kepedulian?

Selalunya, manusia itu sendiri yang menjadikan kehidupan seorang manusia lain berakhir dengan kekecewaan. Dan selalunya manusia itu sering menekan manusia yang lain itu hanya untuk kepentingan diri sendiri sehingga kehidupan menjadi suatu mimpi ngeri. Kehidupan adalah seperti melakukan hubungan seks, kadang-kadang kita dibawah, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita ditepi dan selalunya kita tak pernah puas!
Maka, lalui pengalaman seks bukan hanya untuk nafsu, tetapi untuk meluahkan rasa cinta dan mewujud rasa kebersamaan!

Aku masih takut, hanya mampu berkira-kira tentang hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Aku masih keliru dengan laluan yang perlu aku tempuhi untuk hari mendatang. Dan aku masih lagi seorang pemimpi yang mengidam menjalani kehidupan tanpa ketakutan! Dan aku meyakini bahawa aku bukanlah berseorangan dalam dunia ini yang hanya tahu melepaskan diri dari kenyataan dengan hanya bermimpi!


“Aku ingin terus hidup,
Tanpa ketakutan yang menakutkan,
Seperti aku inginkan,
Si bisu untuk bersuara,
Dan…
Si buta untuk terus melihat”


“No matter how long the night, the day will come!” (yeah! Hope so)

Playlist:
Artist- Lead II Nitrate
Song- If I Fall (our friendship anthem)

11 komen-komen:

Anonymous said...

perlu kepanjangan akal untuk menghadapi segalanya....

-the red girl last morning-

Anonymous said...

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan,Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa,Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan".

-CITIEZ87-

::i'm a dreamer:: said...

ya, memang sukar untuk mengekspresikan keunggulan perasaan dengan hanya melalui pembentukan kata,penggunaan bahasa.. namun, ianya adalah salah satu cara yang mungkin kurang akurat namun tetap masih boleh mencerminkan unggulnya perasaan walaupun kurang tepat(sudah tentu jika seseorang itu ikhlas!)

thanx kerna komennya citiez87!

Anonymous said...

aku pun takut bila pikir pikir masa depan.boleh ke?boleh ke aku ada keluarga sendiri?adik aku yg lelaki tu pun dah kawen.aku masih mcm ni.aku tak sedia.so,aku rasa aku tak layak lagi tuk punya keluarga sendiri.mcm mana agaknya masa depan aku?hurmm.malas ah nak pikir.aku akan jalanin seadanya.tapayah nak rancang rancang.kalau merancang mesti dgn harapan.kalau tak tercapai pasti kecewa.aku dah penat nak kecewa lagi.tapi,kalau kauorg betul betul rasa boleh bawak,apa salahnya merancang.

pemusnah makna said...

aku jarang berfikir ttg masa depan.. sebab aku masih terbang melayang menjadi seorang yg tidak pedulik ttg masa depan.. hanya aku perlu masa sekarang..

Anonymous said...

future adalah angan2.
hurm.

::i'm a dreamer:: said...

err... aku masih takut dengan apa yang bakal aku lalui... i'm clueless.. takut dan kecut skrotumku...

citiez_freakfraulin said...

cheh..penakut ghupenyer...=p

::i'm a dreamer:: said...

hahah...
aku memang penakut dan eskapis kental..
maki la aku
hahaha

Salleh G. Samsa said...

Aku pernah ada hidup yang wrna warni. Yang mana, setip kali aku bangkit dari tidur, aku akan tersenyum dan seolah ada satu kuasa yang membuat aku terus pergi.

Tapi, sekarang, semua tu macam dalam album gambar je.

Tak ada lagi muzik yang indah. Senyuman dah jadi tawar. Otak dah kosong.

Semalam aku terfikir mengenai pembunuhan diri.

::i'm a dreamer:: said...

ermm

sabar dulu salleh..

kehidupan memang menakutkan..

jangan putus asa..

aku pon takut ni..

take care!