Thursday, September 07, 2006


Rasis lagi!
Seorang rakan meluah rasa tidak puashati kepada seorang rakanku, “Kalau ada accident, Cina yang langgar Melayu, aku memang bengang!”

Dialog diteruskan “Aku mesti pukul cina tu. Aku tak boleh la kalau cina langgar melayu. Aku memang RACIST!”

Aku terfikir pula “Kalau melayu yang langgar cina, macam mane plak?”

Mengapa maseh wujud pemikiran konservative yang sempit dan memualkan? Siapa yang patut disalahkan? British ketika melaksanakan cara pecah-dan-perintah dulu? Atau persekitaran dan budaya yang menanam-timbus prasangka-prasangka prejudis ini dalam benak fikiran manusia? Aku percaya, manusia itu terlahir tanpa prejudis, tanpa sifat dengki dan apatah lagi sifat perkauman. Seperti kain yang puteh, namun sekali lagi, mengapa boleh terjadi unsur-unsur benci? Siapa yang mencorakkan kain puteh tadi menjadi hitam, penuh kebencian dan buruk sangka? Pernahkah wujud manusia superior dan inferior? Wujudkah perbezaan sesama manusia? Adakah seoarang mausia itu mempunyai kelebihan dari segi kentut yang wangi? Atau memang terdapat filter yang dipasang dipunggung bagi menapis kentut-kentut jahanam mereka?

Mari berceita tentang rasisme melampaui konteks lokal. Aku pernah bermimpi tentang isu rasisme ini. Ceritanya lebih kurang begini;

Rasisme mempunyai sejarah yang panjang, dari pembudakan bangsa yang ditunjangi prejudis bangsa oleh Adolf Hitler, kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Polpot, penjustifikasian teori Darwin yang mengarut dan Imperialisme yang jijik seperti tahik! (Banyak lagi contoh rasisme dalam sejarah. Sila cari sendiri. Pemalas!) Mengapa keadaan ini berlanjutan?

Para kolonial (Baca: kapitalis) sering menggunakan pendekatan rasis ini bagi memudahkan mereka untuk mengaut segala sumber-sumber alam demi keuntungan yang maksimum! Agar rakyat tidak boleh bersatu menentang mereka, rakyat lebih sibuk dengan perasaan kebencian antara kaum dan kapitalis dengan senang hati mengaut keuntungan dari sumber alam dan membiarkan rasisme terbudaya dalam kehidupan masyarakat. Pecah dan perintah! Terima kaseh kepada kapitalis kerna mewujudkan budaya perkauman ini! Zaman kolonial telah menemui kegagalan, namun kini kapitalis lebih bijak dengan melakukan pendekatan yang lebih demokratik dan diplomasi dengan termeterainya perjanjian-perjanjian mengarut WTO, AFTA, FTA dan pelbagai benda mengarut untuk mengeksploitasi dan memerah keuntungan hingga ke titisan yang paling akhir! Cara pemerasan kolonialisme untuk mengaut keuntungan telah menyebabkan perasaan perkauman yang meluap-luap, namun apakah kesan yang bakal didepani apabila WTO, AFTA, FTA dan ect termeterai dengan lebih meluas? Mari tunggu dan lihat (Jangan pergi suarakan pendapat tidak puashati anda di demonstrasi kerna nanti kena tangkap!)

Aku hanya mengunjurkan sedikit sebab dan alasan tentang perkauman kerna aku maseh cetek ilmu pengetahuan.


Mari berfikir dan beronani!

3 komen-komen:

pemusnah makna said...

aku rasa jika apa2 bangsa pon klu melanggari bangsa lain akan menjadi pergaduhan juga... kewujudan bangsa yg sedia maklum adalah bertujuan menyelamatkan kelompok bangsa itu sendiri.. ini secara langsung telah bersikap selfish [meng"ikan"kan diri].. yg sedia kita ketahui bahawa kita hidup di kalangan manusia yg mempunyai pelbagai fahaman dan juga kepercayaan..

pepecahan ini berlaku sebab perasaan iri hati dan benci.. ah ini lah moralitas yg di bentuk dan di terapkan dalam mentaliti setiap dari butiran sperma yg berjaya!!

yg penting hati..

::i'm a dreamer:: said...

kalau tiada perasaan prejudis/perkauman itu, maka "kewujudan bangsa yg sedia maklum adalah bertujuan menyelamatkan kelompok bangsa sendiri" seperti kata kau, tidak akan mungkin wujud!

Anonymous said...

Hehe.. aku pn pernah kene gertak ngan parang beb sebab aku accident ngan motor, kat umah aku plak tu.. ms tu ade la dlm 20 org tgh tgk, pelbagai bangse, tp aku kene gertak ngan parang slambe je.. so, terpakse byr ah beb... fark gler beb.. tp ble org2 yang tgk accident tu jmpe aku, diorg ckp yg ms tu mmg motor tu yang dtg langgar aku sbb aku pn rase pelik gak ms laggar, aku br je release cluth, motor tu lggar aku cm roket.. tp t'pakse byr gak ah.. xkan nak mampos sbb rm20 kot?
fark beb, rasicm is here, it's alive & kicking.. idup malaysia... tu baru 1 drpd 2 crita aku, yg skali lg tu, aku xnak bgtau ah, tu lg xtruk..